Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2010

Penghujung Mac

Kamu tahu kenapa aku tidak menulis sejak beberapa hari lalu, bukan? Post ini adalah post ke 40. Post terakhir untuk bulan ini. Boleh saja aku menulis lebih daripada 40 tetapi aku masih mahu mengekalkan jumlah 40 sejak Januari lalu. Masuk hari ini, sudah lima hari aku tidak berbasikal. Tiga hari sebelum kerana aku pulang ke kampung. Semalam dan petang tadi, cuaca tidak mengizinkan. Semalam memang hujan lebat tetapi petang tadi agak ralat. Biasanya aku akan mula berbasikal pada jam 5.30 petang. Tapi waktu itu tadi mendung gelap menyelubungi Putrajaya dan nun di arah Cyberjaya dan lebuhraya ELITE, hujan sedang lebat turun dengan kilat dapat kelihatan dari jauh. Aku gusar hendak meneruskan program berbasikal kerana bila-bila masa saja hujan boleh turun di Putrajaya juga. Aku leka melayari internet sehingga jam 6.15 petang. Hanya hujan sekejap dan seterusnya cuaca menjadi amat baik. Aku balik kerja sekitar jam 6.30 petang tadi dengan perasaan yang sangat hampa. Cahaya matahari yang bersinar

Neng Mastika Kena Denggi

Member baik aku, Neng Mastika sedang dirawat di Hospital Sabak Bernam kerana disyaki mengalami demam denggi. Doakan agar dia segera pulih. Baru Khamis lepas aku menghantarnya ke Hospital Serdang lewat tengah malam. Setelah lima botol air dan tiga kali pemeriksaan darah dilakukan, pihak hospital membenarkan dia pulang. Sebelum itu semasa menunggu giliran hendak diperiksa, aku beritahu dia bahawa tanda-tanda sakit yang dia sedang alami adalah denggi. Aku pernah alami dan aku tahu keadaannya bagaimana. Syukur aku tidak dimasukkan ke hospital. Nasib baik juga dia dimasukkan ke Hospital Sabak Bernam, dekat dengan keluarga. Kalau di sini, susah juga nanti. Apa pun, semoga Neng Mastika cepat sembuh.

Bunga Kertas Tepi Pagar & Kucing Sombong

Berbekalkan kamera Sony DSC-W350, aku rakamkan gambar kuntuman bunga kertas yang sedang mekar di tepi pagar rumah (orang lain). Bagus juga kamera ini. Aku sarankan kepada sesiapa yang mahu beli kamera digital di bawah harga RM1000, sila uji kamera ini. Kamu pasti tidak akan kecewa. Kemudian aku rakamkan aksi kucing ini. Matanya sangat cantik. Tetapi sombong sangat. Susah hendak beri pose yang menarik. Macamlah kucing faham apa yang aku cakap.

Masa Mengubah Rupa Bentuk (Aku)

Aku selongkar koleksi gambar lama di dalam komputer di kampung. Aku temui beberapa keping gambar aku yang dirakam sekitar beberapa tahun lepas. Kamu boleh lihat peningkatan berat badan aku. Hahaha. Gambar sekitar tahun 2003 di Kedah/Pulau Pinang. Pergi mengunjungi saudara ayah. Aku baru mula bekerja di JPN dan badan masih kurus. Tahun 2004, sewaktu hari raya. Kamu sudah boleh lihat badan aku semakin membesar. Sewaktu raya tahun lepas. Memang sudah gemuk dan hairan juga, semakin gelap kulit aku. Aku selalu kena cahaya matahari ke? Tidak juga. Sekarang, sasaran aku adalah Ahmad Sharidan ketika tahun 2003. Mungkin dalam sekitar 70 - 75 kg. InshaAllah. Akan aku usahakan. 10 kg saja.

Balik Kuale!

Balik kampung. Kalau sebelum ini jarang sangat aku boleh balik sesedap rasa. Sekarang boleh. Kerja di pejabat sudah ada banyak tetapi biarkan dulu. Biar aku balik kampung dulu. Tadi aku pergi baiki kereta. Bagi aku mekanik adalah manusia yang licik. Mereka buka sedikit demi sedikit dan beritahu itu ini perlu ditukar di dalam kereta. Mulanya kamu hanya mahu menukar minyak hitam dan filter. Akhirnya kamu membayar beratus-ratus ringgit peralatan lain yang "perlu" kamu tukar. "Kalau pakai dulu, boleh tak?" "Boleh bos. Tapi tak boleh jalan jauh la..." Itu alasan mereka paling popular. Tidak boleh jalan jauh. Tetapi memandangkan kereta aku sudah lama dan ada yang langsung tidak diperiksa sejak sekian lama, kesan 'haus' peralatan sudah jelas kelihatan. Pad brek sudah nipis, pam servo sudah bocor, gas penghawa dingin sudah kurang. Biar aku tukar sekarang sementara ada duit. Jadi, balik kampung! Oh, lewat sikit. Beg masih di rumah. :-)

Bagai Mimpi

Ada waktu kita mahu segalanya tenang, damai dan menyenangkan hati kita. Setiap petang semasa berbasikal, itulah yang aku cari. Kadang-kadang aku temuinya. Tetapi biasanya aku biarkan ianya berlalu pergi. Ada waktunya juga, aku simpan untuk diri sendiri. Bila sudah puas menikmatinya, barulah aku kongsikan bersama kamu. Sejak minggu lepas, aku temui ketenangan di sekitar mini wetland di Presint 16. Begitu mendamaikan walau hanya sekadar melihat burung migrasi terbang datang dan pergi. Tunggu videonya nanti.

Label Manusia

Susah hendak menjadi manusia yang perasaannya tidak nampak dek orang lain. Kemarahan, kebencian, kecewa, gembira, ceria tidak nampak di mata orang lain. Orang akan berkata, "Betapa bosannya hidup dia" Aku mahu jadi sebegitu. Biarkan semua perasaan itu hanya aku yang tahu. Tetapi amat susah hendak dilakukan. Kamu perlu lari dari semua orang dan tinggal jauh tanpa ada sesiapa di sekeliling kamu. Lalu kemudiannya orang akan gelar kamu kera sumbang. Lihat, kita mudah memberi label kepada manusia; kera sumbang, kayu, bebal, cantik, menarik dan segalanya. Label yang menunjukkan keperibadian orang lain di mata kita. Perlukah ada semua label ini? Bagi aku ianya juga adalah satu tahap "sense of authority". Menilai manusia mengikut acuan perasaan kita. Menentukan apa yang orang lain patut jadi di mata kita. Jangan pula kata aku sekarang terpengaruh dengan Buddha. Kadang-kadang pemikiran sebegini terlintas di hadapan kita. Ada antara kita mengabaikannya kerana tidak nampak apa

Pilihan Kamu, KetentuanNya

Kita sentiasa diberi pilihan dengan apa yang kita mahukan. Kita sentiasa memilih sesuatu yang menyenangi hidup kita. Pilihan itu, apabila dimiliki, kita harapkan ianya sempurna untuk kita. Akan menggembirakan kita. Pilihan dalam hidup ini adalah umpama sesuatu yang paling berharga. Kerana hanya itu saja yang membezakan kita dengan orang lain; akal dan fikiran kita. Namun apabila pilihan kita itu dikekang, malah dihalang oleh orang lain, pasti kita menjadi kecewa, marah dan bersedih. Sering ianya berlaku dalam hidup kita ini. Kadang-kadang kita abaikannya kerana sudah terlalu kerap terjadi, seperti ianya sesuatu yang normal dalam hidup kita. Masalah yang sering berlaku, apabila orang lain menghalang kita dari membuat pilihan, mereka tidak memberi alternatif atau pilihan lain. Ramai antara kita apabila menghalang sesuatu, kita sekadar menghalang dengan alasan, kita lebih tahu atau kita berhak melakukannya. Kita abaikan kesedihan, kemarahan dan kekecewaan orang lain akibat daripada halang

Lukisan Alam

Alam ini adalah lukisan kehidupan. Bagaimana cara pun kita cuba menghiasnya mengikut acuan kita sendiri, alam tetap menjadi pereda gelodak jiwa manusia. Jangan kita desak diri kita untuk digambarkan sebagaimana kita mahu. Biarkan hidup tanpa peduli. Hidup yang sentiasa mencari maksud; kenapa alam dicipta sebegini rupa.

Progress

Lama aku tidak beritahu apa yang sedang berlaku di sebelah bangunan aku sekarang. Load test terhadap tanah rasanya sudah selesai. Blok konkrit juga sudah dialihkan. Kelihatan jentera sedang menggerudi penjuru tanah dan menanam cerucuk benteng. Mungkin selepas siap nanti, tanah di sekelilingnya akan dikorek. Nasib baik juga cermin tingkap dan dinding pejabat mampu mengurangkan gangguan bunyi dari luar. Aku siang tadi sengaja membuka sebuah tingkap. Hasilnya bunyi kuat yang ditujah masuk dengan laku ke dalam bangunan. Aku tidak pasti bilakah tarikh siap bangunan di lot 3G5 ini. Harapnya tidak terlalu lama menunggu.

Politik Pentingkan Diri Sendiri

Sudah aku katakan, ahli politik hampir semuanya pentingkan diri sendiri. Mereka lebih pentingkan posisi dan pengaruh politik daripada rakyat yang mereka wakili. Lihat saja apa yang berlaku sejak minggu lepas di Sidang Parlimen yang baru dibuka. Perkara pertama yang dilakukan adalah menghentam dan mengkritik musuh politik mereka. Membuka pekung orang lain dan juga memainkan agenda politik kepartaian. Ada kamu dengar mengenai usaha-usaha untuk kepentingan rakyat? Nada... Tarak. Tapi kalau itu mainan media semata-mata (untuk keuntungan), sungguh hina editor dan pemberita media. Sepatutnya awal-awal persidangan lagi telah dengar suara bagaimana rakyat hendak diutamakan, selaras dengan konsep 1Malaysia yang dilaung-laungkan. Perkara pokok yang perlu dibincangkan adalah bagaimana hendak mengurangkan beban ekonomi rakyat, membantu meningkatkan taraf hidup rakyat dan apa saja tindakan yang boleh menyebabkan rakyat berpuas hati dengan suasana hidup mereka. Ini tidak. Perkara pertama Zahrain uca

Tiada Dalam Perancangan

Ada 10 hari lagi untuk 12 post. Sempatkah? Seperti biasa, aku akan amat jarang menulis di hujung minggu. Aku mahu biarkan hujung minggu menjadi santai tanpa perlu aku fikir apa yang perlu dilakukan untuk orang lain. Ya, seperti mementingkan diri sendiri. Tapi biarkan begitu. Sebab itu aku berasa sedikit janggal apabila ada yang bertanya apa yang akan aku lakukan pada setiap detik di hujung minggu. Aku tidak tahu. Aku tidak menetapkan apa pun. Kalau aku memandu ke arah Putrajaya jam 12 tengahari siang tadi dengan andaian aku akan ke Putrajaya, akhirnya aku berada di Bangi sepanjang siang berjalan tanpa arah dan mengikut arus lalu lintas di atas jalanraya. Begitu aku. Tidak mahu biarkan diri aku dipengaruhi perancangan.  Jadi bila kamu tanya dan aku berikan jawapan, jangan fikir itu adalah muktamad. Aku berikan jawapan itu kerana aku tidak mahu kamu tertanya-tanya lagi. Petang aku berada di Putrajaya. Orang dan kenderaan sangat ramai dan banyak. Aku berbasikal. Namun cuaca mendung menant

Sudut Lain

Apa yang membuat orang suka melihat gambar? Kadang-kadang perkara yang mudah seperti gambar yang dirakam dari sudut yang berlainan. Atau gambar yang dirakam dalam keadaan yang unik. Kamu tidak perlu menjadi "dewa fotografi" untuk dilihat menarik. Cukup sekadar imaginasi dan kreativiti.

Puncak Bukit Taman Wawasan

Puncak bukit Taman Wawasan, Putrajaya menghidangkan permandangan yang amat menarik. Masjid Putra, Dataran Putra, Putra Perdana dan kompleks kerajaan lain dapat dilihat dengan jelas dari atas bukit ini. Cuma kalau kamu jenis tidak tahan gigitan nyamuk, jangan duduk lama-lama sangat. Aku rasa, tidak ramai yang tahu mengenai tempat ini. Kalau orang yang datang berkunjung di Putrajaya pun, sini bukanlah destinasi yang mereka mahu tuju. Tetapi bagi yang minat dengan fotografi, sini tempat yang sesuai buat kamu. Mari join aku berbasikal keliling Putrajaya!

Kepala Darth Vader Berterbangan

Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2010. Aku sempat rakam video belon udara panas berbentuk kepala Darth Vader, watak antagonis filem Star Wars. Paling sesuai kalau kamu datang awal pagi kerana biasanya di Putrajaya, awal pagi cuacanya memang elok. Sesuai untuk belon terbang. Cuaca petang di Putrajaya amat tidak menentu. Sebab itulah petang hari pertama Fiesta, belon tidak dinaikkan kerana cuaca mendung dan angin kuat. Datang! Fiesta akan berterusan hingga Ahad nanti. Update 19 Mac 2010! Ini dia belon Darth Vader! Belon udara panas Darth Vader dan seluar Levi's. Menarik.

frossonice.com v11 (Musim 2010/11)

Selesai update design blog. Aku pilih tema oren kerana aku fikir ianya lebih ceria (agaknya). Aku akan biarkan buat beberapa ketika sehingga ada orang komen mengatakan ianya tidak menarik atau bosan. Secara keseluruhannya, design ini lebih senang untuk aku kontrol. Rugi juga aku tidak buat snapshot website lama dulu sebelum aku ubah. Tidak mengapalah. Kadang-kadang apa yang lepas, tidak perlu diingat lagi. Ada beberapa perkara yang aku ubah di website ini. Aku sudah buang beberapa item yang tidak perlu. Aku susun balik keutamaan sidebar. Akhirnya aku letak iklan banner di atas. Jangan marah. Aku perlukan duit. Heh. Header website juga aku tukar. Ianya adalah gambar awan dan cahaya matahari memancar yang aku rakam tempohari. Signifikannya header ini, ianya bermaksud kebebasan. Mencari sejauh mana potensi diri dan mencabar diri agar menjadi lebih baik dari semalam. Sejak lebih setahun lalu, semua gambar di header adalah hasil fotografi sendiri. Itu paling memuaskan. Maka, terimalah Websi

frossonice.com Berubah Wajah!

Awal tahun 2010 aku mengubah sedikit setting blog ini sebagai perubahan daripada design tahun lepas. Tadi aku dapati ada tools baru yang menarik untuk digunakan di Blogger. Blogger In Draft membantu aku membuat design blog sendiri tanpa perlu aku download template orang lain. Ini sebagai permulaan, terimalah; frossonice.com versi 2010 - 2011.

Belon Udara Panas Kembali Di Putrajaya!

Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya / Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2010 kembali! Seawal jam 8.00 pagi tadi lagi belon-belon udara panas sudah dinaikkan ke angkasa. Belon paling menarik tahun ini adalah belon berbentuk kepala Darth Vader, watak antagonis filem Star Wars. Belon-belon lain ada yang sudah menyertai tahun lepas. Belon dari New Zealand yang menghampiri pejabat (lebih kurang 20 meter saja) sambil melambai tangan dan merakam kami yang sedang menonton. Aku rakam balik aksi mereka. Heh. Belon kepala Darth Vader! Rugi aku tidak sempat rakam dari sudut hadapan. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan belon udara panas di Putrajaya sehingga Ahad ini. Datang awal pagi kerana angin agak tenang (belon udara panas hanya akan naik jika angin bertiup tenang). Datang pada sabtu malam untuk menyaksikan persembahan hebat "night glow". Untuk maklumat lanjut, kunjungi http://www.myballoonfiesta.com

Masjid Putra

Selama aku bekerja di Putrajaya, agak jarang aku ke Masjid Putra. Kalau dulu, udara di ruang solat agak panas kerana tiada sistem pengudaraan yang baik. Sekarang ianya sudah sejuk dengan penghawa dingin. Masalah utama untuk bersolat Jumaat di Masjid Putra adalah parkir. Kemudian apabila Masjid Besi sudah siap, aku langsung tidak pergi ke Masjid Putra kerana Masjid Besi cuma tidak lebih 100 langkah dari pejabat. Sepanjang waktu aku bekerja di Putrajaya juga, amat jarang aku merakamkan potret Masjid Putra. Mungkin kerana aku sudah sering melihat gambar yang sama dirakam oleh orang lain dari hampir kesemua sudut yang mungkin. Aku mencari kelainan dan siang tadi aku temuinya. Dari atas bukit di Taman Wawasan yang berhampiran, aku rakamkan suasana Masjid Putra dan sekitarnya. Aku juga berhenti seketika di atas Jambatan Putra untuk melihat suasana dan merakam masjid dari sudut jambatan itu. Beginilah hasilnya. Potret Masjid Putra dari sudut atas bukit Taman Wawasan. Panorama sekitar Majis Pu

Taman Wawasan Trail

Petang tadi aku mencari-cari jalan baru untuk diredah. tiba di Taman Wawasan, aku daki jalan berbukit dan inilah hasilnya. Aku temui laluan yang cukup bagus untuk aku berbasikal. Ada laluan lurus, mendaki bukit dan permandangan yang indah. Pintu masuk Taman Wawasan di belakang Kompleks Kementerian Kewangan. Salah satu trail yang menarik di Taman Wawasan. Maaf, aku agak kepenatan dengan bunyi nafas yang kuat kerana tidak menjangka bukit ini agak tinggi. Sedikit malu juga kerana aku lihat beberapa orang perempuan yang berjogging di sini langsung tidak menunjukkan tanda-tanda keletihan. Nampak sangat aku perlu berusaha lagi. Kalau kamu berkunjung ke Putrajaya, bersiar-siarlah di Taman Wawasan. Segar dan mempunyai permandangan yang cukup indah. Permandangan menarik Masjid Putra dan Jambatan Putra dari Taman Wawasan. Basikal yang semakin serasi. Hehehe. Trail di Taman Wawasan Sebelah kanan di kawasan bekas ladang getah, amat sesuai sekiranya dibina trail mountain bike dalam bandar. Kawasann

Sekitar Jambatan Seri Wawasan

Siang tadi cuaca amat baik. Selepas hujan beberapa jam sebelumnya, udara menjadi segar dan langit membiru, sesuatu yang sudah lama tidak dapat dilihat di Putrajaya. Aku mengambil kesempatan ini untuk berbasikal ke Jambatan Seri Wawasan dan berhenti ditengah-tengah jambatan tersebut. Setelah beberapa tahun di sini, inilah pertama kali aku berhenti di jambatan untuk melihat suasana sekitarnya. Permandangan dari atas jambatan ini sungguh mempesonakan. Permandangan ke arah "core island" di mana agensi kerajaan banyak ditempatkan. Masjid besi kelihatan di sebelah kanan gambar dilindungi sedikit dengan monumen alaf baru. Tasik yang mengelilingi "core island". Tasik buatan manusia ini sekarang aku dapati semakin kotor dengan sampah sarap. Nanti aku rakamkan gambar sebagai bukti. Perbadanan Putrajaya perlu lebih prihatin. Panorama (kurang sempurna) sekitar Jambatan Seri Wawasan. Nanti aku akan cuba ambil sekali lagi. Struktur kabel gantung di Jambatan Seri Wawasan. Setiap b

Berbasikal Di Putrajaya - Presint 4 & 5

Antara tempat yang menjadi tumpuan orang ramai di Putrajaya pada waktu petang adalah di tepian tasik berhampiran Jambatan Seri Gemilang dan PICC serta bertentangan dengan kompleks sukan air Putrajaya dan hotel Pullman. Paling menarik apabila menunggu senja berlabuh. Pada hari yang baik, kamu akan dapat lihat permandangan matahari berlabuh yang sungguh cantik. Aku ceritakan di dalam video serba sedikit suasana di sekitar kawasan ini.

Ujicuba Kamera Digital Baru

Seperti yang kamu maklum, aku sudah beli sebuah kamera digital baru, Sony DSC-W350. Ianya digunakan secara khusus semasa aku berbasikal, mengambil gambar dan merakam video. Kebetulan siang tadi cuaca agak redup tetapi permandangan masih cantik. Aku rakam beberapa shot untuk melihat potensi kamera digital Sony ini. Hasilnya begini: Secara keseluruhan, aku agak berpuas hati dengan kamera baru ini. Mod yang disediakan amat mudah untuk digunakan oleh sesiapa saja ketika mengambil gambar. Walaupun kamera ini tidak boleh ditukar setting semaksima mungkin, setting sedia ada sudah cukup untuk merakamkan gambar yang agak baik. Dengan harga RM800 - RM900, aku fikir ianya agak berbaloi dengan hasil yang aku perolehi. Cuma kalau kamu sudah biasa dengan DSLR, jangan harapkan keajaiban. Tiada.