Langkau ke kandungan utama

Catatan

31 Tahun Yang Berlalu

Aku Di Akhir Tahun Ke 31 Hidup Ini Aku tak percaya lagi Dengan apa yang kau beri Aku terdampar disini Tersudut menunggu mati Aku tak percaya lagi Akan guna matahari Yang dulu mampu terangi Sudut gelap hati ini Aku berhenti berharap Dan menunggu datang gelap Sampai nanti suatu saat Tak ada cinta kudapat Kenapa ada derita Bila bahagia tercipta Kenapa ada sang hitam Bila putih menyenangkan Aku pulang… Tanpa dendam Ku terima kekalahanku Aku pulang… Tanpa dendam Ku salutkan kemenanganmu Kau ajarkan aku bahagia Kau ajarkan aku derita Kau tunjukan aku bahagia Kau tunjukan aku derita Kau berikan aku bahagia Kau berikan aku derita Aku pulang… Tanpa dendam Ku terima kekalahanku Rebahkan tangguhmu Lepaskan perlahan Kau akan mengerti Semua… Aku berhenti berharap Dan menunggu datang gelap Sampai nanti suatu saat Tak ada cinta kudapat ==== Selama berdiam diri, banyak yang dikenangkan. Selama tidak menulis, begitu banyak yang hendak diperkatakan namun semuanya tidak sesuai hendak diperkatakan disini....

Seharian

Aku ke Mid Valley. Kononnya nak melepak (ada lagi yang buat benda ni ye). Masuk Nike Store tingkat atas. Aku nak tengok jersi baru Malaysia. Okay. Cantik. As I expected. Tengok buat di mana; Portugal. Huh! Tengok harga... RM259.90. Erk! Kenapa RM259.90? Aku rasa macam jersi pasukan world cup je. Mahal gile. Betul la ni replika jersi yang betul. Memang mahal. Baju panas pun harga lebih kurang. T-shirt bodoh pun mahal. Inilah akibat kalau ditaja oleh Nike. Memang ambik kesempatan betul. Tapi baguslah. Takde la selama ni pakai baju second grade. Cuma aku fikir, siapa yang sanggup beli jersi bolasepak Malaysia yang kira bingai tu dengan harga RM259.90? Kecuali orang tu memang fanatik bola atau lebih tepat, penyokong fanatik Malaysia, orang lain takkan beli. Aku sendiri pun fikir dua tiga kali (lebih kot) untuk beli. Lebih baik aku beli baju retro Adidas Liverpool F.C. Cool. Sayang takde tulisan penaja Crown Paint atau Candy atau Hitachi. Tapi jauh lebih murah. Jauh lebih nostalgik. Tapi se...
Rupa-rupanya kotak belang-belang Nike di Bukit Bintang tempohari tu adalah perasmian penajaan Nike untuk pasukan bola sepak Malaysia. Patut nampak familiar semacam je. Aku jenguk website untuk cari info lebih lanjut mengenainya. Ini yang aku jumpa. Menarik. Nampaknya Nike betul bersungguh-sungguh untuk menaja pasukan bola sepak Malaysia. Tidak macam Adidas dulu yang kebanyakkan jersi tajaan mereka adalah novelty ataupun produk yang berasaskan produk sedia ada. Penajaan Nike kali ini lebih detail termasuklah kalau tengok betul-betul pada jersi home ada ikon keris terdapat pada baju. Cool. Kemudian, logo FAM yang diletakkan pada baju adalah jenis yang sama macam team Korea dan Australia, getah melekat agaknya. Dulu masa Adidas taja, mereka cuma sulam bendera Malaysia saja. Jersi home Malaysia kali ni (seperti gambar dibawah) adalah bersandarkan jersi yang pernah dipakai pada tahun 1958. Bila aku tengok balik, teringat aku jersi team bola sepak JKR Gerik, Perak masa aku kecil-kecil dulu. ...

Boot-Camp (Boot Tidak Dijual Bersama)

iMac - sejenis binatang ganas Installation Windows XP untuk kegunaan Dual-Boot. Menyusahkan. Windows XP dalam Apple iMac setelah selesai proses installation dual-boot guna Boot-Camp iPod-like remote control. Very useful

Apple Ni Tak Boleh diMakan!

  My new iMac at work. Baru sampai jumaat lepas. Apple iMac 20" Intel Core 2 Duo 2.16Ghz 1024MB DDR2 667MHz 128MB ATI Radeon 1600XT 250GB 7200RPM HDD Apple Super-Drive 20" of deliciously wide lcd screen. Apple OSX 10.4 Tiger Keyboard and Mighty-Mouse and not forgetting, an ipod like remote control. drool... Aku minta lama dah binatang jahat ni. Bulan Oktober lepas. Alasan aku adalah untuk kegunaan publikasi majalah dan kerja-kerja editing video dan audio yang berkaitan dengan aktiviti pejabat. Sebab aku minta Apple berbanding PC biasa; 1. Cool (bagi aku la..) 2. Percetakan Nasional Malaysia Berhad, tempat kami cetak buku, majalah etc. guna Apple yang sama (rugi aku tak mintak Mac Pro) 3. Kalau aku bagi spec. PC, nanti orang ingat aku nak main games. 4. Nak bagi opis-mate jeles. 5. Aku minta sesuka hati sebab bos tak tahu amenda! (realiti) Kalau tak silap aku, Apple iMac aku ni adalah satu-satunya Apple yang digunakan dalam JPN seluruh Malaysia. Entah, aku tak jumpa lagi yang ...

Tunjuk Perasaan Ada Dalam Agenda Tahun Melawat Malaysia 2007 ke?

Makcik ni kata "Daripada pukul kami ni, baik korang pergi pukul Mat Rempit. Lagi baik." Memang betul pun. Apa motif FRU datang ke perhimpunan tunjuk perasaan membantah kenaikan harga tol 7 Januari 2007 di depan Sunway Pyramid? Makcik tu siap dukung anak dia yang cacat. Mamat FRU yang ada dekat dia jeling je tengok makcik tu. Muka memang tak puas hati langsung. Entahlah, mungkin FRU memang diajar untuk menjadi tidak belas kasihan. Ada sesetengah daripada mereka memang nampak tak puas hati langsung. Sedang kebanyakkan daripada penunjuk perasaan cuma bertepuk tangan. Takde pun aku dengar mereka kutuk polis. Aku kebetulan ada di Sunway Pyramid. Ingatkan nak cari CD. CD tak jumpa tapi tunjuk perasaan jumpa. Ingatkan nak tengok kejap je. Tapi bila tengok stesen bas dah jam, jalan pun dah jam, kensel. Seronok juga tengok tunjuk perasaan. Last sekali aku tengok masa kempen reformasi tahun 1998. Lama dah tu. Tapi kali ni aku rasa polis tidak seberani dahulu. Sekarang hampir setiap ora...