Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014

Menganjak Usia

Kurang setengah bulan menjelang 2015. 2015 nanti, aku berusia 40 tahun. Orang kata hidup bermula pada usia 40 tahun. Aku tidak faham apa maksudnya. Mungkin berkaitan dengan fasa 'settle down' dan tumpuan kepada keluarga; membina keluarga. Atau mungkin maksudnya kita sudah benar-benar dewasa. Kalau di kalangan umat Islam, usia 40 tahun itu adalah tingkat di mana 2/3 daripada usia ini telah dicapai dan tinggal 1/3 lagi yang harus dilalui. Ini kerana Nabi Muhammad wafat di usia 63 tahun. Jadi bagi umat Islam, usia lebih daripada itu adalah ujian atau anugerah Allah. Sedikit sebanyak aku dapat rasakan kudrat di usia 40 tahun ini tidak lagi sekuat dahulu lagi. Sudah terasa risau dengan segala penyakit yang mungkin melanda. Lebih 20 tahun tidak menjaga diri, inilah akibatnya. Banyak yang belum dicapai dan masih terkapai-kapai mengejar. Hidup ini bukan mudah. Ianya sebuah perjalanan yang penuh dugaan. InshaAllah jika diizinNya, tahun hadapan keluarga kecil kami ada

Aku dan Sesuatu

Hari ini hari Khamis. Hari cuti umum di negeri Selangor. Tetapi aku di Putrajaya bekerja, walaupun menetap di Selangor. Jalan lengang bila ke pejabat awal pagi tadi. Tidak banyak kenderaan seperti kebiasaan. Cuma satu perkara yang sentiasa ada apabila di jalanraya. Sikap pemandu yang tidak bertimbang rasa dan egoistik. Aku berharap dalam masa terdekat, mungkin lima hingga 10 tahun dari sekarang, kereta pandu sendiri akan menjadi realiti. Kemudian, 20 tahun dari sekarang, manusia secara peraturannya, dilarang sama sekali untuk memandu di jalan-jalan utama. Ini kerana manusia dalam apa keadaan pun, sering dikuasai oleh emosi dan ego. Sukar untuk memisahkan sifat tersebut dari diri manusia termasuk ketika memandu. Maka kereta pandu sendiri (driveless automobiles) adalah penyelesaian yang selamat untuk ini. Aku mahu lihat di jalanraya utama kenderaan dipandu oleh robot/komputer menggunakan sistem canggih yang boleh menghindar dari terjadinya kemalangan dan kelewatan untuk tiba ke d

Dugaan November

Minggu lepas Qaseh diserang demam campak. Pada mulanya kami syaki dia kena demam denggi kerana badannya kejap panas, kejap sejuk. Simptom biasa demam denggi. Ini kerana beberapa minggu lalu, mamanya, Zura baru pulih dari demam denggi. Jadi tidak mustahil Qaseh juga disangka mengalami keadaan sama. Jadi pulang dari kerja, aku dan Zura terus bergegas membawa Qaseh ke Pusat Perubatan Universiti Malaya. Setelah diperiksa dan doktor mengambil sampel darah Qaseh, keputusannya negatif. Tiada tanda-tanda denggi. Doktor hanya mengatakan ianya mungkin jangkitan viral yang biasa berlaku. Kami menarik nafas lega. Bukan denggi seperti yang kami risaukan. Balik dari hospital, Qaseh nampak masih lemah dan seperti kesakitan. Kami dapati juga di bahagian kaki dan mulutnya timbul bintik-bintik kecil kemerahan. Mulalah kami sangka mungkin Qaseh sebenarnya menghidap penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Qaseh pernah alaminya tidak lama dulu walaupun tidak serius. Kami yakin ianya HFMD kerana seh

Aku dan Sesuatu

Bila memandu, ada waktunya aku lebih sukakan jalan berliku laluannya dihiasi pepohon yang menghamparkan bayang-bayang di sepanjang jalan. Ketika itu, disulami irama yang mendamaikan aku dapat rasakan sebuah ketenangan. Waktu bujang dulu, itulah perkara yang paling kerap aku lakukan. Kerana aku tidak pernah ada sahabat karib atau teman rapat. Malah aku sebenarnya tidak ada sahabat untuk berhujung minggu bersama-sama seperti orang lain. Hidup di penghujung hari selepas kerja atau di hujung minggu adalah sendiri. Ke mana-mana sendiri. Hingga pernah bercuti seorang diri di Langkawi. Itulah pertama kali aku ke Langkawi. Seorang diri. Maka aku lebih banyak berdiam diri dari bercakap. Aku jadi pendiam kerana keadaan. Banyak waktu-waktu bisu ini aku penuhi dengan fotografi dan membaca. Pantai Klanang Kini aku terkesan dengan keadaan ini. Ketika ini Qaseh semakin membesar dan semakin betah berbicara. Ada waktunya aku dan Zura langsung tidak faham apa yang diluahkan oleh Qaseh. Ada waktunya dia

21 Tahun Lalu; Sebuah Lagu & Walkman

Tiba-tiba aku teringat sebuah lagu lama, Waktu itu tahun 1993, ketika aku bekerja sementara di sebuah syarikat jual broker saham di Kuala Lumpur selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia. Kerja sementara yang sangat mewah. Walaupun gaji hanya sekitar RM500 saja ketika itu tetapi ianya sudah cukup banyak, ditambah lagi dengan klaim kerja lebih masa yang boleh dikatakan hampir setiap hari aku perlu lakukan. Dapat duit gaji, antara perkara pertama yang aku buat adalah membeli sebuah 'walkman'. Aku membeli sebuah 'walkman' jenama Aiwa berharga hampir RM400. Kalau ikut nilai sekarang, mungkin lebih RM1200. Hanya untuk sebuah 'walkman'. Aku lupa model mana satu dan ingat-ingat lupa bagaimana bentuknya tetapi aku ingat ianya nipis dan ada pek bateri luaran yang ketika itu merupakan sesuatu yang canggih. Salah satu kaset yang aku beli ketika itu adalah album Jon Secada, penyanyi Amerika Latin yang berasal dari Cuba. Ia merupakan album Bahasa Inggeris pertama beliau. Dari m

Sijil, Cahaya Senja dan Menanti Petang

Satu lagi hari. Satu lagi majlis. Satu lagi sijil yang diberikan. Mungkin harga hasil kerja ini cuma sekadar sekeping sijil. Untuk apa sijil ini, aku tidak tahu. Kalau timbunan sijil yang diterima sejak 10 tahun ini dapat membeli sesuatu, mahu saja aku jualkan semuanya. Sudah tidak ada ruang dalam fail sampul sijil untuk disimpan sekeping lagi. Kerja yang aku buat sebenarnya memang menyeronokkan. Ada kala ianya sangat mencabar dengan karenah pengurusan yang mahukan sesuatu yang tidak masuk akal. Ada waktu ianya membosankan kerana dirasakan terlampu mudah dan tidak memberi cabaran yang sebenar. Tapi dalam masa lain, aku sentiasa harapkan apa yang aku buat ini dapat memberi pulangan yang setimpal. Namun begitu apa yang sering aku terima adalah sekeping sijil. Itu saja. Seorang staf yang aku latih untuk membuat kerja-kerja reka bentuk majalah kelmarin mengeluh. Katanya kerja menghasilkan majalah bukanlah kerja yang mudah dan sangat meletihkan akal fikiran. Hakikatnya be

Dugaan Seminggu

Seminggu aku berulang alik ke hospital kerana Zura diserang demam denggi. Hospital hanya sepelaung dari rumah. Itu memudahkan sedikit perjalanan namun dalam keadaan begitu, aku masih terasa keletihan ke sana sini mencari penawar alternatif untuk Zura. Aku cari air pucuk daun betik kerana terdapat kajian yang membuktikan air pucuk daun betik mampu meredakan panas akibat demam denggi dan meningkatkan platlet darah. Sekarang air pucuk daun betik ada dijual secara komersial. Lihat sini, http://juspucukbetik.blogspot.com/ Harga agak berpatutan, RM12 (aku dapat harga RM10) sebotol dan kena habiskan sekurang-kurangnya sebotol sehari. Pengedar sarankan aku beli empat botol sekaligus. Namun begitu aku beritahu aku ingin mencuba dua botol terlebih dahulu. Tidak lama selepas beli, sepupu Zura mengirim mesej mengatakan suaminya sudah sediakan jus daun betik yang dipetik dari laman rumah. Pati daun betik yang dicampur madu. Cukup untuk beberapa hari.  Aku cuba juga cari sup ketam untuk Zura. Zura m

Menanti Hujung Minggu

Sekelip mata penghujung minggu tiba. Waktu terasa berlalu begitu pantas. Esok november menjelang tiba. Setahun lagi waktu bakal dilalui dan ditinggal pergi. Aku seperti tidak sempat mengejar apa-apa buat masa ini. Tahun hadapan aku menjejak usia 40 tahun. Empat puluh tahun. Sungguh lama walaupun terasa begitu sekejap tibanya. Mana perginya dekad-dekad yang aku tempuhi sebelum ini? Qaseh hanya baru berusia dua setengah tahun. Empat puluh tahun. Lama. Sungguh lama. Aku doakan agar 20 tahun dari sekarang aku masih ada untuk melihat Qaseh membesar gembira dan bahagia. Aku pasti akan merindui saat-saat jari tangan ini ditariknya, mendesak aku mengikut kemana saja dia pergi untuk bermain; di rumah dan di mana saja. Dia sudah menjadi begitu bijak sekarang. Kelmarin dia buat tipu daya terhadap aku. Aku pasang suis mesin pembersih udara. Dia tutup. Aku pasang kembali dan aku cuba halang dari dia menutupnya. Dia berlari ke kanan dan ke kiri cuba mencari ruang untuk jarinya menek

Hujung Minggu

Selamat berhujung minggu. Moga damai hendaknya hidup kita sepanjang masa.

Bila Damai Di Hadapan Mata

Aku asyik membaca catatan lama di blog ini. Nampak lebih bersantai dan lebih banyak idea ketika itu. Sudah ada lebih 1,500 posting di sini. Sudah banyak yang aku lupa. Bila dibaca kembali, aku tersenyum sendirian. Aku sedari banyak perkara yang sudah berubah. Aku tidak lagi berbicara hal politik. Aku sendiri tidak mahu menulis mengenainya lagi. Aku tidak mahu tempat ini jadi medan tempur perbalahan pendapat. Tidak ada lagi cerita mengenai Asyikin yang kerap ditulis di sini suatu ketika dulu. Tidak ada lagi lakaran alam melalui potret-potret yang aku rakam melalui lensa kamera. Kamera itu pun telah aku jual. Hanya ada kamera telefon yang lebih kerap merakam karenah dan keceriaan si kecil kesayangan, Qaseh Nurzahra. Sesungguhnya aku rindu saat apabila ada kamera DSLR di genggaman tangan setiap masa. Ruang alam ini terlalu indah untuk dibiarkan begitu saja. InshaAllah jika ada rezeki, aku mahu membeli kembali sebuah kamera DSLR. Cukup dengan sebuah lensa asas agar dapat aku cerap momen-mo

Irama Penghias Jiwa

Memandu kereta pergi pulang dari kerja setiap hari boleh menimbulkan rasa bosan. Tambahan jika jarak perjalanan itu mencecah 50 kilometer sehari dan sering menempuh kesesakan. Ubat atau penawarnya adalah siaran-siaran radio yang berkumandang. Namun begitu ada satu tahap di mana siaran radio ini juga sudah tidak lagi mampu membendung rasa bosan. Tambahan pula jika hampir setiap masa disumbat dengan lagu-lagu rap melayu yang aku ragui kenapa ianya begitu kerap dimainkan di corong radio sedangkan peminatnya tidaklah begitu ramai. Kualitinya juga, meh... Nasib juga sistem hiburan dalam kereta (ICE - In Car Entertainment) kereta aku menyokong penggunaan USB dan boleh memainkan lagu-lagu dalam bentuk MP3. Maka aku download lagu-lagu seperti ini; atau; dan beberapa genre lagu lain, kebanyakkannya instrumental. Aku mainkan lagu-lagu ini mengikut mood aku sewaktu memandu. Sekiranya matahari senja sedang berlabuh dan melimpahkan cahaya jingga yang indah, lagu instrumental paling sesuai, seperti

Membina Kreativiti & Imaginasi Qaseh

Tempohari aku berhasrat nak belikan Qaseh sebuah set permainan Playdoh. Aku fikir dengan usianya semakin meningkat, dia perlu diberi permainan yang memerlukan kreativiti dan imaginasi. Playdoh iaitu permainan tanah liat (plasticine) aku fikir adalah permainan yang baik untuk membina imaginasi dan kreativiti Qaseh. Semalam aku akhirnya belikan dia sebuah set Playdoh. Aku beli set asas yang mempunyai beberapa acuan tekan dan beberapa playdoh berwarna warni. Menariknya dari pemerhatian aku, Qaseh seperti sudah tahu apa yang hendak dilakukan dengan permainan ini. Zura tunjukkan beberapa contoh dengan menggunakan acuan. Qaseh seterusnya meniru perbuatan tersebut dan cuba hasilkan karya menggunakan acuan yang diberikan. Lama kelamaan Qaseh jadi semakin kreatif dan berimaginasi. Dia gunakan Playdoh itu sebagai bahan untuk dia bermain 'masak-masak'. Lalu bongkah tanah liat dipotong-potong menggunakan pisau plastik membentuk seperti 'makanan' yang kemudiannya cuba

Blog Note ~ Tukar Font

Tempohari aku tukar font blog ini dari Josefin Sans kepada font lain. Rupa-rupanya bila dilihat menggunakan komputer lain, Josefin Sans gagal dipaparkan dengan baik. Takpelah. Ingat suatu waktu dulu lagilah terhad jenis font yang boleh digunakan di internet. Masa buat website dulu, aku siap sertakan fail font yang aku guna di website supaya orang boleh download dan install dalam PC mereka. Bercakap hal website, aku pernah ceritakan yang aku ada website sendiri. Ya, ada. Sudah lama. Kalau tak salah aku sejak tahun 1999. Lama kan? Dulu lainlah ceritanya. Mana ada blog dan Facebook untuk papar informasi mengenai kita. Malah Friendster, Tagged atau MySpace pun belum ada. Cuma ada website dan kena buat sendiri atau guna template tahap tadika yang disediakan oleh website hosting (terutama yang percuma) seperti Geocities atau Xoom. Sekarang dua-dua website tu pun dah berkubur. Jadi kalau nak intai-intai website aku yang terakhir aku update, tengok sini, fross.8m.com/index.html Anyway, semuany

Who Do You Think You Are?

Pernah menonton siri TV bertajuk 'Who Do You Think You Are?'? Siri TV yang bermula di United Kingdom ini membawa penonton bersama-sama perjalanan seorang selebriti/tokoh terkenal dalam setiap episod di UK untuk mencari asal usul hidupnya; dari mana dia berasal dan lebih utama, siapakah nenek moyang mereka. Ianya sebuah siri TV yang cukup menarik kerana hampir semua tokoh yang dipaparkan pada setiap episod sering berasa teruja dan terkejut dengan kenyataan kehidupan keluarganya di masa lalu. Contohnya, Billy Connolly (Sila Google siapa dia) yang asalnya begitu berbangga dengan darah kelahiran Irishnya turut berbangga dengan dirinya sebagai seorang Scottish yang berasal dari Glasgow, tidak menyangka bahawa nenek moyang ada yang berdasar keturunan India. Melalui siri ini, dia mengembara dari Glasgow hingga ke daerah terpencil di India untuk melihat sendiri rekod-rekod pendaftaran nenek moyangnya yang masih tersimpan elok. Aku juga sempat menonton siri yang sama, versi USA mengenai

Kerja Sebagai Suatu Ibadah ~ Sebuah Penilaian.

Tempohari aku menulis sebuah komentar di Facebook Group staf pejabat. Aku mengenangkan kembali saat waktu kakitangan bawahan yang bekerja di pejabat dihargai dan diberi peranan yang penting dalam menjayakan misi untuk menjadi sebuah agensi yang cemerlang. Aku membandingkan suasana masa kini di mana hanya kakitangan di peringkat atasan yang memperoleh kredit secara langsung, sementara pekerja bawahan cuma dihadiahkan sekeping sijil sebagai kenangan. Itulah realitinya sekarang di pejabat ini. Komentar tersebut mendapat banyak respon. Ada yang bersetuju (majoriti) dan ada yang kurang bersetuju. Namun aku tertarik dengan satu dua respon yang diperolehi. Mereka ini memberi respon yang aku anggap adalah 'kill switch' untuk pemikiran manusia. "Anggaplah kerja sebagai ibadah dan setiap perbuatan itu ada balasannya di sisi Allah". Dalam erti kata lain, bersyukurlah dengan apa yang diperolehi. Tidak perlu meminta-minta lebih dari itu lagi. Ikhlasnya aku bersetuju dengan niat da

Qaseh Pengubat Rasa

Sudah terlalu lama aku tinggalkan ruang ini. Suatu masa dulu sinilah jadi tempat aku mengadu rasa hati yang dalam terpendam. Mungkin kerana hidup aku lebih gembira dengan isteri dan anak tersayang sekarang. Atau mungkin juga kerana Facebook. Sembilan bulan berlalu tanpa bicara; Qaseh Nurzahra sudah menjejak usia dua setengah tahun. Sudah pandai berkata-kata, sudah pandai merajuk, sudah pandai meminta-minta, sudah pandai serba serbi. Masa sungguh pantas berlalu. Tak terkejar aku dengan pantasnya Qaseh membesar. Hari demi hari ianya seperti lakaran yang semakin luas ruangnya untuk aku gapai setiap inci keindahannya. Tuhan anugerahkan aku suatu yang sangat istimewa dan aku lihat ianya semakin mekar dan harum setiap ketika. Life is trully beautiful. Isteriku tersayang, Maszura berkata, tunggulah biar Qaseh sudah bijak sedikit lagi sebelum merancang untuk mendapatkan adik. InshaAllah. Kami tidak pernah puas dengan Qaseh. Belum lagi. Mungkin untuk selamanya belum. Setiap detik

Tiga Hari Mengejar Kesabaran

Jumaat tempohari, balik dari kerja, Zura tunjukkan beberapa keputihan di dalam mulut Qaseh. Cepat-cepat aku rujuk internet dan aku dapati ianya dikenali sebagai Thrush atau dalam bahasa Melayu, Kulat Susu. Semakin lama ianya semakin merebak dan akhirnya seluruh mulut Qaseh dipenuhi dengan kulat susu. Doktor berikan kami ubat sapu untuk Qaseh dan beritahu kami ianya akan mengambil masa untuk pulih. Sabtu dan Ahad kami hanya duduk di rumah melayan karenah Qaseh yang meragam sepanjang masa. Makan minum terpaksa diberi secara paksa kerana beliau berasa sakit setiap kali makan. Kami sapukan Teething Gel untuk mengurangkan rasa sakit. Sepanjang Qaseh sakit, inilah kali permata dia meraung sepanjang malam. Tidur 30 minit, terjaga dan meraung. Aku dan Zura bergilir-gilir menjaganya. Selalunya dulu kalau Qaseh sakit, dia hanya akan mahu kepada Zura. Dia akan memerap pada mamanya. Tetapi kali ini dia mahu memerap dengan aku. Jadi sehari dua ini aku langsung tak cukup tidur melayan Qaseh yang tak

Tidur, Senaman dan Kerja

Dari sehari ke sehari aku alami masalah untuk lena tidur waktu malam. Tambahan pula Qaseh sekarang sangat kerap tidur lewat. Kadang-kadang kami tidur hampir jam 3 pagi. Itu pun aku masih terkial-kial untuk lena. Anxious mungkin. Perasaan tidak tenteram dalam diri ini. Jadi badan semakin lemah dan semakin memberat kerana metabolisme tidak berfungsi dengan betul. Beberapa hari lalu aku kembali berusaha untuk diet dan bersenam. Aku download video dan informasi mengenai diet dan senaman. Mulanya aku tertarik dengan kaedah diet Atkins. Ianya sejenis diet protien di mana kita utamakan protein dan tinggalkan karbohidrat. Aku cuba sehari. Memang boleh buat tetapi ianya sungguh tidak menyenangkan. Makan tetapi masih terasa lapar, itulah realitinya. Ada juga risiko sekiranya aku teruskan diet Atkins. Aku sedang alami tekanan darah yang agak tinggi. Kalau aku makan protein sepanjang masa, rasanya tekanan akan lebih tinggi. Jadi aku baca balik beberapa artikel lain mengenai proses penurunan berat

Pertama, 2014

Dua Ribu Empat Belas. Tahun baru. Tahun ke-39 hidup aku. Tahun ke-3 perkahwinan aku dengan Zura. Tahun ke-2 Qaseh. Aku tidak pernah ada azam tahun baru seperti sesetengah orang lain. Hidup ini berlalu seperti biasa. Tahun ini juga merupakan tahun ke-12 aku bekerja di sini, di tempat ini. Sudah lama. Sudah hampir 1/3 hidup aku di sini. Tanpa apa-apa kejayaan yang jelas. Mungkin aku perlu jalan yang baru. Jalan yang lebih menguntungkan secara kewangan. Itu lebih penting buat masa ini. Kalau Qaseh hendak ada adik sekalipun, kewangan perlu difikirkan. Kos hidup di bandar besar sekarang terlalu tinggi untuk berasa selesa untuk penjawat awam seperti aku. Hidup boleh tetapi seperti kais pagi makan pagi... Syukur juga ada kerja-kerja grafik sambilan yang memberikan sumber kewangan sedikit sekali sekala. Cukup untuk melunaskan hutang dan membeli keperluan. Itu azam ke? Entahlah. Mungkin juga. Sebuah harapan yang memerlukan usaha. InshaAllah aku cuba buat yang terbaik untuk tahun ini dan hari-ha