Langkau ke kandungan utama

Catatan

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Catatan terbaharu

Secoret Kenangan Buat Masa Hadapan

Ramadan sudah separuh dilalui. Aku masih belum kurus. Nampaknya makin tua, metabolisme makin kurang. Melainkan aku senaman. Timbul masalah. Aku tidak bersenam, kecuali buat kerja-kerja rumah sekali sekala. Kasut sukan New Balance aku sudah lama dibuang kerana tapaknya sudah tertanggal. Bila aku beli kasut tersebut? Rasanya hampir 10 tahun. Aku perlu dapatkan kasut sukan baru. Lepas raya ini aku ada dua bulan untuk bersenam tanpa perlu risau balik awal ke rumah lepas kerja. Anak isteri akan bercuti di kampung sepanjang tempoh itu. Ogos nanti aku menanti kehadiran anak kedua, inshaAllah. Lelaki. Jadi cukup sepasang. Syukur. Tidak ada apa yang lebih bermakna dari semua ini. Aku akan cuba sebaik mungkin untuk membesarkan mereka agar menjadi insan yang baik. Qaseh pun sudah semakin besar dan makin 'banyak akal'nya. Makin bijak dan petah berkata-kata. Ada waktu terasa seperti tidak terkejar proses pembesaran Qaseh. Ada saja perkara baru yang dipersembahkan kepada mama dan

Cerita Hal Sampah

Secara jujurnya, aku seorang designer amatur. Tidak ada pendidikan secara rasmi. Aku belajar sendiri. Selongkar maklumat di mana saja untuk memahirkan diri aku. Hendak dikata mahir, jauh sekali. Tambahan pula aku rabun warna jadi mungkin tidak akan mahir seperti orang lain. Tapi bila aku design sesuatu, poster contohnya, aku sangat menitik berat mengenai apa yang aku design. Aku ambil berat dengan warna yang aku guna kerana aku mahu memastikan sesiapa saja boleh melihatnya tanpa sebarang masalah. Aku ambil berat dengan penggunaan typeface (font) kerana aku mahu orang mudah membacanya dari sudut mana pun ianya dilihat. Aku ambil berat penampilan keseluruhan termasuk dari segi bahasa. Bila sebuah poster promo produk pejabat aku dipapar di laman media sosial rasmi pejabat, aku jadi terkilan. Pertamanya, design sangat buruk. Ianya caca marba tanpa peduli kesan dan impak kepada pembaca. Maksudnya ikut sedap orang yang buat saja. Lebih menyakitkan hati bila tatabahasa yang digunakan

Dua Bulan Dari Sekarang

Sudah Jun, 2015. Pantasnya masa berlalu. Tinggal lagi dua bulan, inshaAllah cahaya mata kedua kami akan hadir di dunia ini. Semoga dipermudahkan segala urusan. Kalau ditanya Qaseh, dia tidak kisah. Malah dia sebenarnya sukakan bayi. Dia akan cuba belai dan cium jika ada kesempatan. Aku pasti Qaseh akan jadi seorang kakak yang baik. Tidak banyak persediaan yang kami buat untuk menyambut cahaya mata baru nanti. Hampir barang keperluan sudah ada dan masih dalam keadaan baik. Mungkin cuma perlu dibeli beberapa helai baju baru sahaja. Ramadan pun bakal tiba tidak lama lagi. Tahun ini kami berdua membeli keperluan hari raya lebih awal. Zura sudah semakin sarat dan tidak mungkin mampu menempuh sesak orang ramai nanti. Jadi biarlah bersedia dari awal. Aku sendiri tidak akan beli baju melayu baru. Aku akan pakai baju melayu yang sudah berusia lebih 5 tahun. Aku tidak mahu membazir. Baju melayu raya tahun lepas pun tidak pernah disentuh sejak raya tahun lepas. Jadi tahun ini pak

Makan

Hidup kami sekeluarga di rumah sentiasa santai. Zura bila balik dari kerja tidak terburu-buru untuk sediakan bermacam lauk untuk dimakan. Sebaliknya aku lebih senang biarkan Zura masak makanan yang paling mudah dimasak. Sama ada bihun goreng, nasi goreng atau sekadar roti dengan salad, itu sudah mencukupi untuk kami sekeluarga mengalas perut. Namun sekali sekala Zura hidangkan kami dengan masakan yang istimewa. Semalam kami makan Salmon goreng yang diserikan dengan kentang lenyek, sayur kobis dan asparagus. Semuanya homemade. Itu yang terbaik. Jika ada kesempatan waktu terutama di hujung minggu, Zura akan sediakan laksa, makanan kegemaran kami berdua. Jika terlebih rajin, mungkin ada nasi lemak atau laksam Kedah. Semuanya sangat menyelerakan. Ada waktunya bila balik dari kerja, Zura mengadu kepenatan setelah seharian bekerja di pejabat, aku sering beritahu dia tidak perlu masak apa-apa. Cukuplah sekadar ada roti dengan kaya atau peanut butter. Ianya sudah memadai. Lain pula

Permainan Komputer - OpenTTD

Walaupun aku sudah berusia 40 tahun, aku masih berminat dengan permainan komputer (PC Games). Anehnya, sejak dulu aku tidak pernah minat dengan games bercorak ganas dan seram yang popular. Paling ekstrem adalah Unreal Tournament dan aku bermain tersebut kerana waktu aku bekerja di sebuah Cyber Cafe. Sebaliknya aku lebih berminat kepada games berbentuk strategi dan simulation. Games yang aku masih main dari dulu hingga kini adalah Transport Tycoon Deluxe, Civilization, SimCity dan Football Manager. Aku sedang sibuk bermain OpenTTD iaitu Transport Tycoon Deluxe versi open platform yang dibangunkan oleh peminat games asal tersebut. Jadi untuk kali ini aku akan ceritakan mengenai OpenTTD. OpenTTD OpenTTD adalah games pengurusan pengangkutan di mana kita bertanggungjawab untuk mengendali sebuah syarikat pengangkutan yang boleh beroperasi menggunakan apa saja bentuk pengangkutan di darat, laut dan udara. Tugas utama kita adalah untuk menyediakan pengangkutan dari poin A ke poin B d

Kampung Halaman

Hujung minggu lalu kami sekeluarga pulang ke Kuala Kangsar. Sudah lama tidak menghabiskan masa beberapa hari di Kuala Kangsar di hujung minggu. Lima hari di Kuala Kangsar seperti tidak terasa langsung. Sedar-sedar sudah di penghujung cuti. Namun begitu, perkara yang paling menyenangkan aku adalah bila Qaseh mudah mersa dengan nenek, pakcik dan makciknya. Kalau dulu, jangan hendak didukung, hendak bercakap pun tidak mahu. Sekarang sudah pandai bermain dan bergurau dengan pakcik dan makciknya. Kami tidak ke mana-mana pun. Sekadar di rumah berehat dan menghabiskan masa bersama keluarga. Petang aku bawa Qaseh ke kolam renang kerana sejak beberapa ketika dia sering meminta untuk berenang. Kuala Kangsar ada kolam renang awam dengan bayaran masuk sebanyak RM2. Cukup murah dan selesa. Walaupun kolam renang kanak-kanak rosak dan sedang dibaiki, ianya tidak mengapa. Qaseh lebih selesa berenang di kolam renang biasa. Dia sudah semakin cekap berenang dan menggerakkan kakinya. Makcikny