Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2005

Seven Nation Army

I'm gonna fight 'em all A nation army couldn't hold me back They're gonna rip it off Taking their time right behind my back And I'm talking to myself at night Because I can't forget Back and forth through my mind Behind a cigarette And the message coming from my eyes Says leave it alone Don't want to hear about it Every single one's got a story to tell Everyone knows about it From the Queen of England to the hounds of hell And if I catch it coming back my way I'm gonna serve it to you And that aint what you want to hear But thats what I'll do And the feeling coming from my bones Says find a home I'm going to Wichita Far from this opera for evermore I'm gonna work the straw Make the sweat drip out of every pore And I'm bleeding, and I'm bleeding, and I'm bleeding Right before the lord All the words are gonna bleed from me And I will sing no more And the stains coming from my blood Tell me go back home The White Stripes - Seven

Singing Along

What day is it And in what month This clock never seemed so alive I can't keep up and I can't back down I've been losing so much time Cause it's you and me and all of the people With nothing to do, nothing to lose And it's you and me and all of the people and I don't know why I can't keep my eyes off of you All of the things that I want to say Just aren't coming out right I'm tripping on words, you got my head spinning I don't know where to go from here Cause it's you and me and all of the people With nothing to do, nothing to prove And it's you and me and all of the people and I don't know why I can't keep my eyes off you Something about you now I can't quite figure out Everything she does is beautiful Everything she does is right Cause it's you and me and all of the people With nothing to do, nothing to lose And it's you and me and all of the people and I don't know why I can't keep my eyes off of You and me

Drive Your Passion

MyVi dan bawa, Savvy dah bawa. Ini pendapat aku. MyVi. Posisi driving tinggi ala-ala bawa van. Jadi view pun tinggi. Kalau dari statik nak bergerak (bukan ala-ala racer ye), lancar tapi underpower walau pun enjin 1.3 liter. Power enjin ok tapi bagi aku tak cukup kuat untuk saiz body sebesar tu. Kalau ada enjin 1.5 liter kira ok. Kalau tekan abis minyak, nak cecah 130kmj - 140kmj lambat. Ye la, berat. View angle dalam MyVi memang bagus. Boleh nampak keliling sebabnya posisi seat tinggi. Cermin luas. Tapi feel dalam kereta tak best. Banyak sangat plastik. dan bagi aku, signal/lights/wiper levers dekat sangat dengan stering. Kalau nak bawa rileks, senang hati dan boleh tengok sana sini, beli MyVi. Savvy. First kalau duduk dalam kete, korang rasa rendah sebab line tepi tinggi. Cermin belakang kecik dan C-pillar besar. Satu je ralat, stering tak boleh adjust, jadi posisi agak tinggi bagi aku. Dashboard pun rasa tinggi dan 'jauh'. Kalau nak reverse, kena angkat satu picu dan tolak ke

Savvy is being Savvy...

Kenapa bila nak dapatkan maklumat awam dari data-data orang awam milik kerajaan dari internet, kita sentiasa diarahkan untuk mendaftarkan diri kita dahulu? Untuk apa? Untuk membuktikan bahawa kita ini adalah orang sebenarnya? Bukankah bodoh sebab nama dan segala biodata diri boleh diperolehi dengan mudah oleh sesiapa saja. Mungkin yang kita nak tahu adalah maklumat saman dan lain-lain tetapi kenapa perlu daftar? Untuk apa rekod itu semua? Pelik. Kalau kata nak bagi syarikat jualan langsung, tak munasabah. ==== Try MyEG kalau nak check pelbagai maklumat; saman, kejara, jpj, polis, bankrap.. Menarik. ( http://www.myeg.com.my ) ==== Pernah tak atas jalan raya, tepi jalan, dari dalam bangunan melihat ke jalan atau dimana saja korang berada, bila nampak MyVi, kadang-kadang korang tak perasan itu MyVi. Tapi bila nampak Savvy, korang nampak jelas. "Tengok tu Savvy. Buruk betul." Apa sebab ye? 1. Designer Proton memang bijak sebab dia design Savvy lain dari yang lain sampai orang bo

Cabut Gigi Tak Sesakit Kena Cabut Nyawa

Semalam cabut gigi yang dah pecah. Sakit la sebab doktor tak bius cukup-cukup. First bius, dia lepak kejap tunggu bius efek. Lepas tu suruh aku tahan sikit (memang akan sakit juga). Dia ambil playar cabut gigi terus pulas-pulas nak cabut gigi aku. Aku ni tahan sakit ya amat sampai meleleh air mata. Doktor siap suruh tahan. Kemudian baru dia tersedar yang dia tak bagi cukup ubat bius. "Tak cukup bius ni. Tolong ambilkan yang panjang tu (merujuk kepada picagari dengan jarum yang panjang gila)" Baru la lepas dia bius kali kedua, sakit kurang. Itu pun sakit juga lagi. Hilang satu gigi aku. Itu la pasal tak jaga gigi. Entah la. Jaga juga tapi kalau dah nak rosak, aku bukan tahu. Minggu depan ada appointment lagi. Dia nak tengok agaknya. Lain kali suruh doktor bius cukup-cukup. Aku teringat cerita Mr. Bean jumpa doktor gigi dan bila dia kena bius, bibir dia jadi numb (kebas). Itu yang aku rasa masa first time kena bius. Aku sengih sorang-sorang sebab aku pun sama usik-usik bibir ak

Lover Test?

The Surprising Lover 59% partner focus, 38% aggressiveness, 55% adventurousness Based on the results of this test, it is highly likely that: You prefer your romance and love to wild and daring rather than typical or boring, you would rather be pursued than do the pursuing and, when it comes to physical love, your satisfaction comes more from providing a wonderful time to your partner than simply seeking your own. This places you in the Lover Style of: The Surprising Lover. The Surprising Lover is a wonderful Lover Style, and, like the name implies, is often filled with hidden delights and talents that might not be apparent from a surface knowledge of the person. The Surprising Lover is rather like a geode--sometimes rough on the exterior, but filled with beauty and wonder. The Surprising Lover is thus a gem to find, though it can sometimes be difficult to do so because they often tend to be humble and unwilling to reveal their inner greatness unless they're in a rewarding relation

Kad Raya Yang Terlampau...

Wah, sekarang ni ada orang sanggup nak iklan dalam blog guna reply tool yang kita sediakan. Dasyat betul orang nak meniaga. Sampai personal blog pun nak invade. Tapi pedulikanlah. Bukan dari Malaysia pun. Aku ubah sedikit template, buang links yang mana tak aktif dan tambah iklan sebelah kanan untuk aku cari duit sikit. Abis orang lain pun buat! Bukan senang nak dapat untung pun. So berkurun la kalau nak capai $50 Dollar, baru boleh dapat cek sekeping. Semenjak kebelakangan ni letih betul rasanya. Bersengkang mata buat E-Card raya guna SwishMAX. Menarik dan puas hati sebab buat sendiri. Kalau beli kad raya rasanya tak pernah puas hati. Cover cantik tapi isi tak cantik. Isi cantik tapi cover macam bodoh je. Last buat sendiri. Siap buat digital lagi. Guna Flash-based SwishMAX kemudian burn ke CD, lepas tu hantar. Nak suruh download dari internet, besar sangat saiznya. Tapi tak la sebesar kad raya yang aku jumpa di kedai. Apa halnya dengan kad raya saiz papan tanda jalan ni? Besar betul.

Proton dan Keluarga Mereka

Cari old generation Civic dan tengok apa problem dia. Orang dulu kata, kereta karat sebab cepat sangat karat. Tengok Hyundai Sonata lama dan tengok betapa hodoh designnya sampai tak laku langsung. Jepun baru menyerlahkan kualiti kereta (sebab itu harga kereta Jepun semakin mahal), Korea ikut sama. Berapa lama mereka dalam industri automobil? Mitsubishi dulu siap pernah buat Zero (kapal terbang perang dunia ke2). Jadi tak payah banding dengan Proton sebab memang jauh. Tapi silapnya Proton awal-awal lagi takde partnership dengan big company. Dengan Mitsubishi pun takat rebadging. Kata seorang analisis dahulu, tujuan kerjasama dengan Mitsubishi sebab Mitsubishi Heavy Industries ada buat kapal terbang, jadi alang-alang kongsi teknologi, baik kongsi yang lain-lain sama. Proton sebenarnya kena cari partner secepat mungkin. Dan pada pendapat aku, partner dari european country atau US lebih baik sebab mereka lebih terbuka dengan teknologi berbanding partner Jepun. Tengok Skoda, Audi, Volvo, Sa

Sehari Hujan

Datin Seri Endon Mahmood, isteri Pak Lah telah meninggal dunia pada jam 7.50 pagi, 20 Oktober 2005 di Putrajaya. Al-Fatihah. ==== Kenapa aku letak komik Calvin And Hobbes? Kalau korang perati dan fahami betul-betul ianya sungguh ironi. Realitinya manusia dikuasai oleh media hiburan yang begitu banyak dikawal oleh peti TV. Calvin, si budak berusia 6 tahun mengerti dan memahami kekuasaan TV. Adakah anak-anak zaman moden ini dimomok dengan TV sepanjang masa menyebabkan mereka bebal dengan realiti dunia?

Laptop Bukan Ikan Bakar Cicah Air Asam...

Berkaitan dengan pertanyaan Miza mengenai laptop NEC. Sebenarnya apa saja laptop atau barangan elektrik yang kita beli atau guna, kalau tahu cara guna, ok la dia. Kalau tak tau guna, beli barangan RM sejuta pun akan rosak. Mengenai NEC, ianya sebuah kompeni Jepun yang terkenal dalam bidang elektronik. PC dan laptop NEC amat popular di Jepun. Jadi kalau aku dah kata Jepun tu, orang mesti fikir, kualiti mesti bagus. Boleh kata memang bagus. Tapi tak sebagus Toshiba. Suatu masa dulu, Toshiba adalah pengeluar Laptop terbesar didunia. Dan sampai sekarang orang masih akui laptop Toshiba memang bagus. NEC lebih kurang macam tu la auranya. Tak sehebat Toshiba tapi memang boleh dipercayai. Apa-apa pun, yang penting sebelum beli laptop, kena fikir beberapa perkara ini: 1. Buat apa aku nak beli laptop? Untuk mengada-ngada depan member atau untuk buat kerja (kira baik la ni ye?) 2. Berapa banyak kerja/games/aplikasi yang nak aku jalankan di laptop tersebut? Kalau nak buat bom, beli second hand pu

Calvin And Hobbes

Ramdhan dan MyVi

Selamat menyambut Ramadhan. Rasanya baru saja puasa dulu. Kejap betul masa berlalu. Di Putrajaya, mereka buat pasar Ramadhan besar di Presint 2 (depan kompleks Kementerian Kewangan). Kira besar la bagi sebuah bandar sebesar Putrajaya. Aku ingat tak ramai yang nak datang, tapi silap. Ramai betul macam ada pesta. Jam sana sini dah Putrajaya tu. Semalam aku tengok berderet kereta kena saman sebab parking kereta tengah-tengah jalan. Harini takde. Agaknya polis dah insaf, orang nak beli makanan buka puasa takkan nak saman juga kot. Menariknya ada satu gerai pak Arab dan anak-anaknya menjual Kebab. Ye la, selalu orang Melayu jual kebab, tapi kali ini dah ada orang Arab yang jual kebab original. Memang mahal (RM4) satu tapi puas hati makan sebab besar. Kalau orang Melayu kita jual kebab harga RM2.50 (rata-ratanya), roti pita siap belah dua, ini roti pita bulat besar dengan isi macam tak cukup tempat nak letak. Yang lain ada la jual macam-macam. Tapi memang ramai, mungkin bebudak MMU pun datan

Kalau Tak Update, Orang Kata Malas...

Web ni betul-betul semak. Bukan senang nak cari sesuatu yang betul-betul kita mahu. Kalau setahun dua dulu mungkin agak senang, tapi sekarang semakin susah. Malah disebabkan spam, muka pertama search engine, resultnya mungkin tak berkaitan langsung dengan apa yang kita cari. Kadang-kadang kita buang masa semata-mata nak dapat result yang kita nak yang cuma mungkin sebaris dua atau sekeping gambar. Letih. ==== Aku mencari koleksi kereta tahun 70an. Bagi aku secara peribadi, dekad 70an adalah dekad yang paling aku blur. Langsung tak nampak apa-apa. Padahal aku dilahirkan dalam dekad tersebut. Aku lebih tahu mengenai dekad 60an, 80an dan 90an berbanding 70an. Kenapa ye? Mungkin tahun 70an, filem-filem melayu makin suram dan jarang sangat dapat dilihat di televisyen. Apa yang aku ingat mengenai dekad 70an? Bell-bottom, rambut menggerbang, baju ketat, kereta semuanya pelik, banyak gambar slow-motion (tengok la acara sukan, semua slow-motion, kenapa ye?). Aku dah jumpa website yang buat kro

Lily

26/9 ni birthday Lily, adik angkat aku yang paling lama setakat ni. Dari tahun berapa ye? Rasanya tahun 1999. Lama tu. Mula kenal macam IRC dulu, aku ingat dia tua dah atau terlampau garang nak mampos. Ye la nampak berlagak je. Kalau dia tak tegur aku, jangan harap aku nak tegur dia. Rupanya tak jauh dari kampung aku. Sampai sekarang aku masih rapat dengan budak Lily ni walaupun jarang sangat dah jumpa. Tapi baik macam tu jugak. Sekarang dia dah jadi cikgu matematik di Kamunting, Perak. Mula dulu punya la bertegas taknak jadi cikgu. Habis dah takde kerja, terpaksa la apply. Sekarang dah dekat 2 tahun jadi cikgu. Bagus la. Dapat sekolah pun dekat kampung sendiri. Dia dah mintak hadiah, apa hadiah aku nak bagi ni?

Uhhhhh... Aaaaa.... Cantiknya!

Aku tengah sibuk menghias pejabat. Ikutkan kerja orang perempuan yang 3/4 jumlahnya tapi seorang pun tak buat. Pemalas betul. Atau memang mereka mengaku tak kreatif. Ye la, takat nak buat solekan gaya perkahwinan mungkin terer la. Tapi nak buat interior design untuk opis, beku otak kot. Kemudian ada seorang brader yang diakui memang pandai melukis ditugaskan untuk decorate opis. Ini sebab orang gomen takde kerja la ni. Ye la tu. Sibuk gile dengan kerja tau tak. Ini pun curi-curi masa buat hiasan sebab ada pertandingan keceriaan pejabat. Pelik. Patut la orang awam kata orang gomen takde kerja. Sebab menyibuk ditempat lain. Jadi brader tadi ajak la aku tolong buat dengan dia decorate opis. Mungkin sebab dia tahu aku mahir guna komputer. Senang tugas dia. Dia design artwork, aku buat guna komputer. Mulanya bos besar (dia ni jenis pilih bulu) memang tak berminat nak ambil tahu atau memang tak minat sebab orang yang buat kerja bukan orang-orang dia. Tapi bila hari semalam dia datang, dia te

Yang Membuatkan Aku Tak Tidur Malam

Sambung pasal PC baru aku. Heh. Aku guna AMD Sempron 2500+ 64Bit Soket 754 dengan motherboard Asrock (cikai gila) yang boleh di upgrade kepada soket 939 untuk akan datang. RAM aku guna Apacer DDR400 512MB . Grafik pula aku cuma guna ATI Radeon 9550 256MB , DVD-ROM Drive Samsung, dan casing Tsunami Pisces Ps-47 Series kaler hitam. Sound card masih guna yang lama, Creative Sound Blaster! Live. Monitor masih pakai Philips 704S 17" Flat Screen. Kalau nak tengok apa benda yang aku beli, klik saja link yang aku sediakan tu. Setakat ni PC aku masih beroperasi dalam keadaan normal. Observasi setakat ini; Grand Theft Auto San Andreas, gameplay okay dengan screen resolution aku set pada 800x600 dengan setting lain aku set pada medium dan high. Tapi kalau sengaja buat banyak letupan (baling bom tangan sebanyak mungkin), gambar jerking sikit tapi masih boleh main. Unreal Tournament 2004, gameplay okay dengan setting resolution pada 800x600 dan setting lain aku set pada high. Seperti biasa

Techno Geek

At last aku beli juga laptop walau bukan milik aku. Tapi puas hati la sebab dapat buat laptop macam harta sendiri. Jenis Acer Travelmate 2419NCLi. Cosnya RM3000 tepat. Aku upgrade RAM 512MB DDR 533Mhz. Itu je yang penting. Nak upgrade hard disk, katanya nanti warantty void. Jadi kansel. Screen 15" dan combo drive. Okay la tu. Nak beli yang lain, aku rasa tak berbaloi. Kalau pandai jaga, tahan lama. Kalau tak pandai jaga, beli IBM ke, Apple ke, Fujitsu ke pun akan rosak juga. Kemudian aku upgrade PC aku sendiri. Tukar kepada AMD 64 bit yang aku idam-idamkan sejak sekian lama. Baru sekarang dapat. Cuma dapat soket 754 buat masa sekarang tapi motherboard boleh support soket 939 dengan cuma tambah extension card. RAM 512 MB dulu buat masa sekarang. Grafik cuma ATI Radeon 9550 saja. Takpe la buat sementara waktu. Casing tukar kepada Tsunami warna hitam berkilat dengan 4 biji lampu biru yang berkelip-kelip bila hard disk beroperasi. Cool. Nanti aku cerita lagi.

Laptop on The Way

Nak kemana harini? Agaknya aku kena tawaf Low Yat Plaza lagi sebab nak check harga terbaru Laptop yang bakal dibeli minggu depan. Dua choice yang aku short listed masa mula-mula buat survey, Toshiba dan Acer. Harga bawah RM3000 sebab itu saja yang aku mampu. Toshiba dengan prosesor Celeron, 256 DDR Ram, 40GB HDD, ATi Intergrated graphics dengan 64MB shared memory, Surround sound system dan 15" CVS screen. Acer pula dengan Pentium M, 256MB DDR2 Ram, 40GB HDD, 128MB Intel Extreme II graphics (shared memory), sound system dan 15" XGA screen. Aku pernah guna Toshiba suatu masa dulu. Memang hebat dan memang dasyat. Pernah suatu masa dibiarkan laptop to on 24 jam tanpa apa-apa masalah. Suatu masa dulu dizaman laptop seberat batu-bata, Toshiba berada di tangga nombor 1 dunia sebagai pengeluar laptop. Sekarang sudah jadi milik DELL. Aku pun pernah guna Acer. Takde apa masalah tetapi memang dari segi built quality boleh dipersoalkan. Dan aku tak yakin ianya mampu bertahan macam Toshib

Anjing Turut Berarak di Hari Merdeka (Serius!)

Sejak seminggu lepas, laluan istiadat depan JPN Putrajaya ni sibuk memanjang. Ye lah, orang sibuk-sibuk bersiap untuk perarakan hari merdeka Rabu nanti. Dah 3 kali aku tengok raptai termasuk harini. Harini kira aku tengok raptai 80% full dress. Kira hari Rabu nanti tak gempak langsung la. Cuma float kereta berhias saja yang belum ada. Setiap hari sesedap rasa saja aku melepak pagi-pagi tengok orang buat persembahan. Peduli apa dengan Ketua Pengarah, setahun sekali je. Hari ni kira menarik sebab helikopter melintas sambil keluar asap warna-warni (helikopter ni ada siren macam siren bomba dan polis, pelik juga). First time tengok Kereta Kebal Utama (MBT) T91 buatan Poland yang Malaysia akan beli. Besar dan garang! Dan yang garang juga ada gerup Para ATM yang membuat tarian perang mereka dihadapan pentas utama nanti. COOL! Jangan lupa tengok yang itu. Tapi yang paling-paling best ialah lintas lalu kapal terbang pejuang FA-18 Hornet dan MiG-29 Fulcrum. Aku naik di kawasan ruang terbuka tin

Savvy MyVi

Rasanya dah naik letih aku baca blog, website dan komen segala macam manusia mengenai Perodua MyVi dan Proton Savvy. Kenapa orang bandingkan MYVI dan Savvy? Dua kereta ni memang tak sama dari segi spesifikasi dan konsep. Myvi lebih bersifat mini MPV macam geng Honda Jazz, Suzuki Swift baru dan juga Chevrolet Aveo manakala Savvy lebih bersifat sport mini macam Hyundai Getz, Renault Clio (obviously) dan kalau tak pun, Mini. Beza. Saiz dan spesifikasi pun beza walaupun enjin dekat sama besar. Itu pun beza sebab satu pakai DOHC dan satu lagi pakai SOHC. Kenapa orang suka Myvi? Besar, terjamin sebab dah setahun lebih dijalan sebagai Toyota Passo dan Daihatsu Boon (kira main tipu la ni ye?), spesifikasi enjin, transmisi dan aksesori lebih meluas dan yang paling penting, ianya bukan Proton. Kenapa orang meluat dengan Savvy (ini berdasarkan kutukan orang di luar dan dalam internet)? Sebab bonet hodoh (bonet kereta mana yang tak hodoh?), enjin Renault (orang kata spare part mahal (pembeli belum

Apa Jadahnya Dengan NTV7?

Memo: Liverpool vs Middlesbrough malam ni. Duit OT dan Elaun Perjalanan belum masuk. Miskin dah ni. Kredit handset dah nak habis. Duit takde la nak top-up. Belum makan malam. ==== Tadi petang aku menonton NTV7 rancangan Edisi Siasat yang kononnya bagus tu. Cerita perihal bebudak Punk di Bukit Bintang yang katanya tak tahu adab dan merosakkan imej negara. Kemudian diulang berkali-kali klip aksi bebudak Punk ni (agaknya NTV7 tak cukup tape video). Temuramah dengan bebudak Punk ni tersangut-sangut dan penuh dengan potong sana sini. Dan dalam suara pemberita yang cuba mengatakan bahawa bebudak Punk ni anti kerajaan, diselitkan satu perkataan yang keluar dari mulut budak punk (yang blur dikaburkan oleh NTV7), "Kerajaan". Aku pelik. Ini ke taraf jurnalisme wartawan Malaysia? Klip video yang sama diulang hampir sepuluh kali, kemudian di buat voice over menceritakan teruknya budaya Punk dengan klip yang blur dan tak pasti mana satu budak Punk dan mana satu budak bukan Punk. Tiada lan

PC Galore Continue

Berbalik kepada PC ni, PC Fair pun dah habis. Nak sambung ke hah? Satu aku perasan bila orang beli PC, mouse dan keyboard ni memang dipinggirkan. Last-last baru nak beli. Aku antara benda paling penting bila aku beli PC ialah mouse. Sebab binatang tu la yang paling banyak aku akan sentuh dan guna sepanjang aku guna PC. Kemudian Keyboard. Aku suka yang lembut tapi tidak terlalu lembut dan responsif. Kalau key jenis macam korang letupkan jari setiap kali ketuk, letih la. Sekarang aku pakai keyboard Microsoft. Puas sebab memang baik dan harga berpatutan. Mouse aku pakai Microsoft Optical. Tapi aku kalau ada duit lebih nak beli optical wireless mouse, mungkin dari jenis Logitech atau Microsoft juga. Kenapa korang tanya? Macam aku kata tadi, dua benda ini ialah alat yang paling banyak disentuh dan digunakan oleh user komputer, jadi kenapa abaikan? Beli mouse RM10 mahu ianya beraksi macam mouse RM50. Mana ada jalan... Baru menaip lima muka surat dah komplen jari sakit. Itu sebabnya kalau bel

PC Fairest of Them All...

PC Fair datang lagi. Secara tiba-tiba semua orang yang kita kenal jadi terer mengenai hal komputer. "Beli RAM Kingston, bagus. Tahan lama!" "Jangan beli CD-ROM Sony, cepat rosak." "Beli Apple baru cool!" "Ala, aku pasang lagi murah dari ni..." Kalau dalam dewan PC Fair tu, boleh dengar orang tunjuk kemahiran memilih komponen PC. Tapi realitinya jelas. Group bebudak perempuan ditemani orang sorang dua budak lelaki yang kononnya tok guru hal-hal komputer. Itu ini diterangkan kepada bebudak perempuan yang berkira-kira nak beli atau memang nak beli PC untuk buat assignment. "Nak murah je, takat nak menaip buat assignment." "Takde hal, bawah RM1000 boleh dapat!" Suka budak perempuan tu... Lepas siap nanti, tak sampai setahun terasa PC tu macam kura-kura tua. Nak marah member yang diajak beli, member. Nak marah diri sendiri, bodoh pulak rasanya. Jadi marahlah pada tuan kedai yang kononnya menipu barang semua baik. Memang la tokey ke

Lampu Isyarat Putrajaya Menyala 3 Warna Serentak!

Sejak kerja di Putrajaya, tak sudah-sudah aku melihat orang bikin filem/iklan. Tambah-tambah depan bangunan JPN dan 3 buah bangunan lagi disekelilingnya. Kenapa menarik? Sebab rekabentuk 4 buah bangunan ini ala-ala barat terutama paling hampir sama dengan New York. Dengan dekor yang melampau dan tiang yang besar, ianya lebih barat dari sesetengah bangunan di negara Barat. Baru dua minggu lepas mereka shooting iklan Celcom 3G baru (mamat bawa kete Volkswagen) dan ketika itu aku dan member-member hendak melintas jalan. Tiba-tiba si Volkswagen meluncur laju diiringi motor polis dan trak kamera. Tadi masa tengah buat overtime, penuh krew filem depan jalan besar untuk buat sebuah lagi iklan agaknya sebab ada teksi New York warna kuning. Aku sempat lihat adegan seorang perempuan naik teksi tersebut. Kiranya jemu juga tengok orang shooting di Putrajaya. Tapi kira okaylah sebab lokasi banyak yang menarik. Senang dapat angle agaknya sebab jalan depan opis aku luas betul. Dari opis nak ke bangun

Bos Dan Percutian Hebatnya.

Kerja kerajaan ni satu je kita kena tahan. Tahan karenah bos dan rakan sekerja. Kalau dapat bos yang okay, senang hati kita. Kalau dapat rakan sekerja yang okay, rileks sikit kerja. Tapi kalau dua-dua kita dapat yang rasanya kalau boleh nak hempuk je kepala mereka kedinding, memang susah. Satu yang aku perasan bila menghadapi bos, jangan tunjuk kita lagi pandai dari dia. Dia takkan suka. Agaknya dalam sektor swasta pun sama. Tapi sekurang-kurangnya di sektor swasta bos take notice dan untung kita, boleh naik pangkat. Tapi kalau kerja kerajaan, sampai berkulat la kita akan duduk ditempat yang sama. Bos dalam sektor kerajaan lebih suka nak jaga tempat duduk dia dari bagi peluang orang bawahannya yang berkebolehan untuk naik. Idea adalah suatu konsep yang bagus. Tapi tidak bagi bos kerajaan. Mereka selalunya lihat idea adalah suatu yang merbahaya. Kenapa? Sebab bila idea itu direalisasikan, mereka susah sebab banyak kerja kena buat. Kalau boleh, biarlah cara yang sama dilakukan sampai 100

Nostalgia 92

Kadang-kadang aku jeles tengok sekolah-sekolah di negara barat. Mereka sentiasa ada reunion untuk pelajar-pelajar lama tak kira berapa lama mereka telah tinggalkan sekolah mereka tersebut. Malah kalau nak contact atau nak buat query melalui internet cukup senang boleh dapat data yang lengkap. Paling aku jeles ialah 'School Book' mereka. Sudahlah hard-cover, classy pulak tu. Agaknya kalau buat disini, mau harganya cecah puluhan ringgit semata-mata nak buat hard-cover je. Tapi kalau fikir-fikir balik, tak la rugi sangat sebab ianya akan sentiasa dikenang. Aku ex-mrsm Balik Pulau. Batch 89, maksudnya aku masuk tahun 1989, walaupun sepatutnya aku masuk tahun 1988 masa form 1. No maktab aku, 89031. Aku masih ingat. Homeroom Emas 89. Apa dia homeroom? Sekumpulan pelajar lebih kurang 15 orang dikumpulkan dalam satu kumpulan bermula mereka masuk belajar hingga tamat form 5. Kumpulan ini macam ahli keluarga mereka. Apa sahaja aktiviti maktab pasti akan sedikit sebanyak merujuk kumpulan

Vertical Horizon - Finding Me

I don't think you notice When you see my face I guess you're waiting To spin me around again Wheels I guess are turning Somewhere inside my head I know that this is Deeper than you get But you're coming back again You don't mean to waste my time But you're coming back so Don't tell me How to be 'Cause I like some suffering Don't ask me What I need I'm just fine Here finding me Me I've already given Up on getting through I never question Who I'm talking to Oh so much for nothing But nothing means so much I know it's touching But I've been out of touch And it's all that I can do I'm a sight for my sore eyes But it's all I am so I don't think you notice When I can't reach out I guess you're waiting On somebody else again Oh so much for talking It's all been said before I'm hearing something but I wish you'd just say more But you're going off again When I try to just hold on But you're going off

Panduan Membeli PC Secara Rawak (Sila Bookmark Kalau Berminat)

Sepatutnya dalam minggu lepas aku dah beli sebuah komputer baru. Maksud aku, pasang sebuah komputer baru. Tapi nampaknya kewangan tidak mengizinkan. Jadi terpaksa tangguh dulu. Ikutkan, tak banyak yang aku perlukan. Prosesor AMD Athlon XP/AMD Sempron, DDR Ram dan SATA Hard Disk. Itu sudah cukup. Yang lain termasuk motherboard dah ada. Monitor pun dah ada. Aku cari Athlon XP (Barton Core) tapi susah betul nak jumpa. Jangan harap boleh jumpa di area KL ni melainkan orang jual second-hand. Ralat juga nak beli yang orang dah pakai. Kita tak tahu apa yang dia dah buat. Jadi aku cari Sempron saja. Aku pernah pakai Sempron 2200+ (1.13GHz), okay saja. Cuma tak cukup berkuasa. Jadi aku fikir baik aku beli Sempron 2600+, takat nak pakai beberapa bulan. Tak sampai RM300 pun. Kemudian RAM. Mulanya aku nak beli 1GHz sebab harga RAM sekarang murah gile. Dua keping 512MB DDR400 (Kingston Value Ram) baru RM330. Kalau nak yang elok tapi masih dalam kategori value RAM, aku boleh pilih Corsair Value Sele

Sejenak Mengeluh

Sepanjang masa bermasalah. Tiada satu saat dalam ketenangan. Aku lari dari pelbagai perkara. Aku bersembunyi dari ramai orang yang bukan musuh. Tiap ketika aku diburu rasa bersalah. Aku mengendap-ngendap dari balik jendela memerhatikan sesuatu. Aku mimpikan segala kepahitan.

NinD

NinD sahabat lama, orang Singapura. Aku dah kenal lama. Lebih dari 4 tahun mungkin. Pernah jumpa sekali saja sepanjang waktu tersebut tapi kenangannya hingga ke hari ini. Mana boleh lupa makan nasi campur tepi sungai (longkang besar?) dengan si NinD yang tak pernah makan tempoyak sebelum tu. Bila balik Singapura dia cuba buat, tapi tak menjadi. Heh! Sebenarnya aku kenal melalui internet. Kemudian jadi baik. Semasa dia sakit dan terlantar di Hospital, aku temankan dia melalui chatroom. Ye lah kan? Pelik juga dalam hospital boleh chatting. Itu Singapura, sini kuno sikit. Selepas dari itu hubungan kami tenggelam timbul. Kejap ada kejap takde, tapi sentiasa ingat antara satu sama lain. Agaknya dia sibuk. Dia banyak juga tolong aku. Tak payah la cakap apa dia. Tapi aku masih terhutang budi lagi. Entah sampai bila, tak tau la. Tapi bukan senang nak jumpa kawan yang sentiasa menghargai kawan. Dia sakit atau susah, senang atau gembira sekalipun, kawan dia tak lupa. Semoga tenang dan damai sela

Strong In The Force, Liverpool Is...

Okay, Liverpool menang Champion League untuk kali kelima. Ramai orang komen, positif, negatif dan blur di tengah-tengah. Tapi menang tetap menang kan? Arsene Wenger patut sedar, Arsenal tak pernah pergi lebih dari suku akhir. Manchester United pun kena ingat Liverpool dah menang 5 kali dan dua kali daripadanya back-to-back! Manchester menang 2 kali selang 30 tahun. Chelsea? Duit banyak, cuba tahun depan ye. Kalau rasa terdesak sangat, beli je piala tu. Pasukan Liverpool yang rata-ratanya pemain biasa (bukan superstar) boleh menang sebab mereka berusaha untuk menang. Bukan sebab nasib. Kalau nasib, takkan 3 gol penyamaan nasib. Err, Liverpool menang ye! CL - 5, Premier - 18. Beat that MU, Arsenal, Chelsea! p/s : to be as annoying as I can be. Heh! ==== Star Wars : Revenge Of The Sith Aku dah menontonnya dua kali. Sekali aku tonton dalam kelas Premier dia GSC Berjaya Times Square. Kesimpulan? Dari seorang peminat Star Wars ianya memuaskan. Aku dah tahu sebelum The Phantom Manace apa akan

Liverpool!

You'll Never Walk Alone When you walk through a storm, Hold your head up high, And don't be afraid of the dark. At the end of a storm, There's a golden sky, And the sweet silver song of a lark. Walk on through the wind, Walk on through the rain, Though your dreams be tossed and blown. Walk on, walk on, with hope in your heart, And you'll never walk alone… Walk on, walk on, with hope in your heart, And you'll never walk alone… You'll never walk alone. Liverpool F.C. Anthem. Tribute to Liverpool F.C. Winner of the 50th Champion League Final! p/s : a fan since 1982

!

Kereta aku yang rosak entah berapa lama sudah okay. Rosaknya sikit tapi kesannya begitu menduga iman. Hantar kedai kereta, mereka nak RM500++. Katanya gasket head blok mungkin rosak. Itu ini. Hari sabtu aku minta tolong dari member yang mahir dengan kereta. Dia settle dalam masa 30 minit dan kosnya, free. Apa masalahnya? Paip yang menyambung kotak angin brek dengan air intake dah pecah. Potong, sambung balik semula. Sihat balik kereta. ==== Star Wars esok mula. Takpelah. Walaupun aku minat Star Wars (members lagi!), sabar je la. Bagi la orang yang gila, kemaruk atau buat-buat pandai tengok dulu.

Dalam Vakum

Tengok Paintball di PJ Cari scented candle Beli 3 buah back issue National Geographics untuk RM10 (diselubungi dengan satu pertanyaan oleh tuan kedai: "Kumpul buku ni ke?") Beli coklat Cadbury Black Forest Tengok Handset Tengok Kamera Digital Makan McD Baca The Star Berteduh dari hujan yang tiga kali lebat, tiga kali reda Turun naik LRT Swipe TnGo Keluarkan duit dari Maybank Kawanku Surfing internet Makan

17 Years of Friendship.

Selamat Hari Lahir Renny Suzanna, my dear friend. Sahabat lama yang lebih 15 tahun ku kenali. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Semoga menemui segala kebahagiaan dalam hidup dan semoga menemui apa yang dicari dalam hidup ini. Semoga segalanya sentiasa dalam ketenangan, sahabat.

Memenggal Perokok Dengan Lightsaber

Sepatutnya aku balik kampung. Nak beli tiket bas, dah habis. Jadi nak drive. Entah apa malang, kereta ditimpa problem. Enjin bergegar. Agaknya mounting enjin dah rosak. Bukan tak boleh drive. Tapi tak best nak drive dengan enjin bergegar 200km. Risiko. Jadi tersadailah aku di Kuala Lumpur dihujung minggu tanpa arah tujuan. Petang Ahad aku merayau ke Pesta Buku Antarabangsa KL yang dah lama aku nak pergi. Kalau aku pergi hari biasa takde la aku lemas dengan orang yang ramai. Tapi ini masalah kalau tunggu last minute. Ramai orang. Ramai budak-budak. Aku beli 2 buah buku dengan 10% diskaun. Okay la tu. Banyak buku yang menarik. Kalau ada duit banyak, aku rasa borong sampai boleh jadi library. Cuma, ralatnya bila aku datang masuk ke PWTC dan keluar. Perokok. Sudah jelas ditampal pada dinding tak sampai 2 meter, DILARANG MEROKOK! Tapi ada la makhluk yang agaknya tak sekolah sanggup juga merokok. Kalau orang tu betul tak sekolah, takpe. Ini AHLI UMNO merokok didalam bangunan milik UMNO yang

Weekend Summary...

Susah kalau kenal seseorang yang begitu mudah menarik perhatian orang lain. Terasa begitu banyak cabaran dan dugaan. Terasa begitu banyak saingan. Ditambah kalau orang itu sendiri begitu terbuka menerima sesiapa sahaja dalam hidupnya. ==== "Wah sudah lama tak nampak?" "Ada, lu saja yang sudah pindah atas" "Kawan, RAM sudah turun banyak woo" "Aiya, saya cari LCD la" "RM700 Viewsonic" "Minggu depan beli. RAM murah?" "Ya la, DDR 512 sekalang sudah RM169 saja" "Mak aih, murahnya!" Aku dok berkira, kalau beli dua keping, dapat 1GB RAM. Besar tu. Main dengan graphics ni best. Harap tak naik balik. Sayang PC aku tak support DDR2, kalau tak aku dah beli yang tu. Murah juga. ==== "Saya gaduh dengan orang tu" "Orang tu? Aik, ingat pegi seminar?" diam... "Awak okay ke?" diam... Telefon... "Saya dalam kereta" "Kereta?" "Pinjam kereta orang, nak beli kek sambung bir

Lagenda MyKad...

Maka pada hari ini berakhirlah stok MyKad. Tak habis tapi belum ada stok. Jadi rilekslah staf-staf yang berhempas pulas siang malam menyiapkan MyKad untuk jutaan rakyat Malaysia (yang tak sudah-sudah komplen). Sekarang tengah tunggu stok baru sampai. Bukan jauh pun. Kompeni Malaysia juga yang buat. Tapi kualiti sedang menjadi persoalan. Sebab itulah jadi lambat pengiriman stok baru. Mula-mula Sirim mempersoalkan sebab begitu mudah rosak. Kemudian staf persoalkan sebab begitu mudah rosak. Akhirnya pengguna mempersoalkan sebab begitu mudah rosak. Agaknya mereka masih tak nampak rasional institusi piawaian beri respon negatif. Mereka hendak letakkan salah kepada kerajaan kerana tidak menyediakan kad yang bermutu. Kemudian bos-bos dalam kerajaan pula letakkan salah kepada anak-anak buah kononnya mereka tak buat kerja dengan baik, akibatnya kualiti kad tiada. Dimana agaknya staf-staf yang bersengkang mata dari jam 7.30am - 9.00pm Isnin sampai Jumaat dan 8.00am - 4.00pm Sabtu dan Ahad bercut