Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2011

Enam Hari Sebelum

Makan malam terakhir, McDonald's; Double Spicy Chicken McDeluxe large value meal + Chocolate Sundae, bubur ayam McD saiz besar. Dapat gelas "Coke Can" berwarna lime. Aku tanya Zura, lime warnanya macamana? Jawab Zura, seperti hijau yang sangat muda. Dia maklum aku rabun warna. Kami duduk di suatu sudut di dalam McDonald's di Pusat Bandar Damansara, menikmati makanan sambil sekali sekala menjeling ke arah skrin televisyen yang sedang menayangkan filem The Nutty Professor. Makan tengahari terakhir, Burger King; French Chicken dan Spicy Chicken set biasa. Kami dalam perjalanan ke Puduraya. Turun di stesen LRT Masjid Jamek, waktu sudah tengahari. Sarapan belum. Jadi, terus saja makan tengahari. Aku mengeluh kerana beg Zura terasa begitu berat sewaktu aku mengangkatnya. Dia buka zip beg dan menjenguk lihat apa barang yang membuatkan beg terasa begitu berat. Kami meneruskan makan tengahari dan bercerita dalam suasana yang terasa damai walaupun di luar sana nampak manusia ke

Tujuh Hari Dari Sekarang

Aku sentiasa cuba ingatkan pada diri sendiri bahawa semuanya akan okay. Apa yang aku buat ini adalah perkara yang baik, perkara yang sangat disukaiNya. Ianya perjalanan yang seterusnya. Aku sentiasa cuba ubati hati ini bahawa segala kesusahan hidup yang pernah dan sedang dilalui akan reda bila selesai semua ini. Kerana ianya suatu ibadah yang diredhaiNya. Ianya suatu penghijrahan, kepada yang lebih baik. Orang bertanya, adakah aku sudah bersedia? Jawapan aku, entah. Ya. Mungkin. Belum. Tengoklah macamana nanti. Orang bertanya, adakah aku gementar menanti harinya? Jawapan aku, tidak. Aku tidak tahu keadaan dan perasaannya sekarang. Mungkin bila tiba pada waktunya, baru aku tahu. Sekarang masih belum. Apa yang hendak dijangkakan? Aku sentiasa andaikan, hidup ini sebenarnya indah. Life is beautiful. Itu yang aku sering taburkan kepada sahabat yang sedang berduka, kepada mereka yang 'hilang arah tujuan'. Ya, hidup ini sebenarnya indah. Aku harap ianya begitu. Aku sudah nampak sedik

Tengah Malam Buta

Jam sudah hampir tiga pagi. Aku masih di studio, menyiapkan kerja. Sudah selesai. Tinggal proses rendering dan export menjadi format Quicktime. Kemudian proses compression untuk mengecilkan saiz fail tersebut. Biasanya raw file bersaiz beberapa gigabait. Mana muat DVD kecuali yang double layer. Stress dengan persedian perkahwinan sendiri, kerja di studio ini jadi acuh tidak acuh saja aku buat. Mood aku tidak ada untuk hasilkan sebuah karya yang baik. Banyak masalah dan tekanan yang sedang dihadapi. Aku berdoa agar dipermudahkan segala urusan. Masih ada lima minit proses export file. Sigh...

Selera Masakan Padang

Semalam aku dan Zura makan di sebuah restoran Indonesia, Restoran Sari Ratu di Kelana Jaya. Restoran masakan padang ini memang berasal dari Indonesia dan menyediakan menu masakan padang yang amat menyelerakan. Bila selesai makan, bilnya mencecah RM50. Aku nampak Zura sedikit terkejut. Mungkin terasa begitu mahal kerana masakannya adalah masakan melayu biasa yang boleh kita perolehi di mana-mana di Malaysia ini. Gerai makan tepi jalan pun ada masakan yang lebih kurang sama. Kenapa mahal? Kerana ianya restoran kelas sederhana mewah, agaknya. Seketul ayam saja sudah mencecah RM7.50. Bergedel, RM3.00. Adakah aku akan pergi lagi makan di situ? Mungkin tidak. Tetapi tidak salah untuk mencubanya. Masakannya amat memuaskan hati. Sedap dan menyelerakan. Aku paling suka dengan rendang dagingnya. Lembut, empuk tanpa sedikit pun ada lemak pada daging. Itu yang sepatutnya. Satu yang menarik perhatian aku dan aku nampak potensi komersial di Malaysia. Tempe goreng. Aku nampak potensi komersialnya set

Jemputan

Semalam edar kad jemputan ke majlis perkahwinan aku 11 Jun nanti (Ingat tarikh ini ya Pn. Ain dan jemput datang). Setakat ini aku cuma edarkannya di pejabat. Memang agak lewat tetapi tidak boleh dielak. Terima kad dari pencetak pun sudah lewat. Aku sudah sediakan kad secukupnya (aku fikir) untuk orang di pejabat. Rupanya tidak cukup. Setiap kali aku masuk ke ruang pejabat mereka, aku sedari ada lagi orang yang aku perlu jemput secara khusus. Nampaknya sungguh ramai yang mengenali aku. Aku sendiri terkial-kial untuk menulis nama mereka di kad kerana aku tidak tahu nama mereka dan aku tidak kenal mereka. Ada kad yang perlu aku pos. Wah, sudah berapa lama aku tidak menggunakan setem? Berapa harga setem yang aku perlu guna untuk mengirim sekeping kad? Masih 30 sen? Setiap kali orang menerima kad jemputan aku, ayat pertama yang keluar dari mulut mereka mestinya, "Wah Dan... Besarnya kad kau!" Aku cuma tersenyum. Lalu jawapan standard aku adalah, "Kena buat besar-besar. Orang

Selekoh Akhir

Gila ah. Sedar-sedar tinggal beberapa hari saja lagi. Eh, sekarang waktu ada 24 jam ke atau 2 jam saja? Kenapa cepat sangat? Tidak puas membujang lagi ni! Konon. Waktu single, seribu baris sehari aku boleh menulis di sini menceritakan betapa bosannya hidup aku. Seperti tidak ada yang lebih penting daripada emo aku sendiri. Sekarang bila tinggal beberapa hari lagi untuk menamatkan zaman bujang, aku sibuk mencari masa untuk membujang pula? Tidaklah. Bukan masih mahu membujang. Tetapi risaukan hari yang mendatang. Bagaimana akan aku tempuhinya nanti? Tahu diri ini tidak pernah sempurna sifatnya, aku rasa apa yang aku boleh berikan sangat kurang daripada apa yang orang harapkan. Tetapi orang kata hidup ini suatu proses pembelajaran yang berterusan. Harapnya masa-masa yang ada boleh mengajar aku menjadi lebih dewasa dan lebih bijak dalam membuat keputusan. Okay, mana pergi lego yang aku tengok tadi?

Mula Balik Sikit-sikit

Oh ya, aku sudah kembali aktif menulis blog. Gambar belum ada. Kamera belum beli. Kamera lama sudah hilang dicuri bersama MacBook Pro. Itu cerita tahun lepas. Agaknya itu sebab aku kurang menulis blog? Gambar menjadi sumber inspirasi untuk menulis dan laptop di sisi sepanjang masa menyebabkan tangan senang sengal hendak menulis. Aku sibuk. Itu pasti. Buat-buat tidak kerana kononnya hendak berlagak cool. Tunggu lagi beberapa hari, pasti berasap kepala. Padan muka suka buat kerja saat-saat akhir. Ada sebabnya tetapi hidup ini kalau tiada dugaan, bosan. Betul?

Tersepit

Aku rasakan, masih dekat hari, makin sibuk dengan kerja yang tidak berkaitan. Ada saja yang perlu dibuat dan semuanya hendak segera. Publikasi saja sudah ada tiga yang mendesak. Tiga yang perlu disiapkan dalam masa kurang 20 hari. Oh...

Sedikit Terkilan

Kad jemputan percuma. Ada sebuah syarikat sudi mencetaknya secara gratis. Hasilnya amat mengecewakan. Design sudah cantik. Tetapi material yang digunakan langsung tidak sesuai. Hendak dikesalkan, sudah terlewat. Hendak diadu, ianya dibuat percuma. Terima saja apa yang ada. Rezeki setakat itu. Aku tidak peduli sangat. Hampir semua kad itu akan dibuang juga nanti oleh penerimanya. Biarlah. Asal ada. Seperti yang aku adukan dalam Twitter, ada yang lebih penting dari komersialisme majlis perkahwinan. Kalau masih ada orang yang mencemuh di belakang nanti, aku maafkan awal-awal lagi ya.

Kurang Sebulan

Kurang sebulan. Itu realitinya. Aku sepatutnya sudah tertekan atau stress. Tetapi aku sedang selesa melahap makanan terhidang di depan mata. Berat badan makin meningkat. Tipulah orang yang kata berat badan makin menurun bila hampir dekat dengan tarikh yang ditunggu. Kurang sebulan. Banyak lagi yang hendak disediakan. Tetapi tidak meruncing. Orang lain saja yang fikir ianya meruncing. Aku suka kerja saat-saat akhir. Baru tumpuan dapat diberikan sepenuhnya. Baru kesempurnaan datang. Cara aku. Jangan kamu senang-senang mahu ikut. Kenali dulu potensi diri. Kurang sebulan. Hati melonjak gembira. Jiwa terasa begitu senang. Orang lain ada yang cuma perlu menunggu kurang suku abad untuk mencapainya. Aku ambil masa lebih dari itu. Melihat orang lain gembira, terdetik di hati ini aku mahukan perkara yang sama sejak dulu lagi. Baru sekarang diperolehi. Anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Itu pun, aku masih meminta-minta dariNya. Masih mahu banyak benda dan perkara. Kurang sebulan. Here we go.