Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2009

iPod Shuffle

Kadang-kadang kita boleh beri 1001 alasan untuk tidak mahu lakukan sesuatu. Aku boleh berikan alasan aku tidak selesa pergi ke gimnasium tanpa muzik di telinga (gimnasium di pejabat memang sunyi). Beberapa kali sebelum ini aku menggunakan telefon bimbit untuk mendengar lagu. Tetapi telefon bimbit agak besar dan tidak selesa. Semalam aku ambil keputusan untuk membeli pemain MP3. Lebih spesifik aku beli Apple iPod Shuffle. Mungkin kerana aku selesa menggunakan produk jenama Apple. Aku beli iPod Shuffle generasi terbaru berwarna hijau berkapasiti 2 gigabait. Cukuplah. Aku bukan ada banyak lagu untuk disumbat ke dalamnya. Kenapa tidak iPod Nano atau iPod biasa? Kerana iPod Shuffle; Agak murah; Kecil dan boleh diselit (dikepit) di baju atau seluar dengan mudah kerana ada pengepit; Tiada skrin LCD yang akan menelan kuasa bateri dengan pantas; Senang di bawa ke mana-mana; dan Tidak menyebabkan aku menghabiskan masa dengannya setiap masa. Harapnya ia boleh membantu aku bersenam dengan lebih se

Sebabnya

Woohoo! Gramedia sudah dibuka di The Mines. Sekarang ada alasan untuk aku pergi sana setiap hari, setiap masa. Cuma masalahnya, koleksi Bahasa Inggeris agak terbatas berbanding koleksi Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia. Aku juga sedang kumpul duit untuk dapatkan iPod Shuffle. Kenapa? Aku perlukannya sewaktu senaman di gimnasium dan berjogging (mungkin). Sekarang aku guna handset dan ianya agak membataskan pergerakan aku. iPod Shuffle cuma berharga RM200++. Tidak perlu iPod Nano kerana ianya terlalu besar. Kalau kamu berminat hendak membeli komputer jenama Apple dengan murah, pergi ke Switch The Mines kerana mereka sedang membuat promosi menjual Mac lama (Mac baru sudah keluar). Sebuah Macbook putih berharga cuma Rm2600++ dan iMac cuma berharga RM3000+. Murah. Slow-slow.

Langkawi - Ke Arah Mana Nanti?

Okay, ini post last mengenai Langkawi. Ianya lebih mengenai masa depan pulau ini. Pertama, aku fikir sudah tiba masa Langkawi bergerak ke arah mewujudkan persekitaran bebas dari pencemaran. Perkara pertama yang boleh dilakukan adalah memberi galakan kepada penggunaan kenderaan hibrid atau yang menggunakan tenaga alternatif bebas pencemaran lain seperti elektrik, hidrogen dan udara termampat. Kalau kerajaan boleh hapuskan duti ke atas kereta di Langkawi, aku sarankan kerajaan juga beri galakan sepenuhnya untuk menjadikan Langkawi sebagai pulau terulung di dunia yang menggunakan kenderaan bebas pencemaran tenaga fosil. Aku lihat ini peluang besar kerajaan untuk mempromosi Langkawi sebagai pulau eko-pelancongan terulung sesuai dengan taraf warisan dunia (Langkawi Geopark) yang dimilikinya. Kalau sebelum ini penduduk di Langkawi berebut membeli Toyota Vios atau Honda City, mungkin masa akan datang mereka berebut membeli Toyota Prius atau Honda Clarity. Pengangkutan awam juga boleh mengambi

Tanjung Rhu

Entah kenapa, setiap kali ke Langkawi, pantai yang paling aku suka pergi adalah pantai Tanjung Rhu. Mungkin kerana suasananya. Tenang dan tidak sibuk dengan orang ramai. Mungkin kerana apabila berada di Tanjung Rhu, seperti segala masalah dicampak jauh ke dasar laut dan apa yang tinggal hanya damai.

Helang

Salah satu punca lensa kamera aku rosak adalah kerana aku cuba mengejar sambil zoom seekor burung helang yang sedang terbang berhampiran dengan aku. Mungkin kerana pergerakan tangan aku menyebabkan motor di dalam lensa tidak mampu menahan beban pergerakan tersebut. Namun begitu, sempat juga aku rakam beberapa shot burung helang seperti di bawah. Sayangnya ketika aku di dalam bot, aku berada di bahagian tengah bot dan orang yang tidak memegang kamera seperti tidak faham keadaan. Tidak mengapalah. Jadi ada sedikit untuk tontonan kamu semua. Majestic, ya?

Nokia E66 Menunjukkan Belangnya

Bila aku sampai di Dataran Lang, Langkawi, aku tidak bawa kamera DSLR kerana lensanya sudah rosak. Cuaca sedang dalam mood menarik. Lalu aku keluarkan telefon (Nokia E66) dan merakamkan suasananya dengan harapan kamera telefon bimbit aku cukup baik untuk merakamkan suasana cantik di Dataran Lang ketika itu. Hasilnya seperti di bawah. Amat puas hati! Nasib aku tidak beli kamera digital, walaupun hakikatnya aku berjalan masuk hampir setiap kedai mencari kamera digital murah. Ada satu kedai di Kuah yang aku rasa peniaganya adalah manusia paling bodoh dalam melayan pelanggan. Tetapi kerana mungkin ramai yang masuk beli di kedai beliau tidak peduli langsung dengan apa yang dibeli, asalkan murah, maka peniaga tersebut selesa melayan pelanggan seperti budak-budak. Bila kita tanya harga, dia tanya sama ada kita mahu betul-betul beli. Kalau tidak, dia tidak akan beritahu harga selepas diskaun. Kemudian bila aku tidak mahu beli (kamera digital 8 megapiksel yang dikatanya baru - sekarang paling b

Nota Pendek

Lama sungguh aku berada di Langkawi kali ini. Hampir seminggu. Kalau tidak kerana kerja, aku rasa menjelang hari ke empat, aku sudah pasti bosan, tidak tahu hendak ke mana lagi. Ini short note yang aku boleh ingat sepanjang berada di sana dan kembali ke Putrajaya; Tandas - baru aku sedar agak sukar hendak mencari tandas awam di Langkawi. Cuma anehnya di suatu kawasan kampung, ada papan tanda besar menunjuk arah ke tandas awam. Tetapi di Kuah atau di Cenang, tidak senang untuk kamu jumpa tandas awam. Pelik juga. Mungkin kerana orang kita tidak pandai jaga tandas awam. Kereta Sewa - Kalau kamu sebelum ini pernah ke Langkawi dan senang untuk menyewa kereta pada harga yang murah, kali ini tidak lagi. Operasi JPJ dijalankan secara besar-besaran untuk membenteras kegiatan kereta sewa haram. Akibatnya kamu terpaksa bayar harga lebih mahal untuk menyewa kereta. Kalau kamu berani juga hendak menyewa kereta secara haram, bersedia untuk berdepan dengan road-block. Banyak ada di Langkawi. Oh, jang

Lensa Kamera Rosak!!!

Aku fikir aku boleh menjalankan aktiviti fotografi sepanjang di Langkawi. Hari pertama "bercuti", lensa kamera rosak. Lensa kamera yang aku beli cuba beberapa bulan lalu, rosak. Kecewa sungguh. Hingga aku jalan dari kedai ke kedai mencari lensa ganti. Namun kerana kekurangan modal, aku batalkan hasrat untuk membelinya. Aku tergerak juga hendak membeli kamera digital biasa saja. Tetapi aku rasa ianya perkara yang membazir. Jadi aku biarkan saja hari-hari cuti aku di Langkawi tanpa gambar yang menarik untuk dipertontonkan kepada kamu. Pengajaran, sediakan lensa backup. Pengajaran juga, jangan menggatal kejar shot burung terbang dengan lensa yang tidak cukup kuat. Pengajaran, jangan guna Tamron. Tetapi kerana ianya masih dalam waranti, jadi aku terus gunakan saja buat masa ini hingga ada modal untuk membeli lensa baru. Ada yang berminat untuk taja? Hehehe. Oh ya, maaf. Aku abaikan semua permintaan untuk beli itu dan ini. Aku bercuti untuk bercuti. Bukan ambil order pesanan orang

Me On Holiday Mood

Dalam Majlis Penutup KIK KDN, Langkawi

Selepas Terbeban, Ketenangan...

Siang tadi selesai beban kerja yang mengambil masa lima hari untuk disiapkan. Kalau bunyi lima hari itu, rasa macam sedikit. Hakikatnya, lima hari yang berlalu adalah beban paling berat setakat ini dalam tugas yang dilakukan. Terpaksa bersengkang mata hampir setiap hari sepanjang waktu itu untuk mengolah semula slide yang lebih 200 semuanya bukanlah satu kerja yang mudah. Tambahan pula tiada seorang pun dalam ahli kumpulan yang terlibat boleh menggunakan Apple Keynote dengan baik. Jadi semua kerja yang asalnya teragih kepada beberapa orang akhirnya menimbun pada aku untuk diterjemahkan kepada bentuk slide Keynote. Siang tadi di kala masa cuma tinggal beberapa minit sebelum persembahan, aku masih sempat menghasilkan montaj permulaan kerana montaj rekaan asal gagal berfungsi dengan sempuna. Aku guna apa yang ada dalam Keynote, itu saja. Sempat juga aku berfotografi untuk menghilangkan rasa terbeban di benak dan merehatkan minda sebelum pertandingan bermula. Potret di bawah, aku tersenyum

Kronologi

Kononnya bila aku bawa pulang iMac 13 kilogram ke rumah, bolehlah aku sambung buat kerja. Menyiapkan sikit apa yang belum siap. Mula bila dah buka iMac di rumah, aku periksa dulu peti mel Gmail. Kemudian aku surf baca berita, blog dan lain-lain informasi rutin yang aku selalu cari di internet. Kemudian buka file Keynote yang aku mahu edit. Mata semakin mengantuk. Paksa diri untuk terus berjaga. Buka Facebook; layan karenah orang di dalamnya. Menulis di blog; publish blog. 9.47 malam, tidur. Kerja masih belum siap. Hehehe. Hari ini hari penghabisan. Kerja perlu diselesaikan. Esok perlu terbang ke Langkawi untuk pertandingan. Aku salahkan Jabatan Penjara. Buat program terkejut begini. Kalau 2 - 3 minggu logik juga. Ini setakat 3 - 4 hari. Buat KMK dalam masa 3 - 4 hari adalah kerja gila!

Muka Buku

Sekarang, pusing keliling dan hampir semua orang yang aku kenal ada akaun Facebook. Semalam juga bila aku tengok statistik di Alexa.com, Facebook sudah menjadi laman web paling ramai dikunjungi di Malaysia.  Seingat aku, pernah hampir setahun lalu aku mahu batalkan saja akaun Facebook dan Friendster aku. Tetapi sekarang hampir setiap minggu ada saja permintaan untuk add Kawan di dalam Facebook. Kemudian ada senarai yang panjang sahabat yang aku kenal yang dicadangkan oleh orang lain untu aku tambah. Nampaknya memang Facebook sedang meletup di Malaysia. Mungkin generasi pengguna Friendster sudah 'sedar' dengan kewujudan Facebook. Bagi aku, Facebook sudah membantu aku menemui beberapa orang yang sudah lama aku cari. Sahabat baik aku - Tan Ju Lin, kakak angkat aku - Kak Rafizah dan buddy aku - Ida Izwani a.k.a Yellowsunblaze. Kalau tidak kerana Facebook, rasanya tidak mungkin aku boleh temui mereka kembali. Tetapi aku bukanlah seorang yang amat aktif dengan Facebook. Kalau orang l

Langkawi Menggamit Datang

Rabu minggu depan aku akan ke Langkawi. Ada program di sana sehingga Jumaat. Kemudian aku akan terus stay di sana sehingga Ahad, kalau boleh sehingga Isnin. Biar lama sikit aku bercuti. Kira beruntung juga sebab pergi dan balik atas tugas, jadi tiket free. Cuma hari Sabtu aku perlu cari bilik sendiri. Aku mahu sewa motosikal atau kereta. Pastinya nanti aku akan rakam sebanyak mungkin potret Langkawi. InsyaAllah. Aku ingat lagi pertama kali aku ke Langkawi pada tahun 2003. Dengan sebuah kamera digital Kodak 430, sebuah sketchpad kecil dan beberapa batang pen, aku mencoretkan perjalanan aku di sana. Entah ke mana hilang sketchpad tersebut. Manakala gambar masih ada. Tetapi kerana ianya cuma kamera digital biasa yang begitu cepat menelan tenaga bateri, tidak banyak gambar yang aku rakam. Aku menyewa sebuah Proton Wira dengan harga RM120 untuk dua hari. Aku juga menyewa sebuah chalet kecil berharga RM30 semalam. Hampir seluruh pelusuk pulau aku teroka. Kali ini aku cuma ada Sabtu dan Ahad,

Sebuah Taman Di Putrajaya

Agak-agak gambar di bawah ini aku rakam di mana? Tidak pasti? Tapi apa-apa pun, ingin aku beritahu bawah semua gambar kali ini aku telah edit kerana cuaca yang agak terik dan cahaya yang berlebihan tanpa aku punyai polariser menyebabkan hampir semua gambar over-exposed. Memanglah di Putrajaya. Mana lagi ada permandangan sebegini. Kalau kamu tidak biasa datang ke Putrajaya, jangan kamu bersusah payah fikir di mana aku rakam semua gambar ini. Kalau yang tahu mengenai Putrajaya atau sekurang-kurangnya kamu pernah sampai di tempat aku rakam gambar ini, kamu turut bertuah macam aku. Sekurang-kurangnya siang tadi dapat melihat suasana damai dengan angin yang agak kuat, aku berjalan seorang diri sambil merakam gambar-gambar di atas. Sungguh indah. Kali terakhir aku ke lokasi ini adalah kira-kira 4 tahun lalu. Aku pasti akan pergi lagi untuk rakam suasana pagi pula. Aku juga perlukan lensa telefoto untuk merakam gambar unggas yang berterbangan. Rugi cuma dapat lihat tetapi tidak dapat merakamn

Putrajaya Wetland

Sejak dari pejabat siang tadi, kepala aku berdenyut kesakitan. Migrain. Amat jarang berlaku. Tetapi bila sekali berlaku, ianya amat perit. Namun aku masih tetap tegas bertahan. Aku tidak mahu menelan panadol atau apa jua ubat penahan sakit. Sehingga sekarang. Dalam keadaan sakit kepala, sempat juga aku singgah di Taman Wetland, Putrajaya untuk berfotografi. Okay, aku tidak tahu apa istilah yang betul. Jadi aku guna berfotografi. Inilah hasilnya. Jalan menuju wakaf di tepi tasik. Jambatan merentasi tasik. Laluan ini selalu aku tempuhi untuk pergi dan balik dari Putrajaya. Semut. Susah sungguh untuk merakamkan gambar ini kerana angin sedang kuat bertiup. Taman Wetland Putrajaya ada burung Flamingo. Ianya dibela kerana aku nampak sarang dan "reban" burung ini. Sepanjang merakamkan aksi flamingo ini, dalam hati berkali-kali berkata alangkah bagusnya kalau ada lensa telefoto. Rupanya, flamingo suka menyelam kepalanya ke dalam air. Agak sukar hendak merakam gambar flamingo dalam ai