Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2004

Heh!

Minggu ni minggu beku. Idea pun takde. Apa nak tulis pun tak tahu tapi apa yang terfikir tu memang banyak. Cuma tak tertulis di sini. Rasanya kalau boleh rekod apa yang difikirkan kemudian secara automatik diterjemahkan di sini kan mudah. Berangan je aku ni.



Entah. Nantilah aku tulis panjang. Nak pegi main Futsal.

Entah

Baru la dapat relaks daripada buat assignment sepanjang masa. Lega rasanya. Kalau tak kelam kabut hidup ditambah dengan kerja yang tak sudah-sudah. Pace aku rasanya dah jadi gear ke 4 - 5 kot. Biasanya slow je. Ini dah laju semacam. Penat pun ada. Dah berapa lama aku tak pegi jogging. Aku nak jogging la. Malas jadi gemuk dah.



Nak tulis apa ye? Hehe.. Tatau la. Takde apa yang menarik melainkan aku sibuk dengan kerja dan study seminggu dua yang lepas. Cuti hujung minggu merdeka ni pun tak tentu aku balik kampung ke tak. Emak dah bising sebab aku lama tak balik, disuruhnya balik. Tapi aku ni susah sikit nak balik. Bukan tak suka balik tapi tak senang nak balik. Nak kena cari kereta juga la lepas ni. Baru selesa agaknya balik. Kalau tak selesa juga, baik aku pindah balik kampung je senang.



Dah le tu. Nak balik nak pegi kedai jual CD games. Nak cari CD Locomotion. Tak payah tanya la. Korang takkan minat.

Pelik

Busy siapkan assignment. Aku ada satu problem la. Entah kenapa tiap kali time aku nak baca buku ilmiah atau buat kerja ilmiah, secara automatik jadi mengantuk amat sangat sampai nak buka mata dan berfikir pun susah. Tapi bila aku pergi buat kerja lain, suff ke, baca komik ke, tiba-tiba je mengantuk tu hilang. Aku berbalik untuk cuba buat kerja ilmiah, terus mengantuk balik. Aku pelik dan tak faham kenapa.



Kenapa?

2 Tahun di Bekerja

Heh!

Dah Ogos 2004.

Kejap je masa berlalu.

Dua tahun dulu aku keberatan nak terima jawatan di Jabatan Pendaftaran Negara ni. Memang waktu tu aku langsung tak berminat nak bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Yang aku paling berminat ialah nak buat bisnes sendiri. Malah kertas kerja untuk di persembahkan kepada pemodal masih ada di binding dengan sempurna. Tapi semakin berabuk tidak membawa apa-apa makna. Ketika itu aku sedang belajar disebuah institut latihan professional dalam kursus Microsoft Certified System Engineer (MSCE). Bayaran amat mahal pulangannya memang besar juga. Tapi bila dapat surat tawaran kerja dari JPN, aku serba salah. Loan dah apply. Emak dan Ayah pula bising suruh pergi. Petaling Jaya. Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara. Ingatkan dapat area Perak atau yang lebih dekat. Tapi dapat terus Ibu Pejabat. Mula sekali problem ialah tempat tinggal. Mana aku nak cari tempat tinggal dalam tempoh seminggu? Jadi kesana kemari aku pergi. Hari first terus aku lepak hotel murah…

Lelaki yang Macam Perempuan (Bukan Pondan!)

Dr. Fadhilah Kamsah pernah berkata, " lelaki yang baik adalah lelaki yang byk ciri-ciri perempuan".



Hah, baca tu lelaki. Letak jauh-jauh sikit ego korang bila baca tulisan aku seterusnya ni. Macam aku kata sebelum ni aku ialah lelaki yang sukakan perempuan, bukan gay walau aku suka tengok perangai orang gay (yang kebanyakkannya lebih bagus dari straight guy). Lelaki ni kadang-kadang terlebih sangat sifat lelakinya hinggakan tak boleh sikit nak terima sifat perempuan walaupun ianya betul dan sesuai juga kita nak guna.



Paling bermasalah bagi seseorang lelaki ialah, EGO. Ego ni banyak sifat egonya. Ego segala-galanya dan ego berkaitan sesuatu perkara iaitu mungkin prinsip, perilaku, kaedah dan sifat. Tapi rata-ratanya takde seorang manusia pun yang takde ego. Semua orang ada ego cuma yang jenis lelaki ni suka sangat ego menguasai diri. Contoh ego lelaki yang paling senang nak dengar di mulut, "Lelaki mana boleh menangis!". Pi rah mabuk. Pantang pula jadinya kalau nak me…

Belajar Dan Lupa

Sebenarnya aku sibuk dengan assignment UiTM yang kalini begitu perit untuk disiapkan. Puncanya tiada connection internet di rumah dan di pejabat internet terpaksa berkongsi dengan 60 orang yang lain. Tambah lagi, lecturer ni macam tak faham orang ni kerja. Time bila nak check internet dengan banyak online assestment + online test + online quiz + homework + take home test + dll lagi nak kena siapkan. Penat ooo. Ini pula ditambah dengan kehadiran. Kehadiran aku rasa satu option bila belajar e-pjj sebab bukan semua orang ada masa. Tapi lecturer Accounting sorang ni fikir kalau tak datang mesti kena buat surat tunjuk sebab. Pelik betul.



Memang penat kerja sambil belajar ni. Penat sangat. Sebenarnya memang takde masa nak studi tambah-tambah kalau kerja dari awal pagi sampai malam setiap hari. Bila balik rumah dah penat jadi kalau studi pun memang tak masuk dalam kepala. Semester lepas walaupun aku score tinggi, aku akui memang aku tak studi langsung. Semunya last minute. Subjek sains politi…

TENSION!

Keliru kalau kenyataan sudah berada di depan mata tapi realitinya tak dapat disentuh atau dimiliki. Hanya dapat melihat dan itu sahaja. Hanya dapat menghargai dan itu sahaja. Aku dalam keadaan sekarang amat-amat aku rasa terkilan dan kecewa. Tak dapat aku lakukan apa pun, hanya pasrah.



ermm... AAARRRRRRRRRRGGGGGGGGGGGGGGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



KENAPA!!!!!!!!!!!