Susah juga hendak hadapi isteri yang sedang mengandung. Simpati memang sangat-sangat simpati dengan keadaan yang sedang dihadapi. Kadang-kadang sampai tidak tahu apa yang harus dibuat. Aku sekadar boleh tengok. Ye lah, takkan aku nak sedut angin keluar dari mulut dia pula. Morning sickness Zura bukan setakat pagi saja, tapi siang malam. Jadi suami kena banyak bersabar juga sebenarnya dalam keadaan begini. Tidak boleh marah tak tentu pasal jika isteri terbaring lesu dan langsung tidak pedulikan kita. Macam orang selalu kata, kalau kita tidak pernah alaminya, kita tidak tahu bagaimana. Aku bile hendak mengelakkan rasa susah hati sangat, aku buka komputer dan main games. Lapangkan fikiran dengan bunyi dan aksi di skrin komputer. Tetapi Zura akan selalu panggil aku tanpa sebab. Kadang-kadang semata-mata hendak aku dekat dengannya. Aku jenis bila dipanggil sekali, terus aku bergegas datang. Tidak elok tangguh-tangguh. Mana kita tahu apa yang dia hendak ketika itu. Kadang-kadang Zura cu...