Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2010

Selamat Menyambut Tahun Baru 2011

Tahun 2011 adalah saat yang akan menjadi titik tolak perubahan hidup aku. Ada lebih kurang lima bulan lagi persediaannya. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Anugerah

Selama 35 tahun, menjelang 36 tahun hidup ini, tidak ada anugerah Tuhan yang lebih aku hargai sekarang daripada ini, Maszura Ahmad Syukur dengan rezeki yang dikurniakanNya.

Yang Terbaik

Umum Post sebelum ini adalah post ke 362. Setahun ada 365 hari. Jadi moleknya, aku lengkapkan sejumlah 365 post untuk tahun ini. Kononnya untuk memperlihatkan bahawa aku menulis di blog ini sehari sekali. Pertamanya, tahniah kepada pasukan bolasepak Malaysia kerana menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 setelah menewaskan Indonesia dengan agregat 4 - 2. Secara keseluruhan, pujian harus diberikan kepada K.Rajagopal kerana berjaya membentuk sebuah pasukan muda yang mantap dan bersemangat tinggi. Kalau terus dikekalkan pasukan ini, peluang untuk berjaya di kejohanan lebih besar adalah tinggi. Pasukan Indonesia yang didukung oleh peminat fanatik mereka tidak kurang hebatnya. Mungkin secara jelas, pasukan Indonesia ini adalah yang terbaik dari generasi mereka. Cuma yang sedikit mengelirukan, kenapa dengan 240 juta penduduk, Indonesia masih sibuk mencari pemain luar untuk di'naturalisasi'kan. Perancis dan Belanda melakukan perkara yang sama, Indonesia sedang menirunya. Mungkin suatu hari ki

Hubung Kait 2

Aku menjenguk ke tapak pembinaan di sebelah pejabat. Mereka sedang sibuk bekerja. Aku yakin, 90% tenaga buruh di situ, asal Indonesia. Mereka datang secara sah atau tidak untuk bekerja; mencari wang untuk sesuap nasi buat mereka dan mungkin keluarga di kampung halaman, nun jauh di Indonesia. Sudah hampir setahun projek pembinaan di sebelah ini berlangsung, keadaannya teratur dan aman. Tidak ada gelodak jiwa dan benci yang dapat dilihat dari sudut tempat aku bekerja ini. Sebenarnya, ramai orang Indonesia yang cukup peramah dan baik. Aku pernah bekerja sekejap sebagai supervisor kontraktor binaan semasa Putrajaya ini baru hendak membangun, kira-kira 10 tahun lalu. Aku tinggal di sebuah rumah kongsi berhampiran dengan tempat tinggal beberapa orang pekerja dari Indonesia. Kebanyakkan daripada mereka ada drebar Santai Wong (lori hantu) yang sudah agak lama bekerja dengan syarikat yang aku sertai ini. Aku cuma mula bekerja di situ beberapa hari. Suatu petang aku menziarahi pekerja Indonesia

Salin Kulit

Mulanya aku fikir aku mahu ubah layout blog ini. Maklumlah, 2011 bakal menjelma. Perlu ada perubahan, bukan? Perlu ada rupa diri yang baru? Tapi bila aku lihat balik posting lama mengenai blog ini (kamu boleh lihat pada tag frossonice.com), aku sedari aku baru saja tukar layout blog ini pada 19 Mac 2010. Masih belum cukup setahun atau belum cukup musim 2010/11 seperti yang dicanang. Jadi tunggu 18 Mac 2011 untuk layout baru. Itu pun kalau aku rajin dan tidak ada kerja lain yang hendak dibuat.

Hubung-Kait

Tidak ada bezanya perbalahan antara Malaysia dan Indonesia dengan Malaysia dan Singapura. Jelasnya, lebih besar kita, lebih tinggi ego kita. Maka Indonesia sentiasa berasakan mereka lebih 'besar' segalanya dari Malaysia, manakala Malaysia sentiasa menganggap Singapura sebagai adik mereka. Secara logik kebanyakkan dari kita yang berfikir; Indonesia > Malaysia > Singapura. Timbul masalah apabila ada beberapa perkara di mana keadaannya terbalik. Ekonomi dan kemakmuran negara contohnya. Apa yang kita boleh lihat, secara ekonomi dan kemakmuran negara, Singapura > Malaysia > Indonesia. Kenapa Thailand, Filipina, Myanmar, Laos, Cambodia, Vietnam, Timur Leste dan Brunei DS tidak terlibat? Ada, tetapi tidak signifikan. Mungkin kerana hubungan sejarah tidak begitu rapat seperti ketiga-tiga negara di atas, negara lain kurang mahu menimbulkan masalah antara satu sama lain. Sampai bila ianya tidak akan selesai. Aku salahkan laser! Hehehe.

Mobiliti

Sekarang sibuk orang memperkatakan mengenai MRT di Lembah Klang. MRT adalah singkatan kepada Mass Rapid Transit, iaitu sistem pengangkutan rel yang lebih besar daripada LRT. Lembah Klang sudah mempunyai LRT; Putra dan Star, dan ianya sudah mencapai tahap kepadatan tinggi di waktu puncak. MRT adalah penyelesaian logikal terhadap mobiliti dalam bandaraya besar seperti Kuala Lumpur. Singapura mempunyai MRT sendiri. London mempunyai Underground, New York mempunyai Subway dan Jepun mempunyai Metro. Sistem pengangkutan rel skala besar ini sepatutnya sudah lama diwujudkan di Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Malah pada pendapat aku dan aku pernah menulisnya di blog ini, sistem pengangkutan rel adalah mod pengangkutan paling efisien untuk sebuah negara seperti Malaysia. Hubungan pengangkutan seluruh semenanjung Malaysia akan jadi lebih pantas dan efisien sekiranya pengangkutan rel diambil perhatian. Kewujudan lebuhraya melingkari seluruh semenanjung dengan jumlah kenderaan yang semakin meningkat

Water Cooler

Aku pernah beritahu di blog ini yang aku suka minum air mineral/air kosong setiap hari. Purata hampir dua botol 1.5 liter aku habiskan setiap hari. Biasanya aku akan beli beberapa botol air mineral 1.5 liter di kedai runcit berhampiran rumah. Harga di situ cuma RM1 sebotol. Namun begitu, kalau dikira setiap hari sebulan, ianya boleh mencecah RM60 - RM70. Sampai suatu hari ketika mengemas rumah. Aku terpandang kepada botol air yang aku beli tidak lama dulu. Botol plastik polimer bersaiz 1.6 liter, berharga RM23 aku beli dengan tujuan asal untuk diisi air teh untuk diminum di rumah. Sekali saja aku melakukannya dan kemudian ianya terperap di dapur. Aku terpandang botol itu kembali dan ianya memberi aku suatu ilham. Pejabat aku mempunyai water-cooler/water dispenser di setiap aras dari aras bawah hingga aras tiga. Ianya disediakan untuk kemudahan umum, terutama kepada pelanggan yang datang. Tetapi setiap kali aku lalu di kawasan letaknya water cooler tersebut, jarang aku lihat orang mengg

Mainan Mimpi

Aku alami mimpi paling pelik malam tadi. Malah hingga sekarang aku masih ingat plotnya walaupun skrip sudah lupa. Ceritanya lebih kurang begini; Aku sedari aku sedang berada di sebuah kompleks bangunan terbuka dan di antaranya ada ada sebuah kolam (aku rasa kolam). Aku nampak beberapa orang berdiri di dua buah bangunan di kiri kanan kolam, ada seorang wanita di penghujung bangunan sebelah kiri tepi kolam. Aku berada di dalam air. Mulanya aku fikir apa yang aku perlu buat. Wanita itu tidak pun dalam ketakutan dan orang berada di sekeliling, walaupun sedang menunggu untuk menyerang hendap, tidak bersenjata. Aku juga sedari bahawa mereka tidak mahu turun ke dalam kolam seperti yang sedang aku lakukan. Tiba-tiba datang seorang lelaki menjerit kepada aku mengarahkan aku melarikan wanita tersebut dari tempat itu. Kumpulan lelaki yang ada di sekeliling mula melakukan serangan. Mereka tidak kelihatan seperti manusia biasa. Suara garau dan kasar dengan mata yang bersinar cuba menerkam ke arah w

Buntu

Aku sepatutnya sedang bertungkus lumus menyiapkan kerja-kerja part time aku. Tetapi aku sedang mengalami kebuntuan idea. Begitu juga untuk menulis di sini, aku sedang mengalami kebuntuan idea. Ketika waktu yang baik, aku boleh siapkan kerja sejam dalam masa lima minit. Tetapi apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya. Mengantuk, kepenatan mental dan fizikal serta buntu. Where is my muse?

Bebaskan Politik Malaysia Daripada Politik Feudalisme

Tengok. Tengok. Selama yang aku perhatikan, wakil rakyat di parlimen tidak lebih daripada menjaga periuk nasi dan partinya dulu sebelum mengambil berat hal rakyat. Selama ini yang bertelagah di parlimen itu bukan kerana mempertahankan hak rakyat tetapi hak individu dalam sesebuah parti dan parti itu sendiri. Maka saban hari kita lihat parti politik bergaduh antara satu sama lain dan itu kerja yang orang ramai sangka, berjuang untuk mereka. Bab mana yang mereka berjuang untuk rakyat? Lepas bergaduh dalam parlimen, mereka masih boleh bergelak ketawa sambil hisap rokok di lobi parlimen. Dalam dewan, semua mahu jadi singa. Seperti yang aku pernah kata dulu, sistem politik di Malaysia masih bersifat feudalistik. Pemimpin diagung-agungkan dan berkuasa lebih dari yang sepatutnya. Rakyat yang memilih pemimpin pula kemudiannya ditekan dan diminta untuk menyembah hormat kepada pemimpin ini. Tengok bila ada perjumpaan dengan wakil rakyat; berapa lama rakyat kena tunggu untuk jumpa wakil mereka ya

Harimau Malaya Mengaum

Tahniah Malaysia. Good job. Pastikan kita tidak tersungkur di pusingan kedua di Hanoi nanti. Tiada away goal rules. Kawan-kawan yang pergi ke Stadium Nasional Bukit Jalil memberitahu aku bahawa selepas perlawanan malam tadi, penyokong Malaysia berbilang kaum berpesta meraikan kejayaan tersebut. Mereka kata semua bangsa ada; melayu, cina, india dan lain-lain. Siapa kata rakyat kita berpecah belah? Cuma politik saja yang mengotorkan jiwa kita. Hentikan politik perkauman!

Lotus Lawan Lotus

Dunia perlumbaan Formula 1 sedang rancak membahaskan pertembungan antara dua Lotus. Satu Lotus yang dibawa oleh Tony Fernandes, CEO Air Asia sejak tahun lalu, dikenali sebagai Lotus Racing. Pada tahun 2011 nanti mereka akan menggunakan kembali nama pasukan lagenda dalam F1, Team Lotus. Team Lotus bagi yang kurang arif mengenai F1, adalah pasukan F1 yang paling berjaya selepas Scuderia Ferrari. Namun begitu pada tahun 1994, mereka telah menarik diri daripada F1 kerana faktor kewangan dan sokongan penaja. Pada tahun 1996, Group Lotus iaitu syarikat yang membina kereta Lotus telah dibeli oleh Proton. Namun begitu, pembelian itu tidak termasuk hak kepada jenama Team Lotus. Mengikut sejarah, Colin Chapman, pemilik Team Lotus dan Lotus Cars tidak pernah meletak kedua-dua entiti ini di bawah satu bumbung. Alasan beliau adalah, sekiranya satu syarikat mengalami masalah, syarikat satu lagi tidak akan lingkup bersama. Jadi Proton pada tahun 1996 cuma membeli Lotus Cars yang sekarang dikenali seb

Pulau Ketam

Semalam aku ke Pulau Ketam. Ada majlis Jabatan di sana. Kalau tidak kerana ada program di sana, aku tidak fikir aku ada motif yang kukuh hendak ke sana. Kata orang makanan laut di sana sedap. Entah, aku bukan peminat tegar makanan laut. Awal pagi tiba di jeti Pelabuhan Klang menunggu bot ke Pulau Ketam. Ingatkan tunggu bot yang biasa aku lihat sewaktu aku bekerja di sana suatu masa dulu. Rupa-rupanya yang menanti kami adalah bot laju dengan enjin besar! Biasanya perjalanan ke Pulau Ketam mengambil masa lebih 30 minit. Tetapi dengan bot laju, ianya cuma lebih kurang 20 minit. Tengok, enjin bot laju yang sungguh besar. Enjin lejang V8 dengan 400 kuasa kuda. Tapi paling tidak menarik adalah tiadanya bantuan keselamatan di dalam bot laju ini. Pelampung cuma ada lapan biji. Tangki minyak boleh nampak jelas dari tempat kita duduk.  Tiba di Pulau Ketam, air dalam keadaan pasang. Jadi tidak nampak pantai paya bakau yang ada di sekitar jeti.  Berhampiran jeti Pulau Ketam, ada restoran makanan l

Pameran Kereta Motor

Selasa lepas aku ke PWTC, melihat pameran kereta terbesar di Malaysia, KLIMS 2010. Kali terakhir aku pergi ke program yang sama adalah kira-kira empat tahun lepas. Ramai orang. Sangat-sangat ramai. Kadang-kadang aku keliru; kenapa program yang boleh menarik ramai orang begini tetapi dibuat selang beberapa tahun? Patut lebih kerap, dua tahun sekali kalau boleh. Banyak kenderaan yang dipamerkan. Aku lebih tertarik untuk melihat apa yang dipersembahkan oleh Proton dan Perodua, syarikat automotif negara. Perodua memperkenalkan Bezza, model kompak generasi akan datang. Sekali imbas, nampak seperti Toyota Prius. Usaha yang bagus daripada Perodua kerana selama ini mereka lebih tahu bagaimana hendak menjual kereta rebatch saja. Proton pula dengan bangganya mempersembahkan enam buah kereta konsep, di mana lima daripadanya adalah kereta konsep kelas "Pahlawan", mengambil nama-nama Tuah lima bersaudara. Paling mendapat perhatian adalah Proton Tuah (Espire), sedan setaraf Honda Civic dan

Grenade

Grenade - Bruno Mars Easy come, Easy go That's just how you live oh Take, take, take it all But you never give Should have known You was trouble From the first kiss Had your eyes wide open Why were they open? Gave you all I had And you tossed it in the trash, Tossed it in the trash you did To give me all your love Is all I ever asked But what you don't understand is I'd catch a grenade for ya (yeah, yeah, yeah) Throw my hand on a blade for ya (yeah, yeah, yeah) I'd jump in front of a train for ya (yeah, yeah, yeah) You know I'd do anything for ya (yeah, yeah, yeah) Oh, oh I would go through all this pain, Take a bullet straight through my brain, Yes, I would die for ya baby But you won't do the same No, no, no, no Black, black, black and blue Beat me till I'm numb Tell the devil I said "hey" when you get back to where you're from Mad woman, bad woman, That's just what you are, yeah, You'll smile in my face then Rip the brakes out my car

The Story

The Story - Brandi Carlile All of these lines across my face Tell you the story of who I am So many stories of where I've been And how I got to where I am But these stories don't mean anything When you've got no one to tell them to It's true...I was made for you I climbed across the mountain tops Swam all across the ocean blue I crossed all the lines and I broke all the rules And baby I broke them all for you Oh because even when I was flat broke You made me feel like a million bucks You do and I was made for you You see the smile that's on my mouth It's hiding the words that don't come out And all of my friends who think that I'm blessed They don't know my head is a mess No, they don't know who I really am And they don't know what I've been through like you do And I was made for you... All of these lines across my face Tell you the story of who I am So many stories of where I've been And how I got to where I am Oh but these stories d

Di Padang Strawberi, Tiada Manusia Mahu Berpolitik

Sedang aku asyik makan tomyam seafood bersama Zura di Strawberry Fields Cafe, Petaling Jaya malam tadi, aku ternampak beberapa orang berbaju melayu, baju batik dan kemeja masuk ke kafe. Nampak gaya macam orang yang rajin berpolitik. Bila semakin hampir, aku sedari mereka adalah penyokong parti Keadilan Rakyat. Ada majlis berhampiran kawasan sekitar. Waktu begitu mungkin mereka berehat untuk makan. Makan di sebuah kafe sederhana mewah. Walau apa pun perjuangan politik, sebenarnya kaum elitis yang benar-benar menguasainya. Golongan rakyat biasa adalah pengikut dan penyokong tegar dan mereka ini adalah 'foot soldiers' kepada elit-elit politik. Aku berjenaka dengan Zura ketika keluar dari kedai, aku mahu menjadi ahli PKR. Dia tegah. Katanya lebih baik aku jadi ahli PAS. Aku jenaka lagi; daripada PAS, lebih baik aku jadi ahli DAP. Lebih keras tegahan Zura. Katanya DAP hanya akan mempergunakan aku, seorang melayu, untuk kepentingan politik bangsa mereka. Sedari atau tidak, akal fiki

Urusan dan Tragedi November

Lama aku tidak menulis. Aku berkabung. MacBook Pro aku hilang dicuri orang. Kamera digital juga hilang dan sebuah external harddisk yang terkandung di dalamnya koleksi gambar yang cukup banyak. Orang lain di keliling ketika mendengar peristiwa itu, mereka marah, memaki hamun pencuri tersebut dan tidak kurang yang bersedih dengan kehilangan barang yang berharga, walaupun itu barang aku. Aku? Aku cuma diam membisu beberapa ketika setelah menyedari kehilangan tersebut. Kemudian seboleh mungkin, merautkan senyuman di wajah. Tidak ada apa yang boleh dilakukan lagi. Terima saja keadaan. Aku berazam untuk dapatkan MacBook Pro yang lebih berkuasa di masa akan datang. Bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain, tetapi kerana aku perlukannya untuk membuat kerja. Apple Final Cut dan Motion tidak boleh dijalankan di komputer Windows biasa. Ianya perlukan Mac dan hanya Mac saja yang sesuai. Namun, buat masa ini aku perlu simpan dulu hasrat tersebut. Aku guna Mac di pejabat dan studio saja untuk

Sini Dan Kembali

Sebentar lagi, lebih kurang jam 2.00 petang, bos akan buat persembahan seminarnya. Aku ditugaskan untuk menjaga slaid. Penceramah lain jaga slaid sendiri tetapi bos aku mungkin kerana kurang mahir dengan Mac, minta aku saja yang menjaganya. Mungkin dia takut tersalah tekan. Tidak mengapa. Apa guna datang dengan bayaran beratus ringgit semata-mata untuk duduk lihat saja. Lepas daripada persembahan, aku akan bergegas ke lapangan terbang. Walaupun penerbangan aku pada jam 7.10 petang, mereka suruh aku pergi awal kerana jalan ke sana biasanya sesak teruk di sebelah petang. Tidak mengapa. Kalau orang hendak hantar dengan percuma, ikut sajalah. Aku tidak sempat berjalan sana sini di Kuching. Sekadar keluar mencari makan ketika lapar. Seperti yang aku katakan, aku datang untuk bekerja, bukan untuk melancong. Hakikatnya, tidak ada apa yang menarik sangat hendak dilihat di sini. Aku fikir, Kuching tidak banyak sangat destinasi pelancongan atau tidak ditonjolkan dengan lebih jelas. Tetapi bagi o

Nota Hujung Minggu

Aku sedang berada di LCCT Sepang, menunggu penerbangan ke Kuching tengahari nanti. Ada konvensyen 5S di sana dan bos dijemput membuat persembahan. Aku datang sebagai sokongan teknikal. Kamu tahu apa yang menarik? Selama ini di pejabat, slaid 5S yang dipertonton kepada pengunjung adalah menggunakan Apple Keynote di dalam iMac pejabat. Persembahan di Kuching ini juga memerlukan penggunaan komputer Apple. Tidak mungkin aku mahu angkut iMac seberat 14kg ke sana sini. Jadi aku guna MacBook Pro aku. Aku terpaksa beli kabel khusus yang boleh sambungkan slot grafik ke projektor. Nasib baik bos sanggup bayar. Dulu lagi aku desak supaya pejabat membeli sekurang-kurangnya sebuah MacBook. Bukan untuk menunjuk-nunjuk. MacBook jauh lebih senang digunakan berbanding laptop biasa. Kamu tidak perlu fikir pasal virus dan kamu tidak perlu risau sangat kalau sistem tergendala atau tiba-tiba rosak. Lagipun, menggunakan Apple Keynote dalam persembahan kamu, ianya amat-amat cool. Kemudian, kenapa aku ke Kuch

Jersi Bolasepak Malaysia 2011

Jersi bolasepak pasukan kebangsaan Malaysia yang baru akan keluar pada 8 November ini. Aku sertakan gambarnya yang aku ceduk dari Lowyat.net. Ini team yang akan beraksi di Sukan Asia Guangzhou tidak lama lagi. Tengok baju yang mereka pakai? Nampak pelik? Ada orang kata di bahagian depan baju nampak macam huru 'H'. H untuk Harimau. Konon. Aku rasa baju Home tu, jalur-jalur hitam sebenarnya mengganggu visual baju tersebut. Designer baju ini sama ada seorang yang membenci pasukan bolasepak Malaysia atau budak sekolah darjah dua yang diberi upah untuk design. Just stick with simple vertical line, will you Nike? Oh, Malaysia di tangga ke 150 lebih FIFA, tiada hak untuk bargain, bukan? Kemudian lihat pula jersi Away yang berwarna biru. Apa hal ada warna merah di lengan? Betul-betul potong stim sungguh. Kalau setakat ada jalur putih itu pun sudah cukup. Tambah merah, sudah nampak macam jersi bolasepak Amerika Syarikat. Tambah pula mereka tukar logo FAM dengan bendera Malaysia. Sungguh

Ops. Cari

Obsesi aku mencari sahabat lama Woodtech sudah semakin sampai ke penghujungnya. Hampir semua sudah ditemui kecuali dua orang, Hafiz dan Yuslina. Hafiz mungkin ada akaun Facebook tetapi aku sangsi sama ada Yuslina ada juga akaun Facebook. Zaril Faizal a.k.a Bob sudah aku paksa buka akaun Facebook. Zamri, Erwan dan Azman cuma menanti pengesahan daripada mereka. Kenapa aku berusaha sangat untuk mencari mereka? Paling penting, ketika majlis perkahwinan aku nanti, inshaAllah tahun depan, aku boleh jemput mereka datang. Kecuali Bob, majlis perkahwinan sahabat lain aku tidak hadiri. Aku tidak bercadang untuk buat reunion atau apa bentuk pertemuan semula. Bukan sekarang. Tapi sekurang-kurangnya di alam maya, terutamanya di Facebook, kami boleh berinteraksi dengan mudah dan selesa. 8 down, 2 to go. 1 deeply missed.

Destinasi

November sudah menjelma. Masa semakin suntuk dengan persiapan, walau hakikatnya, aku masih tidak rasa ada apa-apa persiapan yang sudah dilakukan. Cincin sudah dibeli. Check. Hendak tempah baju, bukan aku wajib ada di lokasi. Lagipun, baju melayu hari raya tempohari hari masih 'baru' dan kebetulan pula, sama warna dengan apa yang Zura akan pakai pada hari tersebut. Dia cadangkan supaya aku pakai baju melayu dengan seluar jeans. Sudah cukup. Betul. Jangan membazir. Emak dan adik-adik bakal menyiapkan hantaran pertunangan. Aku sediakan lima dan akan dibalas tujuh nanti. Jumlah yang ala kadar. Sekadar makanan, manisan dan perkara yang biasa. Paling penting, tujuannya. Bila bos di DinaWedding dapat tahu aku akan bertunang sehari selepas Hari Raya Aidil Adha, dia menawarkan perkhidmatan merakam video majlis pertunangan. Ada harga istimewa yang ditawarkan. Syukur kalau jadi nanti. Kamu lihat sendiri hasil kreativiti mereka di SINI . Kalau tidak ada video nanti pun, tidak mengapa. Aku

Kenangan Woodtech

Agak lama aku mencari kawan-kawan lama satu batch semasa belajar di Institut Teknologi Mara (ITM) sekitar 1993 - 1996/7. Selepas habis belajar, masing-masing terus 'lost contact', hingga aku bertemu kembali dengan beberapa orang daripada mereka di Facebook. Syukur ada Facebook. Dip. In Wood Technology 1993 - 1996/7 - all eleven of us plus a lecturer. Berdiri dari kiri - Erwan, Fauzi@Jep, Bob, Zamri, Aku@Idan, Hafiz, Man Jawa Duduk dari kiri - Kak Pah, lecturer, Yus, Arwah Kak Nor, Dillah Kami cuma ada 11 orang dalam satu batch. Satu keluarga kecil yang aku fikir cukup rapat dan akrab. Kalau antara kami bergaduh, semua orang tahu dan dapat rasakannya. Seorang daripada kami sudah pergi mengadap Yang Maha Esa. Kak Nor meninggal dunia pada tahun 1998 kerana sakit. Dia paling tua antara kami dan di penghujung hayatnya, dialah paling rapat dengan aku. Dia juga banyak mengajar aku erti kehidupan; hidup jangan berdendam, hargai orang lain dan belajar memohon maaf dan memaafi orang. Ant

Kerja Sudah Siap

Syukur, siap juga montaj 'childhood' perkahwinan seorang klien. Tengok sini; http://www.facebook.com/video/video.php?v=453341793850&ref=mf Ada beberapa teknik baru aku belajar hasil dari montaj ini. Aku sangat suka menggunakan Apple Motion. Sungguh senang dan cool. Setiap kali menggunakannya, ada saja perkara baru yang aku pelajari. Pembelajaran berterusan, boleh? Kalau aku ada masa untuk polish balik montaj ini, aku pasti boleh hasilkan yang lebih baik. Tidak mengapalah. Klien pun langsung tidak komplen. Kira sudah cukup okay. Kebelakangan ini aku semakin kuat makan. Ada alasan yang aku fikir ianya agak pelik. Setiap kali aku bekerja keras menyiapkan projek, aku mudah terasa lapar. Makan banyak mana sekalipun, aku akan lapar bila selesai buat kerja. Aku terasa seperti kehilangan banyak tenaga bila selesai membuat kerja. Padahal, aku cuma guna tangan, mata dan otak untuk bekerja. Kenapa lapar? Sekarang, badan aku semakin berat. Aku jarang sangat berbasikal. Terpaksa balik a

Menyiapkan Montaj

Sudah 2.30 petang. Ada lebih kurang tiga jam untuk aku siapkan montaj. Peduli apa. Kerja di pejabat sudah siap. Baik aku buat kerja daripada buang masa. Masalah sekarang, mood buat kerja itu yang entah ke mana. Apa kerja yang aku kena buat? Senang saja. Tengok contoh; Mudah saja bukan? Pakai slideshow atau Movie Maker pun boleh buat. Tapi aku tidak pakai semua itu. Aku guna Apple FinalCut Motion. Lebih kurang sama software yang orang guna untuk buat intro rancangan di televisyen. Ada juga yang pakai Adobe AfterEffect. Tetapi aku lebih selesa dengan Motion. Memang mudah sebenarnya. Kalau kita 'tiada jiwa', kita boleh hentam masukkan apa saja dan sumbat sekali muzik latar yang sedap-sedap. Cuma bila dengan DinaWedding , kami diajar supaya menjiwai setiap karya yang dihasilkan. Bila buat montaj atau video, kena ada 'soul' agar bila orang tengok, hatinya terdetik, meruntun jiwa dan perasaan. Sebab itu kerja yang nampak mudah ini kadang-kadang boleh mengambil masa beberapa

Menjelang November

Ada kerja penting yang perlu aku siapkan menjelang petang ini. Tetapi aku masih belum mulakan lagi. Sumber idea dan kreativiti sedikit buntu. Aku yakin aku boleh siapkan dalam masa yang sekejap saja. Namun begitu, dek kerana mood untuk menghasilkannya masih belum tiba, aku menulis di sini dulu. Semalam di studio aku nampak jalan yang luas untuk aku maju setapak lagi dalam kerjaya sambilan aku. Banyak ruang yang boleh aku teroka untuk mencari pendapatan dengan syarat aku rajin dan penuh kreatif. Ada sedikit pengorbanan yang perlu dilakukan. Aktiviti santai perlu dikurangkan (sekarang pun sudah semakin kurang). Masa terdekat ini akan jadi amat sibuk. Jadi, mungkin akan kurang aku menulis di sini buat sementara waktu. Jujurnya, kadang-kadang aku rasa sedikit kecewa dengan diri sendiri. Perkara yang telah berlaku dulu adalah kesilapan aku sendiri. Hidup tidak dirancang dan tidak diatur dengan baik dan bila tiba dalam keadaan begini, aku hanya mampu terduduk dan menggeleng kepala. Rugi sebe

Apple Mac - Cerita Aku 1

Aku pakai komputer jenama Apple di rumah dan di pejabat. Laptop MacBook Pro aku beli menggantikan laptop Acer Aspire (sudah dijual) dengan tujuan sebenar untuk kerja sampingan sebagai video editor dengan sebuah studio perkahwinan ( DinaWedding ). Aku sudah menggunakan Apple iMac di pejabat sejak penghujung 2006 lagi. Secara umumnya, banyak kerja aku melibatkan senireka grafik menyebabkan komputer Apple menjadi pilihan paling sesuai. Aku pernah dan sering ditanya serta aku yakin di luar sana ramai juga yang ingin mengetahui kebaikan dan keburukan menggunakan komputer jenama Apple. Jadi aku fikir lebih baik aku kongsi pengalaman aku. Komputer jenama Apple secara umumnya adalah komputer peribadi/workstation/server yang dibina dan dijual sendiri oleh syarikat Apple Inc. dan menggunakan sistem operasi (Operating System) jenama Mac OS. Suatu ketika dulu ada syarikat pengeluar komputer yang mengeluarkan komputer dengan menggunakan sistem operasi Mac OS namun begitu semenjak Steve Jobs (CEO d