Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2007

The Beatles

Ada seorang sahabat bertanya, apa hal dengan lirik lagu Hello Goodbye nyanyian The Beatles yang aku letak di bawah. Untuk yang meminati The Beatles, ini adalah salah satu lagu yang cukup menarik dari mereka. Kalau dibaca lirik, ianya cuma ada beberapa baris yang berbeza. Yang selebihnya adalah ulangan kepada baris yang lain. Simple tetapi menyenangkan untuk didengar. Itu yang membuat aku suka dengan lagu ini. Ianya dinyanyikan oleh Paul McCartney dan John Lennon sebagai backup. Mungkin bagi kebanyakkan orang yang mendengar The Beatles tetapi tidak mengetahui lebih lanjut mengenai band ini akan menganggap John Lennon adalah penyanyi utama. Sebenarnya penyanyi utama The Beatles adalah John Lennon dan Paul McCartney. Kalau didengar betul-betul, terdapat perbezaan antara nyanyian mereka berdua. Paul lebih mellow dan merdu manakala John Lennon lebih raw dan kasar tapi dalam masa yang sama lebih padu bunyinya. George pun ada menyanyikan lagu dan aku memang suka dengan lagu-lagu nyanyian Geor

Hello Goodbye

The Beatles - Hello Goodbye You say yes, I say no You say stop and I say go, go, go Oh, no You say goodbye and I say hello Hello, hello I don't know why you say goodbye I say hello Hello, hello I don't know why you say goodbye I say hello I say high, you say low You say why, and I say I don't know Oh, no You say goodbye and I say hello Hello, hello I don't know why you say goodbye I say hello Hello, hello I don't know why you say goodbye I say hello Why, why, why, why, why, why Do you say good bye Goodbye, bye, bye, bye, bye Oh, no You say goodbye and I say hello Hello, hello I don't know why you say goodbye I say hello Hello, hello I don't know why you say goodbye I say hello hello, hello I don't know why you say goodbye I say hello Hello Hela, heba helloa Hela, heba helloa

Menghitamkan Pulau Batu Putih

"Kalau Singapura benarkan kita menggunakan Arkib Nasional mereka, sudah pasti Pulau Batu Putih/Pedra Branca itu akan jadi milik kita tanpa persoalan." - Petikan kata daripada seorang pengkaji sejarah yang sedang membuat buku sejarah JPN. Kerana di sana terletak begitu banyak dokumen mengenai Tanah Melayu, Negeri-negeri Selat dan apa saja maklumat sepanjang zaman penjajahan British. Semasa beliau ingin membuat penyelidikan mengenai rekod-rekod pendaftaran negeri-negeri Tanah Melayu dan Negeri-negeri Selat suatu ketika dahulu, pihak Arkib Singapura telah membuat pelbagai halangan dan sekatan yang tidak munasabah sedangkan dia tidak berniat langsung untuk mencari dokumen mengenai Pulau Batu Putih/Pedra Branca atau apa-apa saja dokumen berkaitan. Beliau cuma mahu mendapatkan dokumen mengenai pendaftaran kelahiran, kematian, perkahwinan dan perceraian dan mungkin pendaftaran pengenalan diri yang tersimpan dalam arkib tersebut sebagai rujukan sejarah. Beliau menjumpainya setelah be

Korang Salah Pintu Ye?

Berkaitan posting aku pasal pakaian perempuan. Aku tidak anti dengan pakaian perempuan. Malah ada kalanya ia menarik perhatian dan wajar dipuji. Aku akan puji mereka yang pakai pakaian yang cantik dan unik. Cuma aku sebutkan hal pembaziran. Kalau buat baju baru sebulan sekali hanya semata-mata untuk menunjuk-nunjuk ataupun mungkin untuk menyatakan bahawa korang tak pakai baju yang sama dalam sebulan, ianya membuang masa, dan duit. Tambah-tambah niat korang nak suruh orang lelaki tengok. Ianya niat yang sangat-sangat membazir. Kebanyakkan orang lelaki tidak berminat. Mereka yang berminat teramat-amat mungkin dari golongan metroseksual, pereka fesyen dan pondan. Aku dok melihat apa motif ramai-ramai orang yang masuk dalam blog aku ni. Aku nak buat list sini siap dengan penjelasan (ini berdasarkan list latest dalam hit counter aku) 1. Search Carian Google mengenai : Pujuk Lelaki Ego . Dapat link ke post aku yang ni -> Lelaki Yang Macam Perempuan . Aku sebenarnya cuba menghasut lelaki s

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 2

Sambungan koleksi gambar MRSM Balik Pulau, circa 2003. Ini bas maktab suatu ketika dulu. Aku sudah tengok bas baru. Tapi bas lama ini sungguh manis kenangannya. Kami menyanyi gembira setelah muncul johan bolasepak under-15 dan under-18. Pergi berkelah di Batu Feringgi atau melawat Botanical Garden. Pergi trip ke MRSM Berseri dengan ditemani bumbung bas yang bocor. Ianya suatu kebanggaan dapat naik bas ini suatu ketika dahulu. Masa itu tidak semua sekolah ada bas sendiri. Jadi kira hebat la. Baru sekarang aku terperasan, bas tersebut ada iras-iras Penang Yellow Bus. Hmm... Padang. Kalau masa aku pergi tahun 2003 dahulu ada sign board tertulis, "Home of The Cougars", merujuk kepada pasukan ragbi maktab. Mungkin pada ketika itu ianya amat kuat. Memang ragbi masa zaman aku pun kuat juga, tapi tidak sehebat team bolasepak yang dibentuk sejak kami form 2. Sepanjang itu hingga ke form 5, kami tidak pernah tewas satu game pun (betul tak Carrie?). Jadi johan Under-15 dan Under-18 nege

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l

Homeroom Part 1

"Idan, Tanak up-date cerita HR kita ke? Pye'92 Emas'89" Itu soalan daripada sahabat lama, satu sekolah. HR pula bukan bermaksud Human Resource, tapi Home Room atau Keluarga Pelajar. Kalau sesiapa yang pernah belajar di MRSM, mana-mana MRSM pun pasti akan tahu apa dia home room (HR). Ianya adalah sekumpulan pelajar yang dikumpulkan bersama selama mereka belajar di MRSM dan mempunyai guru penasihat yang selalunya bertindak seperti ibu dan bapa angkat. HR ada perjumpaan setiap minggu dan biasanya kami cuma akan berbual-bual tanpa sebab. Kalau ada guru penasihat dalam meeting, maka bersedia untuk dibebel (kalau dia garang) atau dibelanja (sebab selalunya mereka memang baik hati). Kami akan organise trip; berkelah, lawatan atau apa saja dengan bas Maktab. Ruginya hampir kesemua gambar semasa di MRSM telah hilang. Kalau tidak pasti akan aku selitkan di sini cerita-cerita mengenainya. Oh, berkaitan homeroom aku. Aku homeroom Emas 89. 89 adalah penanda yang kami masuk belajar

Letih

Penghujung minggu. Mana pergi Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis? Patutlah orang dewasa selalu komplen tak cukup masa. Entah kemana semua masa itu pergi. Patutlah hidup dewasa lebih rumit. Hehe. Termasuk la aku kot. Ini termasuklah kena update blog ni yang takde obligasi untuk aku buat sebenarnya. Tak update nanti orang tanya. Tak menulis orang kata dah bersara. Heh. Payah betul hidup dalam dunia yang serba demanding ni. Letih nak menulis. Aku sudah tua.

Mengenai Website

Semalam aku sempat upload website lama aku. Tertulis di website tersebut ianya karya tahun 2001. Sudah lama sangat. Amatur je gayanya. Kalau tak silap aku, itulah pertama kali aku guna Macromedia Dreamweaver 4. Semuanya kalau diikutkan amat-amat kuno. Sudah lam juga aku tak punyai website sebegitu. Website yang ada sekarang sudah juga tua usianya. Entah bila aku nak buat yang baru. Sekarang pun orang lebih sibuk dengan blog dan photoblog yang jauh lebih efektif kesannya. Tapi aku masih mahu buat website macam dulu-dulu. Semasa blog itu masih dianggap tempat mamat-mamat geek dan cool berkumpul. Aku mahu rasa kembali betapa megahnya punyai sebuah website dalam internet. Tak semua orang boleh mengaku begitu. Takat blog? Apa sangat blog. Website adalah 100% idea korang, melainkan korang ciplak atau guna template.

Wallpaper Edisi 1

Sempat sepanjang pagi hari tadi aku siapkan wallpaper untuk Asyikin. Guna Photoshop dengan segala jenis brushes yang ada. Jadi wallpaper di atas sebenarnya dibuat daripada kosong. Budak amatur punya kerja. Ok la tu kan..

7 Tahun Lalu Aku Telah Blog

Baru aku sedar bahawa Oktober lepas aku telah post sebanyak 30 kali. Maknanya kalau dari segi perkiraan, 1 post sehari. Banyak tu. Mustahil sebenarnya, bagi aku. Kira tahniah untuk diri sendiri kerana berjaya menulis dengan banyak bulan lepas. Adakah ini bermakna aku perlu menulis dengan lebih banyak untuk bulan ini? Sudah lama aku menulis blog. Sejak awal September 2001 mungkin. Malah aku ada cover mengenai 11 September dalam satu post aku. Begitu lama. Jadi aku bukan orang baru dalam blog. Sudah 6 tahun menulis. Tapi disebabkan aku sering tukar host dahulu, maka post-post aku bertaburan. Cuma sejak 2004 saja aku kekal di Blogspot. Ada juga idea untuk berpindah ke Wordpress. Namun aku fikir, yang sudah baik tidak perlu dikucar-kacirkan. Biarkan saja begitu. Dalam sejarah blog ini juga, cuma ada seorang saja yang pernah dijemput untuk menulis disini, Asyikin. Itupun setelah aku puas memaksa beliau. Nanti aku carikan post tersebut. Blog ini juga pada permulaannya ditulis dalam bahasa In

Tip Mohon Kerja Kerajaan Dari Aku (Bhg. 2)

Bersambung perihal "Tip Mohon Kerja Kerajaan". Satu yang korang perlu ingat, kerja kerajaan tidak mudah. Melainkan korang kerja di pekan kecil yang pelanggan korang cuma seorang dua sehari. Tapi kalau Jabatan tersebut ada pelanggan ratusan orang sehari, siaplah! Korang bakal berhadapan dengan segala macam jenis manusia yang sentiasa berfikiran cliche terhadap jabatan-jabatan kerajaan; lembab, bodoh, menyusahkan, melayu dll. Ketua Setiausaha Negara (KSN) sekarang orang yang business oriented. Amat-amat punctual, amat-amat tegas dan komited dengan kerja. Kalau dia katta meeting start 8.30 pagi, 8.25 dia dah ada di meeting room. Kalau dia kata meeting habis jam 10.00 pagi, maka jam 10.00 pagi la meeting itu akan habis. Macam juga big boss aku. Get to the point. Itu yang penting. Jangan meleret nak berbunga-bunga bila berbicara. Kalau dalam interview orang tanya rukun negara apa dia, jangan cerita sejarah rukun negara, siapa yang mulakan, kenapa dimulakan, di mana dimulakan. Jawa

Langkawi (Part 4)

Harini balik KL. 3 hari tanpa arah di Langkawi. Memang agak membosankan sebab satunya takde transport. Duanya, sebab datang tengah-tengah bulan selepas raya. Memang takde duit la. Maka sepanjang aku merayau-rayau nak beli barang walaupun bukan untuk diri sendiri, aku dok berkira-kira cukup ke duit aku sampai hujung bulan nanti. Ada 15 hari lagi nak kena lalui. Habis duit sini, habis la duit nak belanja sampai hujung bulan. Entah apa yang aku nak beli. Coklat? KL pun ada walau mahal seringgit dua. Pinggan mangkuk? Aku nak buat apa? Baju? Mungkin sehelai dua baju. Mungkin tahun depan aku perlu datang lagi sekali kesini. Aku nak berjalan-jalan. Bukan nak bershopping. KL tu sampai tak larat nak ke shopping complex. Lebih kurang sama je. Aku nak ke pantai, nak naik kereta kabel, nak ke Telaga Tujuh yang belum aku pergi. Nak ke Pulau Tuba & Pulau Dayang Bunting. Hahaha. Mandi sana, kot-kot boleh awet muda, atau dapat anak??? Aku rasa Langkawi kena revamp dari segi produk. Takkan setakat

Ke Langkawi (Part 2)

Sudah sampai di Langkawi. Sudah sampai di hotel. Ada WIFI. Huh! Menarik. Aku akan blog sebanyak mungkin di sini. Nasib baik bawa laptop. Cuaca sini okay. Lama rasanya tak kesini walau baru 3 tahun lepas aku sampai. Banyak sangat yang berbeza. Walaupun aku masih kenal dengan jalan-jalan yang ada, tapi jalan dah makin besar. 4 lorong sana sini. Short-cut sana sini. Kira okay la, tak menyusahkan orang nak kesesuatu tempat. Tapi yang tak bestnya, jalan-jalan lama yang ada di Langkawi ini yang sebenarnya menarik perhatian orang kesini. Long and winding road lebih menarik dari straight to the point route. Lebih banyak yang dapat dilihat. Buka saja TV, terhidang di chanel NTV7 berita mengenai perhimpuan 'haram' yang bakal dilangsungkan di Dataran Merdeka. Dalam keadaan sekarang, polis jauh lebih ramai daripada orang awam yang datang. Aku tak hairan, sesiapa saja yang pakai baju kuning, pasti akan ditahan di road-block sekitar lembah Klang. Aku penjawat awam, sepatutnya aku mempertahan