Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2010

Selamat Menyambut Tahun Baru 2011

Tahun 2011 adalah saat yang akan menjadi titik tolak perubahan hidup aku. Ada lebih kurang lima bulan lagi persediaannya. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Anugerah

Selama 35 tahun, menjelang 36 tahun hidup ini, tidak ada anugerah Tuhan yang lebih aku hargai sekarang daripada ini, Maszura Ahmad Syukur dengan rezeki yang dikurniakanNya.

Yang Terbaik

Umum Post sebelum ini adalah post ke 362. Setahun ada 365 hari. Jadi moleknya, aku lengkapkan sejumlah 365 post untuk tahun ini. Kononnya untuk memperlihatkan bahawa aku menulis di blog ini sehari sekali. Pertamanya, tahniah kepada pasukan bolasepak Malaysia kerana menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 setelah menewaskan Indonesia dengan agregat 4 - 2. Secara keseluruhan, pujian harus diberikan kepada K.Rajagopal kerana berjaya membentuk sebuah pasukan muda yang mantap dan bersemangat tinggi. Kalau terus dikekalkan pasukan ini, peluang untuk berjaya di kejohanan lebih besar adalah tinggi. Pasukan Indonesia yang didukung oleh peminat fanatik mereka tidak kurang hebatnya. Mungkin secara jelas, pasukan Indonesia ini adalah yang terbaik dari generasi mereka. Cuma yang sedikit mengelirukan, kenapa dengan 240 juta penduduk, Indonesia masih sibuk mencari pemain luar untuk di'naturalisasi'kan. Perancis dan Belanda melakukan perkara yang sama, Indonesia sedang menirunya. Mungkin suatu hari ki

Hubung Kait 2

Aku menjenguk ke tapak pembinaan di sebelah pejabat. Mereka sedang sibuk bekerja. Aku yakin, 90% tenaga buruh di situ, asal Indonesia. Mereka datang secara sah atau tidak untuk bekerja; mencari wang untuk sesuap nasi buat mereka dan mungkin keluarga di kampung halaman, nun jauh di Indonesia. Sudah hampir setahun projek pembinaan di sebelah ini berlangsung, keadaannya teratur dan aman. Tidak ada gelodak jiwa dan benci yang dapat dilihat dari sudut tempat aku bekerja ini. Sebenarnya, ramai orang Indonesia yang cukup peramah dan baik. Aku pernah bekerja sekejap sebagai supervisor kontraktor binaan semasa Putrajaya ini baru hendak membangun, kira-kira 10 tahun lalu. Aku tinggal di sebuah rumah kongsi berhampiran dengan tempat tinggal beberapa orang pekerja dari Indonesia. Kebanyakkan daripada mereka ada drebar Santai Wong (lori hantu) yang sudah agak lama bekerja dengan syarikat yang aku sertai ini. Aku cuma mula bekerja di situ beberapa hari. Suatu petang aku menziarahi pekerja Indonesia

Salin Kulit

Mulanya aku fikir aku mahu ubah layout blog ini. Maklumlah, 2011 bakal menjelma. Perlu ada perubahan, bukan? Perlu ada rupa diri yang baru? Tapi bila aku lihat balik posting lama mengenai blog ini (kamu boleh lihat pada tag frossonice.com), aku sedari aku baru saja tukar layout blog ini pada 19 Mac 2010. Masih belum cukup setahun atau belum cukup musim 2010/11 seperti yang dicanang. Jadi tunggu 18 Mac 2011 untuk layout baru. Itu pun kalau aku rajin dan tidak ada kerja lain yang hendak dibuat.

Hubung-Kait

Tidak ada bezanya perbalahan antara Malaysia dan Indonesia dengan Malaysia dan Singapura. Jelasnya, lebih besar kita, lebih tinggi ego kita. Maka Indonesia sentiasa berasakan mereka lebih 'besar' segalanya dari Malaysia, manakala Malaysia sentiasa menganggap Singapura sebagai adik mereka. Secara logik kebanyakkan dari kita yang berfikir; Indonesia > Malaysia > Singapura. Timbul masalah apabila ada beberapa perkara di mana keadaannya terbalik. Ekonomi dan kemakmuran negara contohnya. Apa yang kita boleh lihat, secara ekonomi dan kemakmuran negara, Singapura > Malaysia > Indonesia. Kenapa Thailand, Filipina, Myanmar, Laos, Cambodia, Vietnam, Timur Leste dan Brunei DS tidak terlibat? Ada, tetapi tidak signifikan. Mungkin kerana hubungan sejarah tidak begitu rapat seperti ketiga-tiga negara di atas, negara lain kurang mahu menimbulkan masalah antara satu sama lain. Sampai bila ianya tidak akan selesai. Aku salahkan laser! Hehehe.

Mobiliti

Sekarang sibuk orang memperkatakan mengenai MRT di Lembah Klang. MRT adalah singkatan kepada Mass Rapid Transit, iaitu sistem pengangkutan rel yang lebih besar daripada LRT. Lembah Klang sudah mempunyai LRT; Putra dan Star, dan ianya sudah mencapai tahap kepadatan tinggi di waktu puncak. MRT adalah penyelesaian logikal terhadap mobiliti dalam bandaraya besar seperti Kuala Lumpur. Singapura mempunyai MRT sendiri. London mempunyai Underground, New York mempunyai Subway dan Jepun mempunyai Metro. Sistem pengangkutan rel skala besar ini sepatutnya sudah lama diwujudkan di Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Malah pada pendapat aku dan aku pernah menulisnya di blog ini, sistem pengangkutan rel adalah mod pengangkutan paling efisien untuk sebuah negara seperti Malaysia. Hubungan pengangkutan seluruh semenanjung Malaysia akan jadi lebih pantas dan efisien sekiranya pengangkutan rel diambil perhatian. Kewujudan lebuhraya melingkari seluruh semenanjung dengan jumlah kenderaan yang semakin meningkat

Water Cooler

Aku pernah beritahu di blog ini yang aku suka minum air mineral/air kosong setiap hari. Purata hampir dua botol 1.5 liter aku habiskan setiap hari. Biasanya aku akan beli beberapa botol air mineral 1.5 liter di kedai runcit berhampiran rumah. Harga di situ cuma RM1 sebotol. Namun begitu, kalau dikira setiap hari sebulan, ianya boleh mencecah RM60 - RM70. Sampai suatu hari ketika mengemas rumah. Aku terpandang kepada botol air yang aku beli tidak lama dulu. Botol plastik polimer bersaiz 1.6 liter, berharga RM23 aku beli dengan tujuan asal untuk diisi air teh untuk diminum di rumah. Sekali saja aku melakukannya dan kemudian ianya terperap di dapur. Aku terpandang botol itu kembali dan ianya memberi aku suatu ilham. Pejabat aku mempunyai water-cooler/water dispenser di setiap aras dari aras bawah hingga aras tiga. Ianya disediakan untuk kemudahan umum, terutama kepada pelanggan yang datang. Tetapi setiap kali aku lalu di kawasan letaknya water cooler tersebut, jarang aku lihat orang mengg

Mainan Mimpi

Aku alami mimpi paling pelik malam tadi. Malah hingga sekarang aku masih ingat plotnya walaupun skrip sudah lupa. Ceritanya lebih kurang begini; Aku sedari aku sedang berada di sebuah kompleks bangunan terbuka dan di antaranya ada ada sebuah kolam (aku rasa kolam). Aku nampak beberapa orang berdiri di dua buah bangunan di kiri kanan kolam, ada seorang wanita di penghujung bangunan sebelah kiri tepi kolam. Aku berada di dalam air. Mulanya aku fikir apa yang aku perlu buat. Wanita itu tidak pun dalam ketakutan dan orang berada di sekeliling, walaupun sedang menunggu untuk menyerang hendap, tidak bersenjata. Aku juga sedari bahawa mereka tidak mahu turun ke dalam kolam seperti yang sedang aku lakukan. Tiba-tiba datang seorang lelaki menjerit kepada aku mengarahkan aku melarikan wanita tersebut dari tempat itu. Kumpulan lelaki yang ada di sekeliling mula melakukan serangan. Mereka tidak kelihatan seperti manusia biasa. Suara garau dan kasar dengan mata yang bersinar cuba menerkam ke arah w

Buntu

Aku sepatutnya sedang bertungkus lumus menyiapkan kerja-kerja part time aku. Tetapi aku sedang mengalami kebuntuan idea. Begitu juga untuk menulis di sini, aku sedang mengalami kebuntuan idea. Ketika waktu yang baik, aku boleh siapkan kerja sejam dalam masa lima minit. Tetapi apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya. Mengantuk, kepenatan mental dan fizikal serta buntu. Where is my muse?

Bebaskan Politik Malaysia Daripada Politik Feudalisme

Tengok. Tengok. Selama yang aku perhatikan, wakil rakyat di parlimen tidak lebih daripada menjaga periuk nasi dan partinya dulu sebelum mengambil berat hal rakyat. Selama ini yang bertelagah di parlimen itu bukan kerana mempertahankan hak rakyat tetapi hak individu dalam sesebuah parti dan parti itu sendiri. Maka saban hari kita lihat parti politik bergaduh antara satu sama lain dan itu kerja yang orang ramai sangka, berjuang untuk mereka. Bab mana yang mereka berjuang untuk rakyat? Lepas bergaduh dalam parlimen, mereka masih boleh bergelak ketawa sambil hisap rokok di lobi parlimen. Dalam dewan, semua mahu jadi singa. Seperti yang aku pernah kata dulu, sistem politik di Malaysia masih bersifat feudalistik. Pemimpin diagung-agungkan dan berkuasa lebih dari yang sepatutnya. Rakyat yang memilih pemimpin pula kemudiannya ditekan dan diminta untuk menyembah hormat kepada pemimpin ini. Tengok bila ada perjumpaan dengan wakil rakyat; berapa lama rakyat kena tunggu untuk jumpa wakil mereka ya

Harimau Malaya Mengaum

Tahniah Malaysia. Good job. Pastikan kita tidak tersungkur di pusingan kedua di Hanoi nanti. Tiada away goal rules. Kawan-kawan yang pergi ke Stadium Nasional Bukit Jalil memberitahu aku bahawa selepas perlawanan malam tadi, penyokong Malaysia berbilang kaum berpesta meraikan kejayaan tersebut. Mereka kata semua bangsa ada; melayu, cina, india dan lain-lain. Siapa kata rakyat kita berpecah belah? Cuma politik saja yang mengotorkan jiwa kita. Hentikan politik perkauman!

Lotus Lawan Lotus

Dunia perlumbaan Formula 1 sedang rancak membahaskan pertembungan antara dua Lotus. Satu Lotus yang dibawa oleh Tony Fernandes, CEO Air Asia sejak tahun lalu, dikenali sebagai Lotus Racing. Pada tahun 2011 nanti mereka akan menggunakan kembali nama pasukan lagenda dalam F1, Team Lotus. Team Lotus bagi yang kurang arif mengenai F1, adalah pasukan F1 yang paling berjaya selepas Scuderia Ferrari. Namun begitu pada tahun 1994, mereka telah menarik diri daripada F1 kerana faktor kewangan dan sokongan penaja. Pada tahun 1996, Group Lotus iaitu syarikat yang membina kereta Lotus telah dibeli oleh Proton. Namun begitu, pembelian itu tidak termasuk hak kepada jenama Team Lotus. Mengikut sejarah, Colin Chapman, pemilik Team Lotus dan Lotus Cars tidak pernah meletak kedua-dua entiti ini di bawah satu bumbung. Alasan beliau adalah, sekiranya satu syarikat mengalami masalah, syarikat satu lagi tidak akan lingkup bersama. Jadi Proton pada tahun 1996 cuma membeli Lotus Cars yang sekarang dikenali seb

Pulau Ketam

Semalam aku ke Pulau Ketam. Ada majlis Jabatan di sana. Kalau tidak kerana ada program di sana, aku tidak fikir aku ada motif yang kukuh hendak ke sana. Kata orang makanan laut di sana sedap. Entah, aku bukan peminat tegar makanan laut. Awal pagi tiba di jeti Pelabuhan Klang menunggu bot ke Pulau Ketam. Ingatkan tunggu bot yang biasa aku lihat sewaktu aku bekerja di sana suatu masa dulu. Rupa-rupanya yang menanti kami adalah bot laju dengan enjin besar! Biasanya perjalanan ke Pulau Ketam mengambil masa lebih 30 minit. Tetapi dengan bot laju, ianya cuma lebih kurang 20 minit. Tengok, enjin bot laju yang sungguh besar. Enjin lejang V8 dengan 400 kuasa kuda. Tapi paling tidak menarik adalah tiadanya bantuan keselamatan di dalam bot laju ini. Pelampung cuma ada lapan biji. Tangki minyak boleh nampak jelas dari tempat kita duduk.  Tiba di Pulau Ketam, air dalam keadaan pasang. Jadi tidak nampak pantai paya bakau yang ada di sekitar jeti.  Berhampiran jeti Pulau Ketam, ada restoran makanan l

Pameran Kereta Motor

Selasa lepas aku ke PWTC, melihat pameran kereta terbesar di Malaysia, KLIMS 2010. Kali terakhir aku pergi ke program yang sama adalah kira-kira empat tahun lepas. Ramai orang. Sangat-sangat ramai. Kadang-kadang aku keliru; kenapa program yang boleh menarik ramai orang begini tetapi dibuat selang beberapa tahun? Patut lebih kerap, dua tahun sekali kalau boleh. Banyak kenderaan yang dipamerkan. Aku lebih tertarik untuk melihat apa yang dipersembahkan oleh Proton dan Perodua, syarikat automotif negara. Perodua memperkenalkan Bezza, model kompak generasi akan datang. Sekali imbas, nampak seperti Toyota Prius. Usaha yang bagus daripada Perodua kerana selama ini mereka lebih tahu bagaimana hendak menjual kereta rebatch saja. Proton pula dengan bangganya mempersembahkan enam buah kereta konsep, di mana lima daripadanya adalah kereta konsep kelas "Pahlawan", mengambil nama-nama Tuah lima bersaudara. Paling mendapat perhatian adalah Proton Tuah (Espire), sedan setaraf Honda Civic dan

Grenade

Grenade - Bruno Mars Easy come, Easy go That's just how you live oh Take, take, take it all But you never give Should have known You was trouble From the first kiss Had your eyes wide open Why were they open? Gave you all I had And you tossed it in the trash, Tossed it in the trash you did To give me all your love Is all I ever asked But what you don't understand is I'd catch a grenade for ya (yeah, yeah, yeah) Throw my hand on a blade for ya (yeah, yeah, yeah) I'd jump in front of a train for ya (yeah, yeah, yeah) You know I'd do anything for ya (yeah, yeah, yeah) Oh, oh I would go through all this pain, Take a bullet straight through my brain, Yes, I would die for ya baby But you won't do the same No, no, no, no Black, black, black and blue Beat me till I'm numb Tell the devil I said "hey" when you get back to where you're from Mad woman, bad woman, That's just what you are, yeah, You'll smile in my face then Rip the brakes out my car

The Story

The Story - Brandi Carlile All of these lines across my face Tell you the story of who I am So many stories of where I've been And how I got to where I am But these stories don't mean anything When you've got no one to tell them to It's true...I was made for you I climbed across the mountain tops Swam all across the ocean blue I crossed all the lines and I broke all the rules And baby I broke them all for you Oh because even when I was flat broke You made me feel like a million bucks You do and I was made for you You see the smile that's on my mouth It's hiding the words that don't come out And all of my friends who think that I'm blessed They don't know my head is a mess No, they don't know who I really am And they don't know what I've been through like you do And I was made for you... All of these lines across my face Tell you the story of who I am So many stories of where I've been And how I got to where I am Oh but these stories d