Langkau ke kandungan utama

Basikal Lumba

Lupakan politik. Ianya takkan habis selagi ada manusia yang tamak haloba dan gilakan kuasa.

Ceritakan hal lain. Seperti basikal contohnya. Lumba basikal.

Le Tour De Langkawi sudah bermula siang tadi. Kenapalah kena namakan Le Tour De Langkawi?99.99% rakyat Malaysia tidak berbahasa Perancis. Panggil sajalah Jelajah Malaysia dan biar orang di negara barat sana cuba menyebutnya. Malu sangat hendak guna Bahasa Malaysia ye?

Walau bagaimanapun (anyway?), bukan cerita utama. Dulu aku memang meminati sukan lumba basikal. Sehingga aku membeli sebuah basikal lumba berharga RM500 (spesifikasi biasa) untuk dijadikan hobi.

Semasa di MRSM Balik Pulau, kami ada kelab kecil lumba basikal. Ada beberapa buah basikal lumba lama milik maktab yang tersimpan di sebuah stor di tepi kelas. Beberapa orang daripada kami, Aku, Amron, Suffian (panjang), Shah dan err.. siapa lagi ye(?) mengeluarkannya dari stor tersebut dan membaiki basikal-basikal ini. Ada empat buah semuanya; dua buah basikal jenama Releigh berwarna putih dan dua buah basikal berwarna kelabu jenama Colnago. Aku lebih selesa menunggang basikal kelabu kerana ianya lebih sleek dan handle agak berat (memudahkan kawalan aku).

Boleh dikata kami telah belanja duit sendiri untuk memperbaiki basikal tersebut. Pada hujung minggu (sabtu biasanya sebab tiada PREP), kami akan berbasikal mengeliling kampung terdekat atau lebih rajin, mengeliling pulau. Kalau mengelilingi pulau, ianya adalah sejauh 76KM dan mengambil masa lebih kurang empat jam untuk menghabiskan pusingan. Kami tidak berlumba, sebaliknya berkayuh santai sambil menikmati permandangan sekeliling pulau. Ini semua Amron Roni punya idea. Setiba di Tanjung Bunga, kami pasti akan berhenti di 7Eleven berhampiran. 

Berkayuh mengelilingi Pulau Pinang ketika itu amat menyeronokkan dan kurang berbahaya berbanding sekarang. Kalau kamu suruh aku lakukan sekarang, pasti aku akan tolak bulat-bulat. Jadi, walaupun terperap di sekolah berasrama penuh sepanjang masa, kami beberapa orang ini sentiasa berpeluang keluar dari maktab di hampir setiap petang dan hujung minggu untuk berbasikal dengan alasan untuk menyiapkan diri bagi kejohanan Triathalon. Padalah cuma seorang dari kami saja yang akan mengambil bahagian dan aku bukan seorang itu.

Aku sempat juga memasuki satu pertandingan lumba basikal semasa di maktab yang sebenarnya lebih bercorak treasure hunting. Entah lupa apa nama perlumbaan tersebut. Aku memperolehi tempat ke 24 dari hampir seratus peserta. Aku pasti ada pelumba yang lebih tua daripada aku ketika itu. Malah pada suatu ketika, kedudukan aku adalah di tempat yang ke empat. Dek kerana terlalu biol dan tidak membawa botol minuman, aku jadi keletihan dan dahaga di pertengahan jalan. Sampai di check point, aku berhenti meminta air dari penjaga check point. Mereka agak keliru dan bertanya sama ada aku ada membawa botol air bersama. Aku cakap botol air terjatuh dari basikal.

Memang seronok berbasikal. Tambah lagi ketika mendaki bukit-bukit sekeliling Pulau Pinang. Ianya amat mencabar. Syukur juga kami mempunyai seorang cikgu yang turut meminati sukan yang sama, cikgu Dzulkiflee Haron. Malah beliau mempunyai sebuah basikal lumba jenama Campaqnolo (jenama Itali) berharga lebih RM3,000 ketika itu. Basikal lumba berwarna emas yang amat ringan dan dijaga dengan baik.

Sekarang, kalau kamu suruh aku mengayuh basikal, rasanya aku cuma boleh pergi sejauh 500 meter sebelum aku tercungap-cungap keletihan. Kemudian aku pula gemuk dan ianya agak menyukarkan aku untuk membongkok ketika berbasikal.

Cuma, kebelakangan ini aku terasa ingin kembali berbasikal. Pertamanya, itu cara paling menyeronokkan bagi aku untuk bersukan. Keduanya, aku tidak cukup bagus untuk berlari. Kalau ada rezeki, aku mahu beli sebuah basikal lumba atau basikal gunung (mountain bike) dan berkayuh di sekeliling Putrajaya. Kerana di sana lebih selamat dengan jalan siarkaki khusus untuk penunggang basikal sudah tersedia dan kurang kesesakan jalanraya. Aku boleh berbasikal setiap petang selepas kerja dan tinggalkan saja basikal tersebut di pejabat.

InsyaAllah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l

Cikgu Zul & SmartLearning

Cikgu Zul Kawan-kawan MRSM Balik Pulau hingga 1991, siapa pernah kenal dengan Cikgu Zulkifli Kassim (Cikgu Zul)? Beliau adalah antara pelopor SmartLearning di Malaysia suatu ketika dahulu dan aku adalah antara pelajar-pelajar yang bertuah dapat mempelajarinya dari pakar SmartLearning sendiri. Ada dua tiga orang lagi tenaga pengajar SmartLearning tapi aku sudah lupa nama mereka. Tapi aku sentiasa ingat Cikgu Zul. Berbadan besar tapi lembut tutur kata. Kali terakhir sebelum dia meletak jawatan sebagai guru di MRSM Balik Pulau, dia guna kereta Mitsubishi Galant besar. Pada masa pelajar lain sibuk dengan kaedah belajar biasa, kami di MRSM Balik Pulau sudah pun dilatih menggunakan kaedah SmartLearning; kaedah peta minda, kaedah study smart dan banyak kaedah-kaedah yang kalau masa sekarang, orang nampak biasa. Ya, aku ingat apabila aku ke UiTM (masa tu ITM) dan melukis awan-awan (peta minda) sebagai nota, member-member nampak pelik. Mereka fikir aku sedang buat ajaran sesat. Sebentar tadi ak

Mahu Beli Kamera DSLR? Baca Sini Dulu

Kebelakangan ini aku ditanya oleh beberapa orang rakan mengenai kamera DSLR (digital single-lense reflex). Seperti kamu sendiri sedia maklum, kamera DSLR adalah gajet terkini yang 'perlu' dimiliki. Orang ramai sudah tidak memandang kepada kamera digital biasa, sebaliknya terus ingin membeli DSLR. Mungkin kerana kamera DSLR yang tergantung di leher adalah cool atau pemilik itu benar-benar minat dengan fotografi, tidak dinafikan kamera DSLR semakin menarik minat ramai orang. Dulu, memang agak sukar untuk temui orang di sana sini memegang atau menggantung di leher sebuah kamera SLR yang besar 'gedabak'. Orang lebih selesa dengan kamera digital biasa yang boleh disimpan di dalam poket atau sarung. Ringan dan mudah. Tetapi mungkin kerana terdapat batasan keupayaan kamera digital biasa, maka DSLR sekarang semakin banyak kelihatan di tangan orang ramai. Satu lagi punca paling jelas, sebuah kamera DSLR sekarang boleh dimiliki dengan harga kurang RM2000. Model asas seperti Canon