Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2013

Lewat Malam

2.15 pagi. Belum tidur. Padahal aku kena bangun awal kejap lagi. Ada kerja yang perlu dikejar di pejabat. Qaseh sekali sekala merengek di atas tilam. Entah kenapa sejak kebelakangan ini Qaseh sukar tidur malam dan makannya juga kurang. Namun begitu Qaseh nampak sihat dan semakin aktif. Mungkin kerana dia semakin membesar. Peringatan penting untuk diri sendiri; 1. Kurangkan makan. 2. Buat senaman setiap hari. 3. Pergi klinik/hospital untuk pemeriksaan kesihatan.