Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

Selamat Tahun Baru 2012

Yang Terbaik

Aku tangguh dulu sambungan cerita Cuti Musim Tengkujuh. Maklumlah, sudah hujung tahun. Mesti ada cerita-cerita berkaitan penghujung tahun, azam tahun hadapan dan lain-lain yang berkaitan. Seperti tahun lepas , aku senaraikan beberapa perkara yang aku anggap ianya terbaik sepanjang tahun 2011. Berakhirnya Zaman Bujang Setelah lebih 36 tahun, aku mengakhiri zaman bujang pada 4 Jun 2011. Hidup ini sesungguhnya sesuatu yang luar biasa. Tiada dalam perancangan atau jadual hidup tetapi tiba-tiba ianya wujud menjadi realiti. Maszura Ahmad menjadi pilihan hati walaupun hanya berkenalan lebih kurang setahun. Betul kata orang, cinta itu buta. Kita meraba-raba cari dan kita genggam apa saja yang kita capai. Tetapi yang paling baik untuk kita saja yang mampu kita ambil untuk meneruskan perjalanan hidup bersama. Terima kasih kepada semua yang telah bersusah payah membantu menyempurnakan majlis ini. Aku terhutang budi terhadap anda semua seumur hidup ini. Rumah Sendiri Setelah lebih 36 tahun dan se

Politicians And Their Deceptions

**Wednesday Is English Language Day For This Blog** I am suppose to continue my story from my previous post. Since today is Wednesday which is English Day for this blog, I think it is better for me to write about something else. I went to the East Coast for about five days. One thing that I can't really stand was the journey. Man, it was long and tiresome. Imagine having to drive the same length of journey from Malacca to Kedah in 11 hours! The problem with the journey is that only half of it was done on highways. The rest of the journey was on public road full of traffics. Here lies a puzzle. Why Terengganu and Kelantan are so backward in term of transportation infrastructure? To think that this two states have more than 90% of their population from the Malay group of people makes me wonder even more. Why are they so neglected? Why are they being sidelines from development when the biggest political party from both political divide are malay's parties which always scream that

Cuti Musim Tengkujuh - Part 1

Lima hari bercuti, meredah Titiwangsa menuju negeri-negeri di timur. Pahang sekadar melintas datang dan pergi. Terengganu menjadi teratak penghilang lelah, penyambung silaturrahim. Kelantan menjadi syurga warna warni kertas-kertas petak bertukar tangan. Aku patut menulis novel. Ya, aku tahu. Lima hari bercuti, mengikut saudara mara (sebelah Zura) menziarahi abang mereka di Setiu, Terengganu. Perjalanan lebih 10 jam dengan Proton Exora yang mampat dengan 10 orang penumpang, sedangkan muatan selesa cuma tujuh, dan lapan sudah terasa sesaknya. Aku menjadi pemandu kedua, ternyata lebih tahu jalan di pantai timur dari semua mereka yang di dalam kereta. Jam tiga pagi bertolak dari Bandar Sunway. Aku menenami biras yang memandu. Kereta dia. Penumpang lain di belakang sama ada tidur-tidur ayam atau sudah lena diulit mimpi. Sekali sekala mereka terjaga melihat suasana sekitar yang kelam. Kami sempat berhenti di Gambang, meregang kaki, merehatkan badan. Aku dan beberapa orang lain menjamah nasi

Bercuti

Khamis nanti cadangnya hendak berjalan-jalan ke Terengganu dan Kelantan. Keluarga sebelah Zura yang hendak berjalan. Aku ikut saja. Sedangkan aku sedikit keberatan memandangkan sekarang musim cuti sekolah dan musim hujan. Tidak berapa 'seronok' hendak berjalan-jalan. Jika sampai di Kota Bharu mencari barang, mungkin harganya lebih mahal dari biasa. Kemudian mereka rasanya mengharapkan aku menunjuk jalan. Aku tidak mahir dengan jalan-jalan di sebelah Pantai Timur, itu pasti. Tetapi tentulah ianya tidak begitu sukar, betul? Tanda jalan ada di mana-mana. Mungkin jika tersalah jalan pun, boleh patah balik atau sekurang-kurangnya terambil jalan yang lebih jauh dari sepatutnya. Terengganu tidak ada apa yang menarik. Pasar Payang dan Masjid Kristal mungkin. Tetapi ada biras di sana jadi biarkan dia saja yang menunjuk jalan ke tempat yang menarik. Kalau di Kelantan, aku mungkin bawa mereka ke Wakaf Che Yeh dan Pasar Siti Khadijah. Jika mereka mahu ke sempadan, boleh saja. Rasanya aku p

Kerja Kerja Kerja!

Beberapa hari tidak menulis dek kerana kerja yang perlu disiapkan. Itulah, penghujung November lalu aku sangka di bulan Disember ini akan santai dan tidak dibebani kerja. Realitinya, beberapa kerja di pejabat dan studio perlu aku siapkan sebelum bercuti panjang Krismas nanti. Syukur juga kerana kerja di studio yang menghasilkan pendapatan yang berpada, sesuai diguna ketika bercuti kelak (atau untuk menampung hidup selepas bercuti). Ternyata juga aku perlu melabur sedikit duit untuk kerja-kerja sambilan yang aku lakukan. Biar besar harganya di awal ini tetapi pulangannya baik, InshaAllah. Sebulan RM500 hasilnya sudah mencukupi untuk belanja anak dan keperluan lain. Itu yang aku cari, sedikit wang untuk menampung kos hidup dan mengurangkan beban sedia ada. Dahulu aku pernah cuba menyertai Multi Level Marketing tetapi tidak berjaya. Ada dua sebab paling jelas; aku skeptik dengan perniagaan tersebut dan aku seorang yang introvert, sangat tidak sesuai berinteraksi untuk meyakinkan orang lai

Nota Ringkas

Sudah lama aku tidak menulis nota-nota pendek. Gaji Baru Kakitangan kerajaan hampir setiap hari berbincang mengenai skim gaji baru. Jumpa sesiapa saja yang dikenali, topik 'SBPA' pasti menjadi salah satu inti perbualan. Aku sudah tahu tangga gaji baru aku nanti. Ianya kenaikan sebanyak RM168++ sebulan, berbanding gaji lama. Banyak? Bolehlah. Dalam satu komentar di surat khabar online, aku beritahu dengan RM168++ itu mungkin cukup untuk membeli lampin pakai buang anak (yang bakal lahir, inshaAllah), susu formula bayi dan keperluan lainnya. Apa yang anda boleh dapat dengan RM168? Tidak banyak. Itu hakikatnya. Jadi jika ada yang tanya adakah banyak kadar kenaikan itu, aku jawab tidak. Aku tidak pasti apa yang kerajaan sekarang cuba capai. Pertama, jumlah penjawat awam (PA) terlalu ramai. 1.4 juta pekerja untuk menguruskan 28.3 juta penduduk adalah nisbah yang tidak wajar. Jumlah PA perlu dikurangkan menjadi sekitar setengah juta orang. Belanja mengurus kerajaan sekarang adalah pad

Business Talk

**Wednesday Is English Language Day For This Blog** My office colleague is busy distributing his wedding invitation cards. I took pride for being the one who designed the card. He wanted a simple card which can be send to be printed at print shop or by himself. He came to me asking for some modification on the design to which I told him not to over-do it too much.  I remember when I first saw my wedding invitation cards which was printed for free by some people close to my wife. While I appreciate their gesture so much, I was really disappointed with the quality and the material they used. To make matter worse, they changed the font that I use because they don't have the exact font to replicate it.  My Wedding Invitation Card Nevertheless, I'm grateful for not going mad about it. First of, it was free. A thousand invitation cards printed for free is a good deal. Secondly, unless you're a collector of wedding invitation cards, you will likely throw away the invitation cards

Stereogram

Aku rabun warna. Itu pasti. Tetapi aku suka tengok warna-warni yang ada di sekeliling aku walaupun aku ada masalah untuk kenal apa warna yang aku sedang lihat. Jika orang lihat pelangi dengan tujuh warna, aku cuma lihat dengan satu warna, atau kadang-kadang dua tiga warna. Tetapi tidak sampai tujuh. Itu sebab dulu sewaktu belajar di UiTM, aku paling bermasalah untuk kenal daun kayu dan hasil tindak balas kimia yang berlaku. Bayangkan terkial-kial aku bertanya kepada sesiapa saja yang ada di sekeliling aku mengenai warna apa yang ada di depan mata aku ketika itu. Nasib baik ada beberapa orang sahabat yang sentiasa mahu membantu. Jangan tanya kenapa aku boleh ambil bidang tersebut. Aku minta lain, lain yang dapat. Kadang-kadang bila difikirkan, sedih juga. Beberapa hari lepas aku tanya bos aku apa warna yang bos besar suka. Dia cakap pink, purple atau warna-warna lembut lain. Aku terpaksa rujuk internet untuk dapat kod warna tersebut supaya aku boleh guna dalam reka bentuk yang aku sedan

Penghujung Tahun 1 - Mencari Arah Baru

Long and winding path of my life... Sembilan tahun. Lamanya aku bekerja dengan kerajaan. Suatu cabang pekerjaan yang tidak pernah ada dalam pilihan aku suatu ketika dahulu. Tetapi sembilan tahun lamanya aku di sini. Hari-hari dilalui seperti baru semalam aku melapor diri di Petaling Jaya pada suatu pagi di bulan Ogos 2002. Sembilan tahun. Jujurnya, tidak banyak yang aku perolehi selain daripada kenaikan pangkat pada tahun lepas. Itu saja. Pekerja cemerlang, sekali. Aku percaya aku terima anugerah tersebut kerana mantan Ketua Pengarah lama yang selitkan nama aku. Jika tidak, mungkin hingga hari ini masih belum terima apa-apa penghargaan. Kerja dalam perkhdmatan awam ini sebenarnya menyiksa diri sendiri. Pulangannya tidak seberapa. Sedang orang lain di luar sana semakin senang hidupnya, kita setiap masa mengharapkan keajaiban, bila mana pemerintah sudi mengambil berat dan sekurang-kurangnya membantu meringankan beban yang ditanggung. Bak kata orang, jika kita tidak berdiri di tempatnya,

Wednesday Is English Language Day For This Blog

My blog post in English circa 2001 Inspired by my old friend's blog,  Forest Dweller , I will occasionally write my post in English. The truth is that I did started blogging way back in the late 1999 in English. I started using Bahasa Melayu in my blog because a few years back, there was a blog by a Malay punk and hipster which was written in perfect Bahasa Melayu. Imagine a person who can speak fluent English, living the life of western lifestyle but at the same time wrote his blog in Bahasa Melayu. What stuck me the most was that his command in Bahasa Melayu is perfect. So I went on to write my blog in Bahasa Melayu and that was the beginning of a never ending journey of finding my roots; looking back through history trying to piece up together all the puzzle of what is the meaning of being a Malay. History has become my new hobby, but that is a another story. Forgive me if my English is a little bit rusty. Working in a government office certainly does not help you to master Engl

Masa Santai

Penghujung tahun begini, kerja di pejabat pun sudah amat berkurang. Bahagian aku tidak terlibat dengan pelanggan secara langsung. Kerja kami sibuknya bermusim dan sekarang musim santai. Ramai yang pergi bercuti. Ada yang ke Surabaya, ada yang mahu ke Korea dan ada yang balik kampung. Ada juga yang berkahwin. Itu untungnya di bahagian aku ini. Tetapi waktu sibuk, jam empat pagi belum tentu tidur. Maka, maafkanlah kami jika waktu ini kami sedikit santai. Apa yang aku buat dengan waktu-waktu sebegini? Salah satu aktiviti aku adalah bermain games. Bukan sepanjang waktu kerja. Waktu rehat tengahari dan semasa di rumah. Games apa? Aku minat dengan simulation and management games dan antaranya adalah Simcity dan Transport Tycoon. Simcity ada versi terbaru iaitu Simcity Societies yang amat bangang. Ramai peminat Simcity masih bermain versi sebelum itu iaitu Simcity 4. Simcity 4 Rush Hour (Best ooo...)  Namun begitu, buat masa ini aku sedang asyik dengan Transport Tycoon. Games Transport Tycoon

Rumah Yang Dirindui

Lebih enam bulan dulu, balik rumah selepas kerja adalah perkara terakhir dalam fikiran. Jika tiada malam, rasanya sepanjang hari itu aku akan merayau kemana saja mengikut gerak hati; membaca di kedai buku, makan di restoran makanan Thai atau menonton filem di pawagam. Kerana balik rumah itu perkara yang sangat melecehkan. TV walau ada Astro terasa hambar kerana siaranya diulang-ulang selalu. Apa motif bayar puluhan ringgit untuk menonton siaran ulangan? Sewaktu bujang dulu, balik rumah dan di rumah biasanya aku terperap di dalam bilik, menanti waktunya terlelap. Rutin seharian begitu membosankan. Itu enam bulan lalu. Hari ini, aku tidak sabar menanti waktu untuk balik rumah. Ada TV besar yang masih menyiarkan siaran-siaran ulangan Astro saban hari. Ada sofa empuk yang menjadi pelabuhan merehatkan lelah setelah pulang dari kerja. Ada katil bertilam empuk dilapisi comforter yang gebu. Paling utama, ada Zura, isteri tersayang yang sentiasa mahu dekat di sisi saban waktu, setiap hari. Jika

Teringat Lagu-Lagu Lama

Semalam (atau kelmarin ~ aku sudah lupa), aku termenonton filem Man Laksa di Astro Ria. Kebetulan ketika itu lagu Ahmad Jais dan Kartina Dahari bertajuk Budi Setahun Segunung Intan sedang dimainkan. Mula dengar dulu aku rasa lagu ini biasa-biasa saja. Tetapi beberapa kali dengar selepas itu, aku sedari permulaan lagu ini sangat menarik. Malah gaya lagu ini dinyanyikan juga begitu menarik. Ada beberapa lagi lagu lama yang menarik perhatian aku; Nampak sangat aku sudah tua...

Calvin and Hobbes, Dewasa

Artikel sebelum ini aku menulis mengenai Calvin and Hobbes Revisited, bagaimana aku mengharapkan jika suatu ketika nanti akan ada siri animasi Calvin and Hobbes. Aku bukanlah peminat tegar Calvin and Hobbes. Walaupun di rumah dan di pejabat ada beberapa naskah koleksi Calvin and Hobbes, ianya tidak lebih daripada penghargaan kepada sebuah karya yang penuh imaginasi dan menghiburkan 'jiwa kanak-kanak dalam diri ini'. Tadi, dalam bosan aku mencari-cari lakaran komik Calvin and Hobbes yang dihasilkan oleh peminat dan artis-artis yang sentiasa mahu memberi tribute kepada siri komik ini. Satu perspektif yang aku dapati diminati oleh beberapa orang pelukis adalah gambaran Calvin yang sudah dewasa. Seperti yang kita tahu, jarang ada komik yang melalui proses pendewasaan dari setahun ke setahun. Biasanya watak komik akan kekal statik walaupun hari-hari yang berlalu dalam sketsa mereka seperti tergambar hari-hari yang berlalu dalam kehidupan seharian biasa. Maka, ada sesetengah pihak me

Calvin and Hobbes Revisited

Aku mengharapkan suatu hari nanti animasi Calvin And Hobbes menjadi kenyataan. Calvin and Hobbes adalah siri komik karya Bill Watterson yang sangat popular. Namun begitu Bill Watterson telah berhenti melukis siri komik ini pada tahun 1995. Beliau tidak membenarkan Calvin And Hobbes dikomersialkan dalam cara lain kecuali koleksi komik yang pernah diterbitkan. Ini yang paling mengecewakan peminat Calvin and Hobbes. Ianya kerana siri Calvin and Hobbes dilihat mempunyai potensi yang sangat besar untuk berjaya dalam bentuk animasi atau real life movie.

iLove

I love my wife so very much. :D

Scientologi di Perpustakaan Pejabat

Lama aku tidak menjenguk ke perpustakaan di pejabat. Siang tadi aku masuk. Perkara pertama yang aku terpandang adalah deretan buku baru yang cukup menarik warnanya (sedangkan aku rabun warna). Aku membelek. Penulisnya adalah L. Ron Hubbard. Macam aku pernah dengar atau baca. Kemudian aku lihat kulit buku. Antara tulisan yang terpapar adalah Dianetic dan Scientology.  Sah aku tahu siapa L. Ron Hubbard dan aku juga tahu apa itu Scientology. Untuk memastikan lagi telahan aku, aku lihat penerbitnya. Hubbard dan Church of Scientology. Wah... Ada juga buku ini di Malaysia ya. Lebih memeranjatkan aku, ianya ada di perpustakaan di pejabat. Lalu aku bertanyakan kepada perpustakawan kenapa buku sebegini boleh ada di perpustakaan pejabat. Perpustakawan menjelaskan bahawa buku-buku ini diterima secara percuma pada tahun 2009. Mulanya beliau tidak berani hendak meletak buku tersebut di rak perpustakaan. Tetapi sewaktu beliau di Perpustakaan Negara, koleksi buku yang sama ada di sana. Maka beliau le

Selamat Hari Raya Aidil Adha

TV Beberapa perkara yang aku sedari setelah beberapa hari menonton di peti TV baru. Resolusi adalah 'over-hyped'. Melainkan mata kita sangat tajam dan bionik, kualiti gambar SD dan HD tidak jauh berbeza. Tetapi ianya tetap berbeza. Ianya lebih 'kaya' melalui HD. Sekiranya anda menggunakan Astro, cuma beberapa siaran saja yang menggunakan HD buat masa ini. Selebihnya masih SD.  Tapi perlukah kita ada TV HD sekarang? Sekiranya ada duit, beli TV HD-sepenuhnya. Sekiranya tidak, tidak perlu. Lima tahun dari sekarang, aku rasa siaran TV HD ini baru akan benar-benar matang. Aku perlukan sistem pembesar suara untuk mendengar kesan bunyi yang lebih baik. Jika mengharap pembesar suara terbina dalam TV, jangan haraplah. Tetapi ianya bagi aku masih sekadar kehendak, bukan keperluan. Jadi pembesar suara TV buat masa ini masih cukup. Saiz skrin 42 inci di dalam rumah aku terasa sangat besar. Tambahan pula sofa aku cuma 2 meter dari TV. Tetapi apa yang menariknya, sekarang aku boleh m

Marissa Raisya

Ini Marissa Raisya, anak saudara aku. Comel kan? :D Maaf, gambar sangat blur kerana aku guna Blackberry saja.

Lebih Ceria di Rumah & Pejabat

TV baru sudah dapat. Syukur. Dalam hujan lewat petang semalam, aku dan Zura ke kedai berhampiran pejabat Zura untuk mengambil set TV tersebut. Zura minta ambil sendiri bagi menjimatkan kos penghantar yang dikenakan sebanyak RM50 walaupun rumah kami cuma 5km dari kedai tersebut. Panasonic 42" LCD TV. Terasa lebih besar dari yang biasa dilihat sebelum ini. Maaf, gambar tidak elok. Bayaran? Tidak perlu. Bayar bulan-bulan ke syarikat Zura sehingga selesai. Interest free pula. Islamik, bukan? Harganya juga lebih murah dari harga pasaran. Hampir RM400 lebih murah! Tetapi jangan pula suruh aku tolong belikan untuk kamu. Ini urusan Zura dengan pejabatnya. Kesian pula dia nak uruskan permintaan orang lain pula. Tetapi malam tadi aku tidur awal. Belum jam 10 malam aku sudah terlena, sehingga subuh. Letih kerana tidak cukup tidur, menyiapkan kerja pejabat sehingga jam 4.00 pagi sehari sebelumnya. Syukur kerja selesai dan hasilnya sangat baik. Ini video yang aku hasilkan, Aku hasilkan dalam m