Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

Yang Terbaik

Sejak beberapa tahun lalu, aku catatkan perkara-perkara yang terbaik berlaku kepada diri ini sepanjang tahun. Tidak ada kategori spesifik sebenarnya tetapi dalam beberapa tahun ini aku sering senaraikan foto, muzik, filem dan perkara terbaik yang aku lalui, dengar dan lihat. Inilah perkara-perkara yang terbaik pada tahun 2012 Qaseh Nurzahra  Tidak ada yang lebih baik sepanjang tahun 2012 melainkan kelahiran zuriat pertama kami, Qaseh Nurzahra. Qaseh dilahirkan pada 1 April 2012, jam 1.45 pagi di Pusat Perubatan Universiti Malaya dengan berat 2.39kg. Beliau lahir hampir dua minggu lebih awal dari masa yang dijangkakan. Mungkin kerana Qaseh sudah tidak sabar hendak melihat dunia atau kerana Allah sudah tetapkan bahawa Arwah Ayah sekurang-kurangnya dapat melihat cucunya sebelum menghembuskan nafas dua hari kemudian. Inilah penyeri hidup kami sekeluarga saat ini. Setiap hari adalah seperti menunggu perkara magis yang akan berlaku. Tidak ada apa yang lebih berharga dan istimewa sepanjang 20

Meredam Gelodak Jiwa

2012 hampir melabuhkan tirainya. Cuma tinggal beberapa hari saja lagi untuk dilalui, inshaAllah. Sedikit mendukacitakan apabila blog ini kurang menyerlah pada tahun ini. Sehingga tulisan ini, baru ada 36 post yang sempat aku siarkan. Setelah lebih 10 tahun menulis blog, inilah jumlah paling sedikit sedangkan realitinya tahun 2012 ini sungguh banyak perkara yang menarik berlaku. Tahun 2012, aku dan Zura menimang cahaya mata yang pertama, Qaseh Nurzahra. Tidak ada perkataan dapat menggambarkan perasaan kami sehingga saat ini. Setiap masa, setiap ketika adalah suatu perkara yang baru setiap kali bersama Qaseh. Aku seperti ramai orang di luar sana; tercari-cari mana perginya beberapa bulan awal Qaseh dan di dalam masa yang sama ternanti-nanti bulan yang mendatang bila Qaseh semakin besar dan matang. Rumah sebesar 852 kaki persegi terasa begitu kecil bila ada Qaseh di rumah. setiap pelusuk seperti ada saja hendak diterokanya apabila di dalam kerusi berodanya. Tahun 2012 juga aku kehilangan

Qaseh, Lapan Setengah Bulan Kemudian

Bila ada anak, macam-macam kerisauan yang timbul. Sakit sikit, risau. Kepala terhantuk lantai, risau. Menangis sikit, risau. Serba serbi risau. Aku dan Zura sudah lama tidak dapat menikmati tidur yang nyenyak. Aku lebih simpatikan Zura. Rasanya sejak ada Qaseh, beliau langsung tidak pernah lena tidur. Qaseh sehingga kini masih menyusu badan. Maka di tengah malam pasti Zura akan terjaga akibat rengekan Qaseh yang mahukan susu. Qaseh pula sering sakit; demam, selsema dan batuk. Doktor kata itu perkara biasa dan sakitnya tidak serius. Bayi yang minum susu ibu, pada enam bulan pertama memang mempunyai daya tahan badan yang tinggi. Tetapi selepas itu daya tahan itu akan berkurang. Qaseh selepas enam bulanlah baru sering mendapat sakit. Namun begitu, setiap kali berjumpa doktor, jawapannya adalah sama. Itu perkara biasa.  Kami bukan bawa Qaseh ke klinik biasa. Kami bawa ke pakar kanak-kanak. Bayarannya jauh lebih mahal tetapi itulah pengorbanan yang kami sanggup lakukan. Kami pernah bawa Qas

Wayang Sudah Siap

Setelah bertungkus lumus, akhirnya hasil kerja suntingan video aku siap juga. Penat memang penat tetapi aku amat berpuas hati dengan hasilnya. Cuma agak malang apabila pengurusan langsung tidak reti hendak menghargainya.

Bikin Wayang

Kebelakangan ini aku disibukkan dengan sebuah projek pejabat; menyiapkan video pendek hasil inovasi kerja di pejabat. Inilah pengalaman pertama aku membuat suntingan video sepenuhnya. Video sepanjang lebih kurang 15 minit ini akan menerangkan mengenai perkhidmatan kaunter bergerak secara online iaitu menggunakan teknologi hubungan melalui satelit untuk menjalankan urus niaga pejabat di lapangan. Tugas utama aku adalah membuat suntingan video yang telah dirakam di lokasi tidak lama dulu. Sebelum itu aku ada tugas lain seperti merangka story-board dan juga rangka cerita keseluruhan. Boleh dikatakan penceritaan video tersebut adalah berasaskan idea aku. Tugas sutradara dan videografi diberikan kepada orang lain kerana aku tidak ada keluangan masa ketika mereka membuat proses rakaman. Hasilnya secara jujur aku katakan aku agak kecewa dengan kualiti rakaman video. Majoriti klip video yang dirakam bergetar, bergoyang, langsung lari sudut rakaman, tidak mempunyai komposisi yang menarik serta

Mengenai FrossOnFire

Blog ini menempatkan tulisan aku di laman web lama yang pernah aku guna suatu masa dulu. Freeservers adalah nama penyedia khidmat laman web di mana aku host laman web aku sekitar penghujung tahun 2000 hingga 2002. Ianya sebuah laman web, bukan blog. Maka ada info lain di dalamnya. Aku mula letak post seperti blog di dalamnya secara manual hampir setiap hari sebelum aku mengenali laman web yang menyediakan perkhidmatan menulis blog. Ianya sebuah pengalaman yang sangat menarik. Berjaga hingga lewat malam semata-mata menunggu program FTP menyudahkan proses upload fail HTML dan grafik setiap post aku. Kemudian aku mengenali Diaryland sekitar tahun 2002. Sempat aku menulis di situ untuk sebulan dua sehingga aku menemui Blogspot dan uJournal. Walaupun aku mendaftar di Blogspot, aku cuma menulis sekali di situ pada tahun 2002. Sehinggalah aku kembali menulis balik di Blogspot pada tahun 2004 hinggalah sekarang. Sekarang Blogspot dikenali sebagai Blogger. :D Aku banyak menulis di uJournal (www

frossonice Versi 12

Aku perkenalkan, antara muka blog ini versi yang ke-12 untuk tahun 2012 hingga tahun 2013, inshaAllah. Aku cuba permudahkan semuanya seboleh mungkin. Tema warnanya adalah 'blue steel'. Pembaca lama yang pernah datang ke sini pasti tahu bahawa blog ini selalunya akan berwarna biru. Versi-versi lama blog dan lama blog aku memang aku guna warna biru sebagai warna tema. Ada sekali sekala aku guna warna oren, hitam dan putih. Maklumlah aku ini seorang yang rabun warna jadi adalah lebih baik untuk aku guna warna yang selamat. Aku guna font Enchinos untuk tajuk blog ini. Ianya lebih lembut berbanding sebelum ini. Mungkin kerana aku sudah semakin tua. Hati pun semakin lembut. Juga, setelah sekian lama aku buang sebarang iklan dari blog ini, akhirnya aku kembali meletakkan iklan. Jangan marah ya. Bukan terpaksa tetapi sengaja. Aku dapati bahawa jumlah audiens blog ini melebihi 10 ribu 'page view' sebulan. Banyak! Purata sehari dalam 350 page view. Itu pun aku langsung tidak pern

Ubahsuai

Sudah lebih setahun aku guna Dynamic Interface untuk blog ini sebagai antaramuka utama seperti yang anda lihat sekarang. Ketika itu aku jangkakan Google dengan segala kehebatan mereka akan mampu menjadikan Dynamic Interface ini menarik dan hebat. Setelah lebih setahun, aku sedikit kecewa dengan perkembangannya. Jadi aku putuskan bahawa aku akan kembali menggunakan antaramuka klasik seperti dahulu. Maka buat masa ini blog ini dalam proses ubahsuaian. Harap makum. :D

Hujung Minggu Ini

Aku sebenarnya cukup anti dengan politik pejabat. Aku seboleh mungkin cuba elak dari terpengaruh atau terlibat dengan politik pejabat. Tambah parah kalau politik pejabat ini berlaku di pejabat kerajaan. Ianya lebih mengerikan, lebih perencah dan lebih parah. Ada baik aku tidak terus bercerita mengenainya. Hari ini kami sekeluarga merancang untuk balik ke Kuala Kangsar. Satu untuk menjenguk emak kerana Aidil Adha tempohari kami tidak pulang ke kampung. Keduanya, emak kata ada majlis kenduri saudara di Taiping. Jadi ada juga alasan untuk pulang ke kampung. Kenapa tidak balik sewaktu Aidil Adha? Seingat aku, inilah tahun ke lima aku tidak balik berhari raya korban. Bukan apa. Suasana Aidil Adha sebenarnya hampir tidak wujud di Kuala Kangsar, atau lebih spesifik di rumah aku di kampung. Solat sunat Aidil Adha dan itu saja. Ada sedikit makan dan orang menziarahi rumah. Selebihnya kami duduk bersantai saja. Kemudian, dalam waktu terdekat itu juga aku perlu menghadapi sebuah program besar di

Qaseh & Kerja

Hari ini, 1 November 2012, Qaseh Nurzahra sudah berusia 7 bulan. Rasanya seperti sekelip mata beliau membesar sebegitu cepat. Setiap hari ada saja perkara baru yang kami sedari mengenai Qaseh. Malam tadi dalam keadaannya yang sedang selsema, Qaseh mengeluarkan bunyi-bunyi manja dari mulutnya. Itu pertama kali kami dengar dan terasa sedikit aneh. Pagi tadi ketika sedang bersiap, Qaseh memanggil mamanya. Sekurang-kurangnya itu yang aku dengar, "mama... mama..." Namun begitu, Qaseh sedang selsema dan ianya agak serius. Sebenarnya, sepanjang tujuh bulan ini, hanya beberapa kali saja Qaseh dilanda masalah kesihatan. Pertama kali demam pada usia tiga bulan. Sekali lagi demam sebulan dua lalu dan ini kali kedua Qaseh selsema. Syukur juga kerana Qaseh diberi susu ibunya saja. Mungkin itu menyebabkan antibodi Qaseh lebih kuat. Cuma selsema kali ini agak lama. Sudah hampir dua minggu. Sehari dua ini lebih serius dengan selsema mengalir kerap sepanjang masa. Zura akan sedut selsema Qase

Kembali!

Sudah hampir dua bulan aku tidak menulis di sini. Kekangan kerja dan hal-hal lain menjadi alasan kenapa. Sukar hendak mulakan kembali kalau sudah lama tinggal. Aku tidak tahu dari mana atau apa yang hendak aku ceritakan. Kalau difikirkan, ada banyak tetapi mana satu yang perlu aku dahului? Apa pun, ini ringkasannya. Qaseh Nurzahra kini berusia lebih enam bulan. Lebih spesifiknya, 6 bulan, 17 hari. Qaseh sudah boleh meniarap dan berpusing sana sini. Sudah sering tersenyum dan ketawa dengan setiap interaksi kita dengannya. Sudah pandai mengambil hari papa dan mamanya dan sudah pandai merajuk dan mencari helah terhadap sesuatu yang tidak disukainya. Qaseh juga sudah mula diberi makan bubur nasi dan makan-makanan lain. Itu perkara yang paling disukainya. Makan. Jika tidak berhenti disuap, dia tidak akan berhenti makan. Apa saja mahu disumbat ke dalam mulutnya. Sambil menonton televisyen, dia akan menggigit sesungut atau jemari patung ulat beluncas kegemarannya. Kerja aku sekarang juga lebi

Penjara Bangsa

Kita masih dalam bulan kemerdekaan, ya? Tahun ini paling kurang aku terasa untuk menyambut atau menghayatinya. Punca paling jelas adalah apabila kemerdekaan dipolitikkan dan ditukar menjadi agenda untuk meraih sokongan secara politik. Tiada lagi nasionalisme atau patriotisme. Tinggal cuma politisme yang cenderung menjadi fasis dan sempit. Perpaduan kaum juga semakin luntur. Kita boleh hitung detik dalam sehari berapa lama kita berinteraksi dengan kaum selain dari kaum kita sendiri secara mesra, layaknya seperti sahabat karib. Kalau ada yang melakukannya, mungkin ianya terlalu sedikit. Aku tercari-cari bagaimana hendak disuburkan semangat perpaduan kaum jika saban hari di media dan perbualan rakyat berbaur perkauman. Aku tidak faham obsesi manusia dengan kaum. Aku tidak faham obsesi manusia dengan ras dan etnik. Ini kerana apa yang aku nampak cuma manusia, sama saja antara satu lain. Tidak ada kaum yang lebih tinggi nilainya dari kaum yang lain. Nilai manusia terletak pada individu itu

Aidil Fitri Di Dua Kuala

Tahun ini pertama kali aku beraya di perantauan, jauh dari kampung halaman. Tidaklah jauh mana, sejauh Kuala Kedah saja. Rumah mertua. Ikut 'turn' seperti yang aku dan Zura rancangkan. Nasib baik juga perjalanan menghala ke Kuala Kedah perlu melintasi Kuala Kangsar terlebih dahulu. Maka, sebelum hari raya, aku singgah di Kuala Kangsar menziarahi ibu. Qaseh & Opah Qaseh yang pada mulanya merengek apabila didukung oleh opah, lama kelamaan menjadi biasa dan senang bergurau senda dengan opahnya. Syukur. Sekurang-kurangnya terubat hati opah melihat cucunya. Bersama Zura & Qaseh di Kampung Sematang, Kuala Kedah Tidak ada bezanya beraya di Kuala Kedah dan Kuala Kangsar. Rutinnya tetap sama. Solat sunat Aidil Fitri, maaf memaafi dan kunjungi saudara mara sebelah Zura. Cuma istimewanya tahun ini kami berdua menerima begitu banyak sampul duit raya! Terima bagi pihak. :D Qaseh Berhari Raya Ratusan ringgit duit raya Qaseh sudah diamanahkan oleh Zura kepada aku untuk disimpan di dal

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Kadang-kadang bila kita duduk di kalangan orang yang kita tidak kenali, kita curi dengar apa yang mereka bicarakan. Bukan hendak menjaga tepi kain orang atau menyibuk tak tentu pasal, cuma ada kalanya apa yang mereka bicarakan sesama mereka itu menarik dan menyentuh hati kita. Tempohari di pintu surau pejabat, aku terdengar perbualan dua sahabat mengenai komputer Apple. Bila dengar saja Apple atau Mac atau OSX, telinga cepat saja jadi kuali untuk menangkap apa yang dibicarakan. Lebih kurang begini; "Mac ni kalau nak buat grafik atau design okay la... Power." "Aku nak guna main games dan buat kerja lain je." Mungkin persepsi ramai orang terhadap Mac adalah begitu; Mac untuk grafik dan design, Mac adalah uber-cool atau Mac adalah mahal. Apple IIe Aku secara serius menggunakan Mac sejak 2006. Aku kenal Mac sudah lama, sejak 1989 di maktab. Ketika itu ada Apple IIe di makmal komputer. Kemudian sekali lagi aku diperkenalkan dengan Mac pada penghujung kurun lalu. Aku terk

Jalan Damai

Artikel sebelum ini aku menceritakan bagaimana aku harus mengorbankan salah satu minat aku iaitu menonton filem di pawagam setelah kehadiran cahaya mata dalam hidup ini. Ianya sebuah pengorbanan yang wajar. Jambatan di Tasik Raban, Lenggong, Perak Satu lagi minat aku adalah 'merayau-rayau' di hujung minggu. Aku kata 'merayau' kerana selalunya aku akan memandu kereta tanpa merancang destinasi terlebih dahulu. Aku ikut gerak hati ke mana saja aku mahu pergi ketika itu. Berbekalkan sebuah kamera, aku merakam saat-saat dalam perjalanan dan juga tempat di mana aku berhenti. Taman Tasik Taiping. Ianya cukup mendamaikan dan membuka luas pandangan mata ini ke sudut yang tidak pernah aku tahu ianya wujud sebelum ini. Ya, aku lakukan semua itu berseorangan, tanpa teman. Aku lebih selesa begitu kerana aku tidak perlu risaukan kehendak dan keadaan orang lain ketika itu. Aku tidak mahu orang lain terbeban dengan perjalanan yang sedang aku lalui ketika itu. Kereta yang banyak berjasa

Salam Ramadhan

Selangkah Demi Selangkah - 4

Hidup ini perlu ada pengorbanan. Ada perkara perlu kita lepaskan pergi demi sesuatu yang lebih bermakna. Sudah dua bulan lebih aku tidak menonton filem di pawagam, suatu perkara yang paling aku suka lakukan sejak dulu lagi. Membaca review dan menonton trailer membuat hati berdetik dan tersentuh. Betapa dalam masa setahun hidup ini berubah dan berlalu begitu pantas. Mungkin buat masa ini aku masih terasa kehilangan nikmat itu. Lama nanti rasanya semua itu tidak akan dikisahkan lagi. Aku yakin hidup ini lebih gembira dan damai sekarang. Malam tadi ketika di atas katil sambil melihat si Qaseh lena di antara aku dan Zura, aku tersenyum. Biarlah segala perkara lain itu aku terlepas dan terpaksa tinggalkan. Aku ada si kecil ini yang menemani gelak tawa dan ceria hidup aku sekarang. Melihat Qaseh membesar sehari demi sehari merupakan suatu anugerah dan rakaman nostalgia hidup yang penuh bermakna. Penuh cerita-cerita baru yang selama ini aku tidak tahu akan aku laluinya nanti. Melihat si Qaseh

Selangkah Demi Selangkah - 3

Cinta hati ini. Ada kalanya tulisan tidak dapat menggambarkan suasana. Hujung minggu yang dilalui terasa begitu damai kerana ada Zura dan Qaseh.  Walaupun ada bibit-bibit sukar yang terpaksa dilalui kami, ianya merupakan suatu pengalaman dan pengajaran yang terbaik buat kami. Kira-kira jam 2.00 pagi, Sabtu tempohari, aku dan Zura dikejutkan dengan tangisan Qaseh. Semakin lama semakin kuat. Pujukan tidak diendah, susu tidak dijamah. Apabila dipegang, kepala Qaseh terasa panas membahang, sementara tangan dan kakinya sejuk. Segera aku ambilkan termometer digital dan merakam suhu badan Qaseh. 37.9 darjah Celsius. Tinggi. Mulanya aku fikir mungkin kerana kesejukan. Namun tangisan yang tidak berkesudahan membuatkan kami kurang senang. Segera aku merujuk info online mengenai simpton yang sedang dihadapi Qaseh. Ya, seperti yang diduga, Qaseh demam. 2.00 pagi dan si kecil ini demam. Apa yang harus dibuat? Zura cuba sedaya upaya memujuk Qaseh, namun rengekan dan tangisannya tetap berterusan. Aku

Selangkah Demi Selangkah - 2

Kita sentiasa mencari kesempurnaan dalam hidup ini. Itu pasti. Dalam masa yang sama kita sebagai seorang Muslim sentiasa membatasi sempurna itu dengan kata-kata, "Tiada yang sempurna dalam dunia ini..." Sempurna itu di mata yang menilainya. Setakat mana hendak kita letak sesuatu itu dan jika ianya tercapai, maka sempurnalah ia buat kita. Itu pendapat aku. Apabila merancang bagaimana hendak membesarkan Qaseh di dunia ini, aku rancangkan sesuatu yang sempurna buat si comel itu. Aku mahu dia perolehi apa yang terbaik di sepanjang masa. Mustahil tetapi itulah realitinya. Aku seboleh mungkin mahu cuba mencari dan memberikan yang terbaik. Terbaik buat aku dan Zura, biar di mata orang lain nampak sebaliknya. Aku biarkan Qaseh tanpa stokin, tanpa dibedung dan pakaian yang nipis sepanjang hari. Apabila bertemu ramai orang, persoalan pertama mereka pastilah bertanya kenapa Qaseh tidak dipakaikan stokin, sarung tangan atau dibedung. Aku cuba memberi jawapan sebaik mungkin, secara diplom

Tapi Bagaimana

Tapi Bagaimana - Spider Kau buat ku teruja
 Kau buat ku tertawa
 Terbit rasa tersembnyi beku Hingga rasa cemburu seperti Pasangan kekasih yang hangat bercinta

 Dan tak sanggup berpisah Walau hanya sekejap
 Aku sangat merindui kau
 Senang sekali kau ada Tapi bagaimana ku kata padanya Dia yang ada seperti tiada
 Dengan dia cinta jadi sebuah ritual Haruskah aku kejam demi rasa
 Tolong lepaskanku dari sengsara ini Dia bukan tak cantik Dia bukan tak baik Hanya kekosongan yang ada Di sudut hatiku tak bisa diusik
 Hingga cinta jadi kematu Tiada yang nak gaduh
 Tiada yang nak tentan g
 Hingga rasa menjadi kering kontang Tapi bagaimana ku kata padanya Dia yang ada seperti tiada
 Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
 Haruskah aku kejam demi rasa
 Tolong lepaskanku dari sengsara ini Tapi bagaimana ku kata padanya Dia yang ada seperti tiada
 Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
 Haruskah aku kejam demi rasa Bagaimana harus ku kata padanya Dia yang ada seperti tiada Dengan dia cinta jadi sebuah ritu

Demi Qaseh

Qaseh seorang bayi yang aktif dan penuh tumpuan. Bila dibiarkan di hadapan televisyen, beliau akan memerhatikan segala pergerakan di kaca TV dengan penuh minat. Kadang-kadang reaksi tubuh badannya begitu aktif. Aku sedari, untuk mendidik dan membesarkan seorang seperti Qaseh, aku sendiri perlu sihat walfiat, bertenaga dan 'fit'. Aku tahu masa mendatang kelak beliau akan mahukan lebih daripada aku. Beliau akan berlari ke sana sini dan aku perlu mengejarnya dan menjaga langkahnya. Beliau akan mahu mengayuh basikal  dan aku perlu ada di sisinya. Beliau akan sentiasa mahu melompat ke sana sini dan bermain sepanjang masa, maka aku perlu bersedia secara fizikal dan mental untuk semua itu. Dalam keadaan aku sekarang, mustahil. Dalam keadaan sekarang, aku terlalu 30 kilo terlalu gemuk untuk itu semua. 30 kilogram! Aku tertanya-tanya dalam diri ini, bagaimana boleh aku buang 30 kilo itu dari badan ini? Kalau tidak 30 kilo, bagaimana hendak buang 20 atau sekarang 10 kilo buat permulaan i

Sebuah Lenovo

Setelah sekian lama, aku telah membeli sebuah laptop baru bagi menggantikan MacBook Pro aku yang dicuri. Aku memilih Lenovo model G470 dengan prosesor Intel i5, 8GB DDR3 RAM, 500GB kapasiti simpanan, skrin saiz 14 inci dan Windows 7 Home Premium. Harganya agak berbaloi dengan spesifikasi yang ditawarkan. Kenapa tidak MacBook? Pertama, harganya di luar perancangan bajet aku. Kedua, aku mahu main games. Satu masalah dengan produk komputer jenama Apple, sukar hendak ditemui software yang sesuai untuk digunakan. Ketiga, aku rasa ianya lebih sesuai untuk keluarga aku berbanding produk lain. Cukuplah laptop ini. ==== Sambungan. Antara software yang aku install adalah Adobe CS5 khususnya untuk suntingan video. Aku rasa menggunakan Apple Final Cut dan Motion bukan sesuatu yang sukar. Aku fikir Adobe Premier dan After Effect juga boleh dipelajari sedikit demi sedikit. Sebab itu jugalah aku perlukan 8GB memori. Lebih besar lebih bagus tetapi laptop ini hanya menghadkan sehingga 8GB sahaja. Aku s