Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Informasi Umum

Sebuah Lenovo

Setelah sekian lama, aku telah membeli sebuah laptop baru bagi menggantikan MacBook Pro aku yang dicuri. Aku memilih Lenovo model G470 dengan prosesor Intel i5, 8GB DDR3 RAM, 500GB kapasiti simpanan, skrin saiz 14 inci dan Windows 7 Home Premium. Harganya agak berbaloi dengan spesifikasi yang ditawarkan. Kenapa tidak MacBook? Pertama, harganya di luar perancangan bajet aku. Kedua, aku mahu main games. Satu masalah dengan produk komputer jenama Apple, sukar hendak ditemui software yang sesuai untuk digunakan. Ketiga, aku rasa ianya lebih sesuai untuk keluarga aku berbanding produk lain. Cukuplah laptop ini. ==== Sambungan. Antara software yang aku install adalah Adobe CS5 khususnya untuk suntingan video. Aku rasa menggunakan Apple Final Cut dan Motion bukan sesuatu yang sukar. Aku fikir Adobe Premier dan After Effect juga boleh dipelajari sedikit demi sedikit. Sebab itu jugalah aku perlukan 8GB memori. Lebih besar lebih bagus tetapi laptop ini hanya menghadkan sehingga 8GB sahaja. Aku s...

Negara Yang Bahagia

Kelmarin aku terbaca di internet mengenai senarai 10 negara penduduknya paling bahagia; baca SINI . Tempat pertama, Norway. Kedua, Denmark dan ketiga, Finland. Ketiga-tiga negara ini terletak di kawasan Scandinavian, atau Eropah Utara. Kedudukan Malaysia? Malaysia berada di tangga ke 43 daripada 110 negara yang dinilai. Kira boleh tahan. Jiran kita? Singapura yang kita sering kata sangat uptight  dan kiasu berada di tangga ke 17. Thailand di tangga ke 52, Filipina di tangga ke 64 dan Indonesia di tangga ke 70. Tiada data Brunei. Arab Saudi yang begitu tegas dengan rakyatnya di tangga ke 49. Banyak aspek diukur melalui penilaian yang dibuat; taraf hidup, KDNK, kemudahan hospital, suasana politik, kebebasan rakyat dan kesenangan memulakan perusahanaan serta inovasi antara yang diambil kira. Malah suasana persekitaran juga dinilai. Aku tahu kenapa negara kita jauh lebih rendah berbanding Singapura. Politik kita kucar kacir dengan penuh bau-bau perkauman sepanjang masa. Ekonomi kita ma...

Saintis Temui Penawar Rabun Warna?

Pagi tadi ketika bangun dari tidur, aku ada sebab untuk tersenyum sendirian. Semalam ketika menunggu waktu untuk tidur, aku menonton satu rencana di saluran Discovery Science (554) mengenai warna. 15 minit di penghujung rencana, mereka membincangkan mengenai rabun warna dan potensi penawarnya. Kajian dilakukan ke atas Squirrel Monkey  oleh Professor William Hauswirth melalui seekor monyet jantan yang rabun warna (kebanyakkan squirrel monkey betina tidak rabun warna) yang telah disuntik virus yang mengandungi gen tertentu ke dalam biji mata monyet tersebut. Setelah beberapa minggu, monyet jantan yang pada asalnya rabun warna, telah diuji dan hasilnya, monyet tersebut tidak lagi mengalami rabun warna! Perlu kita ingat bahawa rabun warna pada squirrel monkey jantan ini adalah bersifat genetik iaitu keturunan, bukan akibat kecederaan. Sama seperti aku, rabun warna aku adalah akibat genetik atau keturunan. Jadi secara teori dan hasil ujian terhadap squirrel monkey, rabun warna dapat diu...

Terminal Bersepadu Bas - Bandar Tasik Selatan

Tempohari semasa dalam perjalanan ke terminal bas sementara Bukit Jalil untuk membeli tiket balik kampung Zura, kami melencong sementara ke Terminal Bersepadu Selatan  (TBS) di Bandar Tasik Selatan. Terminal bas moden ini terletak bersebelahan dengan stesen ERL, KTM Komuter dan LRT Bandar Tasik Selatan. Pada asalnya, terminal bas ini dirancang untuk digunakan sebagai terminal bas ekspres laluan arah selatan Semenanjung Malaysia iaitu semua destinasi ke Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Namun kalau mengikut saiz infrastruktur yang dibangunkan, TBS mampu mengendalikan semua perjalanan bas ekspres laluan utara, timur dan selatan untuk jangkamasa sekurang-kurangnya 10 tahun. Jadi kerajaan boleh jimat kos pembinaan terminal arah lain buat masa ini (kalau betul kerajaan kurang dana sekarang) dan satukan terminal arah utara dan selatan di TBS saja. Terminal arah timur masih sesuai digunakan di Terminal Putra berhampiran PWTC. Terminal Puduraya yang sekarang masih dalam proses renovasi ak...

Keselamatan Jalanraya - Kurangkan Kenderaan Di Jalanraya

Sambungan mengenai pandangan aku terhadap Keselamatan Jalanraya. Rujuk post aku sebelum ini DISINI . Untuk sebuah negara yang kecil seperti Malaysia, jumlah kenderaan di jalanraya adalah terlalu tinggi menyebabkan peratus kemungkinan kemalangan juga tinggi. Tambahan pula, sistem pengangkutan awam kita yang masih berintensifkan penggunaan bas menyebabkan kita memerlukan banyak bas untuk mengangkut pengguna ke sana sini. Hanya baru sekarang kita sibuk membina rangkaian sistem keretapi laju (separa laju sebenarnya) antara bandar-bandar utama di pantai barat. Aku rasa ianya sudah 20 tahun terlewat. Kita terlalu menumpukan kepada kereta atau kenderaan di jalanraya kerana faktor "kenderaan nasional" iaitu Proton dan Perodua serta mungkin lori Hicom dan motosikal Modenas. Maka jalanraya lebih dititikberatkan kerana ianya berkait rapat dengan skel ekonomi industri kenderaan di Malaysia. Pengangkutan awam lain seperti keretapi dan pengangkutan udara kurang diberi tumpuan sebelum ini k...

Usaha1.com

Ini Adalah Iklan. Sila Skip Membaca Jika Kamu Tidak Berminat. Beberapa hari lepas aku menyertai suatu program bisnes di internet. Sebenarnya aku sertai beberapa program tetapi program ini paling murah. Sudah sampai masa untuk aku cari duit lebih dari internet. Kalau kamu sedari, di bahagian atas dan sisi kanan blog ini aku letakkan banner/bunting iklan menyertai suatu program di internet yang diberi nama Usaha1.com . Ianya sama dengan mana-mana program MLM yang ada kecuali beberapa 'penambahbaikan'. Ianya bermula dengan modal yang kecil, cuma RM20 dan itu pun untuk sekali bayar saja. Kerja aku hanya memperkenalkan laman web dan ajak orang menyertainya dengan bayaran RM20. Orang itu akan buat kerja yang sama. Ada fasa seterusnya tetapi kamu bacalah sendiri di laman web yang dibekalkan atau klik saja banner yang aku sediakan. Aku bukan paksa. Kamu tidak berminat, tutup saja laman web tersebut dan teruskan geledah internet di tempat lain. Sebab modalnya amat kecil (bagi aku), jadi...

Keselamatan Jalanraya - Wajibkan Penggunaan "Speed Limiter"

Aku rasa sudah tiba masanya kerajaan memperkenalkan "Speed Limiter" dan mewajibkan semua kenderaan termasuk kenderaan peribadi memasangnya. Kemalangan besar yang berlaku berhampiran Tol Simpang Ampat, Rembau tempohari membayangkan bagaimana bas ekspres dipandu laju dan gagal dikawal menyebabkan ianya terbabas dan merempuh kenderaan lain. 'Speed Limiter' elektronik ini wajib dipasang pada semua kenderaan dan ianya akan menghadkan kelajuan kenderaan secara automatik. Kalau ianya telah lama dilaksanakan di negara seperti Jepun dan negara-negara eropah, kita sepatutnya mewajibkan juga. Tiada alasan mengenai kos pelaksanaan yang tinggi kerana nyawa manusia itu jauh lebih tinggi nilainya. Juga, kalau sebuah syarikat pengangkutan mampu membeli bas atau lori yang berharga ratusan ribu, kenapa mereka tidak boleh pasang 'speed limiter' yang berharga beberapa ribu saja (mungkin). Atau kerajaan boleh wajibkan semua kenderaan yang hendak dipasarkan di Malaysia ada 'sp...

Lotus Baru

Aku ambil gambar-gambar Lotus baru ini dari laman forum di internet. Aku tidak bertanggungjawab mengenai hak cipta sebab aku tidak diberitahu mengenainya. :-) Tengok sendiri arah tuju Lotus. Lupakan seketika sengketa Lotus Group/Proton dengan Lotus Racing/Tony Fernandes. Lotus Elise Lotus Elise redesign. Nampak lebih kepada street car berbanding track day car sebelum ini. 400 paun Lebih berat berbanding model sebelum. Lotus Elan Lotus Elan adalah everyday sport car Lotus yang baru. Mengembalikan nama Elan yang pernah digunakan sebelum ini. Lebih berkuasa daripada Elise. Lotus Elite Lotus Elite adalah model GT (Gran Turismo) dengan 2+2 tempat duduk serta berenjin depan. Bumbungnya juga boleh dibuka, ala Ferrari California. Tidak hairan kerana designer Elite adalah orang yang sama design California. Lotus Esprit Super car lagenda Lotus Esprit kembali! Lebih berkuasa dan nampak lebih cool. Cuma design sedikit membosankan. Lotus Eterne Lotus Eterne adalah model Lotus empat pintu yang perta...

Pendapat: Adakah Namewee Seorang Rasis?

Sekarang kecoh pasal si cina, Namewee (sebutannya, Name+Wee), bukan? Maka yang melayu dalam diri kita amat marah kerana ianya menyinggung agama kita. Maka yang hantu berpolitik di kalangan kita amat marah kerana ianya menyinggung parti politik kegemaran kita. Maka yang bebal tidak tahu apa-apa amat marah tanpa sebab kerana terpengaruh dengan kata-kata orang lain mengenainya. Kadang-kadang aku tertanya-tanya, mana pergi otak, mana pergi akal fikiran dalam kebanyakan daripada kita? Atau kita lebih mudah dan suka disuap saja oleh orang lain dan bila ianya dirasa masin, maka sahlah ianya akibat garam? Bukan sebab-sebab lain? Kenapa tidak diselidik dulu puncanya? Maaf, aku bukan hendak mempertahan atau menyokong Namewee. Jauh sekali aku menyukai caranya. Tetapi cuba sekali sekala dengan teliti dengar apa yang hendak dia beritahu. Contohnya mengenai TNB (kes blackout di Muar) dan seorang cikgu sekolah yang disangka rasis. Faham baris-baris katanya dan kamu dapati ianya tidak rasis sama sekal...

Piala Dunia FIFA 2010 - Afrika Selatan Bermula!

Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia FIFA 2010 akan bermula dalam masa lebih kurang 1 jam 30 minit dari sekarang. Kejohan edisi ke-19 ini akan diadakan di Afrika Selatan, pertama kali kejohanan bola sepak terbesar di dunia datang ke benua Afrika. Seperti biasa, aku sebagaimana manusia lain di dunia ini yang meminati bola sepak, akan turut bersengkang mata dan berjaga di malam buta untuk menonton perlawanan terutama pasukan kegemaran. Anehnya tahun ini, aku tidak ada pilihan pasukan kegemaran. Kalau empat tahun lalu di Jerman, pasukan pilihan kau adalah Brazil, sekarang di Afrika Selatan, aku cuma mahu menonton dan menyaksikan kehebatan pemain terhandal di dunia beraksi. Aku mengikuti bola sepak Piala Dunia FIFA ini sejak tahun 1982, ketika ianya diadakan di Sepanyol. Aku tidak ingat perlawanan lain dalam kejohanan tersebut kecuali perlawanan akhir. Melihat kelibat Paolo Rossi menjadi wira Itali muncul sebagai juara. Pada tahun 1986, ketika ianya diadakan di Mexico, aku sudah mula mengikuti...

Amalan 5S

Pejabat adik aku di Ipoh sedang sibuk dengan amalan 5S. Pejabat Romlah, seorang setiausaha di Kementerian Kewangan juga sibuk dengan 5S. Pejabat aku baru selesai audit persijilan 5S kali kedua. Nampaknya banyak agensi kerajaan sedang mengejar persijilan 5S. Seperti biasa juga, keluhan demi keluhan didengari dari mereka mengenai bagaimana begitu sukarnya untuk melaksanakan amalan 5S di pejabat. Aku dan ramai staf di pejabat ini juga begitu suatu masa dulu, di waktu awal pejabat ini berusaha untuk dipersijilkan. Realitinya, permulaan sememangnya amat sukar. Norma kerja kita yang sudah terpengaruh dengan keadaan yang biasa kita lalui, perlu kita ubah. Paling menyusahkan, bagaimana hendak menyisih barang yang tidak perlu, bagaimana juga kita hendak menentukan apa yang perlu ditanda, apa yang perlu diuruskan. Perkara yang seterusnya yang paling selalu menjadi masalah adalah komitmen. Tidak semua orang boleh memberi komitmen seperti yang kita mahu. Tidak semua orang boleh didesak untuk melak...

Beruas

Siapa pernah dengar nama tempat, Beruas yang terletak di Perak? Kamu tahu bagaimana Beruas mendapat namanya? Dari Pohon Beruas. Inilah pohon beruas yang ditanam di kawasan Muzium Beruas. Pokoknya masih kecil. Aku tidak tahu sebesar mana pokok ini boleh tumbuh. Tetapi kenapa nama pokok ini, beruas? Ini jawapannya, Kalau kamu lihat dahan pokok beruas, kamu dapati dahannya mempunyai ruas-ruas seperti yang kamu lihat pada pokok buluh. Kalau kamu tidak faham apa maksud ruas, rujuk kamus DBP . Mungkin ada jawapan lain daripada asal usul nama Beruas. Aku cuma mahu beritahu mengenai perkataan BERUAS itu sendiri berasal daripada mana. Sekarang kamu sudah tahu. :-) Nanti aku akan ceritakan pula mengenai kunjungan aku ke Muzium Beruas tempohari.

Transformasi Perkhidmatan Awam; Star Rating Sebagai Justifikasi Pemberian Belanjawan

Kerajaan melalui Ketua Setiausaha Negara (KSN) sekarang sibuk kononnya menjalankan transformasi perkhidmatan awam; usaha-usaha untuk menjadikan perkhidmatan awam lebih efisien, pro-aktif dan dinamik. Usaha yang baik. Harapnya bukan sekadar retorik memancing undi. Paling utama, kalau mahu membuat transformasi, ianya perlu menyeluruh, bukan sekadar mendesak penjawat awam berkhidmat lebih efisien, jujur dan mesra. Itu perkara lapuk yang sudah berkali-kali diperkatakan. Aku fikir perkhidmatan awam perlu lebih berani berubah. Model kerja organisasi besar di luar negeri patut dijadikan contoh dan asas untuk menjana suasana dan mutu kerja yang lebih baik. Aku sebenarnya kurang menyokong pendapat bahawa model perkhidmatan awam yang terbaik dan patut diteladani adalah perkhidmatan awam Singapura. Walaupun diketahui umum perkhidmatan awam Singapura adalah paling efisien dan bermutu, tetapi ianya tidak lebih daripada 'robot-robot' yang bekerja untuk mencapai suatu matlamat. Lebih daripada...

COLA

Ni email aku petik dari sebuah thread di Carigold.com http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?threadid=123582 __________________________________________ From: POSTMASTER JPA [postmasterjpa@jpa.gov.my] Sent: Thursday, January 21, 2010 3:38 PM To: Warga JPA Subject: Berita pemotongan/pengurangan COLA Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Y. Bhg. Tan Sri /Datuk/ Dato’/ Datin / Dr. / Tuan/ Puan, Untuk makluman bersama. Kepada semua Warga JPA, berita mengenai pemotongan/pengurangan COLA adalah TIDAK BENAR dan TIDAK BERASAS sama sekali. Sila sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan yang lain bagi mengelakkan kekeliruan. KUKK Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Bermain Piksel

Seorang member di pejabat berhasrat untuk mencetak gambar digital beliau. Apabila aku periksa fail yang diberikan, aku dapati ianya agak kecil (kurang 1 Megabait). Walaupun di skrin komputer nampak cantik dan kemas, aku pasti apabila dicetak di kedai nanti, hasilnya akan sedikit kabur dan piksel akan kelihatan "pecah". Aku beri cadangan agar dia cari kembali fail asal yang bersaiz besar (lebih 1 Megabait) supaya apabila dicetak nanti, hasilnya lebih sempurna. Dia cadang agar aku besarkan saja saiz gambar tersebut menggunakan Adobe Photoshop. Namun aku beritahu dia, proses itu masih tidak akan membantu menghasilkan gambar lebih baik. Kamu perlu ingat, format fail JPEG adalah bersifat "lossy compression" atau terma mudah dalam bahasa Melayu, kualiti gambar akan berkurangan setiap kali duplikasi dibuat. Kalau kalau gambar asal bersaiz 1 Megabait kemudian kita kecilkan kepada mungkin 400 Kilobait, kalau kita hendak besarkan kembali kepada 1 Megabait, kita tidak akan dap...

Penyelesaian Rubik Cube

Ada seorang pengunjung di sini bertanya kepada aku bagaimana cara untuk belajar bermain dan menyelesaikan Rubik Cube. Ini berikutan dengan post aku sebelum ini mengenai minat aku bermain Rubik Cube tidak lama dulu (aku sudah lama tidak bermain). Aku tidak boleh nak tunjuk secara visual di sini. Tetapi di dalam internet, terdapat banyak laman web dan juga video yang boleh membantu sesiapa saja menyelesaikan Rubik Cube dengan mudah. Malah ada tutorial yang mengajar Speed Cubing, menyelesaikan Rubik Cube dalam masa yang amat pantas. Selalunya digunakan semasa pertandingan Speed Cubing. Aku senaraikan beberapa website yang aku fikir boleh membantu kamu menyelesaikan Rubik Cube. Juga, kalau rajin, sila cari video di YouTube. Banyak video cara menyelesaikan Rubik Cube di sana. Laman web yang menyediakan kaedah menyelesaikan Rubik Cube: http://www.geocities.com/ninjamerah2/rubik/index.html (BM) http://www.wrongway.org/cube/solve.html (BM) http://rover1000.blogspot.com/2009/08/penyelesaian-r...

Google Chrome

Aku rasa pelik sikit dengan web browser aku, Google Chrome sejak sehari dua ini. Rasa agak perlahan dan perlu klik beberapa kali untuk ke laman web yang aku mahu pergi. Mungkin kerana aku tukar theme (seperti gambar di bawah). Atau mungkin internet bermasalah. Atau, mungkin juga Google Chrome sendiri bermasalah. Aku sudah menggunakan Google Chrome sejak tahun lepas. Aku amat selesa dengannya kerana mudah, ringkas dan ringan. Walaupun ada waktunya berlaku crash, tetapi tidak mengganggu keseluruhan suasana berinternet aku. Sebentar tadi aku sudah reset theme aku kepada asal. Itu sebenar masalah yang dihadapi. Theme yang menyebabkan Google Chrome jadi lambat. Tidak mengapa. Lebih cepat lebih bagus. Theme kalau sekadar untuk mencantikkan tetapi mengakibatkan ianya menjadi berat dan lambat, terima kasih sajalah. Apa yang menarik mengenai Google Chrome? Pertama, antaramuka pengenalan apabila kita buka Google Chrome. Ianya merupakan snap-shot lapan laman web yang paling kerap aku kunjungi. S...

Macam Pandai Je nak Pomen WinXP Sendiri-Sendiri. Ni Hah Cara Orang Bodoh Macam Aku Buat Kerja. Grrr

Aku dah guna Microsoft Windows XP Professional sejak Oktober 2001. Sekarang di rumah aku masih gunakan WinXP Pro. Aku dah evaluate Win LongHorn dan kesimpulannnya masih terlalu awal nak diperkatakan. Tapi kalau dari gaya yang aku nampak, memang amat menarik dan lebih best dari WinXP. Tapi forsure LongHorn akan memerlukan ruang HDD yang besar dan RAM yang melampau besar. Berbalik kepada WinXP. Banyak yang aku pernah alami masalah mengenai WinXP ni. Tetiba je timbul 'Blue-Screen-of-Death' yang menandakan secara senangnya korang perlu install balik WinXP. Kalau WinXP tak boleh nak run, ada beberapa sebab. Selalunya samada hardware rosak (Hard Disk, RAM dan lain-lain), Kernel WinXP tu dah korup. Registry dah mabuk dan lain-lain yang sebenarnya korang tak nampak ianya berlaku sebab semua tu banyak berpunca dari segi teknikal. Tapi yang pastinya kalau PC korang tu bila on dan nak masuk WinXP, tapi terus sampai ke skrin biru, itu tandanya WinXP korang problem. Penyelesaian? Aku tak se...

Web Design, Product Design and Patent

Cuba pergi ke http://www.govicdesigntech.com dan lihat apa problem website tu. Website ni claim mereka adalah suatu institusi yang menjalankan R&D tentang teknologi terkini terutama bidang automotif. Bila aku masuk web ni, satu perkara yang paling mengejutkan aku ialah betapa besarnya banner header dia. Lebih kurang 2/3 dari screen yang bersaiz 800x600. Sudahlah begitu, mereka kata web ini sesuai dilayari dengan resolusi skrin 800x600. Apa gunanya buat content kalau kita dapat baca melalui 1/3 skrin je? Itu pun masih ada menu yang mengganggu content sebenar. Jadi terpaksalah scroll kebawah banyak kali untuk membaca teks yang panjang berjela. Dan penggunaan emboss, kaler macam pelangi dan efek tulisan yang begitu 'cheesy', tak ubah macam website budak sekolah yang diajar oleh cikgu yang pun belajar dari buku "Macamana Hendak Membina Sebuah Laman Web Yang Mudah". Agak memalukan website yang kononnya hebat mengatakan mereka adalah pencipta kenderaan baru, Govic dan ...