Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Bicara Sendiri

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Secoret Kenangan Buat Masa Hadapan

Ramadan sudah separuh dilalui. Aku masih belum kurus. Nampaknya makin tua, metabolisme makin kurang. Melainkan aku senaman. Timbul masalah. Aku tidak bersenam, kecuali buat kerja-kerja rumah sekali sekala. Kasut sukan New Balance aku sudah lama dibuang kerana tapaknya sudah tertanggal. Bila aku beli kasut tersebut? Rasanya hampir 10 tahun. Aku perlu dapatkan kasut sukan baru. Lepas raya ini aku ada dua bulan untuk bersenam tanpa perlu risau balik awal ke rumah lepas kerja. Anak isteri akan bercuti di kampung sepanjang tempoh itu. Ogos nanti aku menanti kehadiran anak kedua, inshaAllah. Lelaki. Jadi cukup sepasang. Syukur. Tidak ada apa yang lebih bermakna dari semua ini. Aku akan cuba sebaik mungkin untuk membesarkan mereka agar menjadi insan yang baik. Qaseh pun sudah semakin besar dan makin 'banyak akal'nya. Makin bijak dan petah berkata-kata. Ada waktu terasa seperti tidak terkejar proses pembesaran Qaseh. Ada saja perkara baru yang dipersembahkan kepada mama dan...

Cerita Hal Sampah

Secara jujurnya, aku seorang designer amatur. Tidak ada pendidikan secara rasmi. Aku belajar sendiri. Selongkar maklumat di mana saja untuk memahirkan diri aku. Hendak dikata mahir, jauh sekali. Tambahan pula aku rabun warna jadi mungkin tidak akan mahir seperti orang lain. Tapi bila aku design sesuatu, poster contohnya, aku sangat menitik berat mengenai apa yang aku design. Aku ambil berat dengan warna yang aku guna kerana aku mahu memastikan sesiapa saja boleh melihatnya tanpa sebarang masalah. Aku ambil berat dengan penggunaan typeface (font) kerana aku mahu orang mudah membacanya dari sudut mana pun ianya dilihat. Aku ambil berat penampilan keseluruhan termasuk dari segi bahasa. Bila sebuah poster promo produk pejabat aku dipapar di laman media sosial rasmi pejabat, aku jadi terkilan. Pertamanya, design sangat buruk. Ianya caca marba tanpa peduli kesan dan impak kepada pembaca. Maksudnya ikut sedap orang yang buat saja. Lebih menyakitkan hati bila tatabahasa yang digunakan...

Dua Bulan Dari Sekarang

Sudah Jun, 2015. Pantasnya masa berlalu. Tinggal lagi dua bulan, inshaAllah cahaya mata kedua kami akan hadir di dunia ini. Semoga dipermudahkan segala urusan. Kalau ditanya Qaseh, dia tidak kisah. Malah dia sebenarnya sukakan bayi. Dia akan cuba belai dan cium jika ada kesempatan. Aku pasti Qaseh akan jadi seorang kakak yang baik. Tidak banyak persediaan yang kami buat untuk menyambut cahaya mata baru nanti. Hampir barang keperluan sudah ada dan masih dalam keadaan baik. Mungkin cuma perlu dibeli beberapa helai baju baru sahaja. Ramadan pun bakal tiba tidak lama lagi. Tahun ini kami berdua membeli keperluan hari raya lebih awal. Zura sudah semakin sarat dan tidak mungkin mampu menempuh sesak orang ramai nanti. Jadi biarlah bersedia dari awal. Aku sendiri tidak akan beli baju melayu baru. Aku akan pakai baju melayu yang sudah berusia lebih 5 tahun. Aku tidak mahu membazir. Baju melayu raya tahun lepas pun tidak pernah disentuh sejak raya tahun lepas. Jadi tahun ini pak...

Makan

Hidup kami sekeluarga di rumah sentiasa santai. Zura bila balik dari kerja tidak terburu-buru untuk sediakan bermacam lauk untuk dimakan. Sebaliknya aku lebih senang biarkan Zura masak makanan yang paling mudah dimasak. Sama ada bihun goreng, nasi goreng atau sekadar roti dengan salad, itu sudah mencukupi untuk kami sekeluarga mengalas perut. Namun sekali sekala Zura hidangkan kami dengan masakan yang istimewa. Semalam kami makan Salmon goreng yang diserikan dengan kentang lenyek, sayur kobis dan asparagus. Semuanya homemade. Itu yang terbaik. Jika ada kesempatan waktu terutama di hujung minggu, Zura akan sediakan laksa, makanan kegemaran kami berdua. Jika terlebih rajin, mungkin ada nasi lemak atau laksam Kedah. Semuanya sangat menyelerakan. Ada waktunya bila balik dari kerja, Zura mengadu kepenatan setelah seharian bekerja di pejabat, aku sering beritahu dia tidak perlu masak apa-apa. Cukuplah sekadar ada roti dengan kaya atau peanut butter. Ianya sudah memadai. Lain pula...

Kampung Halaman

Hujung minggu lalu kami sekeluarga pulang ke Kuala Kangsar. Sudah lama tidak menghabiskan masa beberapa hari di Kuala Kangsar di hujung minggu. Lima hari di Kuala Kangsar seperti tidak terasa langsung. Sedar-sedar sudah di penghujung cuti. Namun begitu, perkara yang paling menyenangkan aku adalah bila Qaseh mudah mersa dengan nenek, pakcik dan makciknya. Kalau dulu, jangan hendak didukung, hendak bercakap pun tidak mahu. Sekarang sudah pandai bermain dan bergurau dengan pakcik dan makciknya. Kami tidak ke mana-mana pun. Sekadar di rumah berehat dan menghabiskan masa bersama keluarga. Petang aku bawa Qaseh ke kolam renang kerana sejak beberapa ketika dia sering meminta untuk berenang. Kuala Kangsar ada kolam renang awam dengan bayaran masuk sebanyak RM2. Cukup murah dan selesa. Walaupun kolam renang kanak-kanak rosak dan sedang dibaiki, ianya tidak mengapa. Qaseh lebih selesa berenang di kolam renang biasa. Dia sudah semakin cekap berenang dan menggerakkan kakinya. Makcikny...

Dugaan November

Minggu lepas Qaseh diserang demam campak. Pada mulanya kami syaki dia kena demam denggi kerana badannya kejap panas, kejap sejuk. Simptom biasa demam denggi. Ini kerana beberapa minggu lalu, mamanya, Zura baru pulih dari demam denggi. Jadi tidak mustahil Qaseh juga disangka mengalami keadaan sama. Jadi pulang dari kerja, aku dan Zura terus bergegas membawa Qaseh ke Pusat Perubatan Universiti Malaya. Setelah diperiksa dan doktor mengambil sampel darah Qaseh, keputusannya negatif. Tiada tanda-tanda denggi. Doktor hanya mengatakan ianya mungkin jangkitan viral yang biasa berlaku. Kami menarik nafas lega. Bukan denggi seperti yang kami risaukan. Balik dari hospital, Qaseh nampak masih lemah dan seperti kesakitan. Kami dapati juga di bahagian kaki dan mulutnya timbul bintik-bintik kecil kemerahan. Mulalah kami sangka mungkin Qaseh sebenarnya menghidap penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Qaseh pernah alaminya tidak lama dulu walaupun tidak serius. Kami yakin ianya HFMD kerana seh...

Sijil, Cahaya Senja dan Menanti Petang

Satu lagi hari. Satu lagi majlis. Satu lagi sijil yang diberikan. Mungkin harga hasil kerja ini cuma sekadar sekeping sijil. Untuk apa sijil ini, aku tidak tahu. Kalau timbunan sijil yang diterima sejak 10 tahun ini dapat membeli sesuatu, mahu saja aku jualkan semuanya. Sudah tidak ada ruang dalam fail sampul sijil untuk disimpan sekeping lagi. Kerja yang aku buat sebenarnya memang menyeronokkan. Ada kala ianya sangat mencabar dengan karenah pengurusan yang mahukan sesuatu yang tidak masuk akal. Ada waktu ianya membosankan kerana dirasakan terlampu mudah dan tidak memberi cabaran yang sebenar. Tapi dalam masa lain, aku sentiasa harapkan apa yang aku buat ini dapat memberi pulangan yang setimpal. Namun begitu apa yang sering aku terima adalah sekeping sijil. Itu saja. Seorang staf yang aku latih untuk membuat kerja-kerja reka bentuk majalah kelmarin mengeluh. Katanya kerja menghasilkan majalah bukanlah kerja yang mudah dan sangat meletihkan akal fikiran. Hakikatnya be...

Dugaan Seminggu

Seminggu aku berulang alik ke hospital kerana Zura diserang demam denggi. Hospital hanya sepelaung dari rumah. Itu memudahkan sedikit perjalanan namun dalam keadaan begitu, aku masih terasa keletihan ke sana sini mencari penawar alternatif untuk Zura. Aku cari air pucuk daun betik kerana terdapat kajian yang membuktikan air pucuk daun betik mampu meredakan panas akibat demam denggi dan meningkatkan platlet darah. Sekarang air pucuk daun betik ada dijual secara komersial. Lihat sini, http://juspucukbetik.blogspot.com/ Harga agak berpatutan, RM12 (aku dapat harga RM10) sebotol dan kena habiskan sekurang-kurangnya sebotol sehari. Pengedar sarankan aku beli empat botol sekaligus. Namun begitu aku beritahu aku ingin mencuba dua botol terlebih dahulu. Tidak lama selepas beli, sepupu Zura mengirim mesej mengatakan suaminya sudah sediakan jus daun betik yang dipetik dari laman rumah. Pati daun betik yang dicampur madu. Cukup untuk beberapa hari.  Aku cuba juga cari sup ketam untuk Zura. Zu...

Bila Damai Di Hadapan Mata

Aku asyik membaca catatan lama di blog ini. Nampak lebih bersantai dan lebih banyak idea ketika itu. Sudah ada lebih 1,500 posting di sini. Sudah banyak yang aku lupa. Bila dibaca kembali, aku tersenyum sendirian. Aku sedari banyak perkara yang sudah berubah. Aku tidak lagi berbicara hal politik. Aku sendiri tidak mahu menulis mengenainya lagi. Aku tidak mahu tempat ini jadi medan tempur perbalahan pendapat. Tidak ada lagi cerita mengenai Asyikin yang kerap ditulis di sini suatu ketika dulu. Tidak ada lagi lakaran alam melalui potret-potret yang aku rakam melalui lensa kamera. Kamera itu pun telah aku jual. Hanya ada kamera telefon yang lebih kerap merakam karenah dan keceriaan si kecil kesayangan, Qaseh Nurzahra. Sesungguhnya aku rindu saat apabila ada kamera DSLR di genggaman tangan setiap masa. Ruang alam ini terlalu indah untuk dibiarkan begitu saja. InshaAllah jika ada rezeki, aku mahu membeli kembali sebuah kamera DSLR. Cukup dengan sebuah lensa asas agar dapat aku cerap momen-mo...

Membina Kreativiti & Imaginasi Qaseh

Tempohari aku berhasrat nak belikan Qaseh sebuah set permainan Playdoh. Aku fikir dengan usianya semakin meningkat, dia perlu diberi permainan yang memerlukan kreativiti dan imaginasi. Playdoh iaitu permainan tanah liat (plasticine) aku fikir adalah permainan yang baik untuk membina imaginasi dan kreativiti Qaseh. Semalam aku akhirnya belikan dia sebuah set Playdoh. Aku beli set asas yang mempunyai beberapa acuan tekan dan beberapa playdoh berwarna warni. Menariknya dari pemerhatian aku, Qaseh seperti sudah tahu apa yang hendak dilakukan dengan permainan ini. Zura tunjukkan beberapa contoh dengan menggunakan acuan. Qaseh seterusnya meniru perbuatan tersebut dan cuba hasilkan karya menggunakan acuan yang diberikan. Lama kelamaan Qaseh jadi semakin kreatif dan berimaginasi. Dia gunakan Playdoh itu sebagai bahan untuk dia bermain 'masak-masak'. Lalu bongkah tanah liat dipotong-potong menggunakan pisau plastik membentuk seperti 'makanan' yang kemudiannya cuba ...

Kerja Sebagai Suatu Ibadah ~ Sebuah Penilaian.

Tempohari aku menulis sebuah komentar di Facebook Group staf pejabat. Aku mengenangkan kembali saat waktu kakitangan bawahan yang bekerja di pejabat dihargai dan diberi peranan yang penting dalam menjayakan misi untuk menjadi sebuah agensi yang cemerlang. Aku membandingkan suasana masa kini di mana hanya kakitangan di peringkat atasan yang memperoleh kredit secara langsung, sementara pekerja bawahan cuma dihadiahkan sekeping sijil sebagai kenangan. Itulah realitinya sekarang di pejabat ini. Komentar tersebut mendapat banyak respon. Ada yang bersetuju (majoriti) dan ada yang kurang bersetuju. Namun aku tertarik dengan satu dua respon yang diperolehi. Mereka ini memberi respon yang aku anggap adalah 'kill switch' untuk pemikiran manusia. "Anggaplah kerja sebagai ibadah dan setiap perbuatan itu ada balasannya di sisi Allah". Dalam erti kata lain, bersyukurlah dengan apa yang diperolehi. Tidak perlu meminta-minta lebih dari itu lagi. Ikhlasnya aku bersetuju dengan niat da...

Tidur, Senaman dan Kerja

Dari sehari ke sehari aku alami masalah untuk lena tidur waktu malam. Tambahan pula Qaseh sekarang sangat kerap tidur lewat. Kadang-kadang kami tidur hampir jam 3 pagi. Itu pun aku masih terkial-kial untuk lena. Anxious mungkin. Perasaan tidak tenteram dalam diri ini. Jadi badan semakin lemah dan semakin memberat kerana metabolisme tidak berfungsi dengan betul. Beberapa hari lalu aku kembali berusaha untuk diet dan bersenam. Aku download video dan informasi mengenai diet dan senaman. Mulanya aku tertarik dengan kaedah diet Atkins. Ianya sejenis diet protien di mana kita utamakan protein dan tinggalkan karbohidrat. Aku cuba sehari. Memang boleh buat tetapi ianya sungguh tidak menyenangkan. Makan tetapi masih terasa lapar, itulah realitinya. Ada juga risiko sekiranya aku teruskan diet Atkins. Aku sedang alami tekanan darah yang agak tinggi. Kalau aku makan protein sepanjang masa, rasanya tekanan akan lebih tinggi. Jadi aku baca balik beberapa artikel lain mengenai proses penurunan berat ...

Pertama, 2014

Dua Ribu Empat Belas. Tahun baru. Tahun ke-39 hidup aku. Tahun ke-3 perkahwinan aku dengan Zura. Tahun ke-2 Qaseh. Aku tidak pernah ada azam tahun baru seperti sesetengah orang lain. Hidup ini berlalu seperti biasa. Tahun ini juga merupakan tahun ke-12 aku bekerja di sini, di tempat ini. Sudah lama. Sudah hampir 1/3 hidup aku di sini. Tanpa apa-apa kejayaan yang jelas. Mungkin aku perlu jalan yang baru. Jalan yang lebih menguntungkan secara kewangan. Itu lebih penting buat masa ini. Kalau Qaseh hendak ada adik sekalipun, kewangan perlu difikirkan. Kos hidup di bandar besar sekarang terlalu tinggi untuk berasa selesa untuk penjawat awam seperti aku. Hidup boleh tetapi seperti kais pagi makan pagi... Syukur juga ada kerja-kerja grafik sambilan yang memberikan sumber kewangan sedikit sekali sekala. Cukup untuk melunaskan hutang dan membeli keperluan. Itu azam ke? Entahlah. Mungkin juga. Sebuah harapan yang memerlukan usaha. InshaAllah aku cuba buat yang terbaik untuk tahun ini dan hari-ha...

Tiga PC, Satu Kerja Penting, iTunes dan Otak Beku

Jam dua petang di pejabat pada hujung minggu. C'est la vie. My life exactly. Aku fikir semua ini sudah berakhir dua tiga tahun lalu apabila aku berkahwin dan mempunyai anak. Hujung minggu kononnya hanya bersama keluarga; melayan Qaseh mandi kolam plastiknya di balkoni rumah atau keluar berjalan-jalan. Namun kerja ini tiada kesudahannya. Hujung minggu ini sementara Zura dan Qaseh ke rumah saudara di Seremban, aku 'terperangkap' di pejabat. Minggu depan mungkin ke Kuching untuk kerja. Penghujung tahun sebegini sepatutnya waktu untuk berehat. Pergi melancong atau sekurang-kurangnya balik kampung. Apakan daya. Aku di sini sudah beberapa jam tetapi kerja masih tersangkut-sangkut untuk disiapkan. Tiada 'sense of urgency' walaupun hakikatnya esok pagi aku perlu persembahkan hasil kerja kepada pengurusan tertinggi. Aku fikir begini; aku seorang yang tahu apa yang sedang aku lakukan dan aku tidak nampak ianya sangat merumitkan yang perlu aku buat sesegera mungkin. Aku selesa...

Sungai Limau - Suatu Pandangan 2

Sungai Limau adalah platform yang menonjolkan kerakusan manusia. Rakus terhadap kuasa. Pemilih di situ adalah semut-semut pekerja. Mereka ini bekerja untuk memegahkan pemimpin yang mereka pilih. Itu wajah politik Malaysia di kalangan orang melayu. Selama ini, kita masih tidak boleh lari dari politik dok demang, iaitu politik yang mengangkat dan menyanjung seseorng manusia yang lebih banyak menghabiskan masa untuk kepentingan peribadi berbanding kepentingan ramai. Sebab itulah ada gula-gula walaupun setakat 10 ekor anak ayam. Pada fikiran pemimpin ini, rakyat di bawah sudah cukup sekadar dihadiahkan sebanyak itu untuk setiap tangan yang menyokong mereka. Masalah utama di kalangan orang Melayu adalah kita ini bangsa yang sangat mudah berpuas hati dan sangat senang dibeli jiwa raganya. Melayu oportunis di kalangan kita akan melihat perkara ini sebagai satu peluang untuk menguasai kita melalui 'kelemahan' kita ini. Maka dalam keadaan biasa, kita dimomokkan dengan dogma menghormati ...

Sungai Limau - Suatu Pandangan 1

Awal bulan lalu, aku berpeluang menjalankan tugas di kawasan Sungai Limau, Yan, Kedah yang sedang demam menghadapi pilihanraya. Itulah kali pertama aku bekerja di dalam suasana orang sedang hendak menghadapi pilihanraya. Tugas ini tugas rasmi. Tidak ada kena mengena dengan pilihanraya tersebut walaupun secara rasionalnya anda sendiri faham bagaimana. 'Rasmi' hanya pada tiket. Sehari dua aku di situ, aku banyak belajar perkara baru. Aku faham keluhan satu pihak mengenai ketidakadilan pilihanraya dan aku juga faham satu pihak lagi kenapa mereka bersungguh-sungguh hendak menang pilihanraya. Aku fikir secara umumnya, demokrasi di Malaysia ini masih dalam keadaan yang baik. Pilihanraya masih tetap diadakan dan kalah menang itu sentiasa berlaku. Aku juga fikir sistem dua parti sangat sesuai dengan lanskap Malaysia. Cuma aku rasa wajar semua pihak biarkan kedua-dua parti ini kukuh dan berguna. Satu kesilapan besar rakyat terutama orang Melayu adalah kerana kesetiaan yang terlampau. Ke...

Hello Oktober

Hampir dua bulan sibuk dengan tugas di pejabat, akhirnya ada masa santai untuk seketika. Ada kerja yang sibuk bakal tiba tidak lama lagi tetapi sehingga waktu, aku kembali ada masa untuk menulis di sini. InshaAllah.

Salam Aidil Fitri 2013

Selamat Berpuasa

p/s: Ini post yang 1500. :-)