Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2008

Ada Lagi Yang Perlu Diselesaikan

Selesai persembahan KMK. Penat. Kira okay walau cuma mendapat pujian dari segi persembahan saja. Memang lain dari pasukan lain, itu sudah pasti. Sedang PC yang kami guna juga adalah berbeza berbanding dengan kumpulan lain. Satu selesai, satu lagi sedang dalam proses. Aku kena siapkan citation untuk Majlis Hari Kualiti, Jumaat malam nanti. Itu jauh lebih susah. Lebih memenatkan. Selepas dari itu, baru aku akan berasa sedikit lega. Aku perlu berehat...

Tanpa Nama

Aku fikir hasil komen dari post semalam akan lebih banyak mengenai cerita headphone dan orang yang terlibat atau mungkin mengenai usaha kurus aku. Rupa-rupanya, hal Tanpa Nama lebih menarik perhatian dan menerima banyak komen. Terima kasih. Aku tidak tahu berapa ramai Tanpa Nama yang terlibat dalam komen ini kerana aku tidak pantau. Aku cuma dapat mengagak dari Tanpa Nama yang mana satu komen-komen tersebut datang. Itu saja. Suatu ketika dahulu, identiti Tanpa Nama yang digunakan untuk menulis komen begitu mengjengkelkan aku. Agak rimas kerana dengan keadaan aku yang sentiasa ingin tahu, aku tidak tahu mengenai identiti Tanpa Nama. Bukan aku tidak boleh mencari, cuma usahanya tidak mudah. Aku juga tidak set blog ini agar cuma menerima komen yang bernama saja. Aku fikir, kalau orang tidak bersedia untuk diketahui siapa dirinya, tidak perlulah aku paksa. Jadi aku biarkan saja. Aku juga amat-amat jarang memadam komen dari pembaca melainkan komen tersebut amat-amat memalukan atau menimbulk

Mengenai Kurus, Buku Telefon Dan Isinya

Menjadi Kurus Di pejabat ada seorang PA baru yang beritahu aku dahulu berat beliau lebih kurang 65kg. Sekarang tinggal 46kg, setelah 10 bulan berusaha. Maknanya beliau sudah kurang lebih kurang 19kg. Aku tanya bagaimana beliau lakukannya. Pertama, secara jelasnya memang beliau tidak makan nasi. Bayangkan tidak makan nasi 10 bulan. Keduanya, beliau cuma makan siang bila perlu. Malah kalau waktu pagi, selalu aku lihat beliau takkan makan,  atau cuma minum sekotak air susu bersama 2 keping sanwic. Malam kalau dia lapar, dia akan minum air kosong banyak-banyak dan kemudian tidur. Ekstrem sungguh diet yang dia lakukan. Aku takkan mungkin sampai kesitu. Aku suka makan. Cuma, lupakan perihal diet beliau. Fikirkan kesungguhannya. Dia mahu dan berusaha untuk lakukannya. Sama seperti aku (walau aku rasa seperti separuh jalan saja gayanya...), aku juga mahu kurus dan aku cuba berusaha. Bukan kerana orang dan bukan kerana sesiapa pun. Tapi pertamanya untuk kesihatan dan keduanya, aku cemburu melih

Bukan Merayu Simpati

Semalam aku ceritakan perihal rabun warna, bukan aku mencari simpati. Aku sudah beberapa kali menceritakan perihal aku rabun warna dan apa akibatnya terhadap kehidupan seharian aku. Tadi ada seorang rakan pejabat sms dan berkata beliau sedih dan terusik jiwa kerana keadaan aku yang rabun warna. Aku cakap tidak perlu kerana ianya sudah biasa dengan aku. Tujuan sebenarnya aku ceritakan mengenai keadaan rabun warna manusia adalah kerana ramai antara kita yang tidak sedar bahawa kita sebenarnya rabun warna. Ini terutamanya benar bagi orang lelaki. Maklumlah kita tahu ego lelaki bagaimana. Takkan mahu lelaki mengaku semudahnya bahawa dia rabun warna. Aku akui aku rabun warna kerana ada kalanya keadaan sekeliling menjengkelkan aku. Maksudnya, orang seperti menganggap ianya tidak signifikan dan tidak penting. Well, ianya amat penting untuk orang yang rabun warna. Contoh paling jelas adalah menggunakan lampu hijau dan merah sebagai petunjuk di banyak peralatan elektrik. Seperti pengecas bateri

Mengenai Klasik Nasional Dan Rabun Warna

Klasik Nasional Percayalah, aku sedang dengar siaran Klasik Nasional. Malah sebenarnya, setiap petang semasa balik dari kerja, siaran radio di dalam kereta aku adalah Klasik Nasional. Aku cuma dengar lagu-lagu klasik lama. Aku tak fikir aku ini 'tua'. Aku cuma mahu menghargai seni dan salah satu minat aku adalah mendengar lagu-lagu melayu klasik lama. Aku suka liriknya, seni lagu dan iramanya. Penyanyi seperti R.Azmi dan P.Ramlee yang selalu aku dengar. Cubalah kalau sesiapa yang tidak pernah dengar. Tidak semua orang suka. Cuma kalau kamu fikir, bukan setiap hari kamu dengar lagu-lagu klasik melayu lama. Rabun Warna Bukan senang menjadi seorang yang rabun warna. Dulu semasa sebelum peperiksaan SPM, aku terpaksa pergi ke hospital untuk mengambil surat pengesahan doktor bahawa aku rabun warna. Ini kerana dengan ada surat tersebut, bolehlah aku meminta pertolongan penjaga peperiksaan berkaitan soalan yang melibatkan warna. Apa punya bengap juga aku ketika itu sebab mengambil juru

Vista

Upgrade ke Windows Vista selesai tengah malam tadi. Nampaknya laptop ini jauh lebih stabil daripada semasa menggunakan Windows XP. Sedang asyik surf internet sementara menunggu download selesai, aku terlihat Apple Macbook dan Macbook Pro terbaru. Teruja... Hampir seperti iMac yang sedang berada di hadapan aku dan di bawah meja. Kalau ada rezeki aku mahukan sebuah.

Upgrade

Aku mahu upgrade laptop ini ke Windows Vista. Sekejap lagi aku akan mulakan. Jadi aku tidak menulis panjang sehingga selesai kelak.

Dari Nasi Putih Hingga Ketelitian Aku

Nasi Putih, Ikan Sardin Sudah dua hari aku sarapan dengan nasi putih separuh bersama seketul dua sardin. Mungkin kerana aku sudah terlalu lama tidak menjamah sardin. Teringat juga aku resipe masak sardin campur ubi kentang yang emak selalu buat suatu masa dulu. Cukup mudah dan murah untuk sebuah keluarga yang besar seperti kami. Dulu semasa tinggal sementara di kampung (aku sudah lupa bila sebenarnya), kalau balik ke rumah, biasanya lauk sudah habis dan yang tinggal cuma nasi. Aku akan cari telur lalu digoreng. Makan dengan nasi dan kicap. Duduk seorang diri di dapur sambil membayangkan aku sedang makan set makanan paling hebat di dunia. Tidak lupa, segelas air sejuk. Kalau aku terlebih rajin, aku akan goreng kentang (ubi kentang yang dipotong-potong seperti kentang goreng KFC) atau aku goreng ikan bilis. Itu sudah cukup untuk aku. Satu tabiat aku yang biasa apabila makan adalah, aku akan makan makanan yang sama berulang-ulang kali (boleh kata setiap hari) sehingga bosan. Apabila sudah

Koleksi Samsung SGH-L700 - Set 1

Aku baru beli telefon bimbit baru. Jenama Samsung, model SGH-L700 . Ada kamera 2.0mp. Okaylah. Kalau aku nak megapiksel yang hebat, baik aku guna Canon DSLR 400D aku. Ini aku nak ambil gambar spontan yang aku tidak boleh lakukan dengan 400D. Hasilnya seperti di bawah. Kira bolehlah untuk kamera sebegitu. Nanti aku ceritakan perihal Samsung SGH-L700. Ini adalah Apple iMac yang ada di kubikel aku. Versi baru (badan aluminium) dengan OSX 10.4 (sekarang sudah OSX 10.5 Leopard). Jadi di JPN, cuma aku dan kawan sekerja aku yang guna Apple kerana kami membuat majalah dan buku-buku Jabatan. Bukan sebab nak mengada-ngada, okay. Tetapi memang teramat cool apabila ada sebuah iMac di atas meja di kubikel kamu. Lebih cool daripada mana-mana PC milik bos di pejabat. Tapi ianya lebih cool kalau kamu lihat di bawah. Ya, bukan sebuah, tetapi ada dua buah iMac di kubikel aku! Satu aku perapkan di bawah meja untuk kegunaan lain. Jarang-jarang digunakan melainkan ada slaid show untuk pelawat VIP. Sebab di

Ketuhar Gelombang Mikro Dan Bantal Peluk

Kononnya keluar mencari ketuhar gelombang mikro. Rasanya sudah lebih 5 tahun aku mengidam untuk membeli sebuah ketuhar gelombang mikro. Lama tu. Jadi, tadi aku bersiar-siar di Jusco Cheras Selatan. Aku sebenarnya mencari model Samsung yang aku lihat di Jusco Equine Park tempohari. Aku sepatutnya sudah beli namun stok pula kehabisan. Model tersebut ada di Cheras Selatan. Kemudian aku berfikir balik. Kenapa aku perlu beli sedang dalam sebulan, sekali pun susah untuk aku masak di rumah? Lagi pun, kalau aku beli, sudah pasti aku akan guna untuk panaskan makanan, waktu malam. Aku sudah bertekad takkan makan selepas jam 9.00 malam. 8.59 malam masih boleh (apa yang boleh kita makan dalam masa 1 minit?). Jadi aku tangguhkan dulu hasrat aku. Bukan aku berkira dengan duit, tapi aku berkira dengan nafsu. Bila sudah ada ketuhar, aku akan beli pizza sejuk beku yang selalu aku belek di Jusco. Aku akan masak dan akan makan sehingga puas. Begitu juga dengan banyak makanan sejuk beku (beku sejuk?) lain

Hari Ini

Tengahari tadi aku ke majlis perkahwinan Asyikin, muse aku. Sempat aku mengambil gambar beliau di dalam bilik. Mungkin antara beberapa orang yang dibenarkan untuk berbuat begitu kerana keluarganya memang mengenali aku sejak sekian lama. Nanti aku akan upload gambar beliau. Aku berada di majlis tersebut buat sementara waktu sahaja. Aku ada temu janji di kedai tinted cermin kereta untuk tint cermin depan kereta aku yang pecah tempohari. Sampai di situ, niat mulanya untuk tint cermin depan sahaja berakhir dengan aku tint ke semua cermin. Tint lama sudah calar dan rasanya dari kualiti yang jauh lebih rendah. Tint baru ini terasa lebih sejuk dan gelap. Semasa di kedai tint, aku bertemu kembali dengan seorang perempuan cina yang aku temui semalam semasa menukar cermin kereta. Jadi kami berbual-bual sambil menunggu kereta masing-masing siap di buat tint. Terdetik di benak hati ini, rakyat Malaysia ini sebenarnya peramah antara satu sama lain. Kita boleh beramah mesra dengan sesiapa pun tanpa

Sendirian Dan Terasing

Masalah juga begini. Kadang-kadang ada perkara yang hendak diperkatakan kepada seseorang, namun akhirnya diam membisu dan terlupa begitu saja. Aku terlalu memikirkan implikasinya. Kalau cakap begini, apa yang akan berlaku. Kalau cakap begitu, apa respon nanti yang aku terima. Akhirnya aku tidak bercakap. Lalu diam dan membisu. Akhirnya ketinggalan dan terlepas. Begitulah selalunya. Aku sudah penat berterus terang. Aku sentiasa kecewa kerananya. Jadi, sebolehnya aku amat berhati-hati apabila hendak berkata-kata. Aku tidak mahu menimbulkan risiko. Atau sebenarnya aku tidak mahir berkata-kata, berbeza dengan jari jemari ini yang mampu menulis apa saja. Mulut lebih selesa menjadi kelu dari meluahkan sesuatu. Atau juga, aku lebih selesa berkata-kata sendirian daripada menyatakan sesuatu kepada orang lain. Aku pasti skil komunikasi aku pada tahap paling lemah dikalangan manusia ini. Realitinya, 70% daripada masa hidup aku adalah sendirian. Tiada orang disekeliling yang aku kenal dan boleh be

Kembali

Maaf lama tidak menulis. Sebenar aku tidak perlu mohon  kerana ini blog aku. Tapi biar aku mohon maaf juga kerana aku sedari ada yang menunggu. Aku tidak suka membuat orang menunggu. Seperti aku tidak suka menunggu orang kalau sudah berjanji walau hakikatnya aku tidak peduli sangat. Bila difikirkan balik, aku agak selalu tepati masa. Malah aku selalu mahu sampai lebih awal. Kalau ke pejabat, aku lebih suka keluar awal dan tiba awal di pejabat. 10 minit lebih awal. Aku takkan senang hati kalau aku bergerak lambat ke destinasi. Melainkan aku sudah set dalam kepala bahawa destinasi aku adalah santai, jadi aku tidak perlu rigid dengan masa. Aku set 3 masa jam berbunyi di waktu pagi; 6.30 pagi, 6.45 pagi dan 7.00 pagi, setiap hari. Selalunya, 6.25 pagi aku sudah terjaga. Loceng belum berbunyi.  Aku cuma akan terlewat bila aku tidur jam 4.00 pagi untuk bangun 6.30 pagi... Biasalah, kerja bodoh. Kalau berjalan-jalan, setiap dua tiga minit, aku akan lihat waktu di telefon bimbit atau jam tanga

Notis

Kalau menjelang 9hb Oktober ini aku belum renew domain name frossonice.com aku, kamu masih boleh membuka blog ini melalui http://frossonice.blogspot.com. Harap Maklum. Tunggu selepas aku renew, aku akan aktif kembali. Insya Allah.