Langkau ke kandungan utama

Awal September (Sudah Membebel Panjang)

Logo

Lagi enam jam, aku perlu ke pejabat untuk bekerja. Tiga hari bercuti terasa masih penat. Orang lain pergi bercuti, lupakan apa yang ada di pejabat. Aku tidak boleh melakukannya.

Penghujung minggu lalu, aku diarahkan untuk redesign semula logo 1Malaysia jabatan, kali ini mengikut acuan seorang konsultan yang dilantik kementerian pula. Sudah dua konsep reka bentuk yang berbeza aku hasilkan dan kali ini mereka minta aku reka konsep yang lain pula, mengikut acuan orang lain.

Kamu tahu apa masalah sebenarnya?

Kerana arahan itu datang daripada orang tengah; bos-bos aku. Bukan aku mahu kata mereka tidak berjiwa seni. Cuma kadang-kadang apa yang diminta oleh mereka tidak masuk akal. Ada beberapa cadangan mereka yang aku tolak mentah-mentah kerana langsung tidak masuk akal dari segi design.

Aku rasa mereka tidak faham apa yang dijelaskan atau yang diaspirasikan oleh Bos Besar dan konsultan. Jadi bila sampai ke tangan aku, ideanya menjadi tunggang langgang hingga menyukarkan aku mencari idea untuk redesign balik logo tersebut. Puas dalam masa tiga hari aku cuba memikirkan design yang sesuai; tidak berhasil.

Patutnya mereka perlu panggil orang yang mereka cipta itu sendiri untuk diterangkan secara terus; seperti mantan Bos Besar pernah lakukan sebelum ini. Itu cara yang terbaik. Kadang-kadang bila tiga orang bos kamu masuk mesyuarat, maka tiga idea yang berbeza keluar dan minta aku realisasikannya. Susah.

Jadi awal pagi nanti aku akan bekerja seperti orang gila untuk menyiapkan logo tersebut. Mungkin aku boleh hasilkan satu atau dua saja rekaan yang bersesuaian kehendak mereka. Aku sudah kekeringan idea.

Selepas ini, lebih baik mereka saja yang design logo tersebut. Puas hati mereka sendiri.

Jadual

Suasana dalam pejabat aku sebenarnya agak pelik. Ada orang yang sentiasa bekerja kerana kerjanya sentiasa ada setiap hari. Ada orang yang bekerja mengikut musim dan hanya akan sibuk bila tiba waktunya. Selebih dari itu, mereka santai sepenuhnya. Kemudian ada pula orang macam aku dan seorang dua lagi rakan yang melakukan kerja yang sama.

Begini, kerja kami sentiasa ada tetapi bukan dalam kategori kerja tetap setiap hari (kerja yang sama). Kami perlu design buku, majalah, poster, edit video, rakam gambar dan lain-lain kerja berkaitan dan ada waktunya kerja tersebut sangat membebankan. Ada deadline. Ada cut-off time yang perlu kami kejar.

Kemudian apabila kerja melibatkan design, ianya perlu idea dan idea bukan datang seperti air yang mencurah-curah. Ada kalanya ia beku seperti ais dan ketika itu kamu akan lihat kami termenung atau bermain-main dengan sekeliling. Pertama, kamu cuba rungkaikan beku benak otak ini. Kedua, kami cuba hilangkan tekanan kerja.

Jadi kerja kami tidak menentu. Ada waktu amat sibuk dan ada waktu amat beku. Jadi bila diwujudkan jadual bertugas untuk satu perkara, seperti menghantar surat contohnya, kami jadi kelam kabut. Dalam satu masa, kami perlu menghantar surat. Pada masa yang sama, idea sedang datang atau deadline sedang laju dikejar.

Kemudian kamu lihat orang lain yang tidak ada kerja kerana musim sibuk mereka sudah berakhir atau belum tiba. Kamu jadi marah kerana dalam keadaan kamu sedang sibuk, kamu diberi tugas lain yang sepatutnya orang macam mereka boleh laksanakan.

Dan mereka inilah yang sebenarnya memberi cadangan agar diwujudkan jadual bertugas kerana kononnya kerja mereka banyak dan mereka juga sibuk. Bullshit!

Aku tidak pernah bersetuju dengan cadangan jadual bertugas kerana semasa mereka bermesyuarat mengenainya, aku bertugas di luar. Ketika ianya diluluskan, aku cuma berdiam diri kerana ianya sudah diluluskan. Kamu fikir aku suka dalam keadaan aku mengejar deadline, aku perlu lakukan kerja lain yang orang sedang tidak sibuk itu boleh lakukan? Kamu fikir apa yang mereka akan kata kalau aku minta mereka lakukan?

Kalau aku sendiri yang bising (dalam diam) hal ini, tidak mengapa. Orang lain juga menyedari hal yang sama. Kenapa orang yang tidak ada kerja, dibiarkan tidak ada kerja sedangkan orang yang sibuk dengan kerja ditambah lagi kerja? Hendak suruh aku bersuara? Boleh. Kamu fikir apa yang mereka akan kata nanti?

"Orang lain okay je, engkau yang bising kenapa?"
"Aku pun sibuk juga, ingat engkau sorang saja yang sibuk?"
"Alah, bukan ambik masa lama pun..."
"Apa la Idan ni. Berkira sangat."
"Apa la Idan ni, mengada-ngada. Ingat dah senior kira tak payah buat kerja macamni la ye?"

Banyak lagi yang akan keluar.

Aku fikir bos perlu lebih rasional dalam hal ini. Lihat situasi dan lihat keadaan pekerja di bawah mereka. Ada waktunya perlu dilonggarkan arahan sebegini agar kerja-kerja utama dapat dilaksanakan dan orang yang 'idle' seperti mereka itu boleh diberikan tugas.

Tapi kalau mereka membebel juga dalam hal ini, aku ada satu cadangan. Sila ambil tempat aku dan buat kerja-kerja yang aku sedang lakukan. Aku mahu tempat mereka dan aku tawarkan diri untuk batalkan saja jadual yang mereka buat itu supaya aku boleh lakukannya setiap hari tanpa merungut. Mahu? Mereka sebenarnya tiada alasan kenapa perlu mencadangkan hal-hal sebegini. Mengurangkan kerja mereka? kerja apa sebenarnya? Kalau 3/4 hari mereka leka tanpa melakukan apa-apa di kubikel mereka, kerja apa?

Kalau mahu rasa apa sebenarnya aku dan dua orang lagi rakan aku sedang buat, silakan. Be our guest. Jangan lepas sehari kamu komplen susah. Kamu ingat kerja design senang ke?

Ignorance Is Bliss

Kalau aku dalam keadaan yang begitu meruncing sewaktu melakukan kerja di pejabat, maksud aku sedang hebat mengejar deadline, biasanya aku akan serkup telinga dengan headphone Philips SHP2500/97 aku dan pasangkan iTunes. Aku dengar lagu Metallica, Muzik Tarian Malaysia atau instrumental Sacred Spa Music sambil laju menyiapkan kerja.

Ketika itu, kalau telefon berbunyi, orang menjerit panggil atau datang orang di sebelah, aku langsung tidak mempedulikannya. Walaupun aku dengar dan sedar dengan semua itu, aku memilih untuk tidak mempedulikannya. Ya, ignorance is bliss.

Itu cara aku. Aku tidak mahu diganggu bila aku sedang sibuk mengejar deadline. Ada waktu lain yang boleh kamu ganggu aku dan ketika itu, bukan waktunya. Tapi seperti biasa, ketika itulah juga panggilan demi panggilan, arahan demi arahan dan kunjungan demi kunjungan aku terima. Kenapa ya? Kenapa bila waktu aku paling sibuk, waktu itu juga orang datang untuk menambah sibuk aku? Kenapa bila waktu aku santai, orang langsung tidak mempedulikan aku? Bukan sekali dua terjadi, sudah banyak kali.

Sebab itu aku memilih untuk menyerkup headphone di kepala, pasang lagu dan abaikan kamu semua.

====

Lagi lima jam sebelum aku pergi bekerja...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l

Cikgu Zul & SmartLearning

Cikgu Zul Kawan-kawan MRSM Balik Pulau hingga 1991, siapa pernah kenal dengan Cikgu Zulkifli Kassim (Cikgu Zul)? Beliau adalah antara pelopor SmartLearning di Malaysia suatu ketika dahulu dan aku adalah antara pelajar-pelajar yang bertuah dapat mempelajarinya dari pakar SmartLearning sendiri. Ada dua tiga orang lagi tenaga pengajar SmartLearning tapi aku sudah lupa nama mereka. Tapi aku sentiasa ingat Cikgu Zul. Berbadan besar tapi lembut tutur kata. Kali terakhir sebelum dia meletak jawatan sebagai guru di MRSM Balik Pulau, dia guna kereta Mitsubishi Galant besar. Pada masa pelajar lain sibuk dengan kaedah belajar biasa, kami di MRSM Balik Pulau sudah pun dilatih menggunakan kaedah SmartLearning; kaedah peta minda, kaedah study smart dan banyak kaedah-kaedah yang kalau masa sekarang, orang nampak biasa. Ya, aku ingat apabila aku ke UiTM (masa tu ITM) dan melukis awan-awan (peta minda) sebagai nota, member-member nampak pelik. Mereka fikir aku sedang buat ajaran sesat. Sebentar tadi ak

Mahu Beli Kamera DSLR? Baca Sini Dulu

Kebelakangan ini aku ditanya oleh beberapa orang rakan mengenai kamera DSLR (digital single-lense reflex). Seperti kamu sendiri sedia maklum, kamera DSLR adalah gajet terkini yang 'perlu' dimiliki. Orang ramai sudah tidak memandang kepada kamera digital biasa, sebaliknya terus ingin membeli DSLR. Mungkin kerana kamera DSLR yang tergantung di leher adalah cool atau pemilik itu benar-benar minat dengan fotografi, tidak dinafikan kamera DSLR semakin menarik minat ramai orang. Dulu, memang agak sukar untuk temui orang di sana sini memegang atau menggantung di leher sebuah kamera SLR yang besar 'gedabak'. Orang lebih selesa dengan kamera digital biasa yang boleh disimpan di dalam poket atau sarung. Ringan dan mudah. Tetapi mungkin kerana terdapat batasan keupayaan kamera digital biasa, maka DSLR sekarang semakin banyak kelihatan di tangan orang ramai. Satu lagi punca paling jelas, sebuah kamera DSLR sekarang boleh dimiliki dengan harga kurang RM2000. Model asas seperti Canon