Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2005

Anjing Turut Berarak di Hari Merdeka (Serius!)

Sejak seminggu lepas, laluan istiadat depan JPN Putrajaya ni sibuk memanjang. Ye lah, orang sibuk-sibuk bersiap untuk perarakan hari merdeka Rabu nanti. Dah 3 kali aku tengok raptai termasuk harini. Harini kira aku tengok raptai 80% full dress. Kira hari Rabu nanti tak gempak langsung la. Cuma float kereta berhias saja yang belum ada. Setiap hari sesedap rasa saja aku melepak pagi-pagi tengok orang buat persembahan. Peduli apa dengan Ketua Pengarah, setahun sekali je. Hari ni kira menarik sebab helikopter melintas sambil keluar asap warna-warni (helikopter ni ada siren macam siren bomba dan polis, pelik juga). First time tengok Kereta Kebal Utama (MBT) T91 buatan Poland yang Malaysia akan beli. Besar dan garang! Dan yang garang juga ada gerup Para ATM yang membuat tarian perang mereka dihadapan pentas utama nanti. COOL! Jangan lupa tengok yang itu. Tapi yang paling-paling best ialah lintas lalu kapal terbang pejuang FA-18 Hornet dan MiG-29 Fulcrum. Aku naik di kawasan ruang terbuka tin

Savvy MyVi

Rasanya dah naik letih aku baca blog, website dan komen segala macam manusia mengenai Perodua MyVi dan Proton Savvy. Kenapa orang bandingkan MYVI dan Savvy? Dua kereta ni memang tak sama dari segi spesifikasi dan konsep. Myvi lebih bersifat mini MPV macam geng Honda Jazz, Suzuki Swift baru dan juga Chevrolet Aveo manakala Savvy lebih bersifat sport mini macam Hyundai Getz, Renault Clio (obviously) dan kalau tak pun, Mini. Beza. Saiz dan spesifikasi pun beza walaupun enjin dekat sama besar. Itu pun beza sebab satu pakai DOHC dan satu lagi pakai SOHC. Kenapa orang suka Myvi? Besar, terjamin sebab dah setahun lebih dijalan sebagai Toyota Passo dan Daihatsu Boon (kira main tipu la ni ye?), spesifikasi enjin, transmisi dan aksesori lebih meluas dan yang paling penting, ianya bukan Proton. Kenapa orang meluat dengan Savvy (ini berdasarkan kutukan orang di luar dan dalam internet)? Sebab bonet hodoh (bonet kereta mana yang tak hodoh?), enjin Renault (orang kata spare part mahal (pembeli belum

Apa Jadahnya Dengan NTV7?

Memo: Liverpool vs Middlesbrough malam ni. Duit OT dan Elaun Perjalanan belum masuk. Miskin dah ni. Kredit handset dah nak habis. Duit takde la nak top-up. Belum makan malam. ==== Tadi petang aku menonton NTV7 rancangan Edisi Siasat yang kononnya bagus tu. Cerita perihal bebudak Punk di Bukit Bintang yang katanya tak tahu adab dan merosakkan imej negara. Kemudian diulang berkali-kali klip aksi bebudak Punk ni (agaknya NTV7 tak cukup tape video). Temuramah dengan bebudak Punk ni tersangut-sangut dan penuh dengan potong sana sini. Dan dalam suara pemberita yang cuba mengatakan bahawa bebudak Punk ni anti kerajaan, diselitkan satu perkataan yang keluar dari mulut budak punk (yang blur dikaburkan oleh NTV7), "Kerajaan". Aku pelik. Ini ke taraf jurnalisme wartawan Malaysia? Klip video yang sama diulang hampir sepuluh kali, kemudian di buat voice over menceritakan teruknya budaya Punk dengan klip yang blur dan tak pasti mana satu budak Punk dan mana satu budak bukan Punk. Tiada lan

PC Galore Continue

Berbalik kepada PC ni, PC Fair pun dah habis. Nak sambung ke hah? Satu aku perasan bila orang beli PC, mouse dan keyboard ni memang dipinggirkan. Last-last baru nak beli. Aku antara benda paling penting bila aku beli PC ialah mouse. Sebab binatang tu la yang paling banyak aku akan sentuh dan guna sepanjang aku guna PC. Kemudian Keyboard. Aku suka yang lembut tapi tidak terlalu lembut dan responsif. Kalau key jenis macam korang letupkan jari setiap kali ketuk, letih la. Sekarang aku pakai keyboard Microsoft. Puas sebab memang baik dan harga berpatutan. Mouse aku pakai Microsoft Optical. Tapi aku kalau ada duit lebih nak beli optical wireless mouse, mungkin dari jenis Logitech atau Microsoft juga. Kenapa korang tanya? Macam aku kata tadi, dua benda ini ialah alat yang paling banyak disentuh dan digunakan oleh user komputer, jadi kenapa abaikan? Beli mouse RM10 mahu ianya beraksi macam mouse RM50. Mana ada jalan... Baru menaip lima muka surat dah komplen jari sakit. Itu sebabnya kalau bel

PC Fairest of Them All...

PC Fair datang lagi. Secara tiba-tiba semua orang yang kita kenal jadi terer mengenai hal komputer. "Beli RAM Kingston, bagus. Tahan lama!" "Jangan beli CD-ROM Sony, cepat rosak." "Beli Apple baru cool!" "Ala, aku pasang lagi murah dari ni..." Kalau dalam dewan PC Fair tu, boleh dengar orang tunjuk kemahiran memilih komponen PC. Tapi realitinya jelas. Group bebudak perempuan ditemani orang sorang dua budak lelaki yang kononnya tok guru hal-hal komputer. Itu ini diterangkan kepada bebudak perempuan yang berkira-kira nak beli atau memang nak beli PC untuk buat assignment. "Nak murah je, takat nak menaip buat assignment." "Takde hal, bawah RM1000 boleh dapat!" Suka budak perempuan tu... Lepas siap nanti, tak sampai setahun terasa PC tu macam kura-kura tua. Nak marah member yang diajak beli, member. Nak marah diri sendiri, bodoh pulak rasanya. Jadi marahlah pada tuan kedai yang kononnya menipu barang semua baik. Memang la tokey ke