Langkau ke kandungan utama

Media, Sila Tanggal Cawat Besi Anda!

Kadang-kadang aku rasa aku sudah berputus asa dengan akhbar/media Malaysia. Lebih spesifik lagi media arus perdana Malaysia. Realitinya mereka lebih mementingkan hiburan dan hiburan menguntungkan. Atau berita yang tidak masuk akal. Lebih istimewa, berita-berita kelas ekonomi ini selalunya menjadi berita muka hadapan.

Utusan Malaysia, Berita Harian, Kosmo dan Metro adalah akhbar melayu yang paling menjengkelkan untuk dibaca dan aku akui, aku akan baca kalau ada di depan mata. Aku takkan belinya melain sudah tidak ada akhbar lain untuk dibaca. Kalau aku beli, paling lambat aku habis untuk baca semuanya mungkin cuma dalam masa 3 minit. Selalunya aku rasa pointless. Apa motif surat-surat khabar ini dikeluarkan setiap hari? Harian Metro adalah akhbar paling bodoh aku pernah baca. Tidak ada berita bermakna untuk aku baca. Akhbar berbahasa Malaysia lain pun sama masalahnya. Tidak ada makna untuk dibaca. Malangnya lagi ianya sekarang menjadi alat parti politik untuk berpropaganda. Tidak ada digniti apabila sebuah akhbar arus perdana berpayung dengan parti-parti politik baik dari parti pemerintah atau pembangkang, di mana sahaja.

Begitu juga media elektronik. Suatu ketika dahulu aku agak suka menonton Buletin Utama TV3 kerana berbanding dengan Warta Jam 8 RTM yang jelas penuh dengan politik pemerintah. Namun kalau sekarang korang suruh aku menonton Buletin Utama TV3, aku rasa ada baik aku menonton Crayon Shin Chan atau Mr. Bean. Mutu berita yang disiarkan adalah begitu memualkan. Ada satu segmen yang paling memeranjatkan aku malah ianya aku anggap suatu penghinaan kepada penonton. Selalunya apabila TV3 melalui Buletin Utama menyiarkan pendapat melalui e-mel penonton, pastinya korang takkan kenal langsung siapa pengirim e-mel tersebut. Malah, dengan hanya 1 e-emel dari seorang penonton sudah cukup untuk dijadikan kompilasi lengkap pendapat penonton. 1 e-mel. Berapa mereka terima e-mel sehari? Satu saja? Entah dimana hilang profesionalisme jurnalisme pemberita di Malaysia ini.

Peliknya aku kalau berita mengenai artis, hiburan dan apa saja yang boleh menghibur, isi, foto dan apa saja maklumat adalah amat-amat lengkap hingga aku fikir mungkin itu saja kerja pemberita di media-media arus perdana; membuat berita mengenai hiburan. Berita lain cuma tangkap muat sebagai alasan untuk dianggap sebagai rancangan berita.

Jadi jangan salahkan orang ramai sekiranya mereka mahu menonton berita al-Jazeera, CNN, BBC atau CNBC. Berita lebih terbuka walaupun CNN, BBC dan CNBC juga tidak terlepas daripada pengaruh politik. Kerana sekurang-kurangnya melalui rangkaian berita ini, orang ramai boleh lihat dengan lebih jelas tentang apa yang berlaku di Malaysia dan seluruh dunia. Tanpa tapisan dan tanpa sekatan. Jangan salahkan orang ramai sekiranya berita melalui web dan blog menjadi pilihan mereka berbanding dengan berita-berita media arus perdana yang amat-amat sempit fikirannya.

Rakyat sekarang bukan rakyat yang bodoh dan boleh dipengaruhi dengan mudah. Iklan propaganda keburukan rapat umum itu adalah suatu iklan yang amat-amat bodoh dan dihasilkan dalam kualiti yang amat rendah dan tidak bertanggungjawab. Aku fikir lebih baik pemberita atau penghasil rancangan di media arus perdana pergi belajar lagi bagaimana cara untuk mempengaruhi pemikiran rakyat. Ini bukan 1980. Ini tahun 2007. Ini zaman maklumat di jari-jemari ini. Ini adalah zaman maklumat boleh diperolehi dari banyak sudut walau hanya satu perkara sebesar zarah. Kalau masih fikir pemikiran rakyat boleh dicorak dengan propaganda ala zaman darurat, korang amat-amat ketinggalan zaman.

Stop censoring. Open up dan korang akan lihat bagaimana rakyat akan lebih menghargainya. Lebih berterima kasih mengenainya dan lebih maju dengannya. InsyaAllah.

Ulasan

  1. i totally agree with u...especially on the "illegal assembly" issues...what was potrayed in the news was so distant from the reality of it...

    eventhough i hate to be stuck in the traffic jam due to all these 'assemblies", however i believe the news on tv should describe them as they were...

    this is especially so when i heard the tv3 news regarding the 'human rights walk'...it was peaceful and was not in any way trying to incite any controversy but the news described it as if it was a violent rally...

    some might think i'm biased but i'm trying to be fair to all parties...yes it was a bit of a nuisance to the public but where's the harm in that? the other set of public want to be heard or at least show what they feel peacefully...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l

Cikgu Zul & SmartLearning

Cikgu Zul Kawan-kawan MRSM Balik Pulau hingga 1991, siapa pernah kenal dengan Cikgu Zulkifli Kassim (Cikgu Zul)? Beliau adalah antara pelopor SmartLearning di Malaysia suatu ketika dahulu dan aku adalah antara pelajar-pelajar yang bertuah dapat mempelajarinya dari pakar SmartLearning sendiri. Ada dua tiga orang lagi tenaga pengajar SmartLearning tapi aku sudah lupa nama mereka. Tapi aku sentiasa ingat Cikgu Zul. Berbadan besar tapi lembut tutur kata. Kali terakhir sebelum dia meletak jawatan sebagai guru di MRSM Balik Pulau, dia guna kereta Mitsubishi Galant besar. Pada masa pelajar lain sibuk dengan kaedah belajar biasa, kami di MRSM Balik Pulau sudah pun dilatih menggunakan kaedah SmartLearning; kaedah peta minda, kaedah study smart dan banyak kaedah-kaedah yang kalau masa sekarang, orang nampak biasa. Ya, aku ingat apabila aku ke UiTM (masa tu ITM) dan melukis awan-awan (peta minda) sebagai nota, member-member nampak pelik. Mereka fikir aku sedang buat ajaran sesat. Sebentar tadi ak

Mahu Beli Kamera DSLR? Baca Sini Dulu

Kebelakangan ini aku ditanya oleh beberapa orang rakan mengenai kamera DSLR (digital single-lense reflex). Seperti kamu sendiri sedia maklum, kamera DSLR adalah gajet terkini yang 'perlu' dimiliki. Orang ramai sudah tidak memandang kepada kamera digital biasa, sebaliknya terus ingin membeli DSLR. Mungkin kerana kamera DSLR yang tergantung di leher adalah cool atau pemilik itu benar-benar minat dengan fotografi, tidak dinafikan kamera DSLR semakin menarik minat ramai orang. Dulu, memang agak sukar untuk temui orang di sana sini memegang atau menggantung di leher sebuah kamera SLR yang besar 'gedabak'. Orang lebih selesa dengan kamera digital biasa yang boleh disimpan di dalam poket atau sarung. Ringan dan mudah. Tetapi mungkin kerana terdapat batasan keupayaan kamera digital biasa, maka DSLR sekarang semakin banyak kelihatan di tangan orang ramai. Satu lagi punca paling jelas, sebuah kamera DSLR sekarang boleh dimiliki dengan harga kurang RM2000. Model asas seperti Canon