Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2006

Genting Highland For A Week

  Seminggu aku berada di Hotel Sri Malaysia, Genting Highland. Gambar sebelah adalah gambar Lea, salah seorang peserta kursus induksi yang aku jadi urus setia dan aku semasa minum-minum di kedai makan sebelah hotel malam terakhir tugas aku disana. Geng-geng dia saja yang betul-betul kamcing dengan aku. Hampir setiap hari lepas kelas mereka, mesti pergi minum-minum dengan mereka. Lea ni orang Johor. Aku ingat aku memang tak ramai kawan orang Johor. Boleh kira dengan jari tangan je kot. Dia yang ambil shot ni dengan effect yang sedia ada dalam SonyEricsson Cyber-Shot aku. Aku cukup suka gambar ni. Dan ada satu lagi gambar. Antara bebudak geng diorang ni, si Lea ni la yang paling havoc agaknya. Ada sekali tu aku rasa aku tengah lelap mata, rehat dalam bilik hotel. Tetiba je phone hotel berbunyi. Ingatkan siapa. Rupanya Lea salah call. Entah siapa yang dia nak call sebenarnya tapi yang menariknya ialah cara dia buat ending perbualan. Dia boleh kata, "Thank for the services". Hehe

Cyber-Shoting My Future

Esok aku ke Genting Highland. Seminggu. Jadi urus setia program induksi jabatan. Kalau ikutkan aku sepatutnya pergi awal tahun baru. Tapi ada la sorang staf opis ni yang rasanya nak beraya Haji secara besar-besaran kot. Seminggu lebih dia cuti. Aku offer la tempat aku untuk dia. Sebab masa tu aku ingat kerja aku dah okay. Kena pulak tiba-tiba hard disk crash. Jadi aku pergi Genting ni dalam keadaan kerja yang tak siap-siap lagi. Malang betul. Tension pun ada juga. Aku dah tukar handset. Hehe. Sony Ericsson K800i Cyber-Shot. Jangan tanya, tapi aku dapat murah je. Trade-in dengan phone lama. Phone lama tu sebenarnya dah biol. Kalau hantar sms, rasanya ambil masa 10 minit baru clear balik screen. Selagi belum habis, selagi tu phone tu jam, kita tak boleh nak guna buat apa-apa pun. Aku dah lama mengidam K800i ni. Paling tension kalau ternaik lrt yang penuh dengan iklan dia atau pagi-pagi buta di KL Sentral masa pergi kerja. Apa sebab aku pilih K800i? Sebab kamera Cyber-Shot je. Takde reaso

Sekuntum Ros Kuning Memudarkan Perit Seminggu

Isnin lepas, satu mala petaka menimpa. Habis sekelip mata hard disk pc aku ni crash tak tentu pasal. Kalau tak salah aku, hard disk ni baru setahun lebih digunakan. Maknanya masih ada waranti sebab biasanya waranti untuk hard disk ialah 3 tahun keatas. Tengok kalau ada masa nanti, aku nak pergi claim waranti aku. Kalau boleh dapat. Tapi biasalah kalau kedai jual komponen pc ni. Banyak la alasan dia nanti. Balik-balik nanti salah kita juga. Cuma aku tak kisah semua tu. Paling aku tension ialah di sebabkan hard disk aku ni crash, habis semua kerja aku, data dan apa saja yang aku dah kumpul selama 4 tahun hilang. Nasib ada beberapa data yang lama aku dah simpan dalam cd atau dvd. Tapi yang baru-baru ni masih belum aku backup. Paling parah ialah annual report untuk opis aku. Masalahnya pc opis tak berkuasa secukupnya nak jalan Adobe InDesign dan beberapa perisian publishing lain. Jadi terpaksa guna PC aku sementara menunggu pembelian Apple iMac. Korang tahulah masalah kalau order barang un

No. 12, Jalan Sultan Idris, Gerik, Perak

   Inilah dia rumah aku yang pertama, seingat aku la. Rumah kerajaan yang ayah dapat setelah berkahwin dengan emak pada tahun 1974. Aku dilahirkan pada tahun 1975 di hospital. Tapi adik aku yang kedua lahir di dalam rumah ini pada tahun 1976. Kawasan rumah ini memang penuh ketenangan, sehingga sekarang. Kali terakhir aku pulang ke Gerik, aku merayau-rayau ke kawasan ini untuk memerhatikan perubahan sekelilignya. Tidak banyak yang ketara. Rumah asal masih ada. cuma ada tambahan beberapa buah bangunan lain. Tapi seingat aku, pokok yang sebelah kiri gambar memang tak ada sebelum ni. Masa aku kecil dulu ada sebuah pokok jambu batu betul-betul ditepi kiri rumah. Di situ aku mencari buah jambu bila tiba musimnya. Disebelah kanan pula ada sebuah pokok yang agak besar. Mungkin sebab itu aku tidak berapa ingat apa yang ada disebelah kanan rumah kerana mungkin aku takut dengan pokok tersebut. Rumah kerajaan era lama ni memang besar. Ada satu bilik tidur utama sebelah kanan rumah dihadapan kereta

Sekarang Ni...

  Sekarang, macamni la aku. Besar. Agaknya harini lagi besar. Itu gambar setahun dua lepas di Taman Botani, Putrajaya. Jalan-jalan dengan seseorang yang sekarang dah jadi bini orang. Lepas hujan jadi rambut basah semacam je. Kemudian kami naik bot di tasik Putrajaya. Okay la sebab rasanya masa tu takde lagi boat-ride keliling Putrajaya macam yang ada sekarang. Tunggu 3 bulan lagi... 

12 Tahun Lalu...

  12 tahun lalu aku begini. Kurus, mungkin dalam lingkungan 65 kilo saja. Gambar ni diambil di Bukit Cerakah semasa ada family day untuk kursus semasa aku di ITM, masa tu ITM la.. Sekarang dah UiTM. Tengok aku pakai baju purple. Nak difikirkan balik rasa kelakar sebab masa beli, mati-mati ingat baju tu kaler biru. Itu masalah dengan orang yang rabun warna macam aku ni. Apa nak buat, dah beli, pakai je la. Itu pun awek yang bagitau aku pakai baju purple. Takde apa yang nak dilindungi tentang kekurangan diri sendiri. Tapi masa tu memang aku kurus. Kurang makan agaknya. Tapi salah satu sebab utama, masa tu aku fit sebab selalu bersukan. Dah memang atlet suatu masa dulu. Wakil sekolah itu ini. Sekarang kalau tengok, macam raksasa gemuk. Tapi realitinya aku tercari-cari cara nak kuruskan badan balik. Banyak buruk gemuk badan ni berbanding kurus. Teruk juga bila orang perli semacam je. Tapi kalau ikutkan, aku ni jenis buat bodoh je. Nanti aku upload gambar terbaru. Huh. Tak malu ye... 

Best Ke?

Harini best sikit kerja. Takde la boring mengadap kerja sepanjang masa. Semalam aku dengan sesedap rasa buat connection ke internet dengan pc aku sendiri di opis ni. Tak payah nak susah-susah pergi surf di pc lain. Bukan susah nak buat connection kalau tahu mana nak godek, mana nak letak ip dan beberapa perkara yang berkaitan dengan network connection. Biarlah orang nak marah. Aku ada sebab. Senang nak buat kerja. Aku perlu banyak sumber multimedia dari internet untuk buat kerja-kerja grafik. Jadi aku rasa kalau aku on internet di PC ni pun takkan ada masalah nanti. Melainkan orang di luar sana sesenang hati nak menggodam. Harini dah siap laporan tahunan. Letih nak buat sorang-sorang sejak hampir dua bulan lepas. Bukan senang nak buat kalau bahan takde. Bila aku cakap takde, diorang suruh aku cari. Ada ke patut aku kena cari sendiri bahan. Where got jalan? Lainlah kalau nama kita letak jadi editor ke. Sanggup je aku buat semua kerja. Ini nama aku letak pada Reka Letak / Grafik saja. Ja

Melayu oh Melayu..

Baru balik dari PC Fair di KLCC. Ramai orang. Memang la ramai, cuti sekolah, orang balik kerja, orang jalan-jalan tak tentu arah. Ada pokok krismas besar tengah-tengah Suria KLCC. Wah, bersungguh-sungguh ye orang Malaysia sambut krismas. Agaknya berapa ramai orang kristian di Malaysia ni? Sejuta, dua juta? Mungkin lagi ramai dari orang Islam? Entah, tapi yang pasti setiap kali menjelang krismas, sambutannya mengalahkan orang kristian di negara barat menyambutnya. Tadi aku tengok dan dengar dua orang putih yang sinis menyindir lagu krismas mereka sendiri. Err.. Mungkin mereka bukan kristian. Sementara itu di dalam surat khabar terutamanya surat khabar berbahasa Melayu dan juga media elektronik yang lain, tak sudah-sudah dengan cerita Rufaqa iaitu kumpulan yang diketuai oleh Ustaz Ashaari yang dulunya glamer dengan Al-Arqam. Katanya sesat lagi? Sebenarnya aku pelik, kalau mereka tu jenis orang yang sesat, kenapa mereka mengejar ekonomi dan teknologi jauh lebih hebat dari orang Melayu Isl

Draf Perasaan: Sila Semak!

Harini entah kenapa, badan masih rasa letih. Mungkin penat seminggu lepas masih belum habis sepenuhnya. Ingatkan nak balik kerja awal dan rehat. Tapi petang tadi tiba-tiba bos datang minta aku siapkan draf untuk laporan tahunan. Ahhh... Letihla. Tapi kena buat juga. Ikutkan memang dah siap. Cuma yang payah nak masuk ialah gambar-gambar saja. Ikutkan prosedur laporan tahunan, kurang gambar dan lebih banyak data serta statistik. Tapi mungkin sebab bekas pengarah bahagian aku dulu suka dengan gambar, jadi dia nak tengok ada banyak gambar. Rasanya tak perlu sangat. Aku tak kisah dengan gambar sebenarnya. Asal betul format dan cara penghantaran kepada aku. Senang buat kerja kalau dapat gambar yang raw atau asli yang bukan telah di insert dalam Word, PowerPoint atau yang sewaktu dengannya. Agaknya ramai staf kerajaan hanya tahu guna cara itu untuk transfer gambar. Masa aku bagi taklimat tentang prosedur penghantaran gambar dan format gambar kepada liason JPN seluruh Malaysia haritu, 99% dari

You And Me

What day is it And in what month This clock never seemed so alive I can't keep up And I can't back down I've been losing so much time Cause it's you and me and all of the people With nothing to do Nothing to lose And it's you and me and all of the people And I don't know why I can't keep my eyes off of you All of the things that I want to say Just aren't coming out right I'm tripping inwards You got my head spinning I don't know where to go from here Cause it's you and me and all of the people With nothing to do Nothing to prove And it's you and me and all of the people And I don't know why I can't keep my eyes off of you There's something about you now I can't quite figure out Everything she does is beautiful Everything she does is right You and me and all of the people With nothing to do Nothing to lose And it's you and me and all of the people And I don't know why I can't keep my eyes off of you You and me a

Diaryland - I Was There

Macam tak percaya je bila tengok tarikh template yang aku buat untuk blog ni. Mei 2004. Dah hampir err, 3 tahun lamanya dan langsung tidak berubah. Aku rasa si Bayah punya blog dah berpuluh kali tukar template, aku masih sama. Orang tua la katakan, malas nak tukar-tukar dah. Itu sebab orang tua pakai lampin ke? Website aku ni memang dah lama. Website original yang aku buat guna Geocities template rasanya bermula pada awal 1999. Ye, sebelum Y2K. Entah hilang kemana dah website tu. Kemudian aku pakai Netscape Composer, agaknya. Aku pun dah lupa nama editing tool yang Netscape buat tu. Kira waktu tu, memang mudah sangat nak pakai. Tapi website pun nampak mudah la, bodoh semacam je. Lebih kurang kalau tengok website yang budak sekolah rendah sekarang buat. Macamtu la website aku dulu. Kemudian aku beranikan diri guna Microsoft FrontPage 3.0. Awal 2000 kalau tak salah aku. Menjadi juga sebab itulah first time aku buat grafik sendiri dan lain-lain termasuk button dan splash page. Masih ada,

Betul Ke Aku Kerja JPN Ni?

Nak tulis something tapi malas nak mampos. Tambah pula ngantuk dah ni. Tengah malam buta rajin pula ngadap pc ni tak tentu pasal. Ada benda yang nak cakap. Banyak, banyak sangat tapi biarkanlah dulu. Esok-esok pun boleh cakap juga. Lagipun aku tak fikir masih ada orang yang nak baca. Lama sangat dah aku tak menulis dengan kerap. Setakat dua bulan ni baru dua kali aku update. Entah kenapa aku diamkan sangat diri ini, aku sendiri tak faham. Mungkin aku dah bosan untuk menulis atau mungkin aku terlalu sibuk untuk menulis. Sibuk dengan apa? Kerja. Tapi kerja aku tak tentu arah sekarang ni. Sebenarnya timbul persoalan dalam diri ini, kenapa aku senang-senang sangat tukar bahagian dan berhadapan dengan beban kerja yang banyak sangat-sangat. Kalau ada orang tolong, tak mengapa. Tapi selain daripada Ahmad Sharidan, siapa lagi yang boleh guna Adobe InDesign CS2 untuk buat majalah dan laporan tahunan di JPN? Kalau ada, tolong bagitau aku. Apasal? Sebab Pencetakan Nasional Malaysia Berhad tak ter

Aku Ada Kerana Apa?

Semasa menulis cerita yang lalu, aku begitu berhati-hati membariskan kata-kata agar tidak mengguris perasaan sesiapa pun. Bukan bermaksud ada hati yang terguris. Cuma aku tidak mahu dianggap seperti melupakan yang lain apabila menemui sesuatu yang baru. Tidak begitu. Tidak sama sekali. Aku bukan dari jenis yang mudah lupa. Aku masih ingat apa yang berlaku disuatu senja sewaktu aku berumur 4 tahun. Masih begitu jelas dalam ruang mata ini. Begitu jauh ingatan aku kerana ianya seperti gambar-gambar yang tersimpan dalam benak otak. Sebab itu mungkin aku mudah menghafal jalan-jalan yang aku lalui. Jauh lebih mudah dari ingat kepada wajah-wajah yang aku temui. Kenapa? Kerana aku tidak suka memandang terus kepada wajah-wajah mereka. Selalunya aku menunduk. Itu dahulu. Sekarang tidak lagi. Aku senang melihat ekspresi wajah manusia. Melihat keikhlasan mereka dari memek rupa. Mencari yang terselindung disebalik kata-kata mereka lebih mudah dilihat di wajah mereka. Maka, tulisan ini tidak membawa

Sebuah Penghargaan Di Bulan September

Bulan ni baru sekali nak post? Sebenarnya sejak aku dimarahi dengan apa yang aku telah post disini sebelum ni, aku jadi malas nak menulis. Padahal berulang kali aku cakap, ini adalah cerita aku jadi wajar sangat aku cerita apa saja yang aku fikir sesuai. Tak payah la aku bagitau siapa yang marah. Hendak saja aku ceritakan suatu cerita yang amat menarik untuk kalian, tapi tunggulah dahulu. Rasanya masih belum sesuai. Hanya beberapa orang saja yang sudah mengetahuinya. Pastinya membuat kalian tersenyum nanti. Jalan ceritanya dan suasana ceritanya pun menarik. Hendak juga aku perkatakan bahawa aku kini tidak lagi terperangkap dengan kisah-kisah lalu. Ianya sudah berlalu amat-amat jauh. Cuma kalau sesekali mendengar lagu Keith Urban - You'l Think of Me, aku jadi sedikit kelu. Tapi biarkanlah. Aku sekarang sudah mampu tersenyum sendirian. Malam tidur diulit mimpi yang indah dan hari-hari dilalui bagai mimpi yang sentiasa berwarna yang indah. Melankolik ke? Lagipun, sampai berapa lama pe

Aku Anak Merdeka

== Petikan Dari Komen Yang Diterima Berkaitan Post Yang Sebelum Ini == ain kata... Assalamualaikum; Berikut adalah petua yg saya dapat dari seorang penceramah, sewaktu mengikuti kursus minggu lalu, untuk dikongsi bersama; Untuk kurangkan berat badan+ kolestrol:- 1. Kerap minum air limau nipis/kasturi suam setiap kali selepas makan. 2. Selepas makan, jalan selama 10 minit perlahan-lahan.. jgn terus duduk. baring lagi la tak buleh.. 3. Amalkan tarik,tahan dan hembus nafas dalam nisbah 1:4:2. Kira la dalam hati contoh 1 saat tarik, 4 saat tahan, 2 saat hembus. Petua yang no. 3 tu, berjaya mengurangkan sugar level..dia dah try sebab dia ni ada kencing manis. Selamat mencuba yer! ==== Terima kasih Ain. Siapa kata menulis blog tidak membawa faedah? Tengok. Ada saja orang yang sudi membaca dan kalau mereka ada perkara yang boleh dibantu, mereka akan bantu. Yeah, blogs need not always be about misinformations. Padahal, biarkanlah mereka dengan penulisan kritikal mereka. Dimana lagi hendak kita

Gila Apa Cakap Dengan Diri Sendiri?

"Oi gemuk, bila mau kurus?" "Entah la, tak reti-reti nak berenti makan ni." "Berat ko dah 90 kilo lebih tau tak? Lebih 25 kilo dari yang sepatutnya!!" "Aku tau la. Aku naik senang, turun susah la." "Abis tu kira malas la nak kurus sebab susah nak kurus?" "Tak la. Hari-hari fikir nak kurus. Hensem sikit. Ko pernah tengok aku masa kurus dulu?" "Dalam foto pernah la." "Aku last betul-betul kurus, 5 tahun lepas." "Abis sekarang tak boleh nak kurus? Sekarang ni senang je ko nak dapat penyakit tau tak!" "Ye la. Kepala aku pun dah pening-pening sekarang. Tenaga asyik takde je." "Kuruskan la badan encik Gemuk oi!" "Ye lah! Ye lah!" =Perbualan dengan diri sendiri= Idan memang gemuk. Berat dia sepatutnya dalam lingkungan 65 kilo saja. Paling berat pun dalam zon berat ideal, 73 kilo. Ini dah dekat 90 kilo. Gempal sebijik. Dia sedar dia gemuk tapi susah betul nak kurus. Dia suka

Di Sini Caca Marba!

Lama tak menulis. Sibuk. Sampai majlis kahwin pun aku kena sediakan persiapan teknikal, slide, layar, sound, grafik. bla bla bla. Letih sungguh rasanya. Sepatutnya siang tadi aku kena sediakan draf akhir buletin untuk bos aku tengok, dia nak datang katanya. Tapi seharian aku tunggu, tak datang. Nasib baik. Kalau tidak memang bertambah letih aku. Sampai aku sakit. Tengah sakit ni. Sudah tiga hari kepala pening semacam. Ingatkan darah tinggi. Tengok blood pressure di klinik, ok saja. Doktor pun tak pasti apa masalahnya. Mungkin minggu depan kena rujuk doktor pakar ENT. Ada la yang tak kena dalam kepala aku ni. Sabar je. Kereta buat hal lagi. Entah apa yang berlaku aku tak pasti lagi. Yang pasti, air radiator selalu kering. Ingat memang ada leaking dimana-mana tu. Tapi ada harinya aku drive laju menggila, ok pula. Entah apa biol aku pun tak tahu. Dia suruh tukar baru kot. Banyak duit aku. Pasal nak tukar kereta baru ni pun satu hal. Dulu ingat nak ambil Savvy (ye la, kutuk awal-awal). Tak

Di Jari Ini Menulis Sesuatu

Esok ada d'Fiesta Kesenian JPN di Balora Perdana (nama dewan) JPN Putrajaya. Pertandingan kesenian, nasyid dan koir peringkat kebangsaan melibatkan hampir 400 orang peserta kakitangan JPN seluruh negara. Kira hebat juga memandangkan ianya dirancang dalam masa tak sampai sebulan saja. Mungkin disebabkan berpengalaman dalam menganjurkan JPN Idol sebelum ni, jadi takde masalah sangat nak handle program ni walaupun dari segi skel, lebih besar. Besar gila! Kalau dulu cuma 49 orang peserta, sekarang 400 orang! 8 kali ganda dan lebih rumit. Aku ni kira salah seorang dari urusetia program. Tugas aku, buat poster, tag, dan apa saja yang berkaitan dengan grafik. Malah layout dewan pun aku buat. Selama ni kalau mereka susun kerusi dalam dewan, mesti baris-baris lurus dari depan kebelakang. Membosankan. Sudahlah begitu, ianya menghalang pandangan orang pula. Jadi pada majlis ni, aku susun kerusi secara curve, membengkok seperti mana selalu yang kita nampak dalam sebuah auditorium. Baru la ada

Asyikin Yang Comel

Aku kata pada Asyikin, pipi dia tembam. Aku ingat dia nak marah ke. Rupanya dia suka je. Aku cakap pipi tembam macam baby. Tak layak dengan badan dia yang agak kurus. Err, bukan kurus, langsing. Tapi sebenarnya dah okay. Biasa la orang perempuan macam tu. Muka tembam tapi badan kurus je. Aku sebenarnya suka je. Tambah-tambah kalau dia senyum, sengih ke. Patut la orang lelaki ni mudah sangat cair dengan orang perempuan ye. Sabar, sabar. Aku jumpa dia kelmarin, tengah malam buta. Biasa la, itu saja time yang senang nak jumpa dia. Duduk lepak di kedai makan sambil berbual-bual. Selalunya dia akan ceritakan perihal pakwe dia yang banyak karenah. Rimas juga aku kalau kena dengan orang lelaki macam tu. Mungkin budak tu pun muda lagi jadi hati masih panas membara. Aku yang lagi lama kawan dengan Asyikin pun boleh dia jeles. Sepatutnya dia datang pada aku dan tanya pasal Asyikin dengan aku. Kurang-kurang aku boleh bagi tips. Heh. Takde la. Sekurang-kurangnya dia boleh senang hati tau yang aku

Menulis Novel Di Atas Tilam

Kenapa menulis? Kerana aku boleh menceritakan sesuatu dan orang boleh membaca sesuatu. Kenapa perlu menceritakan sesuatu? Kerana ada kalanya sesuatu itu begitu menarik untuk diperkatakan walaupun bukan untuk semua orang, tapi sekurang-kurangnya ada orang yang tetap ingin mengetahuinya. Sebab itu mungkin, penulis novel terus menulis. Sebab itu mungkin, sentiasa ada orang yang akan menulis. Aku minat ke jadi penulis? Aku tiada langsung asas dan skil untuk menulis. Ramai kawan-kawan kata aku patut menulis novel. Tapi mengenai apa yang hendak aku ceritakan? Bagaimana hendak aku mulakannya nanti? Bagaimana akhirnya? Siapakah watak-wataknya? Engkau nak tahu, aku cukup jarang membaca novel. Malah kalau novel berbahasa Melayu, entah bila paling akhir aku baca dan aku sudah lupa tajuknya. Novel terakhir aku baca adalah The DaVinci Code kira-kira beberapa bulan yang lalu sebelum ianya diwayangkan (aku perlu refresh minda sebelum menonton, agaknya). Aku lebih berminat membaca National Geographic.

Jangan Mohon Kerja Kerajaan Disini!

Betul la, kalau kita dah tahu esok lusa kita kena pindah kerja tempat lain atau bahagian lain, kerja yang ada ditangan kita sekarang ni rasa macam malas sangat nak kita buat. Tambah-tambah kalau kerja tu bukan bergantung kepada kita seorang, maknanya orang lain yang ganti kita pun boleh buat. Lagilah kita taknak buat. Takde motif pun tunjuk rajin tak tentu pasal. Jadi 1 Ogos nanti aku akan berpindah ke Bahagian Latihan, JPN. Daripada kerja buat MyKad, sekarang kerja buat buletin JPN dan organise latihan untuk kakitangan JPN. Tapi tugas aku spesifiknya yang pertama tadi, buat buletin JPN. Kenapa? Sebab orang kata aku kreatif. Ooo, sebab tengok aku buat beberapa backdrop untuk majlis JPN, orang dah kata aku kreatif. Okay la tu. Alhamdullillah. Bukan nak bangga diri, tapi kurang-kurangnya kita bawa perubahan dalam teknik bekerja atau menghasilkan sesuatu dalam pejabat kerajaan. Selama ini kalau ada apa-apa function jabatan yang memerlukan backdrop pada dinding atau layar didewan, mereka s

Pukul 3 Pagi Tersenyum

Semalam meronda dengan Asyikien sepanjang malam keliling KL. Katanya jarang dia pusing KL. Jadi aku bawa dia ketempat-tempat yang aku fikir dia takkan pergi walau dengan sesiapa pun. Memang banyak tempat dia tak pernah pergi rupanya! Pelik juga memandangkan pakwe dia tu aku rasa jenis mamat yang suka jalan-jalan KL. Daripada Setiawangsa ke Kampung Baru ke Bangsar ke Setapak balik ke Setiawangsa. Kejap je. Kemudian singgah di kedai makan dan kami berbual sampai hampir jam 3 pagi. Agaknya teringat lagu P.Ramlee, baru ada rasa nak balik. Kalau tak difikirkan pagi nantinya kena pergi kerja, aku rasa mahu saja kami berbual sampai ke subuh pagi. Memang begitulah selalunya kalau bersua muka. Ada saja yang hendak dibualkan dan ada saja yang hendak diadu. Ada benda yang aku bagi pada dia yang aku dah janji lama nak bagi. Jeles juga sebab aku pun suka benda tu. Takpelah, nanti aku dapatkan sendiri untuk aku. Tapi puas hati kan kalau dapat bagi sesuatu benda yang kita suka kepada orang dan orang

Hadiah Yang Tersenyum

Haritu bagi Asyikien hadiah hari lahir dia termasuk la kot hadiah konvo dia. Aku tak dapat nak pergi sebab ada kursus di Melaka. Tapi sempat la jumpa kejap Jumaat tengahari dan sembang-sembang dengan dia. Lama betul tak jumpa. Fikir-fikir balik, rasanya dah dekat 2 bulan tak jumpa. Walaupun dekat je duduk dan senang je nak pergi opis dia. Tapi aku dah le kerja jauh, tak sempat nak jumpa pun. Jadi banyak sembang dalam phone je la sebab local call murah. Hehehe. Telefon pejabat je. Kalau pakai public phone pun masih murah lagi dari bersusah payah nak guna handset. Seronok la dia sebab dapat anugerah pelajar terbaik untuk kursus dia. Mungkin aku tak nampak bagaimana keadaan dia haritu tapi aku fikir memang dia patut dapat dan layak dapat. Aku ada di sebelah dia sewaktu dia bersengkang mata dikedai mamak menyiapkan assignment sedang kawan lain sibuk tidur. Masa makan Jumaat tu dia mengadu kenapa dia kena duduk belakang sekali dalam dewan nanti. Aku kata mungkin sebab dia top student kot. M

Neo-Romantika (Pehal Ni?)

Berbalik dengan Neo. Oh ya, dalam Matrix Revolution, Neo akhirnya mati. Agaknya begitu nasib Proton Satria Neo? Tapi dalam Matrix Revolution juga, diakhir cerita Saathi dan Oracle berbual dimana Oracle memberitahu budak kecik tu yang Neo akan kembali lagi nanti, mungkin. Jadi, apa kena mengena Satria Neo dengan Mr. Anderson @ Neo? Tak ada apa-apa, aku cuma nak menyedapkan cerita. Proton perlu bijak. Apa yang mereka dah hasilkan ini cukup bagus kalau dikembangkan. Tak payah susah payah beli platfom atau buat platfom baru lagi. Berapa banyak platfom nak buat? Banyak duit? Satu platfom Satria ni aku rasa cukup untuk beberapa buah model kereta Proton yang lain. Boleh buat Satria 4 pintu yang mungkin mereka boleh panggil Satria Trinity (tapi nama tu 3 ye?). Boleh buat mini MPV atau orang Jepun kata B-Class Car macam Honda Jazz dan Suzuki Swift. Mungkin, mungkin boleh jadi sedan dan namakan saja Wira. Wira Neo mungkin. Senang cerita. Memang ceritanya agak senang tapi nak buat susah. Cuma kal