Langkau ke kandungan utama

Catatan

Ke Mana Menghilang?

Kembali menulis di sini setelah begitu lama ditinggalkan. Puncanya kerana Star Rating. Aku ditugas untuk menyiapkan buku laporan yang setebal 230++ muka surat dan juga menyediakan slaid persembahan yang menggunakan tiga buah skrin sekaligus. Slaid sebanyak 120++ muka perlu aku siapkan dalam tempoh beberapa hari. Banner ini aku yang design, sesuai dengan tema buku dan slaid. Syukur kerana semua itu telah aku selesaikan dengan baik. Bos berpuas hati. Itu yang penting. Beberapa hari juga aku tidur lewat dan balik kerja lewat malam, meninggalkan Zura berseorangan di rumah. Tetapi tanggungjawab kerja pun aku perlu laksanakan. Suasana dalam dewan ketika sesi taklimat oleh Bos Besar sedang berlangsung. Tiga skrin sekaligus! Seorang penyedia dan pengawal slaid; Aku. Selesai kerja minggu lepas, aku berehat akal fikiran. Otak ini sudah terbeban dengan kerja sejak beberapa ketika perlu di'longgar'kan seketika. Aku lebih senang terperap di rumah sekarang. Rumah semakin selesa dan senang me...

Rahsia Diari Atok

Ketika beraya di rumah Pak Ndak di Kuala Kangsar, tiba-tiba terbit cerita mengenai arwah Tok Wan. Kalau aku, semua Tok aku dipanggil Tok saja, tidak ada tambahan Wan, Cik atau lain-lain gelaran. Tok Wan sebelah ayah meninggal dunia kira-kira 20 tahun lalu, ketika aku berusia enam tahun. Tetapi aku masih ingat wajahnya. Aku masih ingat ketika usia tuanya, beliau sering duduk di tepi tangga belakang rumah menghadap ke jalan besar dan melihat kereta lalu lalang. Maklum tahun penghujung 70an - awal 80an, kenderaan di jalan raya masih belum banyak. Jadi sekali sekala bila ada yang lalu, kami melihat penuh minat. Aku tidak pernah tanya kenapa Tok suka duduk di atas tong kayu sambil memegang tongkatnya. Aku juga sudah lupa apa saja perbualan dan ceritanya ketika itu. Jadi memori mengenainya hanya ada dalam beberapa keping gambar dan kenangan sewaktu aku kecil dahulu. Tempohari, Pak Ndak memberitahu bahawa beliau ada menyimpan sebuah diari milik Tok. Kami sekeluarga agak terkejut dan sangat te...

Sketsa Aidil Fitri 2011

Tahun ini pertama kali beraya bersama isteri dan pertama kali juga beraya di Kedah, lebih spesifik, Kampung Sematang, Kuala Kedah. Mula-mula aku mohon maaf, tiada gambar kami berdua di hari raya. Ada tetapi tidak sempat aku ambil dari PC di kampung.  Aku beraya sehari di Kuala Kangsar. Cukuplah. Tahun-tahun sebelum ini pun sehari sudah mencukupi. Hari-hari berikut biasanya aku tidur saja dan tidak ke mana-mana. Sebelum itu, sempat juga berbuka puasa dua kali di Kuala Kangsar; dua hari terakhir Ramadhan. Aku tidak beli baju melayu baru. Aku tegaskan kepada Zura bahawa baju melayu yang sedia ada masih elok dan sangat jarang dipakai. Aku ada dua pasang baju melayu (putih - baju akad nikah dan oren - baju tahun 2008) serta dua helai baju melayu (hitam dan biru - baju tahun 2005) yang masih dalam keadaan baik. Murtabak Pak Mad; murtabak paling glamer waktu Ramadhan di Kuala Kangsar. Zura akur. Jadi Aidil Fitri tempohari, hanya Zura yang membeli baju baju; dua pasang baju kurung son...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Menghadapi Keadaan Ini

Susah juga hendak hadapi isteri yang sedang mengandung. Simpati memang sangat-sangat simpati dengan keadaan yang sedang dihadapi. Kadang-kadang sampai tidak tahu apa yang harus dibuat. Aku sekadar boleh tengok. Ye lah, takkan aku nak sedut angin keluar dari mulut dia pula.  Morning sickness Zura bukan setakat pagi saja, tapi siang malam. Jadi suami kena banyak bersabar juga sebenarnya dalam keadaan begini. Tidak boleh marah tak tentu pasal jika isteri terbaring lesu dan langsung tidak pedulikan kita. Macam orang selalu kata, kalau kita tidak pernah alaminya, kita tidak tahu bagaimana. Aku bile hendak mengelakkan rasa susah hati sangat, aku buka komputer dan main games. Lapangkan fikiran dengan bunyi dan aksi di skrin komputer. Tetapi Zura akan selalu panggil aku tanpa sebab. Kadang-kadang semata-mata hendak aku dekat dengannya. Aku jenis bila dipanggil sekali, terus aku bergegas datang. Tidak elok tangguh-tangguh. Mana kita tahu apa yang dia hendak ketika itu. Kadang-kadang Zura cu...

Rezeki Ramadhan

Hendak menulis panjang-panjang, otak masih letih setelah bertungkus lumus menyiapkan kerja pejabat yang dibuat sejak beberapa hari lalu lagi. Pertamanya, Ramadhan tahun ini membawa berita yang sangat gembira dalam hidup Aku dan Zura. Zura telah disahkan mengandung lima minggu dua hari (sewaktu diperiksa oleh doktor tempohari). Syukur. Patutlah berlainan benar keadaan Zura sejak kebelakangan ini. Beliau sering mengadu badan tidak selesa. Rupa-rupanya badan Zura sedang dalam proses bersiap sedia untuk ketibaan zuriat kami. Semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki kami berdua. Aku bertanya dan ditanya (dan oleh orang lain juga), mahu anak lelaki atau perempuan? Jawapan aku dan Zura adalah sama. Anak lelaki atau perempuan, ianya tetap anugerah dunia dan akhirat. Tidak kisah yang mana satu. Kami hanya doakan zuriat yang baik, itu saja. Kedua, Ramadhan tahun ini juga membuat aku senang hati dengan kerjaya. Aku telah disahkan taraf jawatan baru setelah hampir 10 bulan memangku...

Projek Tukar Layout Baru Dilancarkan.

STICKY!   (post terbaru di bawah ~ kalau ada...) Sudah Ogos. Aku janji Mac tempohari. Aku beritahu pada penghujung tahun lepas yang aku mahu tukar layout baru. Tetapi bila aku tengok balik, ketika itu aku baru saja tukar ke layout sekarang pada Mac 2010. Jadi aku janji aku akan tukar pada Mac 2011. Sekarang sudah Ogos 2011. Okaylah. InshaAllah aku akan tukar layout baru. Kalau aku tukar layout baru, mengikut konvensyen blog/website aku, ianya sudah versi yang ke-11. Kalau tidak silap aku. Kerana awal tahun ini aku menyambut ulang tahun ke-10 penglibatan aku dalam dunia blogging. Ya, aku sudah berblog selama lebih 10 tahun. Itu sebelum aku kenal Blogger.com dan terpaksa upload secara manual ke server setiap kali aku update blog. Kerja gila tetapi menyeronokkan. Jam empat pagi masih terkial-kial upload blog walaupun pagi nantinya aku perlu ke pejabat. Layout sekarang berlatar warna oren. Layout seterusnya warna apa pula yang sesuai ya? Ini blog aku beberapa tahun lepas. Ini website a...