Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2008

Ritual

Aku tiada ritual setiap tahun baru menjelma. Tidak seperti pada setiap hari lahir aku dimana aku akan ke restoran makanan segera dan makan seorang diri, tahun baru tidak membawa apa-apa makna bagi aku. Ianya seperti hari-hari biasa yang perlu aku lalui. Seterusnya bersedia untuk 53 hari berikutnya sehinggalah tiba tarikh hari lahir aku. Aku akan makan sendirian di restoran makanan segera. Jangan kata kesian atau loner. Aku fikir itu hadiah kecil untuk diri aku. Aku biasanya duduk makan sambil membaca surat khabar atau majalah National Geographic, baik keluaran terbaru atau pun koleksi lama yang aku beli dengan harga RM7 sebuah. Nak turut serta? Silalah. Aku tidak menghalang. Cuma waktu itu biasanya aku diam seorang diri. Kerana aku tidak boleh lakukannya di dalam keretapi komuter (terlalu ramai pendatang), untuk berseorang diri. :-) Aku hendak sangat di hari lahir nanti, atau pada tahun baru nanti, aku naik keretapi komuter ke Pelabuhan Klang, mungkin. Melihat senja. Atau di mana saja

Menilai Hidup Ini - Babak 14

"Saya baru nak lunch dan makan malam. All in one macam fotostat juga. Tak sempat makan tadi. Awak dah makan?" "Tak makan lagi. Takde orang ajak. Makan dulu, okay. Nanti sakit perut. Kesian, banyak sangat kerja awak. Jaga kesihatan. Jauh sangat nak tolong jaga." "Ala, makan le... Ala awak, kalau jodoh, tak jauh pun nak jaga. Awak makan ye." "Huh? Terasanya..."

Izzurina

Aku sedang mencari seseorang. Kemungkinan dia merupakan "first love" aku, sekitar umur aku 8 - 9 tahun. Bukan "first love" rasanya, cuma perasaan suka. Dan, aku hampir menemuinya. Tidak, bukan bersua muka. Cuma melalui Facebook dan Tagged. Aku mahu pastikan mereka itu adalah dia. Ya, itu adalah dia. Cukuplah. Aku tahu dia masih ada. Aku cuma ingin tahu. :-) "Idan, kereta mak Izu... Tu dia ada di belakang" Sambil kereta Ford Laser meluncur laju melintasi hentian bas tempat aku dan seorang rakan duduk. "Ye, memang dia" "Kenapa engkau suka dia?" "Sebab dia cantik" Jawab aku ringkas. Umur lapan tahun sudah pandai ye... 

Honey And The Moon

Honey And The Moon - Joseph Arthur Don't know why I'm still afraid If you weren't real I would make you up now I wish that I could follow through I know that your love is true and deep as the sea but right now everything you want is wrong, and right now all your dreams are waking up, and right now I wish I could follow you to the shores of freedom, where no one lives. Remember when we first met and everything was still a bet in love's game you would call; I'd call you back and then I'd leave a message on your answering machine But right now everything is turning blue, and right now the sun is trying to kill the moon, and right now I wish I could follow you to the shores of freedom, where no one lives Freedom run away tonight freedom, freedom run away run away tonight We're made out of blood and rust looking for someone to trust without a fight I think that you came too soon you're the honey and the moon that lights up my night But right now everything yo

9 Crimes

9 Crimes Damien Rice feat. Lisa Hannigan Leave me out with the waste This is not what I do It's the wrong kind of place To be thinking of you It's the wrong time For somebody new It's a small crime And I've got no excuse Is that alright? Give my gun away when it's loaded Is that alright? If u don't shoot it how am I supposed to hold it Is that alright? Give my gun away when it's loaded Is that alright With you? Leave me out with the waste This is not what I do It's the wrong kind of place To be cheating on you It's the wrong time She's pulling me through It's a small crime And I've got no excuse Is that alright? I give my gun away when it's loaded Is that alright? If you dont shoot it, how am I supposed to hold it Is that alright? I give my gun away when it's loaded Is that alright Is that alright with you? Is that alright? I give my gun away when it's loaded Is that alright? If you don't shoot it, how am I supposed to hol

Menjelang 365 Hari

Tahun baru sudah aku sambut awal. Kelmarin aku pasangkan langsir baru di jendela. Aku juga beli rak menggantung tuala (yang selama ini aku gantung di jendela) dan rak menyangkut baju. Aku juga telah makan 6 ketul donut Big Apple semalam setelah aku makan 3 ketul donut yang sama kelmarin. Memang aku cari penyakit agaknya. Kalau hendak diikutkan hati, aku mahu membeli sebuah gitar akustik. Aku mahu belajar main gitar hingga aku boleh menghasilkan lagu melaluinya. Kemudian aku terlihat piano. Menarik juga. Berlajar main piano tidaklah susah. Aku pernah belajar sedikit-sedikit dulu semasa di MRSM BP dengan piano di dewan. Tetapi tidak sampai tahap berani untuk bermain di hadapan orang ramai seperti yang Azrul Hanidy lakukan. Kamu masih ingat? Namun, piano agak mahal harganya dan besar saiz. Jadi aku fikir aku akan beli gitar saja nanti. Kemudian aku teringatkan biola ayah (mungkin bukan ayah punya) di bawah katil di kampung. Tiada tali dan penggeseknya juga sudah hilang. Menarik juga kalau

Mengenai Laman Web MRSM Balik Pulau

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430. Selesai aku menonton Remember The Titans tadi, aku terfikirkan sesuatu. Pada tahun 1990 dan 1992, MRSM Balik Pulau pernah menjadi johan pertandingan bola sepak antara sekolah di Pulau Pinang untuk peringkat umur bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun. Begitu hebat pasukan bola sepak MRSM BP ketika itu hingga amat disegani di Pulau Pinang. Seingat aku, sepanjang musim pertandingan bawah umur 15 tahun pada tahun 1990, MRSM BP menang semua perlawanan hingga ke perlawanan akhir. Itu mungkin suatu rekod, aku tidak pasti. Kemudian pasukan yang sama mengulangi kehebatan mereka pada peringkat umur bawah 18 tahun, dua tahun kemudian. Memang hebat. Cuma, bila aku pergi mengunjungi laman web MRSM Balik Pulau , tiada semua maklumat itu. Agaknya maklumat sebegitu tidak penting seperti maklumat akademik; keputusan peperiksaan, jadual peperiksaan dan segalanya yang mengenai akademik. Jadi, apa motif diadakan pertandingan sukan antara sekolah dan dihantar pasukan untuk b

Menilai Hidup Ini - Babak 13

Siang. Fikiran bercelaru. Begitu banyak andaian yang terbang keluar dari benak fikiran ini mengenai dia. Sehingga senja, aku seperti mahu berputus asa saja dan biarkan berlalu apa jua rasa yang terpendam di jiwa. Tiba malam. Sedang dalam sibuk suasana, telefon berdering. Dia menelefon. "Hi awak." "Hi comel. Saya dok terfikirkan awak. Awak sihat?" "Ye ke? Awak sibuk ke? Sihat." "Ada bengkel ni. Tapi takpe, cakap sajalah. Ada apa?" "Awak, sebenarnya saya takde tempat hendak mengadu. Saya teringatkan awak, jadi telefonlah." "Ada apa?" "Saya cuma nak bagitau saya senang hati sangat hari ini. Saya berjaya buat sales. Suka sangat sampai tak tahu nak cakap apa." "Tahniah awak. Untungnya awak. Ini kira hadiah hari jadi awak la ye." "Bukan takat hadiah hari jadi je, ini first sales company saya untuk season baru." Dan seterusnya kami berbual hampir 10 minit lamanya. Suaranya sebak, bukan kerana bersedih. T

Aku Di Kota Bharu - 3

Lain kali aku tidak perlu merancang. Lebih baik, aku gantung saja kamera di leher setiap masa dan ke mana saja aku pergi. Jadi aku tidak perlulah kecewa bila petang aku rancang mengambil gambar, hujan turun lebat. Sempat juga aku merakamkan beberapa shot gambar. Selebihnya aku cuma berjalan melihat keadaan. Agak sukar hendak mengambil gambar di Kota Bharu tanpa diperhatikan orang. Atau aku sibuk memerhatikan orang. Tiada bezanya suasana di Kota Bharu dengan bandar-bandar besar lain. Manusianya, sosialnya, keadaannya masih tetap sama. Cuma, orang cina di Kota Bharu jauh lebih peramah. Atau orang cina di pantai timur secara umumnya jauh lebih peramah dan selesa berbual dalam bahasa Malaysia tanpa masalah. Mungkin esok aku boleh lakukan sesi fotografi lagi. Kalau tidak berpeluang juga, lain kali sajalah.

Aku Di Kota Bharu - 2

Masih banyak lagi kerja yang perlu disiapkan. Itu kesimpulan aku. Pasti selepas ini akan banyak lagi bengkel sebegini di serata Malaysia. Bukan aku tidak suka dengan bengkel sebegini tetapi ianya begitu memenatkan mental. Kalau dikerah bertugas dari awal pagi hingga lewat malam, lama-lama kamu juga akan bosan. Petang tadi sempat aku menjamah popia di tepi stadium. Agak sedap. Rasanya bukanlah makanan istimewa yang orang akan cari bila berkunjung ke Kota Bharu. Makanan orang sini saja. Namun ianya cukup sedap untuk dirasa. Nasi kerabu atau keropok, kamu boleh cari di mana-mana. Esok aku mahu ke White House; katanya roti dan telur di situ sedap. Aku ingat kerana pernah terbaca di akhbar tidak lama dulu. Satu aku sedari bila berjalan-jalan petang tadi, Kota Bharu agak bising dengan bunyi burung layang-layang buatan yang dipasang di bangunan-bangunan kedai. Bukan satu dua, banyak. Ianya membingitkan. Sepatutnya majlis perbandaran memantau keadaan ini. Tidak seronok hendak berjalan-jalan de

Menilai Hidup Ini - Babak 12

"Semoga hari esok awak lebih ceria dari hari ini. Jaga diri baik-baik." "Terima kasih awak. Awak pun jaga diri ye..." "Okay. Jangan risau. Awak ada boleh tolong jaga." "Hehe. Boleh." Sedetik masa untuk bahagia. Walau hanya sekadar baris-baris kata.

Aku Di Kota Bharu - 1

9.00 pagi dari Kuala Lumpur, 5.30 petang tiba di depan hotel di Kota Bharu. Nasib baik bukan aku yang memandu. Jadi aku cuma duduk sebagai penumpang di dalam kereta sepanjang perjalanan. Kalau aku menggunakan kapal terbang, aku sudah lama sampai dan tertidur di katil hotel. Namun pemandangan di sepanjang perjalanan menenangkan hati. Sangat menarik. Sudah lama benar aku tidak menggunakan jalan dari Bentong melalui Kuala Lipis, Gua Musang hingga ke Kota Bharu. Lebih 10 tahun yang lalu. Jadi aku sudah tidak ingat apa bezanya. Bukit batu kapur di Gua Musang begitu indah. Kenapa aku masih belum lihatnya di dalam filem? Oh lupa, orang bikin filem di Malaysia lebih suka suasana di kelab malam dan Kuala Lumpur saja. Aku akan berada di sini sehingga 25hb nanti. Kalau kamu berada di Kota Bharu, hubungi aku. Boleh kita minum teh bersama di tebing sungai Kelantan, mungkin. Pasar Siti Khadijah? Masih tiada dalam perancangan. Kamu fikir aku shopaholic ke?

Ke Kota Bharu

Pagi nanti bertolak ke Kota Bharu, Kelantan. Akan berada di sana sehingga 25hb. Bengkel lagi. Aku perlu tidur sekejap. Mana tahu tiba-tiba bos minta aku drive. Sepatutnya aku naik kapal terbang. Tetapi memandangkan bos drive seorang dan dia mengajak, aku sukarela ikut. Seperti biasa, Canon 400D aku bawa. Koleksi Kota Bharu akan datang tidak lama lagi. :-)

Dia Yang Sebenarnya

Awak, Selamat hari Lahir. Semoga dipanjangkan umur dan dirumahkan rezeki. Saya tak pernah tau umur awak, kan. Tidak mengapa. Janji awak akan sentiasa gembira. Awak akan sentiasa damai dan sentiasa dalam perlindungan Allah. Senyum selalu. ==== Tidak, dia tidak pernah baca blog ini. Aku tak fikir dia pernah tahu ada blog ini. Aku pernah kirim URL blog ini melalui SMS. Mungkin dia pernah berkunjung, aku tidak tahu. Tetapi kalau pernah, aku sebenarnya mengulangi setiap perbualan aku dengannya. Tidak perlu juga aku beritahu siapa dia, kecuali seorang dua yang sudah mengenali dia. Aku mahu sembunyikan dari kamu semua. Walau tidak sepenuhnya. Maafkan aku kerana melakukannya. Tiada apa-apa antara kami berdua. Masih terlalu jauh untuk memikirkan perkara itu. Suatu ketika dahulu, semasa awal perkenalan, aku fikir aku seperti perlu mendaki tembok yang amat tinggi. Mana mungkin aku boleh meluahkan hati ini kepada orang yang sepertinya. Kamu lihat dia di luar sana dan kamu lihat aku dan kamu akan b

Falling Slowly

Glen Hansard - Falling Slowly Lyrics I don't know you But I want you All the more for that Words fall through me And always fool me And I can't react And games that never amount To more than they're meant Will play themselves out Take this sinking boat and point it home We've still got time Raise your hopeful voice you have a choice You'll make it now Falling slowly, eyes that know me And I can't go back Moods that take me and erase me And I'm painted black You have suffered enough And warred with yourself It's time that you won Take this sinking boat and point it home We've still got time Raise your hopeful voice you had a choice You've made it now Falling slowly sing your melody I'll sing along

Menilai Hidup Ini - Babak 11

"Kenapa awak baik sangat terhadap saya?" "Satu, kerana saya tahu mana yang baik dan mana yang buruk. Dua, bila orang baik dengan saya, saya akan balas sedaya mampu. Tiga, saya memang suka awak." "Saya ni tidak baik sangat. Saya pun suka awak. Baik, lembut bahasa dan hormat orang." "Semua orang takkan mengaku diri dia baik. Bagi saya, semua orang baik. Dan awak amat baik, di mata saya. Saya suka sebab awak orang yang tidak mudah putus asa. Strong will. Tak senang jumpa orang macam awak." "Saya kena kuat. Kadang-kadang saya penat jadi saya. Tapi dengan jadi kuat, kerja kuat, sekurang-kurangnya saya tak sangat sedih tentang diri dan hidup saya yang tiada sesiapa in. Hanya Allah saja yang tahu hati saya yang luka ni." "Tapi awak memang kuat. Jauh lebih dari apa yang awak sangka. Itu yang saya nampak. Dari tempat yang awak berdiri sekarang ni, saya amat kagum dan tumpang bangga. Awak sebenarnya tidak sendirian. Percayalah. Saya sudah la

Ranking 10 Filem Melayu Terhebat Sepanjang Zaman (Pilihan Aku)

Pernah ke ada ranking filem melayu paling hebat sepanjang zaman? Setakat ini aku tidak pernah jumpa lagi. Jadi aku hendak buat sendiri. Ikut cita rasa aku. Kamu hendak tambah dan tukar ikut cita rasa kamu, suka hati. Ranking 10 Filem Melayu Terhebat Sepanjang Zaman (Pilihan Aku) Hang Tuah (1956) Bukit Kepong Mukhsin Seniman Bujang Lapok Ali Setan Bujang Lapok Ibu Mertuaku Anakku Sazali Sepet Semerah Padi Lebih kurang begitu pilihan aku. Nantilah senang-senang aku komen kenapa aku pilih setiap filem tersebut. Apa pula pilihan kamu?

Diskriminasi Kerja Kerajaan? Ye Ke?

Kalau blog ini popular dan dibaca oleh ramai orang, artikel yang hendak aku bentangkan ini pasti mendapat respon panas. Mengenai bukan melayu di dalam perkhidmatan awam. Pandangan aku sendiri. Selalu aku baca di blog dan media mengenai kurangnya orang bukan melayu di dalam perkhidmatan awam. Atau ada yang lebih lantang mengatakan peluang orang bukan melayu dalam perkhidmatan awam amat terbatas dan kalau ada yang berkhidmat, peluang mereka untuk meningkat juga amat terbatas. Realitinya memang benar terlalu sedikit bukan melayu (secara umumnya melayu disini merujuk kepada bumiputra) dalam perkhidmatan awam dan ianya agak mengecewakan. Kerana kalau hendak dibuat batu aras persaingan mutu kerja antara melayu dan bukan melayu, maka susah hendak dilakukan. Kita tidak boleh bandingkan mutu kerja dalam perkhidmatan awam dengan sektor swasta. Matlamat akhirnya tidak sama. Jadi bagaimana hendak kita kata bukan melayu lebih bagus menjalankan tugas berbanding dengan melayu? Di luar sana dalam sekt

Menilai Diri Sendiri Dan Orang Lain

Kamu sudah rasa Double Prosperity Burger McDonald's? Belum? Pergi rasa. Okay, tunggu gaji kemudian pergi makan. Belanja diri sendiri. Bila lagi kan. Kalau kamu berjimat sekalipun, setakat RM20 untuk belanja diri sendiri takkan tak boleh? Tidak suka McDonald's? Tidak mengapa. Makan benda lain atau beli benda lain dengan RM20 sebagai hadiah untuk diri sendiri. Kenapa? Supaya kamu tidak membebel orang tidak berikan hadiah semasa ulang tahun hari lahir kamu atau semasa Valentine's Day atau semasa hari raya... atau apa saja. Belanjalah diri kamu tu. Sedari tidak, sudah hampir setahun kamu bekerja bersusah payah mencari seringgit dua. Apa salahnya kamu ucapkan tahniah kepada diri sendiri. :-) Ya, motivasi murahan. Aku pergi makan Double Prosperity kelmarin di Alamanda dengan duit tinggal RM50 di dalam poket. Aku peduli apa. Kalau hendak kata sedap, aku lebih suka Carl's Jr. dan dengan harga RM20, aku boleh dapat hidangan Carl's Jr. yang jauh lebih sedap. Tetapi tidak meng

Perkhidmatan Kaunter

Tipikal rakyat Malaysia untuk menyalahkan kakitangan kerajaan dalam banyak hal. Harga minyak naik turun pun boleh mereka kata kakitangan kerajaan dapat untung. Untung apa agaknya tu? Kalaulah setiap kakitangan kerajaan ada syer dalam Petronas, berebut rakyat Malaysia mahu jadi kakitangan kerajaan. Aku rasa tiada masalah orang bukan melayu mahu jadi kakitangan awam. Hakikatnya, ramai kakitangan awam yang hutangnya keliling pinggang. Meminjam daripada ceti haram tu lagilah ramai. Kalau kamu jumpa kakitangan awam berpangkat kerani yang guna kereta lebih mahal dari Waja, mereka samada sudah kerja begitu lama atau anak-anak mereka berduit, atau memang asal mereka dulu berduit. Ramai kakitangan kerajaan terutama yang baru bekerja (aku refer kerani sajalah ye) yang cuma boleh bermimpi untuk pakai Viva dan Saga saja (kita paling baru lah ni). Itu pun setelah bersusah payah untuk berhutang 100% selama 9 - 10 tahun dengan Bank Rakyat. Duit syer royalti minyak? Aku masih belum nampak ianya menghu

Aku Tersesat Ke Tempat Lain

Siang tadi aku buka Google Maps (bukan Google Earth). Mencari-cari di mana letaknya Grand River View Hotel, Kota Bharu. Jumpa. Tepi sungai rupanya. Kerana 21hb nanti aku perlu ke sana. Berkampung untuk 5 hari sehingga 25hb. Memang berjalan kesana kemari sekarang, hinggalah mungkin menjelang Mei nanti. Atau Jun. Atau Julai. Aku tidak tahu. Pastinya, setiap bulan ada saja destinasi yang menanti. Dengar khabar angin dari tingkat atas, selepas ini mungkin ke Labuan pula. Kata mereka, alang-alang berjalan jauh, biar jauh betul-betul jauh. Kalau begitu, mahu saja aku cadangkan ke Santiago, Chile. :-D Bukan jalan bermain-main dan mencari barang murah di Pasar Siti Khadijah. Atau mana-mana saja pasar yang selalu diserbu pelancong (anehnya semasa di Kuala Terengganu tempohari, aku tidak pun ke Pasar Payang... Oh, aku lelaki. Patutlah). Ada kerja yang perlu diselesaikan. Dengar khabarnya nanti, Bos Besar ingin turun padang melihat gelagat anak-anak buahnya memerah otak menyediakan karangan indah

Punca

Ada beberapa sebab kenapa aku kurang menulis sekarang. Pertamanya, aku keputusan idea. Tiada ayat-ayat menarik untuk ditulis di ruang ini. Aku tidak tahu bagaimana atau dari mana hendak mula. Benar-benar buntu. Kedua, agak malas sebenarnya hendak menulis. Aku lebih senang membaca tulisan orang lain buat masa sekarang. Ketiga dan mungkin paling utama, aku menghadapi masalah dengan jari-jari tangan ini. Aku syaki ianya disebabkan Carpal Tunnel Syndrome. Entah. Mungkin saja. Atau satu kemungkinan lagi, kandungan kolestrol dalam badan tinggi. Apa jadi? Jari-jari ini sering menjadi kebas sewaktu menaip atau membuat kerja-kerja yang memerlukan penggunaan tangan dan jari. Aku perlu ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Apa pun, ianya mengganggu keselesaan aku menulis. Maaf, semoga faham.

Esok Balik Kampung

Esok pulang ke kampung. Ikutkan mahu berehat saja di sini. Aku masih belum dapat rehat sepenuhnya. Memandu pulang ke kampung bukanlah rehat. Ianya lebih memenatkan. Tambahan pula dalam suasana musim cuti dan hampir dengan sambutan hari raya nanti. Bukan aku beri alasan untuk tidak mahu balik. Aku sebenarnya merancang untuk balik di pertengahan bulan. Sewaktu jalan reda dengan sesak kenderaan dan orang tidak berpusu-pusu kesana kemari. Namun bila emak sudah tanya, aku kena akur. Bukan terpaksa. Tetapi memikirkan memang sebenarnya aku sudah lama tidak pulang ke kampung. Tidak mengapalah. Bukan selalu aku balik.

Detik Tanpa Sedar - 1

Sebenarnya malam semalam lagi aku sudah serabut. Bilik amat semak sana sini. Namun aku terlalu malas untuk mengemas, lalu aku biarkan saja. Bila pagi dan tiba di pejabat, kubikel aku juga amat-amat semak. Entah kenapa, aku terus kemas segalanya di kubikel. Aku laksanakan 5S (kamu cari sendiri di Wikipedia). Sekarang sudah 1/3 jalan. Agak puas hati. Esok sambung.

Bengkel Lagi

Bukan bengkel kereta, tetapi bengkel penulisan dokumen. Aku bertindak sebagai urus setia dan juru taip (kerja-kerja teknikal) sementara bos-bos memerah otak membina ayat. Ada lebih 30 buah buku yang perlu disiapkan menjelang Februari; kami baru siap 14. Itu pun belum dibukukan atau direalisasikan sebagai buku. Nasib baik tugas aku tidak melibatkan proses reka letak dan reka cipta. Kalau tidak, boleh kering aku... Sekarang aku di Hotel Empress, Bandar Baru Salak Tinggi. Hotel ini sebenarnya lebih bersifat hotel transit kepada penumpang-penumpang kapal terbang yang terpaksa bermalam sebelum meneruskan penerbangan. Jadi hotel ini sentiasa sibuk dengan orang terutamanya pelancong asing. Malah, kebanyakan transaksi dibuat dalam bentuk Dollar Amerika. Lebih mudah mungkin. Namun, akibat keadaannya bersifat hotel transit, maka layanan terhadap pengunjung yang berkursus atau berseminar agak kurang mesra. Rasanya mereka fikir melayan pengunjung transit lebih lumayan dari melayan segerombolan kec

Kering Otak

Kamu fikir, bila aku buka mulut hendak ajak orang berbicara mengenai, contohnya: 1. Super-Collider; atau 2. Paleontologi; atau 3. Hibrid; atau 4. King Bluetooth (cari sendiri), mereka mahu dengar? Mereka lebih rela bergossip mengenai artis terkini atau apa yang berlaku kepada sipolan-sipolan dalam pejabat. Cuba beritahu sekarang, kenapa aku asyik berseorangan?

Menilai Hidup Ini - Babak 10

Mesej semalam; "Kalau awak senyum walau cuma sedikit. saya akan hadiahkan patung beruang untuk redakan hiba awak."  Awal pagi tadi; Senyum yang amat sangat. Tengahari tadi; Aku carikan patung beruang paling sesuai. Nyaris aku sendiri terbeli seekor Totoro. Aku tulis di kad; "Tak mampu hendak hadiahkan ********. Tak tahu hendak cari di mana. Hanya mampu patung beruang ini. Senyum." Petang tadi; "Abang susah-susah saja bagi. Terasa macam budak-budak pula." Sambil tersenyum amat sangat. "Alah, itu saja yang mampu. Kurang-kurang boleh senang hati sikit." "Terima kasih ye. Buat susah saja." "Sama-sama. Bukan selalu..." Betul ke cerita ni? Atau dari novel?

Menilai Hidup Ini - Babak 9

"Harini awak jaga sistem ke?" "Core business saja." "Hmm..." Sibuk dengar taklimat dan soal jawab. Aku terpandang tag nama dia. "Beza ye muka awak sekarang dengan yang di tag." Dia perhatikan tag. "Ini gambar yang sudah edit." Ada MyKad di belakang. "Gambar MyKad lagi menarik." Dia tarik keluar MyKad dari sarung. "Ini gambar lama. Masa masuk dulu." "Cantik. Nampak matured dari sekarang." "Habis tu, sekarang saya tak matured la ye?" "Sekarang cantik... Lebih cantik yang real ni dari yang dalam gambar." Senyum. Oh, memang aku sukakan dia sejak dulu lagi. Suka dalam erti kata apa, aku malas hendak fikir. Tapi kalau ada dia di hadapan mata, masam mukanya pun, aku tetap senang melihatnya. "Tapi awak nampak macam mengantuk je? Penat?" "Ini?" Sambil menunjuk lebam di bawah kelopak mata. Aku sebenarnya tidak perasan. Aku lihat keseluruhan wajahnya saja. "Memang biasa mac

Inikah Snapshot Novel Aku?

Dalam mimpi itu aku berdiri di puncak bukit, tepian lembah landai penuh rumput hijau. Aku meninjau jauh di bawah lembah, sebuah sungai mengalir jernih, sepohon pokok rendang di tepian sungai. Aku tersenyum. Lalu aku depakan sedikit kedua-dua tangan ini. Aku pejamkan mata ini dan aku dongakkan sedikit kepala keatas dan membiarkannya bermandi cahaya matahari. Aku menjadi ringan. Aku terapung sekaki dari tanah. Angin menghembus lembut dari belakang dan membawa aku bersama turun ke lembah. Aku menjadi sehelai daun yang sedang terbang bersama angin. Sekali sekala, hujung jari kaki ini tersentuh rumput-rumput hijau. Damai. Dalam pejam, aku melihat alam yang tenang. Sehingga tiba di tepian sungai. Terbang aku terhenti. Perlahan, aku kembali berpijak ke bumi. Damai. Bersambung...

Menilai Hidup Ini - Babak 8

"Bila lagi ni?" "Bila apa?" "Awak nak bagi kad kepada saya." "Kad apa?" "Kad undangan la..." Kami tersenyum sinis. Ketawa. "Apa lah. Calon pun takde lagi." "Takkan la kot?" "Abang carikanlah untuk saya." Ketawa. "Carikan?" "Ye lah. Carikanlah untuk saya." "Dari saya cari, baik saya offer diri saya je!" "Hah?" Ketawa lebih kuat. "Abang tu takkan la single lagi?" "Memanglah single, and available." Senyum. "Yelah kan. Single lagi sebab ada ruang untuk 3 lagi." "Ye, tapi sekarang ni masih kosong dari empat." "Abang yang jual mahal kot?" "Jual mahal? Sudah habis murah ni. Sudah takde harga." Ketawa kembali. Kadang-kadang bertemu rakan-rakan lama, perkara begitu mesti timbul. Susah benar hendak mereka percaya aku sebenarnya masih single. Pelik sangat ke? Mungkin sebab uban berserabut di kepala menyebabkan mereka fi

Menilai Hidup Ini - Babak 7

SMS "Masih di pejabat? Saya di Alamanda." "Hampir mahu balik. Sibuk siapkan kerja baru. Masih belum siap." "Kata siang tadi sudah siap?" "Ini kerja baru." Aku memandu pulang. Senja mendung menanti hujan. Sebelah seorang sahabat sedang sarat mengandung. Aku di benak otak bermain seribu persoalan. Paling utama, mencari arah tujuan aku malam ini. Aku tidak mahu terperap di rumah. SMS "Esok sudah tidak nampak. Saya sudah balik. " "Maaf siang tadi. Kerja kembali banyak. Tak sempat bersua." "Sudah tahu mesti sibuk. Tak ada la ruang untuk saya ye..." Aku tidak balas apa-apa selepas itu. Salah aku juga. Kamu fikir aku sengaja melakukannya? Sebulan ini, cuma tidak lebih seminggu aku di rumah. Beberapa hari saja di pejabat. Selebihnya kesana kemari, termasuk esok nanti dan di penghujung bulan. Alasan... Ya, alasan. Kamu ada perasaan. Kamu sedar ianya ada di hati. Namun satu, kamu sedari juga bahawa kamu tidak pasti samada kamu

Menilai Hidup Ini - Babak 6

"Kenapa dia?" "Entah. Saya tak tahu kenapa." "Mungkin kerana dia merupakan cabaran buat awak. Mungkin kerana awak mahu menakluki dirinya. Jauh di hati, awak mahu mengubah dia menjadi lebih baik." "Adakah begitu sebenarnya?" "Saya tidak tahu. Saya cuma mengandaikannya." Lama dia berfikir. Renungan matanya begitu jauh melintasi ruang. "Ada benarnya apa yang awak cakap tu." "Saya rasa saya boleh ubah sikap dan perangai dia..." sambung dia lagi. Aku renung matanya. Jelas berat sekali apa yang ada di hadapannya. Namun, mengenali dia, aku tahu dia tetap mahu melakukannya. "Manusia sebenarnya begitu." "Bagaimana?" "Manusia sering ingin cuba menawan sesuatu yang paling sukar dalam hidupnya." "Betul?" "Selama ini saya selalu lihat, perempuan akan sering tertarik dengan lelaki yang penuh kisah hitam dan noda. Kerana dalam hati mereka, mereka fikir mereka boleh ubah sikap lelaki ters

Aku Di Kuala Terengganu - Penutup

Tiba di KLIA dari Kuala Terengganu pagi tadi. Terus ke pejabat, menghantar projektor. Pejabat sudah berubah. Pekerja sedang sibuk menyiapkan bilik-bilik baru untuk pengarah dan pegawai. Biasalah. Itu lebih penting dari menyediakan sebuah kubikel kecil untuk seorang kerani baru yang sudah tiba sejak 2 minggu lalu. Satu perkara apabila kamu kerja kerajaan, kamu kena sedar dan faham bahawa wujudnya sistem kasta. Itu pun kalau kamu mahu melihat ianya begitu. Aku sebenarnya tidak faham kenapa sesebuah organisasi perlu ditadbir oleh pegawai yang berlainan gred daripada anggota bawahannya. Tidakkah ini menimbulkan suasana berat sebelah. Orang di pejabat mungkin tidak nampak tetapi aku sedarinya sejak beberapa ketika. Ada masanya gred pegawai ini cuba meletakkan autoriti mereka terhadap kakitangan bawahan dengan menunjukkan mereka yang berkuasa. Sudah sememangnya begitu. Mereka di gred pegawai ini sering melihat diri mereka amat berkuasa dan apabila kajian atau analisa (kononnya mereka lakukan

Aku Di Kuala Terengganu - 2

Dua saja post? Terlalu padat jadual mesyuarat hingga setiap malam habis lewat malam. Aku terlalu penat kemudiannya hendak berjalan 100 meter ke Kafe Cyber Orange (itulah namanya). Malam ini saja aktiviti bebas. Esok kembali di Putrajaya. Kalau malam di Kuala Terengganu menarik seperti Kuala Lumpur, okay juga. Tapi ini Kuala Terengganu, yang meriah, cuma untuk kaki pancing. Aku bukan seorang darinya. Sepanjang hujung minggu aku disajikan dengan persembahan dari setiap Bos Besar Bahagian/Negeri dan Bos Besar Jabatan. Mereka menyediakan pelan perancangan strategik jabatan untuk tahun hadapan. Berapa banyak jabatan kamu melakukan perkara yang sama? Aku pasti tidak banyak. Kalau ada pun, mungkin di peringkat paling tinggi. Kalau kamu, seorang yang berpangkat rendah seperti aku dapat berpeluang menghadiri mesyuarat sebegini, walau sekadar sebagai seorang urus setia, tumpukan perhatian. Kerana mesyuarat ini menentukan hala tuju organisasi kamu. Apa yang telah berlaku dan apa yang dirancang ak

Aku Di Kuala Terengganu - 1

Pagi tadi tiba di Kuala Terengganu. Dari malam nanti hingga Ahad malam ada mesyuarat. Baru semalam tiba dari Kuching, sekarang sudah di Terengganu. Penat sungguh. Malang pula di hotel tiada WiFi langsung. Free pun tiada. Nasib dekat dengan hotel ada CC tepi simpang jalan dekat dengan KFC. Bolehlah.

Aku Di Kuching - Penutup

Selesai sudah kunjungan ke Kuching. Siang tadi dari lapangan terbang Kuching, tiba di KLIA menjelang senja.  Sempat juga aku berkunjung ke beberapa tempat yang biasa orang lawati. Aku sebenarnya tidak sukakan cliche, namun biarlah ianya sekali sekala dilalui juga.  Puas hati juga sepanjang berada di Kuching. Sesi fotografi aku di sekitar Waterfront tidak diganggu. Walaupun sehari, cukup untuk aku ambil berpuluh shot. Aku sedari bahawa aku perlu dapatkan dua benda. 1. Lensa 11 - 22mm. Aku perlu lensa wide-angle kerana aku suka mengambil shot panorama yang luas. 2. Aku perlu beli bateri spare. Dalam keletihan ini, aku perlu siapkan diri dan peralatan untuk ke Kuala Terengganu awal pagi nanti. Jadi aku perlu tidur awal. Selamat Malam.

Aku Di Kuching - 6

Selesai konvensyen KMK. Selesai kerja. Jadi pemerhati sepanjang konvensyen. Kesimpulan? JPN sebenarnya sudah jauh di hadapan dalam penganjuran majlis. Sudah melangkaui persepsi umum pengendalian majlis-majlis kerajaan. Sedang di konvensyen ini masih terhad menggunakan dua skrin untuk persembahan, di JPN, tiga buah skrin adalah standard. Mereka guna layar portable yang berkaki tiga, dan projektor dipancar dari hadapan, JPN sudah menggunakan layar perak dengan projektor dipancar dari belakang. Mungkin nanti, JPN akan guna layar lebar sepanjang pentas tanpa sempadan untuk memudahkan lagi tayangan slaid. Pengendalian majlis juga amat berbeza. Majlis-majlis rasmi JPN penuh dengan protokol dan tersusun rapi. Malah perancangan begitu teliti yang dilakukan untuk memastikan tiada halangan yang timbul dan kalau ada, sentiasa ada pelan kontigensi... Bukan satu, malah kadang-kadang hingga dua tiga pelan kontigensi. Menarik juga adalah mengenai hiasan dewan majlis diadakan. Mulanya dulu aku fikir i

Aku Di Kuching - 3

Konvensyen KMK memang membosankan. Tambah lagi kalau kamu sekadar pemerhati. Dua tiga kumpulan bolehlah kamu tengok dengan penuh kusyuk. Selebihnya, kamu akan bosan. Melainkan kumpulan yang kamu benar-benar ingin tengok. Cuma bila tengok kumpulan yang digembar-gembur hebat, tidaklah sehebat mana. Itu kesimpulan mudah. Kalau kami 'up'kan kerja kami 50%, insyaAllah kami lebih hebat. Malah pastinya, hampir semua mereka akan tergamam dengan teknik persembahan kami. Kalau setakat PowerPoint 2007, aku pandang sebelah mata saja. Sebenarnya begitu. Kita boleh buat lebih baik kalau diberi ruang dan peluang. Mereka yang bertanding ini juga tidak sehebat mana jika hendak dibandingkan dengan kumpulan sendiri. Usaha mereka lebih. Kerja mereka lebih. Tidak mustahil kita boleh lakukan perkara yang sama. Separuh jalan, aku keluar merayau. Baca buku di kedai buku. Baca peta, lihat jalan di Bandaraya Kuching. Petang aku mahu membuat sesi fotografi. Sneak Peak - Kucing-kucing Comel Selesai KMK, a

Aku Di Kuching - 2

6.45 pagi di Kuching. "Cerahnya, macam sudah 8.00 pagi!" Seorang kawan bersuara. Dia sepatutnya pergi ke Tawau. Baru tahu 6.00 pagi suasana bagaimana. Teringat dulu semasa di Miri. Zura kata tunggu jam 6.30 pagi. Hendak ke Bekenu, melihat pasar pagi. Katanya 6.30 pagi sudah agak lewat. Aku terpinga-pinga. 6.30 pagi agak lewat? Itulah pertama kali aku di Borneo. Siang kemudian baru sedar 6.30 sudah secerah 8.00 pagi. Patutlah. Sekarang sudah biasa dengan suasana Borneo, aku rasa lebih selesa. Senang melihat cerah lebih awal. :-) Selamat Pagi Semenanjung.

Sekali Sekala

Senyum. Kalau sekali sekala membaca tulisan aku di sini, kamu fikir aku bersedih atau kecewa atau putus asa atau apa saja yang negatif. Ada benar, ada yang tidak. Benar aku rasa semua itu. Tidak benar aku selalu alaminya. Tidak selalu. Sekali sekala. Waktu sunyi. Biasanyalah. Jangan peduli sangat.

Aku Di Kuching - 1

Tanya receptionist comel di hotel, "Ada WiFi sini?" "Ada, kena bayar di kaunter RM15 untuk sejam. Kalau sehari, RM34. Encik boleh apply di kaunter." "Okay..." Gila apa sejam RM15? Apa kes pula sehari cuma RM34? Aku sudah buntu. Sampai di bilik, aku buka laptop. Mencari-cari mana tahu ada WiFi free yang aku boleh jumpa. Belum sempat habis cari, kawan-kawan ajak makan. Tangguh lagi. Setiba kembali di hotel, aku cuba lagi. Buntu. Tiada yang percuma walaupun ada satu un-secured connection. Hanya dapat local connection. Memang takde yang free agaknya. Lima minit kemudian aku baru teringat sesuatu. Aku connect juga ke un-secured connection. Sudah connect, terus aku buka browser. Walla! Ada akses percuma yang perlu daftar. Projek di Sarawak oleh sebuah syarikat. Bukan aku baca mana-mana. Aku cuma teringat semasa di Residence Uniten tempohari, cara yang sama aku perlu guna untuk akses internet berbayar. Cuma di sini, percuma. Okaylah tu. Boleh aku menulis baris-ba

Masih Dengan Roda

Dulu aku suka filem Notting Hill. Biar apa pun orang nak kata, aku tetap suka. Sekarang aku suka The Holiday. Biar apa pun orang nak kata, aku tetap suka. Tidak perlu aku bersinopsis. Kamu tonton sendiri. Sebenarnya mungkin ada beberapa watak dalam kedua-dua filem itu yang aku boleh 'identify' seperti hampir sama dengan apa yang aku alami atau hampir sama seperti diri aku sendiri. Miles contohnya, mempersoalkan kenapa beliau sering jatuh hati kepada orang yang salah. Orang yang dia sendiri yakin, entah apa yang mereka nampak terhadap dirinya. Begitu juga aku. Kadang-kadang, terfikir. Apa yang orang lain nampak pada aku, terutamanya orang yang aku suka? Sebab itu selalu saja aku biarkan mereka berlalu. Sedar-sedar, aku seperti terlepas keretapi. Kuat mana pun wisel keretapi memanggil, roda sudah bergerak, dan aku tak mampu hendak mengejar lagi. Aku biarkan kerana aku tidak mahu akhirnya aku sedar, mereka tidak nampak apa-apa pada aku. Mungkinlah, kerana aku takutkan 'rejecti

Roda Yang Berpusing (Termasuk di Kapal Terbang)

Esok ke Kuching, Sarawak. Hadiah menjadi johan KMK kategori teknikal. Dapat pula melihat konvensyen KMK peringkat kebangsaan di Crowne Plaza, Kuching. Rezeki. Penerbangan jam 4 petang dari KLIA dan sampai di Kuching menjelang senja. Ya, senja. Siapa pandai sangat book tiket waktu petang ni. Malangnya pergi tengah-tengah bulan. Jadi memang duit kurang. Aku hendak saja cakap takde, tapi rasa macam tipu pula. Cuma kena berjimat lebih. Sebab balik nanti dari sana aku akan terus ke Kuala Terengganu. Jadi urus setia mesyuarat pula. Secara total nanti, lapan hari di tempat orang. Kalau ikutkan, aku akan terus berada di Kuala Terengganu hingga penghujung bulan kerana ada bengkel AKPM. Nasib baik bengkel di tunda dan diadakan di Sepang saja. Dekat sikit. Jimat kos. Memanglah aku tak keluar duit banyak. Semua free termasuk hotel. Tapi, kadang-kadang kalau sudah berada di tempat orang, ada saja yang hendak dibeli. Aku teringat tahun lepas hingga ke pertengahan tahun ini, aku sering saja 'terd

Kuch Kuch Hota Hai

Sebentar tadi sempat aku menonton filem Outsourced. Tidak perlu aku cerita sinopsisnya. Cuma, dalam satu babak, ada adegan di mana watak utama diminta menari tarian ala filem Hindustan, Kuch Kuch Hota Hai. Segan pun tak guna, tapi sebenarnya aku memang suka filem itu. Mungkin Kuch Kuch Hota Hai satu-satunya filem hindustan yang aku suka, dan aku salahkan Bob kerananya. 10 tahun lalu semasa aku dan Bob tinggal di Kelana Jaya, Bob telah berkenalan dengan seorang gadis Johor yang sedang belajar di Medan, Indonesia. Dek kerana begitu kasihkan gadis tersebut, Bob sanggup lakukan apa saja demi memenangi hati si gadis. Termasuk menonton filem-filem hindustan kegemaran si gadis. Sedang selama itu aku kenal Bob adalah peminat muzik rap dan alternatif serta meminati filem-filem aksi. Jarang sekali aku lihat beliau menonton filem cinta, apatah lagi filem hindustan. Suatu hari sedang aku berehat di bilik, Bob tiba setelah keluar dengan si gadis. Ada beg plastik berisi VCD (masa itu DVD belum popul

Mengenai Roti Canai dan Komen-komen

Aku pernah cerita mengenai gerai roti canai di Cameron Highlands yang menjadi kegemaran aku. Aku bukanlah peminat atau suka makan roti canai. Dulu mungkin, sekarang tidak. Malah, amat-amat jarang aku makan roti canai. Kecuali kalau di Cameron Highlands. Gambar atas adalah gerai dan kedai yang menjual roti canai yang aku maksudkan, terletak di Tanah Rata, Cameron Highlands. Terletak sebaris dengan stesen teksi dan berhadapan dengan Starbuck, Cameron Highlands. Ya pelik, di Cameron Highlands pun ada Starbuck. Roti canai tersebut tidaklah sesedap mana. Biasa saja. Namun, bila petang setelah seharian menjalankan tugas, roti canai dan teh/kopi/nescafe pasti menjadi sedap. Makan dan minum sambil duduk di meja dan kerusi batu semeter dari tepi jalan dalam suasana Tanah Rata yang semakin sejuk menjelang senja, ecstasy. Cuma kamu tidak perlu cuba laksa Penang di situ. Aku boleh sahkan ianya tidak sedap. Kuahnya agak cair dan kurang isi. Masa mula-mula aku makan dulu aku sudah kata tidak sedap.

Menulis Novel

Biasa sebelum aku menulis seperti post sebelum ini, aku akan pastikan aku temui sebuah lagu yang sesuai dalam iTunes, kemudian aku akan ulang lagu tersebut berkali-kali hinggalah selesai aku menulis. Lagu memberi aku mood untuk menulis. Serta insan seperti beliau yang memberi aku inspirasi untuk menulis sebegitu. Hari ini aku cuba perolehi sumber inspirasi dari jalan yang lain. Tidak temui. Agak buntu sekarang walaupun lagu Like Only A Woman Can nyanyian Brian McFadden sudah beberapa kali diulang. Maksudnya lagu tersebut bukanlah lagu yang boleh menimbulkan mood aku. Juga, mereka yang aku telefon siang tadi tidak dapat menimbulkan inspirasi untuk aku menulis. "Seperti membaca novel..." Antara komen yang aku terima dalam post sebelum ini. Pernah terdetik untuk aku menulis novel. Cuma masalahnya, novel Melayu paling aku suka baca dan entah di mana kini untuk aku cari kembali novel tersebut bertajuk "Rahsia Diari Ayah". Novel kanak-kanak yang aku pertama kali baca seki