Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Maszura

Makan

Hidup kami sekeluarga di rumah sentiasa santai. Zura bila balik dari kerja tidak terburu-buru untuk sediakan bermacam lauk untuk dimakan. Sebaliknya aku lebih senang biarkan Zura masak makanan yang paling mudah dimasak. Sama ada bihun goreng, nasi goreng atau sekadar roti dengan salad, itu sudah mencukupi untuk kami sekeluarga mengalas perut. Namun sekali sekala Zura hidangkan kami dengan masakan yang istimewa. Semalam kami makan Salmon goreng yang diserikan dengan kentang lenyek, sayur kobis dan asparagus. Semuanya homemade. Itu yang terbaik. Jika ada kesempatan waktu terutama di hujung minggu, Zura akan sediakan laksa, makanan kegemaran kami berdua. Jika terlebih rajin, mungkin ada nasi lemak atau laksam Kedah. Semuanya sangat menyelerakan. Ada waktunya bila balik dari kerja, Zura mengadu kepenatan setelah seharian bekerja di pejabat, aku sering beritahu dia tidak perlu masak apa-apa. Cukuplah sekadar ada roti dengan kaya atau peanut butter. Ianya sudah memadai. Lain pula...

Dugaan November

Minggu lepas Qaseh diserang demam campak. Pada mulanya kami syaki dia kena demam denggi kerana badannya kejap panas, kejap sejuk. Simptom biasa demam denggi. Ini kerana beberapa minggu lalu, mamanya, Zura baru pulih dari demam denggi. Jadi tidak mustahil Qaseh juga disangka mengalami keadaan sama. Jadi pulang dari kerja, aku dan Zura terus bergegas membawa Qaseh ke Pusat Perubatan Universiti Malaya. Setelah diperiksa dan doktor mengambil sampel darah Qaseh, keputusannya negatif. Tiada tanda-tanda denggi. Doktor hanya mengatakan ianya mungkin jangkitan viral yang biasa berlaku. Kami menarik nafas lega. Bukan denggi seperti yang kami risaukan. Balik dari hospital, Qaseh nampak masih lemah dan seperti kesakitan. Kami dapati juga di bahagian kaki dan mulutnya timbul bintik-bintik kecil kemerahan. Mulalah kami sangka mungkin Qaseh sebenarnya menghidap penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Qaseh pernah alaminya tidak lama dulu walaupun tidak serius. Kami yakin ianya HFMD kerana seh...

Dugaan Seminggu

Seminggu aku berulang alik ke hospital kerana Zura diserang demam denggi. Hospital hanya sepelaung dari rumah. Itu memudahkan sedikit perjalanan namun dalam keadaan begitu, aku masih terasa keletihan ke sana sini mencari penawar alternatif untuk Zura. Aku cari air pucuk daun betik kerana terdapat kajian yang membuktikan air pucuk daun betik mampu meredakan panas akibat demam denggi dan meningkatkan platlet darah. Sekarang air pucuk daun betik ada dijual secara komersial. Lihat sini, http://juspucukbetik.blogspot.com/ Harga agak berpatutan, RM12 (aku dapat harga RM10) sebotol dan kena habiskan sekurang-kurangnya sebotol sehari. Pengedar sarankan aku beli empat botol sekaligus. Namun begitu aku beritahu aku ingin mencuba dua botol terlebih dahulu. Tidak lama selepas beli, sepupu Zura mengirim mesej mengatakan suaminya sudah sediakan jus daun betik yang dipetik dari laman rumah. Pati daun betik yang dicampur madu. Cukup untuk beberapa hari.  Aku cuba juga cari sup ketam untuk Zura. Zu...

Menanti Hujung Minggu

Sekelip mata penghujung minggu tiba. Waktu terasa berlalu begitu pantas. Esok november menjelang tiba. Setahun lagi waktu bakal dilalui dan ditinggal pergi. Aku seperti tidak sempat mengejar apa-apa buat masa ini. Tahun hadapan aku menjejak usia 40 tahun. Empat puluh tahun. Sungguh lama walaupun terasa begitu sekejap tibanya. Mana perginya dekad-dekad yang aku tempuhi sebelum ini? Qaseh hanya baru berusia dua setengah tahun. Empat puluh tahun. Lama. Sungguh lama. Aku doakan agar 20 tahun dari sekarang aku masih ada untuk melihat Qaseh membesar gembira dan bahagia. Aku pasti akan merindui saat-saat jari tangan ini ditariknya, mendesak aku mengikut kemana saja dia pergi untuk bermain; di rumah dan di mana saja. Dia sudah menjadi begitu bijak sekarang. Kelmarin dia buat tipu daya terhadap aku. Aku pasang suis mesin pembersih udara. Dia tutup. Aku pasang kembali dan aku cuba halang dari dia menutupnya. Dia berlari ke kanan dan ke kiri cuba mencari ruang untuk jarinya menek...

Bila Damai Di Hadapan Mata

Aku asyik membaca catatan lama di blog ini. Nampak lebih bersantai dan lebih banyak idea ketika itu. Sudah ada lebih 1,500 posting di sini. Sudah banyak yang aku lupa. Bila dibaca kembali, aku tersenyum sendirian. Aku sedari banyak perkara yang sudah berubah. Aku tidak lagi berbicara hal politik. Aku sendiri tidak mahu menulis mengenainya lagi. Aku tidak mahu tempat ini jadi medan tempur perbalahan pendapat. Tidak ada lagi cerita mengenai Asyikin yang kerap ditulis di sini suatu ketika dulu. Tidak ada lagi lakaran alam melalui potret-potret yang aku rakam melalui lensa kamera. Kamera itu pun telah aku jual. Hanya ada kamera telefon yang lebih kerap merakam karenah dan keceriaan si kecil kesayangan, Qaseh Nurzahra. Sesungguhnya aku rindu saat apabila ada kamera DSLR di genggaman tangan setiap masa. Ruang alam ini terlalu indah untuk dibiarkan begitu saja. InshaAllah jika ada rezeki, aku mahu membeli kembali sebuah kamera DSLR. Cukup dengan sebuah lensa asas agar dapat aku cerap momen-mo...

Membina Kreativiti & Imaginasi Qaseh

Tempohari aku berhasrat nak belikan Qaseh sebuah set permainan Playdoh. Aku fikir dengan usianya semakin meningkat, dia perlu diberi permainan yang memerlukan kreativiti dan imaginasi. Playdoh iaitu permainan tanah liat (plasticine) aku fikir adalah permainan yang baik untuk membina imaginasi dan kreativiti Qaseh. Semalam aku akhirnya belikan dia sebuah set Playdoh. Aku beli set asas yang mempunyai beberapa acuan tekan dan beberapa playdoh berwarna warni. Menariknya dari pemerhatian aku, Qaseh seperti sudah tahu apa yang hendak dilakukan dengan permainan ini. Zura tunjukkan beberapa contoh dengan menggunakan acuan. Qaseh seterusnya meniru perbuatan tersebut dan cuba hasilkan karya menggunakan acuan yang diberikan. Lama kelamaan Qaseh jadi semakin kreatif dan berimaginasi. Dia gunakan Playdoh itu sebagai bahan untuk dia bermain 'masak-masak'. Lalu bongkah tanah liat dipotong-potong menggunakan pisau plastik membentuk seperti 'makanan' yang kemudiannya cuba ...

Qaseh Pengubat Rasa

Sudah terlalu lama aku tinggalkan ruang ini. Suatu masa dulu sinilah jadi tempat aku mengadu rasa hati yang dalam terpendam. Mungkin kerana hidup aku lebih gembira dengan isteri dan anak tersayang sekarang. Atau mungkin juga kerana Facebook. Sembilan bulan berlalu tanpa bicara; Qaseh Nurzahra sudah menjejak usia dua setengah tahun. Sudah pandai berkata-kata, sudah pandai merajuk, sudah pandai meminta-minta, sudah pandai serba serbi. Masa sungguh pantas berlalu. Tak terkejar aku dengan pantasnya Qaseh membesar. Hari demi hari ianya seperti lakaran yang semakin luas ruangnya untuk aku gapai setiap inci keindahannya. Tuhan anugerahkan aku suatu yang sangat istimewa dan aku lihat ianya semakin mekar dan harum setiap ketika. Life is trully beautiful. Isteriku tersayang, Maszura berkata, tunggulah biar Qaseh sudah bijak sedikit lagi sebelum merancang untuk mendapatkan adik. InshaAllah. Kami tidak pernah puas dengan Qaseh. Belum lagi. Mungkin untuk selamanya belum. Setiap detik ...

Tiga Hari Mengejar Kesabaran

Jumaat tempohari, balik dari kerja, Zura tunjukkan beberapa keputihan di dalam mulut Qaseh. Cepat-cepat aku rujuk internet dan aku dapati ianya dikenali sebagai Thrush atau dalam bahasa Melayu, Kulat Susu. Semakin lama ianya semakin merebak dan akhirnya seluruh mulut Qaseh dipenuhi dengan kulat susu. Doktor berikan kami ubat sapu untuk Qaseh dan beritahu kami ianya akan mengambil masa untuk pulih. Sabtu dan Ahad kami hanya duduk di rumah melayan karenah Qaseh yang meragam sepanjang masa. Makan minum terpaksa diberi secara paksa kerana beliau berasa sakit setiap kali makan. Kami sapukan Teething Gel untuk mengurangkan rasa sakit. Sepanjang Qaseh sakit, inilah kali permata dia meraung sepanjang malam. Tidur 30 minit, terjaga dan meraung. Aku dan Zura bergilir-gilir menjaganya. Selalunya dulu kalau Qaseh sakit, dia hanya akan mahu kepada Zura. Dia akan memerap pada mamanya. Tetapi kali ini dia mahu memerap dengan aku. Jadi sehari dua ini aku langsung tak cukup tidur melayan Qaseh yang tak...

Cerita Tujuh Hari

Tempohari Qaseh dimasukkan ke wad di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Puncanya kerana batuk berterusan dan penafasannya terganggu (wheezing) seperti sedang mengalami lelah. Aku dan Zura sudah sedia maklum, sekiranya Qaseh mengalami selsema dan batuk, potensi untuk Qaseh diberi nebulizer adalah besar. Namun begitu kali ini lebih membimbangkan. Ketika dibawa ke PPUM, suhu badan Qaseh mencecah 39 darjah selsius. Sangat tinggi dan berpotensi untuk terkena sawan. Setelah diberi nebulizer, doktor menasihati kami agar Qaseh diberi rawatan susulan di wad pedriatik. Maka selama tiga hari Qaseh dipantau dengan rapi oleh beberapa orang doktor dan jururawat. Aku terasa kagum melihat kegigihan para doktor dan jururawat di PPUM. Walaupun ada di antara mereka adalah doktor pelatih, namun dedikasi mereka tetap tinggi. Tidak seperti yang selalu digambarkan, tingkah perbuatan mereka terhadap Qaseh adalah lembut dan mesra. Sentiasa mengambil berat keadaan Qaseh dan kerana itu, aku ucapkan terima kasih ...

Salam Aidil Fitri 2013

Mencari Damai di Bukit Fraser

Dek kerana jerebu yang semakin serius, siang tadi aku bawa lari Zura dan Qaseh ke Bukit Fraser. Pertama kali aku ke sana. Tiba sudah lewat petang. Namun begitu, walaupun cuma sekadar untuk sejam dua, ianya sudah cukup untuk kami sekeluarga menghirup udara segar di sana. Cukup untuk membuat Qaseh nampak lebih selesa. Itu yang penting. Fraser memang mendamaikan. Suasananya sangat tenang. Jauh berbeza dengan Cameron Highlands. Aku fikir Bukit Fraser masih terpelihara daripada pembangunan berleluasa. Tidak ada ladang sayur yang dibuka di mana-mana. Mungkin faktor geografi yang kurang sesuai atau kawasan sekitar yang kebanyakkannya digazetkan sebagai hutan simpan kekal. Akses yang aku fikir lebih sukar berbanding ke Cameron Highland juga satu faktor. Jalan di sana sangat kecil. Mustahil bas-bas besar dapat terus sampai ke puncak dengan mudah. Untuk bercuti sambil menikmati suasana damai alam yang sejuk dan nyaman, Bukit Fraser adalah sangat sesuai. Kita tidak akan habis banyak duit di sana....

Selamat Hari Lahir Yang Pertama, Qaseh Nurzahra

1 April 2013, Qaseh Nurzahra berusia satu tahun. Terasa begitu pantas masa berlalu. Masih aku teringat ketika pertama kali aku menyambut kehadiran Qaseh, lebih kurang jam 3.30 pagi di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Ianya suatu perasaan yang tidak dapat digambarkan. Segalanya ada. Setahun berlalu dan Qaseh semakin membesar menjadi seorang manusia yang sungguh bijak dan penuh telatah dan karenah yang menghiburkan. Sepanjang tempoh setahun itu juga aku dan Zura pernah lalui saat-saat getir dan meresahkan ketika Qaseh tidak sihat, atau ketika melayan kehendak Qaseh yang masih belum mahu tidur di lewat malam walaupun kami sudah terlalu mengantuk dan keletihan. Qaseh adalah anak papa ketika bermain dan gembira dan anak mama ketika sakit dan mahu tidur. Kecil-kecil sudah pandai membahagi masa untuk papa dan mamanya. Tidak salah kami memilih nama Qaseh (atau Kasih) kerana itulah yang kami rasakan setiap masa ketika bersama Qaseh Nurzahra. Aku tidak mahu menjanjikan apa-apa yang besar atau ...

38 Tahun, 2 Hari

Kelmarin hari lahir aku yang ke-38. Kalau ikut tradisi tahun-tahun sebelumnya, pasti aku akan menulis di sini sehari dua sebelum atau pada hari tersebut. Ikut tradisinya juga, pada hari lahir aku, aku akan ke mana-mana restoran makanan segera, makan sambil membaca buku atau majalah atau novel. Biasanya restoran tersebut mestilah jauh dari tempat kebiasaan aku pergi. Aku pernah sambut hari lahir aku di KFC Sungai Pelek. Ya, sejauh itu. Rasanya semua itu akan hanya tinggal kenangan. Hari lahir aku kelmarin disambut bersama dua insan; Zura isteriku dan Qaseh, anakku.Ianya suatu pengalaman yang tidak dapat dicairkan dengan tulisan di sini. Kami tidak pergi ke restoran mewah atau membeli sebuah kek besar untuk diletak lilin di atasnya.  Kami cuma ke Restoran Strawberry di Petaling Jaya, restoran kegemaran kami. Kami pesan semangkuk tomyam seafood, telur dadar bersama daging ayam dan kailan ikan masin, jus tembikai untuk Zura dan air coklat untuk aku. Aku memesan sepotong kek tiramisu se...

Qaseh, Lapan Setengah Bulan Kemudian

Bila ada anak, macam-macam kerisauan yang timbul. Sakit sikit, risau. Kepala terhantuk lantai, risau. Menangis sikit, risau. Serba serbi risau. Aku dan Zura sudah lama tidak dapat menikmati tidur yang nyenyak. Aku lebih simpatikan Zura. Rasanya sejak ada Qaseh, beliau langsung tidak pernah lena tidur. Qaseh sehingga kini masih menyusu badan. Maka di tengah malam pasti Zura akan terjaga akibat rengekan Qaseh yang mahukan susu. Qaseh pula sering sakit; demam, selsema dan batuk. Doktor kata itu perkara biasa dan sakitnya tidak serius. Bayi yang minum susu ibu, pada enam bulan pertama memang mempunyai daya tahan badan yang tinggi. Tetapi selepas itu daya tahan itu akan berkurang. Qaseh selepas enam bulanlah baru sering mendapat sakit. Namun begitu, setiap kali berjumpa doktor, jawapannya adalah sama. Itu perkara biasa.  Kami bukan bawa Qaseh ke klinik biasa. Kami bawa ke pakar kanak-kanak. Bayarannya jauh lebih mahal tetapi itulah pengorbanan yang kami sanggup lakukan. Kami pernah bawa...

Kembali!

Sudah hampir dua bulan aku tidak menulis di sini. Kekangan kerja dan hal-hal lain menjadi alasan kenapa. Sukar hendak mulakan kembali kalau sudah lama tinggal. Aku tidak tahu dari mana atau apa yang hendak aku ceritakan. Kalau difikirkan, ada banyak tetapi mana satu yang perlu aku dahului? Apa pun, ini ringkasannya. Qaseh Nurzahra kini berusia lebih enam bulan. Lebih spesifiknya, 6 bulan, 17 hari. Qaseh sudah boleh meniarap dan berpusing sana sini. Sudah sering tersenyum dan ketawa dengan setiap interaksi kita dengannya. Sudah pandai mengambil hari papa dan mamanya dan sudah pandai merajuk dan mencari helah terhadap sesuatu yang tidak disukainya. Qaseh juga sudah mula diberi makan bubur nasi dan makan-makanan lain. Itu perkara yang paling disukainya. Makan. Jika tidak berhenti disuap, dia tidak akan berhenti makan. Apa saja mahu disumbat ke dalam mulutnya. Sambil menonton televisyen, dia akan menggigit sesungut atau jemari patung ulat beluncas kegemarannya. Kerja aku sekarang juga lebi...

Aidil Fitri Di Dua Kuala

Tahun ini pertama kali aku beraya di perantauan, jauh dari kampung halaman. Tidaklah jauh mana, sejauh Kuala Kedah saja. Rumah mertua. Ikut 'turn' seperti yang aku dan Zura rancangkan. Nasib baik juga perjalanan menghala ke Kuala Kedah perlu melintasi Kuala Kangsar terlebih dahulu. Maka, sebelum hari raya, aku singgah di Kuala Kangsar menziarahi ibu. Qaseh & Opah Qaseh yang pada mulanya merengek apabila didukung oleh opah, lama kelamaan menjadi biasa dan senang bergurau senda dengan opahnya. Syukur. Sekurang-kurangnya terubat hati opah melihat cucunya. Bersama Zura & Qaseh di Kampung Sematang, Kuala Kedah Tidak ada bezanya beraya di Kuala Kedah dan Kuala Kangsar. Rutinnya tetap sama. Solat sunat Aidil Fitri, maaf memaafi dan kunjungi saudara mara sebelah Zura. Cuma istimewanya tahun ini kami berdua menerima begitu banyak sampul duit raya! Terima bagi pihak. :D Qaseh Berhari Raya Ratusan ringgit duit raya Qaseh sudah diamanahkan oleh Zura kepada aku untuk disimpan di dal...

Selangkah Demi Selangkah - 4

Hidup ini perlu ada pengorbanan. Ada perkara perlu kita lepaskan pergi demi sesuatu yang lebih bermakna. Sudah dua bulan lebih aku tidak menonton filem di pawagam, suatu perkara yang paling aku suka lakukan sejak dulu lagi. Membaca review dan menonton trailer membuat hati berdetik dan tersentuh. Betapa dalam masa setahun hidup ini berubah dan berlalu begitu pantas. Mungkin buat masa ini aku masih terasa kehilangan nikmat itu. Lama nanti rasanya semua itu tidak akan dikisahkan lagi. Aku yakin hidup ini lebih gembira dan damai sekarang. Malam tadi ketika di atas katil sambil melihat si Qaseh lena di antara aku dan Zura, aku tersenyum. Biarlah segala perkara lain itu aku terlepas dan terpaksa tinggalkan. Aku ada si kecil ini yang menemani gelak tawa dan ceria hidup aku sekarang. Melihat Qaseh membesar sehari demi sehari merupakan suatu anugerah dan rakaman nostalgia hidup yang penuh bermakna. Penuh cerita-cerita baru yang selama ini aku tidak tahu akan aku laluinya nanti. Melihat si Qaseh...

Selangkah Demi Selangkah - 3

Cinta hati ini. Ada kalanya tulisan tidak dapat menggambarkan suasana. Hujung minggu yang dilalui terasa begitu damai kerana ada Zura dan Qaseh.  Walaupun ada bibit-bibit sukar yang terpaksa dilalui kami, ianya merupakan suatu pengalaman dan pengajaran yang terbaik buat kami. Kira-kira jam 2.00 pagi, Sabtu tempohari, aku dan Zura dikejutkan dengan tangisan Qaseh. Semakin lama semakin kuat. Pujukan tidak diendah, susu tidak dijamah. Apabila dipegang, kepala Qaseh terasa panas membahang, sementara tangan dan kakinya sejuk. Segera aku ambilkan termometer digital dan merakam suhu badan Qaseh. 37.9 darjah Celsius. Tinggi. Mulanya aku fikir mungkin kerana kesejukan. Namun tangisan yang tidak berkesudahan membuatkan kami kurang senang. Segera aku merujuk info online mengenai simpton yang sedang dihadapi Qaseh. Ya, seperti yang diduga, Qaseh demam. 2.00 pagi dan si kecil ini demam. Apa yang harus dibuat? Zura cuba sedaya upaya memujuk Qaseh, namun rengekan dan tangisannya tetap berterusan....

Selangkah Demi Selangkah - 2

Kita sentiasa mencari kesempurnaan dalam hidup ini. Itu pasti. Dalam masa yang sama kita sebagai seorang Muslim sentiasa membatasi sempurna itu dengan kata-kata, "Tiada yang sempurna dalam dunia ini..." Sempurna itu di mata yang menilainya. Setakat mana hendak kita letak sesuatu itu dan jika ianya tercapai, maka sempurnalah ia buat kita. Itu pendapat aku. Apabila merancang bagaimana hendak membesarkan Qaseh di dunia ini, aku rancangkan sesuatu yang sempurna buat si comel itu. Aku mahu dia perolehi apa yang terbaik di sepanjang masa. Mustahil tetapi itulah realitinya. Aku seboleh mungkin mahu cuba mencari dan memberikan yang terbaik. Terbaik buat aku dan Zura, biar di mata orang lain nampak sebaliknya. Aku biarkan Qaseh tanpa stokin, tanpa dibedung dan pakaian yang nipis sepanjang hari. Apabila bertemu ramai orang, persoalan pertama mereka pastilah bertanya kenapa Qaseh tidak dipakaikan stokin, sarung tangan atau dibedung. Aku cuba memberi jawapan sebaik mungkin, secara diplom...

Selangkah Demi Selangkah

Phew... Berapa lama? Lebih sebulan rasanya. Call it a break or writer's block. Apa pun boleh. Punca paling besar adalah ini, Ya. Semenjak Qaseh Nurzahra si comel ini ada, segala yang lain tidak diperlukan lagi. Itulah seperti yang dirasakan. Jujur aku katakan, membesar dan mendidik seorang anak bukan suatu perkara yang mudah. Emosi, mental dan fizikal perlu bersedia secukupnya. Bulan-bulan awal pembesaran bayi anak pertama penuh dengan proses pembelajaran dan pemahaman terutama memahami karakter bayi. Qaseh bukan seorang bayi yang mudah hendak dijaga. Ada waktunya dia begitu senang dihadapi. Waktu lain, ianya seperti sebuah mimpi buruk. Ada waktunya, Qaseh perlukan seluruh tumpuan dan perhatian daripada papa dan mamanya. Sedetik kami berpaling darinya, Qaseh akan menangis teresak-esak hingga berlinangan air mata. Maka bergilir-gilirlah kami berdua berada di sisi Qaseh. Ada waktunya, Qaseh akan membuka luas matanya dan melihat alam; melihat apa yang bergerak dan menari-nari dihadapa...