Langkau ke kandungan utama

Catatan

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Jaminan Kerja Sebagai Kakitangan Awam!

Kamu kerja dengan kerajaan atau sedang memohon kerja dengan kerajaan? Aku jamin ini adalah sebahagian daripada insentif-insentif pandangan orang ramai terhadap kamu yang kamu akan perolehi:- 1. Kamu dijamin akan dituduh PEMALAS biar betapa rajin sekalipun kamu bekerja. Tidak perlu kamu bersusah payah mengaku kamu bekerja 20 jam sehari, orang masih fikir kamu cuma duduk di meja dan tidak berbuat apa-apa melainkan goyang kaki (aku juga jamin apabila pencen kelak, kaki kamu akan kehabisan ligamen akibat selalu bergoyang). 2. Kamu dijamin akan dituduh buat kerja sambil lewa biarpun kamu sedang buat kerja mengikut prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan dalam segala standard antarabangsa. Kerja kamu masih tidak bermutu. Tiada kualiti dan tidak sehebat kakitangan swasta. Walaupun kamu sedang menguruskan sistem pengurusan indentiti tercanggih di Malaysia sehingga lebih 100 organisasi kerajaan dan swasta yang turut menggunakannya, kerja kamu itu tetap tidak akan dianggap berkualiti. MS IS...

Kamu Ada Dendam Kesumat?

Apabila membaca blog dan web dalam internet, artikel dan komen yang terdapat dalamnya, aku nampak satu ruang yang semakin lama semakin dipenuhi oleh orang; kebencian dan dendam. Ianya amat jelas kalau membincangkan hal-hal politik di Malaysia. Kenapa dan bagaimana manusia begitu mudah membenci dan berdendam, aku tak mengerti. Mungkin ramai antara kita yang belajar dalam hidup mereka, kebencian dan dendam itu adalah perkara normal dan tidak menjadi masalah sekiranya kita luahkan. Contohnya Tun Dr. Mahathir (TDM). Kamu lihatlah banyak cacatan blog dan banyak komen yang menghina, menghentam, mengungkit asal usul beliau dan segala keburukan dirinya. Aku sendiri tidaklah menyokong 100% TDM tapi aku tidak pula membenci. Seingat aku dalam hidup aku, tidak sekali pun dia pernah sakiti aku secara langsung. Tidak pernah dia datang ugut aku itu ini atau dia tarik balik rezeki aku (kerana aku sedar rezeki itu di tangan Tuhan). Malah, kalau banyak sekalipun buruk dia, aku mahu nampak yang baik saja...

Liku-liku Hidup - 1

Suatu ketika dahulu semasa aku masih tinggal di Gerik, Perak, hari-hari siang sewaktu pergi ke sekolah adalah saat yang mendamaikan. Dari rumah dengan basikal dan beg digendong bersama bekal nasi yang emak berikan, aku ke sekolah; sekolah petang. Keluar dari rumah di sebuah perumahan awam, aku ke jalan besar dan menyusurinya beberapa puluh meter. Kemudian aku melintas untuk melalui jalan pintas. Dari situ perkara pertama yang aku lalui adalah sebuah jambatan yang merentasi sebuah sungai yang aku tidak pernah tahu apa namanya. Tahu, mungkin aku sudah lupa. Sungai Air Hitam rasanya. Awal dulu ianya cuma jambatan kayu. Dari situ aku menuju ke penghujung simpang kira-kira 300 meter. Sebelah kiri jalan ada perumahan cina dan sekali sekala terdengar salakan anjing. Sebelah kanan dimana sungai menjadi sempadan dan diseberangnya tanah kosong terbiar yang dimasa akan datangnya nanti akan menjadi kawasan perumahan juga. Aku belok ke kiri dan lalui jalan tar kecil menuju ke sebuah sekolah agama. ...

Mencari Sempurna

Menjelang petang tadi (Rabu) adalah amat menyeksakan. Kerja tiba-tiba datang menimbun. Walaupun cuma dua (2) kerja tapi kerana ianya perlu menggunakan kreativiti dan skil, otak jadi penat dan terasa letih amat sangat. Selepas jam 5 petang, aku rasa sudah habis idea di otak. Itu perkara yang tidak aku duga. Aku sebenarnya tidak suka bekerja dalam keadaan tidak lengkap. Dulu sewaktu awal ditugaskan dengan menghasilkan buletin dan laporan tahunan, aku mohon dibeli Apple iMac dengan alasan syarikat percetakan menggunakan mesin yang sama. Malah sebenarnya aku pohon dibeli sebuah MacPro yang jauh lebih mahal harganya. Tapi dapat iMac pun sudah kira bertuah. Hasilnya kerja jadi lebih lancar. Pengurusan terdesak untuk dapatkan secepat mungkin iMac kerana selama aku menghasilkan kerja sebelum ini aku menggunakan PC aku sendiri. Alasannya? Kerana hampir semua PC yang ada di jabatan tidak mampu menanggu beban grafik yang tinggi. Suatu hari PC aku crash dan sebuah hard disk terus rosak (dalam PC t...