Langkau ke kandungan utama

Akal Panjang Sejengkal

Kamu tahu, orang Indonesia di Indonesia sibuk dok marah Malaysia sebab cuti tarian, curi lagu, curi makanan, curi pakaian, curi awek, curi pendatang tanpa izin dan lain-lain. Aku rasa sebenarnya diorang jeles. Tapi biarlah nak marah pun.

Realitinya masing-masing berasal dari rumpun yang sama. Jadi budaya dan tradisi pasti ada persamaan. Semasa sebelum penjajah datang dulu, manusia di rantau ini bebas bergerak ke sana sini tanpa ada sekatan. Jadi proses migrasi (orang Indonesia kata bermula dari sana) berlaku secara berterusan hinggalah wujudnya negara Indonesia dan Malaysia. Malah, kalau hendak dilihat betul-betul, proses migrasi satu arus masih berlaku hingga kini (baca: pekerja dan pendatang tanpa izin dari Indonesia yang berjuta di Malaysia). Tidak mustahil budaya, adat dan tradisi turut sama dibawa oleh mereka ke sini.

Mungkin orang Indonesia tidak tahu atau kurang tahu. Kebanyakan orang Melayu percaya mereka berasal dari sana (kalau tidak secara terus). Malah jarang sangat kita mempersoalkan hal tersebut. Hang Tuah dan P.Ramlee juga kita tahu berasal dari sana, kita tidak pernah nafikan. Kita tumpang bangga dan kita tidak lupa menyebut asal usul mereka dari mana. Begitu juga dengan perkara lain seperti makanan, tarian dan pakaian.

Hal memilik-negarakan semua itu adalah hal kerajaan. Aku percaya usaha ini dilakukan dengan tujuan untuk mengelak apa yang berlaku terhadap beras India yang dipaten oleh Amerika Syarikat. Kalau Indonesia tidak melakukannya, maka Malaysia akan melakukannya kerana apa jua pendapat pun, kita tidak dapat nafikan majoriti Melayu Malaysia berasal-usul keturunan dari Indonesia juga. Maka, hak milik budaya, kreativiti dan seni yang mereka ada, tetap mereka akan pegang ke mana saja mereka pergi.

Seperti pizza dan burger, walaupun bukan berasal dari Amerika Syarikat, kedua-dua makanan itu sinonim dengan Amerika Syarikat, bukan Itali dan Jerman. Adakah orang Jerman perlu marah kepada Amerika Syarikat bila syarikat makanan segera mereka membuat klaim,

"Original American Recipe" ke atas burger yang mereka jual?

Sama seperti Gamelan; semua orang Malaysia tahu ianya berasal dari Indonesia. Kita milik-negarakan seni itu untuk memeliharanya agar berterusan sepanjang masa, bukan bertujuan untuk menghalang orang lain menggunakannya. Begitu juga dengan batik, sate, keris dan segala benda di sekeliling kita. Milik negara adalah bertujuan untuk menjaga dan memartabatkannya. Bukan untuk melarang orang lain menggunakannya. Sebab kita tahu asal usulnya, jadi tidak perlu ada orang lain datang beritahu sebaliknya.

Selepas ini, pasti ada orang Indonesia masuk ke sini dan meninggalkan komen. Tidak mengapa. Sebab kita kena ingat, jutaan rakyat mereka masuk ke negara ini mencari kerja dan untuk membawa pulang berbilion ringgit setiap tahun ke negara asal mereka. Jadi mereka ada hak untuk marah orang Malaysia.

Faham?

Ulasan

  1. saya female.. asli indonesia, saya membawa kedamaian untuk melangsungkan supaya hidup ini indah. saya kesampingkan dahulu masalah itu.. karena tuan sudah komentar di blog saya, maka saya perlu berkomentar di blog tuan.. terima kasih atas catatan ini, biar saya sampaikan ke sahabat blogger di indonesia, untuk menciptakan kedamaian di dunia. karena damai itu indah, mengenai catatan saya itu adalah reality yang ada di indonesia saat ini. peace and keep blogging

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l

Cikgu Zul & SmartLearning

Cikgu Zul Kawan-kawan MRSM Balik Pulau hingga 1991, siapa pernah kenal dengan Cikgu Zulkifli Kassim (Cikgu Zul)? Beliau adalah antara pelopor SmartLearning di Malaysia suatu ketika dahulu dan aku adalah antara pelajar-pelajar yang bertuah dapat mempelajarinya dari pakar SmartLearning sendiri. Ada dua tiga orang lagi tenaga pengajar SmartLearning tapi aku sudah lupa nama mereka. Tapi aku sentiasa ingat Cikgu Zul. Berbadan besar tapi lembut tutur kata. Kali terakhir sebelum dia meletak jawatan sebagai guru di MRSM Balik Pulau, dia guna kereta Mitsubishi Galant besar. Pada masa pelajar lain sibuk dengan kaedah belajar biasa, kami di MRSM Balik Pulau sudah pun dilatih menggunakan kaedah SmartLearning; kaedah peta minda, kaedah study smart dan banyak kaedah-kaedah yang kalau masa sekarang, orang nampak biasa. Ya, aku ingat apabila aku ke UiTM (masa tu ITM) dan melukis awan-awan (peta minda) sebagai nota, member-member nampak pelik. Mereka fikir aku sedang buat ajaran sesat. Sebentar tadi ak

Mahu Beli Kamera DSLR? Baca Sini Dulu

Kebelakangan ini aku ditanya oleh beberapa orang rakan mengenai kamera DSLR (digital single-lense reflex). Seperti kamu sendiri sedia maklum, kamera DSLR adalah gajet terkini yang 'perlu' dimiliki. Orang ramai sudah tidak memandang kepada kamera digital biasa, sebaliknya terus ingin membeli DSLR. Mungkin kerana kamera DSLR yang tergantung di leher adalah cool atau pemilik itu benar-benar minat dengan fotografi, tidak dinafikan kamera DSLR semakin menarik minat ramai orang. Dulu, memang agak sukar untuk temui orang di sana sini memegang atau menggantung di leher sebuah kamera SLR yang besar 'gedabak'. Orang lebih selesa dengan kamera digital biasa yang boleh disimpan di dalam poket atau sarung. Ringan dan mudah. Tetapi mungkin kerana terdapat batasan keupayaan kamera digital biasa, maka DSLR sekarang semakin banyak kelihatan di tangan orang ramai. Satu lagi punca paling jelas, sebuah kamera DSLR sekarang boleh dimiliki dengan harga kurang RM2000. Model asas seperti Canon