Langkau ke kandungan utama

Miri - Sekilas Kenangan

Sedang aku asyik menjelajah Google Earth, melihat suasana Brunei dari udara, aku terkenang destinasi perjalanan agak dekat dengan Brunei yang pernah aku sampai; Miri. Aku ke sana pada tahun 2006 menemui seseorang. Tiga hari berada di sana, segenap pelusuk Miri aku jelajah.

www.mdsubis.sarawak.gov.my - Pasar Tamu Bekenu
Tapi bila tengok balik Google Earth, terkejut juga aku dengan jarak yang aku tempuhi. Maksud aku, Dari Miri ke Bekenu, sebuah pekan kecil di selatan Miri, bukan dekat! Aku ke sana untuk melihat pasar pagi ala pekan kecil dan sempat merasa nasi lemak yang diletak bersama sambal yang sedikit manis dan biji gajus goreng. Kalau ikut Google Earth, perjalanan aku dari Miri ke Bekenu adalah sejauh hampir 70KM. Sejauh itu untuk melihat pasar pagi dan merasa nasi lemak. Gila.

Kemudian aku meninjau jalan dari Miri ke sempadan Brunei di Sungai Tujoh. Lebih kurang 30KM dari Miri. Laluannya agak menarik kerana melalui jalan tepian pantai di Kuala Baram. Aku sempat singgah di pekan kecil Kuala Baram, melihat jeti lama yang menghubungkan pekan Kuala Baram dengan kampung di seberang sungai. Aku lupa apa nama kampung tersebut. Tapi kami sempat memandu ke situ dan melihat keadaannya seperti sudah ditinggalkan dan terbiar. Mungkin kerana kesan pembinaan jambatan yang menghubungkan Kuala Baram dengan Sungai Tujoh, berhampiran sempadan Brunei.

Nanti aku cari gambar kalau ada dan aku boleh ceritakan lebih mengenai perjalanan aku di Miri. InshaAllah. Cuma aku teruja mengimbau kenangan lalu dan bila melihat suasananya dari udara, sungguh aku tidak sangka begitu luas dan jauh perjalanan yang aku lalui.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Malam Di Taman Tasik Titiwangsa

Sudah lama aku tidak membuat fotografi malam. Biasanya aku akan guna Canon EOS 400D aku kerana lebih baik kualitinya dan lebih hebat hasilnya. Memandangkan kamera tersebut sudah sedikit rosak dan juga pada malam semalam hanya kamera digital Sony CyberShot DCR-W350 saja yang berada di tangan, tiada pilihan selain cuba menggunakan kamera tersebut dan melihat hasilnya nanti.

Seperti yang dijangka, hasilnya kurang memuaskan. Begitu banyak noise yang terkandung dalam setiap gambar yang dirakam. Aku tidak menggunakan flash kerana mahu merakam suasna sebenar sekitar Taman Tasik Titiwangsa malam semalam.

Tanpa tripod, ianya lebih menyukarkan keadaan. Aku terpaksa menggunakan apa saja yang ada di sekeliling sebagai 'tripod sementara'.
 Satu perkara yang aku sedari, di sekitar Taman Tasik Titiwangsa, begitu ramai orang duduk berehat di sepanjang tasik. Cuma keadaan agak gelap kerana lampu yang ada tidak berfungsi. Suasana sedikit dicerahi dengan lampu jalan tidak jauh dari taman. Cahaya da…

Kereta Ku Lari Gagah Berani!

Aku memandu sebuah Perodua Kancil ke pejabat setiap hari bekerja. Perjalanan sejauh lebih 25km dari Bandar Sunway ke Putrajaya aku lalui seorang diri. Jadi pada fikiran aku, Kancil adalah kenderaan yang sesuai untuk jarak perjalanan dan jumlah isi pengguna di dalam kereta tersebut. Maksud aku, tidak perlu memandu sebuah MPV besar untuk ke pejabat jika setiap masa ianya hanya akan diisi dengan orang manusia.
Aku dan Zura sejak awal kenal sering berkata bahawa akan tiba masa kami memerlukan sebuah kenderaan baru. Zura mahukan sebuah MPV kerana mudah untuk membawa barang dan mungkin, membawa saudara mara ke sana sini. Praktikal dan berfikir secara logikal. Aku lebih sukakan sebuah kereta saiz sederhana kerana memikirkan 90% daripada masa penggunaan kereta itu nanti, aku atau Zura akan bersendirian memandunya.
Lagi pun, biras aku sudah membeli sebuah Proton Exora walaupun anak masih seorang. Nampak selesa dan bila balik berhari raya tempohari, Exora itu sangat membantu membawa kami ke sana …

Apple Mac - Cerita Aku 1

Aku pakai komputer jenama Apple di rumah dan di pejabat. Laptop MacBook Pro aku beli menggantikan laptop Acer Aspire (sudah dijual) dengan tujuan sebenar untuk kerja sampingan sebagai video editor dengan sebuah studio perkahwinan (DinaWedding). Aku sudah menggunakan Apple iMac di pejabat sejak penghujung 2006 lagi. Secara umumnya, banyak kerja aku melibatkan senireka grafik menyebabkan komputer Apple menjadi pilihan paling sesuai.

Aku pernah dan sering ditanya serta aku yakin di luar sana ramai juga yang ingin mengetahui kebaikan dan keburukan menggunakan komputer jenama Apple. Jadi aku fikir lebih baik aku kongsi pengalaman aku.

Komputer jenama Apple secara umumnya adalah komputer peribadi/workstation/server yang dibina dan dijual sendiri oleh syarikat Apple Inc. dan menggunakan sistem operasi (Operating System) jenama Mac OS. Suatu ketika dulu ada syarikat pengeluar komputer yang mengeluarkan komputer dengan menggunakan sistem operasi Mac OS namun begitu semenjak Steve Jobs (CEO dan p…