Langkau ke kandungan utama

Catatan

Potret Diri

Sekali sekala rasa agak seronok kalau orang sudi merakam gambar aku. Tambah lagi kalau dalam keadaan seperti dalam gambar di bawah; kandid. Aku tidak ada banyak gambar sendiri. Jadi bila orang lain rakam gambar aku, aku amat suka dan menghargainya. Hati ini lebih damai sekarang.

Sekejap Mengeluh

"Idan, boleh tak tolong buat ini?" "Aku agak sibuk ni" "Boleh tak?" "Okaylah" "Idan, boleh tak tolong buat itu?" "Aku banyak kerja sekarang" "Boleh ke?" "Okaylah" Memang aku rasa mereka tak faham bila aku cakap aku sibuk atau banyak kerja. Atau mereka tak dengar. Aku pula malas nak tolak bila orang sudah desak. Kamu boleh lihat muka mereka kalau aku tetap juga menolak. Aku paling tidak suka kalau orang tidak berusaha terlebih dulu sebelum minta tolong dari orang lain. Itu pemalas namanya. Melainkan kamu betul-betul tidak tahu cara untuk melakukannya. "Idan, boleh tak tolong?" "Tak boleh..." "Bodoh punya Idan. Kedekut ilmu nak mampus!" Ingat aku tidak tahu?

Menunggumu

Dua puluh minit setelah selesai berbual, aku masih belum tidur. Aku memang sebenarnya mengantuk. Amat mengantuk. Masalah aku; bila aku kenal baik dan dengan seseorang, aku akan cuba layan dia sebaik mungkin dan menghargai masa-masa yang ada bersamanya. Ada kala seperti menyiksa diri. Namun hakikatnya tidak. Aku merasa ianya dalam keadaan terpaksa. Bukan juga untuk membeli jiwa. Aku lakukan kerana antara masa ini hingga aku temuinya lagi (mungkin), aku tidak tahu apa yang akan berlaku. Hidup ini sebegitu rapuh. Jadi kalau ada sedikit ruang masa, aku akan lakukan yang terbaik untuk membuat mereka gembira dan bahagia. Dan mungkin untuk sesetengah orang, ianya sedikit istimewa. Aku rasa ianya adil kerana mereka lakukan perkara yang sama terhadap aku. Aku sekadar membalas kebaikan dengan kebaikan juga.  Aku pasti, kamu juga mengetahuinya.

Tindakan Dalam Sedar

Aku katakan kepadanya; kalau diberi pilihan pada saat dan ketika ini, kalau aku tahu rumahnya, aku akan datang dan cabut kabel internetnya dan lalu aku suruh dia tidur. Sambil aku ucapkan selamat malam dan semoga damai hendaknya. Cuma yang aku tidak cakap kepadanya; lalu aku akan pejamkan matanya dan dodoikan sehingga dia lena dalam mimpi paling indah. Sebab itu sudah menjadi maksud yang lain.

Senja Nan Merah (Aku Rasalah)

Aku rasanya ianya merah. Mungkin jingga bagi kamu. Entah. Cukup cantik dan menyenangkan hati di kala meniti hari-hari penuh sibuk dan tekanan. Aku sanggup beli segala masa yang ada untuk merasai sedikit damai, kalau ianya mempunyai harga.

Menilai Diri Ini

10 minit terlelap dan aku terjaga dari tidur. 10 minit. Itu sudah tentu rekod peribadi untuk tidur paling sekejap paling pendek. Biasanya tidur sekejap aku akan berlarutan sampai pagi. Lalu aku bangun dan menulis ini. Aku penat bicara pasal kerja. Ianya takkan selesai sehingga aku pencen nanti. Melainkan aku pergi kerja, punch card dan balik rumah, tidur. Jadi aku takkan ceritakan pasal kerja. Aku juga tidak akan ceritakan pasal fotografi kerana sudah beberapa hari aku tidak melakukannya. Sudah lama aku tidak berbual-bual di YM dengan seseorang. Kalau dulu, sewaktu Asyikin masih suka berjaga malam, kami akan berbual hingga menjelang subuh. Kini dengan keadaan dia yang sudah berkahwin dan sarat mengandung, tidur adalah perkara yang lebih baik dilakukannya.  Sekarang, sudah beberapa hari aku sering berbual lama dengan seorang yang baru aku kenali. Memang aku tidak reti berbual. Kaku dan sering berulang-ulang. Aku tidak tahu apa yang hendak diperkatakan atau apa yang hendak dicerita. Aku ...