Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

Tiga PC, Satu Kerja Penting, iTunes dan Otak Beku

Jam dua petang di pejabat pada hujung minggu. C'est la vie. My life exactly. Aku fikir semua ini sudah berakhir dua tiga tahun lalu apabila aku berkahwin dan mempunyai anak. Hujung minggu kononnya hanya bersama keluarga; melayan Qaseh mandi kolam plastiknya di balkoni rumah atau keluar berjalan-jalan. Namun kerja ini tiada kesudahannya. Hujung minggu ini sementara Zura dan Qaseh ke rumah saudara di Seremban, aku 'terperangkap' di pejabat. Minggu depan mungkin ke Kuching untuk kerja. Penghujung tahun sebegini sepatutnya waktu untuk berehat. Pergi melancong atau sekurang-kurangnya balik kampung. Apakan daya. Aku di sini sudah beberapa jam tetapi kerja masih tersangkut-sangkut untuk disiapkan. Tiada 'sense of urgency' walaupun hakikatnya esok pagi aku perlu persembahkan hasil kerja kepada pengurusan tertinggi. Aku fikir begini; aku seorang yang tahu apa yang sedang aku lakukan dan aku tidak nampak ianya sangat merumitkan yang perlu aku buat sesegera mungkin. Aku selesa

Sungai Limau - Suatu Pandangan 2

Sungai Limau adalah platform yang menonjolkan kerakusan manusia. Rakus terhadap kuasa. Pemilih di situ adalah semut-semut pekerja. Mereka ini bekerja untuk memegahkan pemimpin yang mereka pilih. Itu wajah politik Malaysia di kalangan orang melayu. Selama ini, kita masih tidak boleh lari dari politik dok demang, iaitu politik yang mengangkat dan menyanjung seseorng manusia yang lebih banyak menghabiskan masa untuk kepentingan peribadi berbanding kepentingan ramai. Sebab itulah ada gula-gula walaupun setakat 10 ekor anak ayam. Pada fikiran pemimpin ini, rakyat di bawah sudah cukup sekadar dihadiahkan sebanyak itu untuk setiap tangan yang menyokong mereka. Masalah utama di kalangan orang Melayu adalah kita ini bangsa yang sangat mudah berpuas hati dan sangat senang dibeli jiwa raganya. Melayu oportunis di kalangan kita akan melihat perkara ini sebagai satu peluang untuk menguasai kita melalui 'kelemahan' kita ini. Maka dalam keadaan biasa, kita dimomokkan dengan dogma menghormati

Sungai Limau - Suatu Pandangan 1

Awal bulan lalu, aku berpeluang menjalankan tugas di kawasan Sungai Limau, Yan, Kedah yang sedang demam menghadapi pilihanraya. Itulah kali pertama aku bekerja di dalam suasana orang sedang hendak menghadapi pilihanraya. Tugas ini tugas rasmi. Tidak ada kena mengena dengan pilihanraya tersebut walaupun secara rasionalnya anda sendiri faham bagaimana. 'Rasmi' hanya pada tiket. Sehari dua aku di situ, aku banyak belajar perkara baru. Aku faham keluhan satu pihak mengenai ketidakadilan pilihanraya dan aku juga faham satu pihak lagi kenapa mereka bersungguh-sungguh hendak menang pilihanraya. Aku fikir secara umumnya, demokrasi di Malaysia ini masih dalam keadaan yang baik. Pilihanraya masih tetap diadakan dan kalah menang itu sentiasa berlaku. Aku juga fikir sistem dua parti sangat sesuai dengan lanskap Malaysia. Cuma aku rasa wajar semua pihak biarkan kedua-dua parti ini kukuh dan berguna. Satu kesilapan besar rakyat terutama orang Melayu adalah kerana kesetiaan yang terlampau. Ke

Dahulu Lain, Sekarang Lain

Dalam perjalanan balik setelah bertemu sahabat lama di Shah Alam, aku terdengar iklan kicap di radio. Dua iklan berbeza dari jenama kicap berbeza tetapi konsepnya sama, "Kalau takde kicap, tak lalu makan" Aku terkenang waktu lalu. Betul, kalau tak ada kicap, memang tak lalu makan. Kadang-kadang balik dari sekolah, lauk di rumah sudah hampir kehabisan. Adik beradik ramai dan maklumlah keadaan waktu itu. Aku goreng telur dan makan nasi berkuahkan kicap. Kalau ada ikan bilis, aku goreng ikan bilis bersama telur. Kicap tetap ada. Makanan itu dirasakan begitu 'heaven'. Duduk di tepi tingkap, aku bayangkan aku sedang makan di sebuah restoran atau hotel mewah. Hinggalah beberapa tahun lalu, kicap adalah pelengkap kepada makanan aku. Keluarga aku menggemari kicap jenama Tamin. Mungkin kerana kami tinggal di Kuala Kangsar dan kilang kicap tersebut tidak jauh dari Kuala Kangsar. Aku tidak tahu bila aku berhenti menggunakan kicap sebagai penambah selera makanan. Ianya sudah lama

Cerita Tujuh Hari

Tempohari Qaseh dimasukkan ke wad di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Puncanya kerana batuk berterusan dan penafasannya terganggu (wheezing) seperti sedang mengalami lelah. Aku dan Zura sudah sedia maklum, sekiranya Qaseh mengalami selsema dan batuk, potensi untuk Qaseh diberi nebulizer adalah besar. Namun begitu kali ini lebih membimbangkan. Ketika dibawa ke PPUM, suhu badan Qaseh mencecah 39 darjah selsius. Sangat tinggi dan berpotensi untuk terkena sawan. Setelah diberi nebulizer, doktor menasihati kami agar Qaseh diberi rawatan susulan di wad pedriatik. Maka selama tiga hari Qaseh dipantau dengan rapi oleh beberapa orang doktor dan jururawat. Aku terasa kagum melihat kegigihan para doktor dan jururawat di PPUM. Walaupun ada di antara mereka adalah doktor pelatih, namun dedikasi mereka tetap tinggi. Tidak seperti yang selalu digambarkan, tingkah perbuatan mereka terhadap Qaseh adalah lembut dan mesra. Sentiasa mengambil berat keadaan Qaseh dan kerana itu, aku ucapkan terima kasih

Hello Oktober

Hampir dua bulan sibuk dengan tugas di pejabat, akhirnya ada masa santai untuk seketika. Ada kerja yang sibuk bakal tiba tidak lama lagi tetapi sehingga waktu, aku kembali ada masa untuk menulis di sini. InshaAllah.

Salam Aidil Fitri 2013

Selamat Berpuasa

p/s: Ini post yang 1500. :-)

Qaseh ke Genting Highlands

Kelmarin kami sekeluarga bercuti di Genting Highlands. Sewa bilik yang berpatutan aku perolehi melalui internet. Ada bagusnya guna kad kredit. Itu kelebihan yang patut kita guna. Selepas ini aku perlu lebih baik mengawal perbelanjaan kad kredit. RM160 untuk dua bilik di Hotel First World adalah sangat berpatutan.maklumlah, kami bercuti bukan untuk menikmati bilik hotel, tetapi suasana di taman tema permainan sana. Aku sama sekali tidak terduga bagaimana Qaseh begitu sukakan permainan di sana, terutamanya Carousel. Beliau mendesak aku bermain berkali-kali dan enggan turun dari permainan tersebut. Anehnya dia tidak duduk di atas kuda tetapi duduk di atas kerusi dan bermain-main sepanjang Carousel berpusing. Nasib juga aku boleh mengawal pening. Namun begitu ada beberapa permainan kanak-kanak yang Qaseh tidak boleh main kerana dia masih kecil dan tingginya hanya 70cm, jauh dari tinggi minimum iaitu 76cm. Sesekali ternampak riak wajahnya kecewa tidak dapat bermain permainan yang menarik mi

Masa Untuk Qaseh

Masa untuk Qaseh; Setiap hari bekerja; - 15 minit di waktu pagi sebelum dihantar ke penjaganya. - Lebih kurang 4 jam selepas balik kerja sehingga dia tidur. = Lebih kurang 24 jam. Hujung minggu sepenuh masa dengan Qaseh @ 2 hari. Seminggu = 3 hari. 52 minggu = 156 hari. (Aku anggap 180 hari) 180 hari = lebih kurang 6 bulan. Sekadar 6 bulan. Mana cukup!

Mencari Damai di Bukit Fraser

Dek kerana jerebu yang semakin serius, siang tadi aku bawa lari Zura dan Qaseh ke Bukit Fraser. Pertama kali aku ke sana. Tiba sudah lewat petang. Namun begitu, walaupun cuma sekadar untuk sejam dua, ianya sudah cukup untuk kami sekeluarga menghirup udara segar di sana. Cukup untuk membuat Qaseh nampak lebih selesa. Itu yang penting. Fraser memang mendamaikan. Suasananya sangat tenang. Jauh berbeza dengan Cameron Highlands. Aku fikir Bukit Fraser masih terpelihara daripada pembangunan berleluasa. Tidak ada ladang sayur yang dibuka di mana-mana. Mungkin faktor geografi yang kurang sesuai atau kawasan sekitar yang kebanyakkannya digazetkan sebagai hutan simpan kekal. Akses yang aku fikir lebih sukar berbanding ke Cameron Highland juga satu faktor. Jalan di sana sangat kecil. Mustahil bas-bas besar dapat terus sampai ke puncak dengan mudah. Untuk bercuti sambil menikmati suasana damai alam yang sejuk dan nyaman, Bukit Fraser adalah sangat sesuai. Kita tidak akan habis banyak duit di sana.

Perit Jerebu

Aku awalnya cadang nak tidur awal malam ni. Semalam Qaseh tidur jam 3 pagi akibat jerebu. Jerebu semakin teruk, kan? Tekak makin perit dan mata terasa pedih. Itu aku. Qaseh lagi merana. Malam seperti ini adalah sesuatu yang sukar hendak dilaluinya. Batuk tanpa kahak adalah salah satu punca kesan jerebu. Badan panas dan kesukaran untuk bernafas. Sekarang dia sedang menangis. Aku perlu stop.

Mengenai Telefon

Siang tadi ada seorang yang bertanya kenapa sudah tidak bertwitter. Aku sudah tidak guna telefon pintar. telefon bimbit aku sekarang adalah ini; Jadi tidak adalah twitter, facebook atau instagram secara mobile. Aku beli dengan harga lebih kurang RM90. Semenjak beli, ianya baru dua kali dicas. Dua kali setelah hampir dua minggu. Kalau dengan Samsung Galaxy S3 dulu, hampir setiap masa aku perlu cas. Puncanya amat jelas. Ketika ada telefon pintar, hampir setiap masa aku online. Buka laman web, facebook, twitter dan perkara lain. Ada saja perkara yang hendak dilakukan dengan telefon itu. Tunggu lif, belek internet. Dalam lif, semak status facebook. Jalan 10 meter, semak twitter. Lepak depan TV, jenguk instagram. Memang melekat dengan telefon. Awal aku beli telefon ini tempohari aku rasa sedikit kekok. Depan lif, aku seluk poket seluar dan keluarkan telefon. Flip telefon dan aku terkesima. Apa benda yang aku boleh buat dengannya? Internet, facebook, twitter atau instagram semuanya tidak ada

Lewat Malam

Antara punca aku kurang menulis adalah disebabkan untuk beberapa ketika, setiap post aku mesti dikepilkan dengan foto. Bukan sekadar foto, tetapi foto yang menceritakan sesuatu. Akibatnya aku lebih banyak menceritakan hal keluarga dan kurang hal-hal lain yang tidak aku rakam dengan kamera. Blog ini dulunya begitu terbuka. Aku berbicara apa saja. Semuanya aku sumbat di sini sebagai momento saat itu. Ianya begitu relevan dengan suasana dan apa yang berlaku ketika itu. Tidak berapa lama dulu aku haramkan diri aku dari menulis hal politik di sini. Aku juga sudah tidak menulis hal yang sedih, kecewa atau bersifat terlalu peribadi. Sedangkan dulu aku ceritakan semuanya. Mungkin ada perkara yang tidak perlu aku tulis lagi di sini kerana tidak mahu mencetus salah faham atau menyentuh perasaan orang lain. Selepas ini blog ini akan lebih terbuka. Aku begitu berminat hendak menulis mengenai teknologi; buat ulasan terhadap sesuatu produk seperti telefon bimbit atau komputer. Aku juga berminat berk

Mengenai 5S

Semalam selesai audit 5S di pejabat. Sudah lima tahun pejabat ini terlibat dengan 5S, jadi ini adalah perkara biasa bagi kami di pejabat. Aku sendiri kenal mengenai 5S lebih lama dari itu kerana suatu ketika dulu aku pernah ditugaskan untuk membukukan slaid 5S. Tetapi aku tidak pernah suka 5S. 5S itu sendiri adalah bagus. Sebuah konsep yang baik untuk diamalkan di pejabat bagi memastikan efisiensi kerja. Tetapi apabila diberikan kepada kakitangan kerajaan, ianya bertukar menjadi ritual mencantik dan menghias pejabat. Perkara lain cuma 30%. Ianya dalam banyak segi menyekat kebebasan berkreatif. Kreatif tetap atas tetapi dalam keadaan terkawal. Satu design/corak mengisi ruang yang luas sedangkan ruang itu sebenarnya boleh dimuatkan dengan pelbagai corak yang lebih menarik. Sebab itu aku sedaya upaya tidak mahu terlibat dengan serius hal-hal 5S dan aku jelaskan secara literal kepada bos aku mengenai pendirian aku itu. Cuma untuk semalam, aku membantu sedikit mengikut kehendak mereka. Cuku

Kembali Menulis

Dua tiga hari membaca posting lama di blog ini. Suatu ketika dulu aku cukup rajin menulis di sini. Aku akan kembali menulis di sini. InshaAllah.

Lewat Malam

2.15 pagi. Belum tidur. Padahal aku kena bangun awal kejap lagi. Ada kerja yang perlu dikejar di pejabat. Qaseh sekali sekala merengek di atas tilam. Entah kenapa sejak kebelakangan ini Qaseh sukar tidur malam dan makannya juga kurang. Namun begitu Qaseh nampak sihat dan semakin aktif. Mungkin kerana dia semakin membesar. Peringatan penting untuk diri sendiri; 1. Kurangkan makan. 2. Buat senaman setiap hari. 3. Pergi klinik/hospital untuk pemeriksaan kesihatan.

Desakan Kerja

Entah kenapa aku terlalu sibuk. Hingga di saat lewat malam begini aku masih menyiapkan kerja-kerja pejabat. Ramai yang tidak faham bagaimana kerja-kerja grafik dan reka letak dilakukan. Selalunya mereka sangka kerja ini sangat mudah dan boleh disiapkan dengan cepat. Yeah, right. Kerja sebegini sungguh memenatkan. Otak perlu diperah sentiasa untuk mencari hasil kerja yang terbaik. Tambah menyusahkan apabila orang di atas sana sentiasa mahukan sesuatu dalam tergesa-gesa. Sentiasa mahu yang bagus dan itu memerlukan masa. Masa aku di rumah setelah pulang dari kerja adalah bersama keluarga. Bermain dan melayan karenah Qaseh sehinggalah dia tertidur. Selepas itu aku ada sejam dua di lewat malam untuk membuat kerja sedaya mampu. Begitu rutin kini. Pulangan dari kerja ini langsung tidak seberapa. Kadang-kadang tidak berbaloi dengan hasil kerja yang aku persembahkan. Kadang-kadang puas juga aku menolak permintaan dan arahan orang di atas untuk hasilkan beberapa bahan. Aku kepenatan secara menta

Seluar Ketat, Rock Kapak & Walkman Merah

Lama tidak menulis. Biar aku letak lagu dulu. Entah kenapa sekarang terkenang-kenang zaman rock kapak suatu ketika dahulu. Ya, zaman yang pernah aku lalui sendiri. Seluar sekolah sendat si Zack tolong jahitkan kakinya supaya makin sendat dengan upah Lima Ringgit. Penghujung 80an dan awal 90an adalah puncak kegemilangan rock kapak di Malaysia. Apabila menonton filem Rock Oo tempohari, aku tersenyum sendirian. Aku pernah lalui zaman itu. Kerana aku belajar di sekolah berasrama penuh, maka banyak peraturan yang terpaksa dipatuhi. Tetapi atas sebab apa yang aku sendiri tidak pasti, seluar ketat jarang dihukum. Sekurang-kurangnya sepanjang aku pakai seluar ketat, aku tidak pernah kena tindakan oleh cikgu. Naik tingkatan lima, seluar aku sudah kembali ke saiz biasa (lilitan 18 inci seingat aku). Mungkin kerana ketika itu zaman grunge sudah tiba. Rambut kalau tidak boleh panjang di belakang, kami panjangkan di bahagian depan dan disisir rapi ke belakang. Kalau dibiarkan terjurai, rambut akan

Selamat Hari Lahir Yang Pertama, Qaseh Nurzahra

1 April 2013, Qaseh Nurzahra berusia satu tahun. Terasa begitu pantas masa berlalu. Masih aku teringat ketika pertama kali aku menyambut kehadiran Qaseh, lebih kurang jam 3.30 pagi di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Ianya suatu perasaan yang tidak dapat digambarkan. Segalanya ada. Setahun berlalu dan Qaseh semakin membesar menjadi seorang manusia yang sungguh bijak dan penuh telatah dan karenah yang menghiburkan. Sepanjang tempoh setahun itu juga aku dan Zura pernah lalui saat-saat getir dan meresahkan ketika Qaseh tidak sihat, atau ketika melayan kehendak Qaseh yang masih belum mahu tidur di lewat malam walaupun kami sudah terlalu mengantuk dan keletihan. Qaseh adalah anak papa ketika bermain dan gembira dan anak mama ketika sakit dan mahu tidur. Kecil-kecil sudah pandai membahagi masa untuk papa dan mamanya. Tidak salah kami memilih nama Qaseh (atau Kasih) kerana itulah yang kami rasakan setiap masa ketika bersama Qaseh Nurzahra. Aku tidak mahu menjanjikan apa-apa yang besar atau

Diari

Hey... Sudah hampir sebulan tidak menulis di sini. Selalunya aku akan beri alasan ketiadaan masa. Masa ada. Banyak. Idea pun ada. Banyak. Aku rasa jawapan paling tepat adalah perubahan. Jika lima tahun dulu, blog ini aku fikir tempat paling sesuai untuk bercerita dan meluah rasa. Dari 2002 hingga kini, sinilah tersimpannya segala gelodak jiwa yang kadang-kadang tidak mampu dikongsi secara terus dengan orang lain. Namun begitu apabila sudah berkahwin, aku rasa hidup ini lebih damai tanpa banyak titik kabur yang meruntun hati. Hari-hari yang dilalui lebih terancang dan lebih istimewa. Hadir Qaseh hampir setahun lalu menambah lagi sebab untuk aku menumpukan perhatian kepada perkara yang lebih jelas. Maka, tidak perlu lagi aku selalu menulis di sini mengenai apa yang terbuku di hati. Zura ada dan Qaseh pun ada. Mereka peneman jiwa yang 'sempurna'. Satu lagi, aku ada dua atau tiga tempat di maya ini yang boleh aku guna untuk berinteraksi. Instagram, Twitter dan paling kerap, Faceboo

38 Tahun, 2 Hari

Kelmarin hari lahir aku yang ke-38. Kalau ikut tradisi tahun-tahun sebelumnya, pasti aku akan menulis di sini sehari dua sebelum atau pada hari tersebut. Ikut tradisinya juga, pada hari lahir aku, aku akan ke mana-mana restoran makanan segera, makan sambil membaca buku atau majalah atau novel. Biasanya restoran tersebut mestilah jauh dari tempat kebiasaan aku pergi. Aku pernah sambut hari lahir aku di KFC Sungai Pelek. Ya, sejauh itu. Rasanya semua itu akan hanya tinggal kenangan. Hari lahir aku kelmarin disambut bersama dua insan; Zura isteriku dan Qaseh, anakku.Ianya suatu pengalaman yang tidak dapat dicairkan dengan tulisan di sini. Kami tidak pergi ke restoran mewah atau membeli sebuah kek besar untuk diletak lilin di atasnya.  Kami cuma ke Restoran Strawberry di Petaling Jaya, restoran kegemaran kami. Kami pesan semangkuk tomyam seafood, telur dadar bersama daging ayam dan kailan ikan masin, jus tembikai untuk Zura dan air coklat untuk aku. Aku memesan sepotong kek tiramisu sebaga

Telefon

Aku membelek-belek telefon di tangan. Samsung Galaxy SIII yang baru beberapa bulan dibeli. Sebelum ini aku menggunakan Samsung Galaxy SII yang sekarang sudah menjadi milik Zura. Padahal Zura memang sudah ada telefon pintar, Sony Xperia Neo. Malangnya, Xperia hanya boleh buat panggilan video melalui software internet. Zura sering buat panggilan video dengan ibu dan adik beradiknya. Jadi tanpa fungsi panggilan video secara langsung macam yang ada di Samsung Galaxy SII/III, memang susah kerana tidak semua orang suka guna Skype. Aku sudah lupa SIII ini telefon yang ke berapa. Biar aku senaraikan telefon bimbit yang pernah aku guna sekadar yang aku ingat; Samsung Galaxy SIII Samsung Galaxy SII Nokia E66 Samsung L700 Motorola SLVR L7 Nokia 3310 Nokia 3250 Nokia 1100 Alcatel One Touch Pocket Motorola C350 Motorola CD928 SonyEricsson K700i Blackberry 8250 Itu yang aku ingat. Mungkin ada lagi. Banyak juga rupa-rupanya. Nokia E66 masih ada di rumah tetapi sudah rosak akibat termasuk air. Mungkin

Untuk Sepuluh Tahun Lagi Dan Seterusnya

Aku sebenarnya bukan tiada masa untuk menulis di sini. Banyak masa dan banyak perkara yang boleh ditulis. Kehendak itu saja tiada. Suatu masa dulu aku menulis kerana jiwa ini kosong. Hidup ini juga kosong. Ketika itu. Sekarang hidup ini dipenuhi dengan insan tersayang; Zura dan Qaseh. Kalau boleh setiap detik bersama mereka hendak aku lakarkan di sini. Tetapi cuma setakat itu; hanya hasrat. Bila tiba masa hendak menulis, aku tidak melakukannya. Aku fikir apa yang aku tulis sekarang adalah sebagai legasi untuk Qaseh dan mungkin adik-adiknya nanti. Atau mungkin hingga ke cucu cicit mereka. Seperti sebuah kapsul masa. Sama seperti ketika aku membaca nota-nota tulisan arwah Tok Ismail. Aku cemburu dengan mereka yang menulis diari. Mereka yang tekun dan berdedikasi mencatat perjalanan hidup mereka sehari-hari. Orang seperti aku tidak mungkin akan menerbitkan sebuah buku biografi peribadi yang menjadi bacaan ramai orang. Namun begitu sekurang-kurangnya anak cucu aku nanti mungkin dapat menik

Asma

Tolak tepi dulu kerja kerana otak sudah jammed. Memang agak stress dengan kerja, ditambah pula dengan ekspektasi bos yang melampau dan membandingkan dengan perkara yang bukan-bukan. Graphics design is art, and you cannot rush art. 10 hari merancang untuk menulis di blog ini. Hari ini aku memaksa diri mencuri waktu demi menenangkan jiwa dan gelodak hati akibat tekanan kerja. Pertama, Qaseh disyaki doktor mengalami simptom-simptom berkaitan asma. Punca paling jelas adalah akibat beliau sering selsema dan batuk. Kesan dan selsema dan batuk berpanjangan ini yang menyebabkan asma berlaku. Kata doktor, ianya trauma dan badan cuba menghalang penyakit dari terus berlaku, sebaliknya menimbulkan masalah lain pula. Orang kata ianya berpunca dari sejuk (tidak pakai stokin waktu malam/tidur, udara sejuk dan lain-lain). Sebenarnya rumah kami tidak sejuk. Itu realitinya. Ada waktunya kami terpaksa pasang dua kipas semata-mata untuk tidak berpeluh ketika tidur. Bukan untuk sejuk, tetapi untuk tidak be

Ohoiii... Hei!!

This is what happens when you disturb my peaceful weekend; Stupid politics!

Qaseh VS Papa - 1