Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Fotografi

Cuti Musim Tengkujuh - Part 2

Sambungan post Cuti Musim Tengkujuh Part 1 Setelah beberapa hari, baru dapat aku sambung cerita bercuti di Pantai Timur tempohari. Hari seterusnya kami bergerak awal dari Setiu menuju ke Kelantan. Dari Setiu ke Kelantan tidak jauh perjalanannya tetapi kerana jalan yang dilalui adalah jalan pesisir pantai yang sempit dan penuh dengan kenderaan, perjalanan menjadi agak perlahan. Lebih parah apabila tiba di Kuala Besut. Hari Jumaat pagi ada pasar di tepi jalan yang dipenuhi dengan orang ramai. Cadang awal hendak berhenti dan menjenguk keadaan di pasar dibatalkan kerana orang lain dalam kenderaan yang sama mahu meneruskan perjalanan ke Kelantan. Kota Bharu Tiba di Kota Bharu, jam sudah menunjukkan waktu tengahari. Hari Jumaat di Kelantan sama seperti hari minggu di tempat-tempat lain. Lebih dari itu, banyak kedai yang ditutup. Hasrat sekeluarga mahu mencuba makanan di Restoran Nasi Ulam Cikgu di Kampung Kraftangan terpaksa dilupakan kerana ianya ditutup. Akhirnya segerombolan kami cuma ke ...

Cuti Musim Tengkujuh - Part 1

Lima hari bercuti, meredah Titiwangsa menuju negeri-negeri di timur. Pahang sekadar melintas datang dan pergi. Terengganu menjadi teratak penghilang lelah, penyambung silaturrahim. Kelantan menjadi syurga warna warni kertas-kertas petak bertukar tangan. Aku patut menulis novel. Ya, aku tahu. Lima hari bercuti, mengikut saudara mara (sebelah Zura) menziarahi abang mereka di Setiu, Terengganu. Perjalanan lebih 10 jam dengan Proton Exora yang mampat dengan 10 orang penumpang, sedangkan muatan selesa cuma tujuh, dan lapan sudah terasa sesaknya. Aku menjadi pemandu kedua, ternyata lebih tahu jalan di pantai timur dari semua mereka yang di dalam kereta. Jam tiga pagi bertolak dari Bandar Sunway. Aku menenami biras yang memandu. Kereta dia. Penumpang lain di belakang sama ada tidur-tidur ayam atau sudah lena diulit mimpi. Sekali sekala mereka terjaga melihat suasana sekitar yang kelam. Kami sempat berhenti di Gambang, meregang kaki, merehatkan badan. Aku dan beberapa orang lain menjamah nasi ...

Sketsa Aidil Fitri 2011

Tahun ini pertama kali beraya bersama isteri dan pertama kali juga beraya di Kedah, lebih spesifik, Kampung Sematang, Kuala Kedah. Mula-mula aku mohon maaf, tiada gambar kami berdua di hari raya. Ada tetapi tidak sempat aku ambil dari PC di kampung.  Aku beraya sehari di Kuala Kangsar. Cukuplah. Tahun-tahun sebelum ini pun sehari sudah mencukupi. Hari-hari berikut biasanya aku tidur saja dan tidak ke mana-mana. Sebelum itu, sempat juga berbuka puasa dua kali di Kuala Kangsar; dua hari terakhir Ramadhan. Aku tidak beli baju melayu baru. Aku tegaskan kepada Zura bahawa baju melayu yang sedia ada masih elok dan sangat jarang dipakai. Aku ada dua pasang baju melayu (putih - baju akad nikah dan oren - baju tahun 2008) serta dua helai baju melayu (hitam dan biru - baju tahun 2005) yang masih dalam keadaan baik. Murtabak Pak Mad; murtabak paling glamer waktu Ramadhan di Kuala Kangsar. Zura akur. Jadi Aidil Fitri tempohari, hanya Zura yang membeli baju baju; dua pasang baju kurung son...

Cameron Highlands

Sedang aku asyik membuat kerja pejabat, aku tiba-tiba terkenangkan Cameron Highlands. Entah kenapa, aku sendiri tidak tahu. Sudah lama aku tidak ke sana. Mungkin sudah hampir dua tahun. Suatu ketika dulu, hampir setiap bulan aku ke sana kerana bertugas. Menginap di Century Pines Resort di Tanah Rata yang hanya beberapa meter dari pekan Tanah Rata. Setelah penat bertugas di waktu siang, lewat petang dan malam kami bersantai dalam sejuk sama ada di menikmati roti canai di sebuah gerai atau bersiar-siar menikmati udara yang sangat nyaman. Waktu-waktu itu. Sebuah pengalaman yang mungkin tidak lagi akan dilalui. Masih aku terkenangkan kumpulan tenaga pengajar 'Team Building' pejabat yang akrab dan mesra antara satu sama lain. Ada antara mereka ini yang telah bersara. Ada yang sudah berpindah jauh. Tetapi kenangannya tetap segar dalam ingatan. Aku yang bertugas sebagai jurufoto ketika itu, merakam suasana sewaktu bertugas dan juga di luar waktu kerja, hati ini lebih tersentuh melihat...

Pulau Ketam

Semalam aku ke Pulau Ketam. Ada majlis Jabatan di sana. Kalau tidak kerana ada program di sana, aku tidak fikir aku ada motif yang kukuh hendak ke sana. Kata orang makanan laut di sana sedap. Entah, aku bukan peminat tegar makanan laut. Awal pagi tiba di jeti Pelabuhan Klang menunggu bot ke Pulau Ketam. Ingatkan tunggu bot yang biasa aku lihat sewaktu aku bekerja di sana suatu masa dulu. Rupa-rupanya yang menanti kami adalah bot laju dengan enjin besar! Biasanya perjalanan ke Pulau Ketam mengambil masa lebih 30 minit. Tetapi dengan bot laju, ianya cuma lebih kurang 20 minit. Tengok, enjin bot laju yang sungguh besar. Enjin lejang V8 dengan 400 kuasa kuda. Tapi paling tidak menarik adalah tiadanya bantuan keselamatan di dalam bot laju ini. Pelampung cuma ada lapan biji. Tangki minyak boleh nampak jelas dari tempat kita duduk.  Tiba di Pulau Ketam, air dalam keadaan pasang. Jadi tidak nampak pantai paya bakau yang ada di sekitar jeti.  Berhampiran jeti Pulau Ketam, ada restoran ...

Menanti Senja, Melihat Layang-Layang Di Angkasa di Taman Metropolitan Kepong

Aku jarang sangat menulis di hujung minggu. Hujung minggu sekarang aku lebih tumpukan masa dengan Zura. Namun ada waktu dan ketika kami buntu apa yang hendak dilakukan di hujung minggu. Dalam kereta, kami kelu mencari jawapan, apa yang hendak dilakukan seterusnya. Ketika itu, bila jumpa suatu tempat atau tujuan yang kita tidak sangka ianya wujud, kita tiba di tempat itu dengan berasa lega dan sungguh selesa. Melihat suasana sekitarnya dan kita tahu, di sini kita mahu berada ketika itu. Kami dalam perjalan menuju ke Kelana Jaya setelah singgah di Keramat untuk suatu urusan. Aku mengambil jalan MRR2 melalui Gombak dan Kepong kerana ianya lebih jauh dan lebih ruang masa untuk memikirkan apa yang perlu dilakukan seterusnya. Bila melepasi Batu Caves, aku teringatkan ada sebuah taman di hadapan yang selalu dipenuhi orang bermain layang-layang. Terus aku ajak Zura untuk singgah dan melihat suasananya. Tidak aku sangka begitu ramai orang di Taman Metropolitan Kepong. Sungguh ramai dan begitu b...

Petang Di Tepi Tasik

Petang Ahad dengan cuaca yang damai dan redup, aku bawa Zura ke suatu tempat di Putrajaya yang sangat aku suka, di Kompleks Sukan Air Putrajaya, Presint 5. Ada tiga buah pontoon yang sering menjadi lokasi popular pasangan pengantin untuk bergambar kenang-kenangan. Kami duduk di hujung pontoon, di gigi air sambil menikmati suasana damai sekitar tasik. Ramai orang di situ walaupun sudah lewat petang. Kalau tidak kerana seorang pengawal yang memegang cota (aku tidak faham apa motif dia menunjukkan cota kepada semua orang - garang sangat ke?) mengarahkan orang beredar apabila jam hampir 7 petang, orang ramai pasti akan duduk di situ lebih  lama. Tindakan pengawal itu agak tidak wajar walaupun kita faham itu tugas dia. Perbadanan Putrajaya perlu lebih prihatin dengan 'waktu santai' di hujung minggu. Orang mahukan masa lebih lama untuk bersama keluarga, rakan dan kenalan. Pengawal yang memegang cota untuk menunjukkan autoriti bukanlah idea yang bagus.

Bangunan Sultan Abdul Samad Bermain Cahaya

Semalam selepas makan malam dengan Zura di Kg. Baru, kami duduk santai di Dataran Merdeka. Pertamanya kerana mahu melihat telatah orang bermain lastik berlampu (susah aku nak terangkan apa benda). Ada yang terbang tinggi, ada yang jatuh begitu laju. Kemudian baru aku sedari bahawa cahaya yang melimpahi Bangunan Sultan Abdul Samad bertukar-tukar warna. Dek kerana aku rabun warna dan tidak pasti apakah warna semasa aku merakam gambar-gambar di bawah, lebih baik kamu sendiri teka apa warnanya. Sungguh menarik dan nampak cool. Aku fikir, ada baiknya jalan di hadapan Dataran Merdeka ini ditutup pada setiap malam dan dijadikan kawasan bersantai untuk warga kota. Malam biasanya jalan sudah tidak terlalu sesak. Seronok kalau dapat berkelah di situ; sambil duduk di atas tidak dan makan-makan. Biar ianya sama seperti Dataran Putra di Putrajaya yang dilimpahi keluarga dan orang ramai yang santai bersama anak dan rakan mereka. Kita perlukan waktu santai sebegitu.

Kamera Idaman

Dalam jangkamasa terdekat ini, tiga buah model kamera DSLR baru dikeluarkan oleh Canon dan Nikon. Canon dengan EOS 60D yang secara rasminya menggantikan EOS 50D, manakala Nikon dengan D3100 yang menggantikan D3000 dan D7000 yang diselitkan antara D90 dan D300S. Canon EOS 60D secara rasminya menggantikan EOS 50D sebagai kamera "pertengahan" profesional. Pada mulanya aku teruja melihat kamera ini tetapi apabila melihat skrin LCD yang boleh diputar (lihat gambar), aku rasa tawar hati. Bukan aku tidak suka dengan fungi ini. Skrin yang boleh diubah kedudukan ini boleh membantu memudahkan fotografi tetapi fungsi sebenarnya adalah lebih kepada membantu menyenangkan rakaman video. Pengguna DSLR sebenar lebih suka membidik melalui corong bidik ketika merakam gambar. Secara asasnya, EOS D60 lebih mengetengahkan keupayaan fungsi rakaman video daripada fungsi fotografi sebenar. Harga EOS D60 pasti lebih murah daripada EOS 7D. Ianya bakal menarik minat ramai pengguna kamera DSLR terutama ...