Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2006

Aku Ada Kerana Apa?

Semasa menulis cerita yang lalu, aku begitu berhati-hati membariskan kata-kata agar tidak mengguris perasaan sesiapa pun. Bukan bermaksud ada hati yang terguris. Cuma aku tidak mahu dianggap seperti melupakan yang lain apabila menemui sesuatu yang baru. Tidak begitu. Tidak sama sekali. Aku bukan dari jenis yang mudah lupa. Aku masih ingat apa yang berlaku disuatu senja sewaktu aku berumur 4 tahun. Masih begitu jelas dalam ruang mata ini. Begitu jauh ingatan aku kerana ianya seperti gambar-gambar yang tersimpan dalam benak otak. Sebab itu mungkin aku mudah menghafal jalan-jalan yang aku lalui. Jauh lebih mudah dari ingat kepada wajah-wajah yang aku temui. Kenapa? Kerana aku tidak suka memandang terus kepada wajah-wajah mereka. Selalunya aku menunduk. Itu dahulu. Sekarang tidak lagi. Aku senang melihat ekspresi wajah manusia. Melihat keikhlasan mereka dari memek rupa. Mencari yang terselindung disebalik kata-kata mereka lebih mudah dilihat di wajah mereka. Maka, tulisan ini tidak membawa