Langkau ke kandungan utama

Lalat

Khamis minggu lepas aku ke Kuala Lumpur untuk mencari baju batik sempena event di KLCC pada hari Jumaat lepas. Aku guna LRT sebab aku fikir ianya lebih mudah dan cepat. Aku turun di Stesen Masjid Jamek. Perkara pertama yang menarik perhatian aku ada peniaga tepi jalan. Lebih menarik perhatian adalah semua mereka adalah orang Indonesia. Kenapa boleh jadi begini? Kenapa dengan sewenang-wenangnya mereka boleh buka gerai tepi jalan disekeliling KL? Kalau dahulu orang melayu buat macamtu, sekelip mata diserang oleh DBKL, atau polis atau orang melayu sendiri. Tapi sekarang bila orang Indonesia (dan Myanmar, Bangladesh, India, Thai, Nepal, Afrika) buat, tiada sesiapa pun yang ambil tahu? Kenapa ye?

Aku akui aku kagum dengan semangat orang asing ini untuk hidup di Malaysia. Apa saja yang mereka boleh buat, mereka akan buat. Mereka tidak peduli samada ianya melanggar batasan norma atau undang-undang. Paling penting dalam hidup mereka adalah duit. Dan peliknya orang Malaysia ini, mereka amat-amat pemurah dengan duit. Asal saja murah 10 sen, itu yang mereka beli. Tidak kira dari siapa pun yang menjualnya. Walaupun dibelakang mereka tahu dan mereka marah orang asing ini datang dan bermaharajalela di sini, tapi mereka juga yang bertindak menyokong secara duitan keatas orang-orang asing ini.

Mereka seperti lalat. Faham maksud aku dahulu. Lalat membawa erti, berapa banyak kali pun kita cuba tepis dan halau, mereka akan datang kembali. Cuma paling kecewa, ada orang tempatan sendiri yang melindungi orang asing ini atas dasar hak asasi. Hak asasi konon. Hak Asasi my ass! Kalau sudah hampir semua perkara mereka ambil alih, apa yang tinggal pada kita? Sudahlah pula kalau orang tempatan yang melakukannya, cepat saja pihak berkuasa bertindak. Tapi kalau orang asing yang buat, tunggu kawasan itu jadi mini-Jakarta, mini-Dhaka atau mini apa saja baru hendak bertindak. Itu pun sehari. Esok lusa pendatang ini kembali. Tiada apa-apa perubahan. Mungkin bertambah lagi.

Aku bukan anti dengan pendatang (aku tidak mahu spesifik kepada sesuatu negara). Tapi realitinya mereka menyusahkan banyak pihak. Menyesakkan laluan seperti di Stesen LRT Masjid Jamek. Membuat sesuatu tempat itu menjadi kotor tak tentu pasal. Kemudian, cuma korang pergi stesen bas depan hentian komuter Serdang sebagai contoh. Di situ kita boleh rasa yang kita tidak tinggal di Malaysia. Kalau tidak kerana bas Rapid KL yang berhenti menunggu masa untuk bergerak, mungkin kita akan berasa kita berada di Indonesia. Begitu ramai orang Indonesia di situ dan cara perwatakan mereka sebenarnya tidak menyenangkan orang lain di stesen itu. Walaupun mereka tidak mengganggu orang, tetapi mereka duduk (bukan berdiri) di tengah-tengah kaki lima, berkumpul secara berkelompok yang besar hingga tiada laluan untuk orang berjalan dan bising. Kalau naik bas, orang-orang asing ini biasanya akan berebut untuk naik dan langsung (realiti!) tidak menghormati penumpang yang lain terutama orang yang kurang upaya. Malah mereka hanya menjeling melihat orang tua, budak kecil berdiri. Kalau orang Bangladesh atau Pakistan yang melakukannya, mungkin orang faham. Tapi kalau orang Indonesia yang melakukannya, yang tumpang dapat nama buruk, orang melayu juga.

Aku tidak ada apa-apa masalah kalau mereka (pendatang asing) ini datang dengan cara yang sah dan bekerja di sini. Tidak ramai orang Malaysia yang mahu buat apa yang mereka buat. Datang dan bekerjalah. Tapi jangan datang sini secara haram dan buat kerja macam tanah ini mak bapak kamu yang punya. Bukan orang Malaysia yang jahat. Kamu sendiri yang memalukan bangsas kamu sendiri dan juga menjatuhkan maruah bangsa kamu sendiri.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l

Cikgu Zul & SmartLearning

Cikgu Zul Kawan-kawan MRSM Balik Pulau hingga 1991, siapa pernah kenal dengan Cikgu Zulkifli Kassim (Cikgu Zul)? Beliau adalah antara pelopor SmartLearning di Malaysia suatu ketika dahulu dan aku adalah antara pelajar-pelajar yang bertuah dapat mempelajarinya dari pakar SmartLearning sendiri. Ada dua tiga orang lagi tenaga pengajar SmartLearning tapi aku sudah lupa nama mereka. Tapi aku sentiasa ingat Cikgu Zul. Berbadan besar tapi lembut tutur kata. Kali terakhir sebelum dia meletak jawatan sebagai guru di MRSM Balik Pulau, dia guna kereta Mitsubishi Galant besar. Pada masa pelajar lain sibuk dengan kaedah belajar biasa, kami di MRSM Balik Pulau sudah pun dilatih menggunakan kaedah SmartLearning; kaedah peta minda, kaedah study smart dan banyak kaedah-kaedah yang kalau masa sekarang, orang nampak biasa. Ya, aku ingat apabila aku ke UiTM (masa tu ITM) dan melukis awan-awan (peta minda) sebagai nota, member-member nampak pelik. Mereka fikir aku sedang buat ajaran sesat. Sebentar tadi ak

Mahu Beli Kamera DSLR? Baca Sini Dulu

Kebelakangan ini aku ditanya oleh beberapa orang rakan mengenai kamera DSLR (digital single-lense reflex). Seperti kamu sendiri sedia maklum, kamera DSLR adalah gajet terkini yang 'perlu' dimiliki. Orang ramai sudah tidak memandang kepada kamera digital biasa, sebaliknya terus ingin membeli DSLR. Mungkin kerana kamera DSLR yang tergantung di leher adalah cool atau pemilik itu benar-benar minat dengan fotografi, tidak dinafikan kamera DSLR semakin menarik minat ramai orang. Dulu, memang agak sukar untuk temui orang di sana sini memegang atau menggantung di leher sebuah kamera SLR yang besar 'gedabak'. Orang lebih selesa dengan kamera digital biasa yang boleh disimpan di dalam poket atau sarung. Ringan dan mudah. Tetapi mungkin kerana terdapat batasan keupayaan kamera digital biasa, maka DSLR sekarang semakin banyak kelihatan di tangan orang ramai. Satu lagi punca paling jelas, sebuah kamera DSLR sekarang boleh dimiliki dengan harga kurang RM2000. Model asas seperti Canon