Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Asyikin

Tonka

Kelmarin aku belikan mainan ini untuk Qayyim, anak Asyikin. Walaupun ianya permainan untuk bayi berumur lebih 12 bulan, manakala Qayyim baru berusia 10 bulan, dek kerana menarik, aku tetap beli. Rupa-rupanya, set Tonka ini datang dalam banyak versi dan saiz. Sungguh cool, seperti karakter dari filem Cars, keluaran PIXAR. Asyikin tanya, kenapa aku tidak berikan pada ulang tahun Qayyim, Julai nanti. Mungkin aku akan cari set yang sama dengan corak yang berbeza sebagai hadiah hari lahir Qayyim nanti. Nampak dalam gambar ini badan kereta mainan ini seperti plastik keras. Sebenarnya, badan kereta mainan ini adalah getah lembut dan amat sesuai untuk bayi yang sedang asyik hendak gigit apa saja. Aku mahu beli juga untuk diri sendiri, boleh?

Kerja Baru Asyikin

Asyikin sekarang sudah bekerja di pejabat aku. Sejak kelmarin, beliau sudah menjadi seorang kakitangan kerajaan dan kebetulan pula, bekerja di jabatan aku. Aku kenal dia pada tahun 2002 di mana aku mula bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Kini lapan tahun kemudian, dia mengikut jejak langkah aku, di tempat yang sama. Aku pasti posting dia nanti adalah di Putrajaya. Kerana itu sudah diberitahu awal oleh rakan yang bekerja di bahagian perjawatan. Bukan aku yang mahu dia di Putrajaya. Apa-apa pun, harap dia serasi bekerja dengan kerajaan. Amat berbeza suasana ketika dia bekerja di syarikat swasta dulu. Ini pula Qayyim, anak Asyikin. Sudah besar dan semakin comel. Aku pernah jumpa Qayyim sekali, semasa dia sedang nyenyak tidur. Tunggu ibunya bawa Qayyim ke Putrajaya.

Qayyim

Ini Qayyim, anak Asyikin. :) Comel. Aku tertarik dengan seluar yang dipakai Qayyim. Cute.

7 Tahun Lalu Dan Kini

Siang tadi berbual-bual dengan Asyikin di YMS. Dia mengingatkan mengenai emel-emel yang pernah aku kirim kepadanya sejak awal 2002 dulu. Sudah begitu lama. Aku mengenali Asyikin pada malam Valentine's Day 2002 dan soalan yang awal dia tanya kepada aku adalah samada aku keluar dengan sesiapa pada hari Valentine. Begitulah bermula aku mengenali My Muse. Dia baru tamat SPM dan menunggu keputusan peperiksaan. Aku masih terkial-kial dengan hidup dan bekerja di sebuah CyberCafe di Kuala Kangsar. Gambar pertama dia yang aku perolehi adalah ini, Dan gambar terbarunya yang aku sendiri rakamkan adalah ini, Gambar di hari perkahwinan beliau tahun lepas. Menjelang 14 Februari ini, genap 7 tahun perkenalan kami. Aku katakan kepada Asyikin aku kenal dia dari lepas sekolah sehingga dia sudah berkahwin sedang aku masih di tempat yang sama. Siapa yang tidak sukakan orang yang sangat-sangat menghargai diri kita. Walau aku hadiahkan dia sekeping CD kecil berisi ucapan (berbentuk Flash buatan sendiri)...

Hari Ini

Tengahari tadi aku ke majlis perkahwinan Asyikin, muse aku. Sempat aku mengambil gambar beliau di dalam bilik. Mungkin antara beberapa orang yang dibenarkan untuk berbuat begitu kerana keluarganya memang mengenali aku sejak sekian lama. Nanti aku akan upload gambar beliau. Aku berada di majlis tersebut buat sementara waktu sahaja. Aku ada temu janji di kedai tinted cermin kereta untuk tint cermin depan kereta aku yang pecah tempohari. Sampai di situ, niat mulanya untuk tint cermin depan sahaja berakhir dengan aku tint ke semua cermin. Tint lama sudah calar dan rasanya dari kualiti yang jauh lebih rendah. Tint baru ini terasa lebih sejuk dan gelap. Semasa di kedai tint, aku bertemu kembali dengan seorang perempuan cina yang aku temui semalam semasa menukar cermin kereta. Jadi kami berbual-bual sambil menunggu kereta masing-masing siap di buat tint. Terdetik di benak hati ini, rakyat Malaysia ini sebenarnya peramah antara satu sama lain. Kita boleh beramah mesra dengan sesiapa pun tanpa ...

Hujung Minggu

Sukan Olimpik Aku tak tengok upacara pembukaan secara live. Sibuk dengan menonton wayang, Meet Dave lakonan Eddie Murphy. Cerita yang menarik tapi meleret. Lawak pada mulanya memang gila tapi lama-lama dah bosan. Apa motif Meet Dave sebenarnya? Berbalik kepada Sukan Olimpik. Aku rasa kali ini aku boleh ikuti dengan sepenuhnya. Pertama, aku ada Astro di rumah dan siang tadi aku sampai naik bosan dengan liputan sukan Olimpik. Mungkin belum ada acara yang menarik seperti olahraga dan renang. Nampaknya China benar bersungguh-sungguh untuk anjurkan sukan Olimpik yang terhebat. Upacara pembukaan saja sudah cukup memukau. Pastinya hasil kerja hebat pengarah-pengarah filem terkenal China yang diupah untuk menghasilkannya. Melihat upacara pembukaan seperti melihat filem period China masa kini hasil karya Zhang Yimou dan Ang Lee. Hebat. Kamu fikir Malaysia boleh buat sebegitu? Boleh. Tapi ruginya pasti kerana yang lebih ditonjolkan adalah budaya melayu dan sedikit-sedikit budaya etnik bangsa lai...

My Muse

This is my dear angel, my muse. Menjelang masanya nanti, semua itu hanya akan tinggal kenangan...

Asyikin

Happy 24th Birthday My Lovely Angel... 

Semalam Melihat Senyum

Shot by Asyikin. Canon EOS 400D, 1/25, f/3.5, ISO 1600, Pizza Hutt KLCC. Semalam aku bercuti. Ada urusan kewangan disamping bertemu dengan Asyikin. Sudah agak lama aku tidak melihat senyuman manis Asyikin. Banyak yang diceritakan.  Tidak banyak yang hendak aku ceritakan. Aku malas untuk berkata-kata. Aku cuma mahu melihat wajah dan senyuman Asyikin. Itu saja. Shot by frossonice. Canon EOS 400D, 1/13, f/4.0, ISO 1600, 30mm, average metering, flash off, Pizza Hutt KLCC. Takkan nak ganggu orang dengan flash kamera...

Terima Kasih Asyikin Untuk 6 Tahun Yang Indah...

Mahu saja aku katakan aku sudah kenali Asyikin seumur hidup aku. Semenjak dari aku membuka mata dan melihatnya. Semenjak lama itu. Namun ianya cuma 6 tahun yang lalu di hari Valentine's (dalam semua hari yang ada sepanjang tahun), aku bertemu dengannya. Di malam itu 6 tahun lalu, ketika penghujung 14 Febuari hampir tiba, dia hadir dan memberi senyuman. 6 tahun dan hari ini, aku adalah seorang yang amat-amat bahagia. Kenapa tidak kalau kamu temui seorang yang seindah dia. Seperti orang lain juga, inilah Angel aku. Bidadari aku sejak 6 tahun yang lalu dan tiada siapa lagi melainkan dia yang layak aku gelarkan begitu. Aku tidak memberi apa ucapan istimewa kepadanya hari ini. Tiada hadiah yang menanti diterima olehnya. Tiada sejambak ros kuning atau teddy bear yang aku kirim. Tiada kad ucapan. Cuma ada ini, hati ini. Hati ini yang sering mengenangkan dirinya sepanjang masa. Oh, betul persoalan kamu. Aku amat menyayangi dia. Lebih dari segalanya. Tapi cuma setakat itu. Selebihnya, tidak...

Asyikin & Secret Recipe

Semalam aku tak ke pejabat. Aku bercuti kerana sakit. Sakit perut. Seperti biasa yang orang semua tahu, sakit perut bukan sakit yang berpanjangan. Jadi menjelang tengahari perut sudah okay. Cuma aku tak perlu ke pejabat. Jadi aku ke Kuala Lumpur. Lebih jelas lagi ke KLCC. Lebih jelas lagi aku bertemu Asyikin. Cukup sukar untuk bertemu dengannya namun apabila bertemu, ianya suatu yang menenangkan fikiran. Sesuatu yang damai dengan hanya melihat wajah cerianya. Bila waktu cerianya, seluruh alam jadi terang dan tenang. Seperti mendengar lagu Michelle nyanyian The Beatles atau Hey There Delilah nyanyian Plain White T's. Jadi aku cuma perlu diam dan dengar kata-katanya. Seperti menikmati suara merdu sambil menikmati makanan di Secret Recipe. Itu saja. Kerana paling utamanya dia amat-amat menghargai apa yang kita berikan padanya biarpun sekecil perkara. Aku bukan peminat Secret Recipe namun untuk tenang dan damai sambil berbual dengan orang yang aku amat hargai, Secret Recipe sudah cuk...

Asyikin

Wallpaper Asyikin. Adobe Photoshop CS2. 1024x768. Japanese Foliage brush & Stalk brush. Jangan menggatal nak copy!

My Angel, My Muse

Inilah ' Muse'  aku, Asyikin. Ada kalanya di waktu aku dalam kebingungan, tepu fikiran atau suram, cuma dengan senyuman potretnya cukup untuk mendamaikan hati ini. Suaranya cukup untuk membuat aku tersenyum bahagia dan berada dihadapannya boleh membuat segala yang terbeban dijiwa menjadi pudar. Sudah lebih 5 tahun aku mengenali Asyikin. Sejak dahulu aku sebenarnya mempunyai perasaan terhadap dirinya. Namun mungkin hanya setakat itu. Aku faham keadaannya dan kini aku lebih menghargainya begini. Segala sesuatu ada maksudnya. Jadi, biarkanlah ianya begini. Aku lebih selesa dari jauh tidak merasa apa-apa. Inilah 'Angel' dalam setiap tulisan dan puisi yang aku tulis.

Wallpaper Edisi 1

Sempat sepanjang pagi hari tadi aku siapkan wallpaper untuk Asyikin. Guna Photoshop dengan segala jenis brushes yang ada. Jadi wallpaper di atas sebenarnya dibuat daripada kosong. Budak amatur punya kerja. Ok la tu kan..

Hari Ini Aku Berubah Lagi

Cuma ada beberapa post lagi yang perlu aku lakukan untuk aku menyamai jumlah post aku tahun lepas. Kira banyak juga aku post tahun ini walau aku amat-amat sibuk terutama kebelakangan yang lalu. Mungkin, ianya bakal mencecah 100 post untuk tahun ini. Aku akan cuba. Ruginya sebab kalau ikut sejarah post aku, ianya bermula pada tahun 2002 dengan 1 post dan mula aktif pada tahun 2004. Padahal aku sudah mula buat blog sejak tahun 2001 lagi. Sudah lama. Dulu aku post blog melalui website aku sendiri. Sejak tahun 2004 aku malas jadi malas, maka aku post saja guna blogger. Kalau ikutkan sebelum tu ada Diaryland dan UJournal yang lingkup. Post di Diaryland ada lagi, klik SINI . Aku masih ada post mengenai tragedi 9/11. Mungkin aku akan upload balik bila ada masa nanti. Hari ini hari yang relaks. Mengemas rumah macam anak dara dan pergi ke Jusco untuk membaca. Malangnya kedai buku situ amat kecil dan amat terbatas bahan bacaan. Kalau dulu aku menetap di KL, MidValley cuma 5 minit dari rumah. Mak...

Ugutan...

Kenapa manusia ni kadang-kadang buat sesuatu tindakan yang amat-amat bodoh. Well, tindakan bodoh tu rasa macam dah biasa buat. Tapi yang amat-amat bodoh tu pasti akan kita buat juga nanti, tanpa kita sedari mungkin. Contohnya mengugut orang lain. Bodoh sangat-sangat. Ini bukan zaman polis duduk di balai polis 30 batu dari rumah. Ini zaman polis ada dimana-mana. Dan zaman orang pandai guna polis. Dulu mungkin kita kata tak payah la report pada polis kalau orang ugut kita walau ugut tu rasanya macam main-main je. Tapi sekarang, sedikit ugut saja, pasti ianya boleh jadi serius. Adik aku Asyikin kena ugut dengan bekas teman lelakinya. Dari apa yang aku dengar buat masa ini, ianya serius. Aku sendiri yang suruh Asyikin lapor saja pada pihak polis. Tambah pula ada bukti berupa SMS. Aku cakap kalau boleh rakam saja ugutan kalau dia call. Tapi dah ada SMS pun rasanya sudah cukup. Memang lelaki tu buat tindakan yang amat bodoh. Mungkin fikirnya, ugutan dia tidak akan dibalas apa-apa. Tapi bagi ...

Pink

Susahnya hendak menulis. Tidak tahu apa lagi hendak dituliskan. Tapi semalam aku bertemu dengan ramai sahabat. Aku jumpa Amron Roni (if you're wondering, he is the producer for TV-9 Chef Wan Talk Show), sahabat lama aku semasa di sekolah. Aku last jumpa dia 15 tahun dulu. Takde beza sangat pun dia. Cuma sekarang dia berkata-kata dengan bahasa yang langsung aku tak faham. Bahasa orang-orang media mungkin. Jumpa Sherry, ex-girlfriend Amron dan peliknya datang dengan Amron. Hmm... Aku jumpa Ema dan husbandnya, seorang photographer dan aku boleh berbual mengenai fotografi. Aku jumpa Renny, ex-girlfriend aku semasa di sekolah dulu. Still baik dengannya. Takde motif nak gaduh. Tapi sebelum tu aku jumpa Asyikin. Lama dah tak jumpa. Banyak yang hendak diperkatakan. Tapi akhirnya lebih banyak mengenai warna pink. Peliknya... Semuanya pink dari mencari baju pink, teddy bear pink hingga ke handset pink. Handset pink susah betul nak jumpa dan kalau ada pun semuanya limited edition atau special...

Semua orang ada kisah cinta pertama yang hendak diceritakan

Mengingatkan filem Mukhsin yang bakal ditayangkan 8 Mac nanti, aku tertarik dengan puncanya, "Semua orang ada kisah cinta pertama yang hendak diceritakan" Kalau begitu bunyinya, maka mungkin aku ada beberapa. Malah mungkin ini pertama kali aku ceritakan kepada sesiapa pun mengenainya secara jelas. "Cinta yang pertama" mungkin berlaku kira-kira 24 tahun dahulu di sebuah sekolah di Gerik, Sekolah Rendah Kebangsaan Mahkota Sari. Nama dia Farah Needa. Waktu itu aku hanya berumur 8 tahun. Entah apa yang aku rasa dan mungkin aku sendiri yang tidak faham tapi aku pasti yang aku tertarik dengan dia. Hendak dikatakan Farah Needa cantik, tidak juga. Biasa seperti mana orang lain yang biasa. Kalau tidak silap aku, keluarganya berasal dari Kelantan dan menetap di Gerik sementara ayahnya bekerja menyiapkan Lebuhraya Timur-Barat yang menghubungkan Jeli dan Gerik. Mereka tinggal di sebuah kem untuk pekerja pembinaan lebuhraya di Batu 2, Gerik, sudah hampir dengan Bersia (orang-ora...