Langkau ke kandungan utama

Catatan

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Secoret Kenangan Buat Masa Hadapan

Ramadan sudah separuh dilalui. Aku masih belum kurus. Nampaknya makin tua, metabolisme makin kurang. Melainkan aku senaman. Timbul masalah. Aku tidak bersenam, kecuali buat kerja-kerja rumah sekali sekala. Kasut sukan New Balance aku sudah lama dibuang kerana tapaknya sudah tertanggal. Bila aku beli kasut tersebut? Rasanya hampir 10 tahun. Aku perlu dapatkan kasut sukan baru. Lepas raya ini aku ada dua bulan untuk bersenam tanpa perlu risau balik awal ke rumah lepas kerja. Anak isteri akan bercuti di kampung sepanjang tempoh itu. Ogos nanti aku menanti kehadiran anak kedua, inshaAllah. Lelaki. Jadi cukup sepasang. Syukur. Tidak ada apa yang lebih bermakna dari semua ini. Aku akan cuba sebaik mungkin untuk membesarkan mereka agar menjadi insan yang baik. Qaseh pun sudah semakin besar dan makin 'banyak akal'nya. Makin bijak dan petah berkata-kata. Ada waktu terasa seperti tidak terkejar proses pembesaran Qaseh. Ada saja perkara baru yang dipersembahkan kepada mama dan...

Cerita Hal Sampah

Secara jujurnya, aku seorang designer amatur. Tidak ada pendidikan secara rasmi. Aku belajar sendiri. Selongkar maklumat di mana saja untuk memahirkan diri aku. Hendak dikata mahir, jauh sekali. Tambahan pula aku rabun warna jadi mungkin tidak akan mahir seperti orang lain. Tapi bila aku design sesuatu, poster contohnya, aku sangat menitik berat mengenai apa yang aku design. Aku ambil berat dengan warna yang aku guna kerana aku mahu memastikan sesiapa saja boleh melihatnya tanpa sebarang masalah. Aku ambil berat dengan penggunaan typeface (font) kerana aku mahu orang mudah membacanya dari sudut mana pun ianya dilihat. Aku ambil berat penampilan keseluruhan termasuk dari segi bahasa. Bila sebuah poster promo produk pejabat aku dipapar di laman media sosial rasmi pejabat, aku jadi terkilan. Pertamanya, design sangat buruk. Ianya caca marba tanpa peduli kesan dan impak kepada pembaca. Maksudnya ikut sedap orang yang buat saja. Lebih menyakitkan hati bila tatabahasa yang digunakan...

Dua Bulan Dari Sekarang

Sudah Jun, 2015. Pantasnya masa berlalu. Tinggal lagi dua bulan, inshaAllah cahaya mata kedua kami akan hadir di dunia ini. Semoga dipermudahkan segala urusan. Kalau ditanya Qaseh, dia tidak kisah. Malah dia sebenarnya sukakan bayi. Dia akan cuba belai dan cium jika ada kesempatan. Aku pasti Qaseh akan jadi seorang kakak yang baik. Tidak banyak persediaan yang kami buat untuk menyambut cahaya mata baru nanti. Hampir barang keperluan sudah ada dan masih dalam keadaan baik. Mungkin cuma perlu dibeli beberapa helai baju baru sahaja. Ramadan pun bakal tiba tidak lama lagi. Tahun ini kami berdua membeli keperluan hari raya lebih awal. Zura sudah semakin sarat dan tidak mungkin mampu menempuh sesak orang ramai nanti. Jadi biarlah bersedia dari awal. Aku sendiri tidak akan beli baju melayu baru. Aku akan pakai baju melayu yang sudah berusia lebih 5 tahun. Aku tidak mahu membazir. Baju melayu raya tahun lepas pun tidak pernah disentuh sejak raya tahun lepas. Jadi tahun ini pak...

Makan

Hidup kami sekeluarga di rumah sentiasa santai. Zura bila balik dari kerja tidak terburu-buru untuk sediakan bermacam lauk untuk dimakan. Sebaliknya aku lebih senang biarkan Zura masak makanan yang paling mudah dimasak. Sama ada bihun goreng, nasi goreng atau sekadar roti dengan salad, itu sudah mencukupi untuk kami sekeluarga mengalas perut. Namun sekali sekala Zura hidangkan kami dengan masakan yang istimewa. Semalam kami makan Salmon goreng yang diserikan dengan kentang lenyek, sayur kobis dan asparagus. Semuanya homemade. Itu yang terbaik. Jika ada kesempatan waktu terutama di hujung minggu, Zura akan sediakan laksa, makanan kegemaran kami berdua. Jika terlebih rajin, mungkin ada nasi lemak atau laksam Kedah. Semuanya sangat menyelerakan. Ada waktunya bila balik dari kerja, Zura mengadu kepenatan setelah seharian bekerja di pejabat, aku sering beritahu dia tidak perlu masak apa-apa. Cukuplah sekadar ada roti dengan kaya atau peanut butter. Ianya sudah memadai. Lain pula...

Permainan Komputer - OpenTTD

Walaupun aku sudah berusia 40 tahun, aku masih berminat dengan permainan komputer (PC Games). Anehnya, sejak dulu aku tidak pernah minat dengan games bercorak ganas dan seram yang popular. Paling ekstrem adalah Unreal Tournament dan aku bermain tersebut kerana waktu aku bekerja di sebuah Cyber Cafe. Sebaliknya aku lebih berminat kepada games berbentuk strategi dan simulation. Games yang aku masih main dari dulu hingga kini adalah Transport Tycoon Deluxe, Civilization, SimCity dan Football Manager. Aku sedang sibuk bermain OpenTTD iaitu Transport Tycoon Deluxe versi open platform yang dibangunkan oleh peminat games asal tersebut. Jadi untuk kali ini aku akan ceritakan mengenai OpenTTD. OpenTTD OpenTTD adalah games pengurusan pengangkutan di mana kita bertanggungjawab untuk mengendali sebuah syarikat pengangkutan yang boleh beroperasi menggunakan apa saja bentuk pengangkutan di darat, laut dan udara. Tugas utama kita adalah untuk menyediakan pengangkutan dari poin A ke poin B d...

Kampung Halaman

Hujung minggu lalu kami sekeluarga pulang ke Kuala Kangsar. Sudah lama tidak menghabiskan masa beberapa hari di Kuala Kangsar di hujung minggu. Lima hari di Kuala Kangsar seperti tidak terasa langsung. Sedar-sedar sudah di penghujung cuti. Namun begitu, perkara yang paling menyenangkan aku adalah bila Qaseh mudah mersa dengan nenek, pakcik dan makciknya. Kalau dulu, jangan hendak didukung, hendak bercakap pun tidak mahu. Sekarang sudah pandai bermain dan bergurau dengan pakcik dan makciknya. Kami tidak ke mana-mana pun. Sekadar di rumah berehat dan menghabiskan masa bersama keluarga. Petang aku bawa Qaseh ke kolam renang kerana sejak beberapa ketika dia sering meminta untuk berenang. Kuala Kangsar ada kolam renang awam dengan bayaran masuk sebanyak RM2. Cukup murah dan selesa. Walaupun kolam renang kanak-kanak rosak dan sedang dibaiki, ianya tidak mengapa. Qaseh lebih selesa berenang di kolam renang biasa. Dia sudah semakin cekap berenang dan menggerakkan kakinya. Makcikny...

Yang Terbaik 2014

Selamat Tahun Baru 2015. Tahun ini jika diizinkan Allah, keluarga kecil aku akan bertambah seorang lagi pada Ogos nanti. Tujuh bulan dari sekarang. Masa menunggu kehadiran Qaseh dahulu, kami begitu teruja dan pelbagai persiapan yang kami lakukan. Beli itu ini. Segalanya perlu dicari kerana ianya yang pertama buat kami. Tempohari aku bertanya kepada Zura, apa agaknya yang perlu dibeli untuk kehadiran cahaya mata kedua ini. Hampir semuanya sudah ada. Namun kalau anak lelaki, kami perlu siapkan pakaian untuk lelaki pula. Itu sahaja yang perlu dilakukan. Qaseh pun seperti sudah mengerti bahawa tidak lama lagi dia bakal mempunyai adik, peneman masa mainnya. Jika adiknya lahir kelak, beza umur antara mereka adalah tiga tahun empat bulan. Jadi aku fikir Qaseh sudah tentu semakin bijak untuk tidak menimbulkan karenah kelak. InshaAllah. Itu perkara istimewa yang bakal berlaku pada tahun ini. InshaAllah. Tahun 2014 berlalu dengan penuh suka duka. Zura diserang demam denggi pada awal Novemb...

Menganjak Usia

Kurang setengah bulan menjelang 2015. 2015 nanti, aku berusia 40 tahun. Orang kata hidup bermula pada usia 40 tahun. Aku tidak faham apa maksudnya. Mungkin berkaitan dengan fasa 'settle down' dan tumpuan kepada keluarga; membina keluarga. Atau mungkin maksudnya kita sudah benar-benar dewasa. Kalau di kalangan umat Islam, usia 40 tahun itu adalah tingkat di mana 2/3 daripada usia ini telah dicapai dan tinggal 1/3 lagi yang harus dilalui. Ini kerana Nabi Muhammad wafat di usia 63 tahun. Jadi bagi umat Islam, usia lebih daripada itu adalah ujian atau anugerah Allah. Sedikit sebanyak aku dapat rasakan kudrat di usia 40 tahun ini tidak lagi sekuat dahulu lagi. Sudah terasa risau dengan segala penyakit yang mungkin melanda. Lebih 20 tahun tidak menjaga diri, inilah akibatnya. Banyak yang belum dicapai dan masih terkapai-kapai mengejar. Hidup ini bukan mudah. Ianya sebuah perjalanan yang penuh dugaan. InshaAllah jika diizinNya, tahun hadapan keluarga kecil kami ada...

Aku dan Sesuatu

Hari ini hari Khamis. Hari cuti umum di negeri Selangor. Tetapi aku di Putrajaya bekerja, walaupun menetap di Selangor. Jalan lengang bila ke pejabat awal pagi tadi. Tidak banyak kenderaan seperti kebiasaan. Cuma satu perkara yang sentiasa ada apabila di jalanraya. Sikap pemandu yang tidak bertimbang rasa dan egoistik. Aku berharap dalam masa terdekat, mungkin lima hingga 10 tahun dari sekarang, kereta pandu sendiri akan menjadi realiti. Kemudian, 20 tahun dari sekarang, manusia secara peraturannya, dilarang sama sekali untuk memandu di jalan-jalan utama. Ini kerana manusia dalam apa keadaan pun, sering dikuasai oleh emosi dan ego. Sukar untuk memisahkan sifat tersebut dari diri manusia termasuk ketika memandu. Maka kereta pandu sendiri (driveless automobiles) adalah penyelesaian yang selamat untuk ini. Aku mahu lihat di jalanraya utama kenderaan dipandu oleh robot/komputer menggunakan sistem canggih yang boleh menghindar dari terjadinya kemalangan dan kelewatan untuk tiba ke d...

Dugaan November

Minggu lepas Qaseh diserang demam campak. Pada mulanya kami syaki dia kena demam denggi kerana badannya kejap panas, kejap sejuk. Simptom biasa demam denggi. Ini kerana beberapa minggu lalu, mamanya, Zura baru pulih dari demam denggi. Jadi tidak mustahil Qaseh juga disangka mengalami keadaan sama. Jadi pulang dari kerja, aku dan Zura terus bergegas membawa Qaseh ke Pusat Perubatan Universiti Malaya. Setelah diperiksa dan doktor mengambil sampel darah Qaseh, keputusannya negatif. Tiada tanda-tanda denggi. Doktor hanya mengatakan ianya mungkin jangkitan viral yang biasa berlaku. Kami menarik nafas lega. Bukan denggi seperti yang kami risaukan. Balik dari hospital, Qaseh nampak masih lemah dan seperti kesakitan. Kami dapati juga di bahagian kaki dan mulutnya timbul bintik-bintik kecil kemerahan. Mulalah kami sangka mungkin Qaseh sebenarnya menghidap penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Qaseh pernah alaminya tidak lama dulu walaupun tidak serius. Kami yakin ianya HFMD kerana seh...

Aku dan Sesuatu

Bila memandu, ada waktunya aku lebih sukakan jalan berliku laluannya dihiasi pepohon yang menghamparkan bayang-bayang di sepanjang jalan. Ketika itu, disulami irama yang mendamaikan aku dapat rasakan sebuah ketenangan. Waktu bujang dulu, itulah perkara yang paling kerap aku lakukan. Kerana aku tidak pernah ada sahabat karib atau teman rapat. Malah aku sebenarnya tidak ada sahabat untuk berhujung minggu bersama-sama seperti orang lain. Hidup di penghujung hari selepas kerja atau di hujung minggu adalah sendiri. Ke mana-mana sendiri. Hingga pernah bercuti seorang diri di Langkawi. Itulah pertama kali aku ke Langkawi. Seorang diri. Maka aku lebih banyak berdiam diri dari bercakap. Aku jadi pendiam kerana keadaan. Banyak waktu-waktu bisu ini aku penuhi dengan fotografi dan membaca. Pantai Klanang Kini aku terkesan dengan keadaan ini. Ketika ini Qaseh semakin membesar dan semakin betah berbicara. Ada waktunya aku dan Zura langsung tidak faham apa yang diluahkan oleh Qaseh. Ada waktunya dia ...

21 Tahun Lalu; Sebuah Lagu & Walkman

Tiba-tiba aku teringat sebuah lagu lama, Waktu itu tahun 1993, ketika aku bekerja sementara di sebuah syarikat jual broker saham di Kuala Lumpur selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia. Kerja sementara yang sangat mewah. Walaupun gaji hanya sekitar RM500 saja ketika itu tetapi ianya sudah cukup banyak, ditambah lagi dengan klaim kerja lebih masa yang boleh dikatakan hampir setiap hari aku perlu lakukan. Dapat duit gaji, antara perkara pertama yang aku buat adalah membeli sebuah 'walkman'. Aku membeli sebuah 'walkman' jenama Aiwa berharga hampir RM400. Kalau ikut nilai sekarang, mungkin lebih RM1200. Hanya untuk sebuah 'walkman'. Aku lupa model mana satu dan ingat-ingat lupa bagaimana bentuknya tetapi aku ingat ianya nipis dan ada pek bateri luaran yang ketika itu merupakan sesuatu yang canggih. Salah satu kaset yang aku beli ketika itu adalah album Jon Secada, penyanyi Amerika Latin yang berasal dari Cuba. Ia merupakan album Bahasa Inggeris pertama beliau. Dari m...

Sijil, Cahaya Senja dan Menanti Petang

Satu lagi hari. Satu lagi majlis. Satu lagi sijil yang diberikan. Mungkin harga hasil kerja ini cuma sekadar sekeping sijil. Untuk apa sijil ini, aku tidak tahu. Kalau timbunan sijil yang diterima sejak 10 tahun ini dapat membeli sesuatu, mahu saja aku jualkan semuanya. Sudah tidak ada ruang dalam fail sampul sijil untuk disimpan sekeping lagi. Kerja yang aku buat sebenarnya memang menyeronokkan. Ada kala ianya sangat mencabar dengan karenah pengurusan yang mahukan sesuatu yang tidak masuk akal. Ada waktu ianya membosankan kerana dirasakan terlampu mudah dan tidak memberi cabaran yang sebenar. Tapi dalam masa lain, aku sentiasa harapkan apa yang aku buat ini dapat memberi pulangan yang setimpal. Namun begitu apa yang sering aku terima adalah sekeping sijil. Itu saja. Seorang staf yang aku latih untuk membuat kerja-kerja reka bentuk majalah kelmarin mengeluh. Katanya kerja menghasilkan majalah bukanlah kerja yang mudah dan sangat meletihkan akal fikiran. Hakikatnya be...

Dugaan Seminggu

Seminggu aku berulang alik ke hospital kerana Zura diserang demam denggi. Hospital hanya sepelaung dari rumah. Itu memudahkan sedikit perjalanan namun dalam keadaan begitu, aku masih terasa keletihan ke sana sini mencari penawar alternatif untuk Zura. Aku cari air pucuk daun betik kerana terdapat kajian yang membuktikan air pucuk daun betik mampu meredakan panas akibat demam denggi dan meningkatkan platlet darah. Sekarang air pucuk daun betik ada dijual secara komersial. Lihat sini, http://juspucukbetik.blogspot.com/ Harga agak berpatutan, RM12 (aku dapat harga RM10) sebotol dan kena habiskan sekurang-kurangnya sebotol sehari. Pengedar sarankan aku beli empat botol sekaligus. Namun begitu aku beritahu aku ingin mencuba dua botol terlebih dahulu. Tidak lama selepas beli, sepupu Zura mengirim mesej mengatakan suaminya sudah sediakan jus daun betik yang dipetik dari laman rumah. Pati daun betik yang dicampur madu. Cukup untuk beberapa hari.  Aku cuba juga cari sup ketam untuk Zura. Zu...

Menanti Hujung Minggu

Sekelip mata penghujung minggu tiba. Waktu terasa berlalu begitu pantas. Esok november menjelang tiba. Setahun lagi waktu bakal dilalui dan ditinggal pergi. Aku seperti tidak sempat mengejar apa-apa buat masa ini. Tahun hadapan aku menjejak usia 40 tahun. Empat puluh tahun. Sungguh lama walaupun terasa begitu sekejap tibanya. Mana perginya dekad-dekad yang aku tempuhi sebelum ini? Qaseh hanya baru berusia dua setengah tahun. Empat puluh tahun. Lama. Sungguh lama. Aku doakan agar 20 tahun dari sekarang aku masih ada untuk melihat Qaseh membesar gembira dan bahagia. Aku pasti akan merindui saat-saat jari tangan ini ditariknya, mendesak aku mengikut kemana saja dia pergi untuk bermain; di rumah dan di mana saja. Dia sudah menjadi begitu bijak sekarang. Kelmarin dia buat tipu daya terhadap aku. Aku pasang suis mesin pembersih udara. Dia tutup. Aku pasang kembali dan aku cuba halang dari dia menutupnya. Dia berlari ke kanan dan ke kiri cuba mencari ruang untuk jarinya menek...

Hujung Minggu

Selamat berhujung minggu. Moga damai hendaknya hidup kita sepanjang masa.

Bila Damai Di Hadapan Mata

Aku asyik membaca catatan lama di blog ini. Nampak lebih bersantai dan lebih banyak idea ketika itu. Sudah ada lebih 1,500 posting di sini. Sudah banyak yang aku lupa. Bila dibaca kembali, aku tersenyum sendirian. Aku sedari banyak perkara yang sudah berubah. Aku tidak lagi berbicara hal politik. Aku sendiri tidak mahu menulis mengenainya lagi. Aku tidak mahu tempat ini jadi medan tempur perbalahan pendapat. Tidak ada lagi cerita mengenai Asyikin yang kerap ditulis di sini suatu ketika dulu. Tidak ada lagi lakaran alam melalui potret-potret yang aku rakam melalui lensa kamera. Kamera itu pun telah aku jual. Hanya ada kamera telefon yang lebih kerap merakam karenah dan keceriaan si kecil kesayangan, Qaseh Nurzahra. Sesungguhnya aku rindu saat apabila ada kamera DSLR di genggaman tangan setiap masa. Ruang alam ini terlalu indah untuk dibiarkan begitu saja. InshaAllah jika ada rezeki, aku mahu membeli kembali sebuah kamera DSLR. Cukup dengan sebuah lensa asas agar dapat aku cerap momen-mo...

Irama Penghias Jiwa

Memandu kereta pergi pulang dari kerja setiap hari boleh menimbulkan rasa bosan. Tambahan jika jarak perjalanan itu mencecah 50 kilometer sehari dan sering menempuh kesesakan. Ubat atau penawarnya adalah siaran-siaran radio yang berkumandang. Namun begitu ada satu tahap di mana siaran radio ini juga sudah tidak lagi mampu membendung rasa bosan. Tambahan pula jika hampir setiap masa disumbat dengan lagu-lagu rap melayu yang aku ragui kenapa ianya begitu kerap dimainkan di corong radio sedangkan peminatnya tidaklah begitu ramai. Kualitinya juga, meh... Nasib juga sistem hiburan dalam kereta (ICE - In Car Entertainment) kereta aku menyokong penggunaan USB dan boleh memainkan lagu-lagu dalam bentuk MP3. Maka aku download lagu-lagu seperti ini; atau; dan beberapa genre lagu lain, kebanyakkannya instrumental. Aku mainkan lagu-lagu ini mengikut mood aku sewaktu memandu. Sekiranya matahari senja sedang berlabuh dan melimpahkan cahaya jingga yang indah, lagu instrumental paling sesuai, seperti ...

Membina Kreativiti & Imaginasi Qaseh

Tempohari aku berhasrat nak belikan Qaseh sebuah set permainan Playdoh. Aku fikir dengan usianya semakin meningkat, dia perlu diberi permainan yang memerlukan kreativiti dan imaginasi. Playdoh iaitu permainan tanah liat (plasticine) aku fikir adalah permainan yang baik untuk membina imaginasi dan kreativiti Qaseh. Semalam aku akhirnya belikan dia sebuah set Playdoh. Aku beli set asas yang mempunyai beberapa acuan tekan dan beberapa playdoh berwarna warni. Menariknya dari pemerhatian aku, Qaseh seperti sudah tahu apa yang hendak dilakukan dengan permainan ini. Zura tunjukkan beberapa contoh dengan menggunakan acuan. Qaseh seterusnya meniru perbuatan tersebut dan cuba hasilkan karya menggunakan acuan yang diberikan. Lama kelamaan Qaseh jadi semakin kreatif dan berimaginasi. Dia gunakan Playdoh itu sebagai bahan untuk dia bermain 'masak-masak'. Lalu bongkah tanah liat dipotong-potong menggunakan pisau plastik membentuk seperti 'makanan' yang kemudiannya cuba ...