Langkau ke kandungan utama

Senarai Wajib Tonton

Semalam sudah menonton Shrek Forever After @ Shrek 4. Filem apa lagi yang aku tunggu dalam masa terdekat?

Minggu depan filem ini akan keluar di pawagam. Aku kurang minat bermain games Prince of Persia kerana games sebegitu bukan genre games yang aku suka.

Berdasarkan trailer yang ditayangkan di pawagam dan juga yang diperolehi di internet, aku rasa filem ini sebuah filem adaptasi permainan video yang baik, tidak seperti Tomb Raider.

Tambah pula watak utama, Prince Dastan dilakonkan oleh Jake Gyllenhaal, aku jangka watak yang dimainkan akan bersahaja, sama seperti di dalam Brokeback Mountain.




Lagenda Budak Setan adalah adaptasi novel bertajuk sama karya Ahadiat Akasyah. Aku amat jarang menonton filem melayu. Tetapi filem ini mungkin jadi filem melayu pertama sejak sekian lama yang aku mahu menonton tanpa desakan atau ajakan orang lain.











Hanya kerana Jackie Chan dan Jaden Smith (yang begitu hebat dalam Pursuit of Happyness), aku mahu menonton The Karate Kid versi 2010. Sepatutnya ditukar saja nama filem ini menjadi The Kung Fu Kid kerana seni mempertahankan diri yang dipamerkan dalam filem ini adalah Kung Fu.

Jackie Chan mungkin sudah semakin serasi memainkan watak mentor atau tok guru. Jackie sudah kurang sesuai menjadi hero dengan sendirinya. Nasib baik mereka tidak memilih Jet Li sebagai watak tok guru. It will be boring and damn too serious. Tetapi kalau Stephan Chow, pastinya lebih unik!








What not to like?

Toy Story adalah 'Genesis' filem animasi digital. Permulaan animasi digital meletup menjadi bisnes perfileman yang sungguh besar sekarang.

Ini filem animasi digital wajib tonton bagi sesiapa saja yang meminati animasi digital. Tidak perlu aku jelaskan lebih lagi.











Itu senari filem untuk penghujung Mei dan sepanjang Jun nanti. Ada filem lain yang boleh aku pilih untuk menontonnya seorang diri. Tetapi untuk filem-filem di atas, apa kata kamu pergi menonton bersama aku? Siapa mahu, sila angkat errr.. keyboard.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 2

Sambungan koleksi gambar MRSM Balik Pulau, circa 2003. Ini bas maktab suatu ketika dulu. Aku sudah tengok bas baru. Tapi bas lama ini sungguh manis kenangannya. Kami menyanyi gembira setelah muncul johan bolasepak under-15 dan under-18. Pergi berkelah di Batu Feringgi atau melawat Botanical Garden. Pergi trip ke MRSM Berseri dengan ditemani bumbung bas yang bocor. Ianya suatu kebanggaan dapat naik bas ini suatu ketika dahulu. Masa itu tidak semua sekolah ada bas sendiri. Jadi kira hebat la. Baru sekarang aku terperasan, bas tersebut ada iras-iras Penang Yellow Bus. Hmm... Padang. Kalau masa aku pergi tahun 2003 dahulu ada sign board tertulis, "Home of The Cougars", merujuk kepada pasukan ragbi maktab. Mungkin pada ketika itu ianya amat kuat. Memang ragbi masa zaman aku pun kuat juga, tapi tidak sehebat team bolasepak yang dibentuk sejak kami form 2. Sepanjang itu hingga ke form 5, kami tidak pernah tewas satu game pun (betul tak Carrie?). Jadi johan Under-15 dan Under-18 nege...

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l...

Apple Mac - Cerita Aku 1

Aku pakai komputer jenama Apple di rumah dan di pejabat. Laptop MacBook Pro aku beli menggantikan laptop Acer Aspire (sudah dijual) dengan tujuan sebenar untuk kerja sampingan sebagai video editor dengan sebuah studio perkahwinan ( DinaWedding ). Aku sudah menggunakan Apple iMac di pejabat sejak penghujung 2006 lagi. Secara umumnya, banyak kerja aku melibatkan senireka grafik menyebabkan komputer Apple menjadi pilihan paling sesuai. Aku pernah dan sering ditanya serta aku yakin di luar sana ramai juga yang ingin mengetahui kebaikan dan keburukan menggunakan komputer jenama Apple. Jadi aku fikir lebih baik aku kongsi pengalaman aku. Komputer jenama Apple secara umumnya adalah komputer peribadi/workstation/server yang dibina dan dijual sendiri oleh syarikat Apple Inc. dan menggunakan sistem operasi (Operating System) jenama Mac OS. Suatu ketika dulu ada syarikat pengeluar komputer yang mengeluarkan komputer dengan menggunakan sistem operasi Mac OS namun begitu semenjak Steve Jobs (CEO d...