Langkau ke kandungan utama

Gempa..

Semalam terasa gegaran akibat gempa bumi di Sumatra. Aku tidur balik. Tiada apa yang hendak dirisaukan. Tsunami takkan menerjah hingga ke Kuala Lumpur. Tiga jam kemudian sedang aku nyenyak tidur, housemate kejutkan aku dan suruh turun kebawah. Arahan bomba katanya. Semua orang dah turun. Aku bangun malas, cuci muka, pakai seluar panjang (sejuk) dan capai apa saja benda penting yang patut, kunci, beg dan Mykad serta Handphone yang kreditnya berbaki 7 sen. Aku tenang melampau seperti tiada apa yang terjadi; kawan kalut gila setiap 10 saat menjenguk aku ajak aku turun segera.

Sampai dibawah sudah ramai yang mundar mandir di kawasan letak kereta. Aku pergi ke kereta dan berdiri sambil memerhati dari jauh 'jeritan' peti televisyen dari gerai makan tepi sana. Ada berita mengenai semua kekalutan ini. Aku pergi tengok dan baru aku faham gempa bumi telah berlaku di Sumatra. Sejam kemudian baru naik semula ke rumah dan tidur, tapi sempat juga aku melihat beam dan tiang rumah kalau-kalau ada yang retak. Tiada.

Aku harap kebanyakkan bangunan di Malaysia dibina berdasarkan piawaian gempa bumi. Walaupun Malaysia tak termasuk dalam Lingkaran Api Pasifik, tapi kalau gegaran kuat, pasti akan terasa juga. Bangunan bergoyang perkara biasa. KLCC tu boleh kata hari-hari bergoyang tapi tidak terasa sebab tak sekuat goyangan akibat gempa bumi (bukan lagu Goyang..)

Tapi apa logiknya suruh orang berkumpul dikawasan letak kereta yang betul-betul disebelah bangunan? Kalau dah bangunan tu nak runtuh, rasanya kena juga tempiasnya nanti.

Orang masih bertanyakan kenapa gempa bumi berlaku dan ada juga bertanya kenapa gempa bumi berlaku berulang kali dengan kerap di kawasan yang sama. Aku cuba jawab sebaik mungkin termasuk menunjukkan satu eksperimen mudah. Korang kejapkan jadi menjadi penumbuk kiri dan kanan. Kemudian tekan penumbuk kanan dan kiri antara satu sama lain. Lama kelamaan akan tergesel dan berlawan arah keatas kebawah. Itu contoh mudah berlakunya gempa bumi. Jadi, cuba bayangkan kalau tangan tu panjang. satu tempat kena, yang lain bersambung dengannya akan pasti terkena juga. Sebab itu ada gempa berulang...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 2

Sambungan koleksi gambar MRSM Balik Pulau, circa 2003. Ini bas maktab suatu ketika dulu. Aku sudah tengok bas baru. Tapi bas lama ini sungguh manis kenangannya. Kami menyanyi gembira setelah muncul johan bolasepak under-15 dan under-18. Pergi berkelah di Batu Feringgi atau melawat Botanical Garden. Pergi trip ke MRSM Berseri dengan ditemani bumbung bas yang bocor. Ianya suatu kebanggaan dapat naik bas ini suatu ketika dahulu. Masa itu tidak semua sekolah ada bas sendiri. Jadi kira hebat la. Baru sekarang aku terperasan, bas tersebut ada iras-iras Penang Yellow Bus. Hmm... Padang. Kalau masa aku pergi tahun 2003 dahulu ada sign board tertulis, "Home of The Cougars", merujuk kepada pasukan ragbi maktab. Mungkin pada ketika itu ianya amat kuat. Memang ragbi masa zaman aku pun kuat juga, tapi tidak sehebat team bolasepak yang dibentuk sejak kami form 2. Sepanjang itu hingga ke form 5, kami tidak pernah tewas satu game pun (betul tak Carrie?). Jadi johan Under-15 dan Under-18 nege...

Singgah Sebentar

Entah kenapa, sejak beberapa hari kebelakangan, blog ini dikunjungi oleh lebih ramai orang. Kamu semua datang dari mana? Baca dan tengok sajalah apa yang ada di dalam ini ya. Cuma maaf, blog ini tidak ada gossip, gambar lelaki melayu bangga minum beer, lurah dada perempuan atau apa-apa saja perkara berbentuk sebegitu. Oh ya, kalau kamu yang masih lagi mencari laman web menjual tiket bas secara online, cuba Maraliner Entah, ramai betul yang datang ke sini kerana mencari laman web menjual tiket bas secara online. Google sajalah nama syarikat bas ekspres yang kamu tahu. Mungkin ada, mungkin tidak.  Aku suspek ramai antara pengguna internet tidak tahu cara mengguna enjin pencari seperti Google dan Yahoo!. Hmm... Ada sesiapa mahu keluarkan ebook cara-cara menggunakan enjin pencari Google dan Yahoo! atau lain-lain? Boleh buat duit jual ebook kepada orang ramai. Sekarang orang beli apa saja ebook. Itulah yang pelik. Sampai tips mudah mendapat kerja kerajaan pun dibuat ebook dan dijual. Malah ...

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l...