Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2006

Genting Highland For A Week

  Seminggu aku berada di Hotel Sri Malaysia, Genting Highland. Gambar sebelah adalah gambar Lea, salah seorang peserta kursus induksi yang aku jadi urus setia dan aku semasa minum-minum di kedai makan sebelah hotel malam terakhir tugas aku disana. Geng-geng dia saja yang betul-betul kamcing dengan aku. Hampir setiap hari lepas kelas mereka, mesti pergi minum-minum dengan mereka. Lea ni orang Johor. Aku ingat aku memang tak ramai kawan orang Johor. Boleh kira dengan jari tangan je kot. Dia yang ambil shot ni dengan effect yang sedia ada dalam SonyEricsson Cyber-Shot aku. Aku cukup suka gambar ni. Dan ada satu lagi gambar. Antara bebudak geng diorang ni, si Lea ni la yang paling havoc agaknya. Ada sekali tu aku rasa aku tengah lelap mata, rehat dalam bilik hotel. Tetiba je phone hotel berbunyi. Ingatkan siapa. Rupanya Lea salah call. Entah siapa yang dia nak call sebenarnya tapi yang menariknya ialah cara dia buat ending perbualan. Dia boleh kata, "Thank for the services". Hehe

Cyber-Shoting My Future

Esok aku ke Genting Highland. Seminggu. Jadi urus setia program induksi jabatan. Kalau ikutkan aku sepatutnya pergi awal tahun baru. Tapi ada la sorang staf opis ni yang rasanya nak beraya Haji secara besar-besaran kot. Seminggu lebih dia cuti. Aku offer la tempat aku untuk dia. Sebab masa tu aku ingat kerja aku dah okay. Kena pulak tiba-tiba hard disk crash. Jadi aku pergi Genting ni dalam keadaan kerja yang tak siap-siap lagi. Malang betul. Tension pun ada juga. Aku dah tukar handset. Hehe. Sony Ericsson K800i Cyber-Shot. Jangan tanya, tapi aku dapat murah je. Trade-in dengan phone lama. Phone lama tu sebenarnya dah biol. Kalau hantar sms, rasanya ambil masa 10 minit baru clear balik screen. Selagi belum habis, selagi tu phone tu jam, kita tak boleh nak guna buat apa-apa pun. Aku dah lama mengidam K800i ni. Paling tension kalau ternaik lrt yang penuh dengan iklan dia atau pagi-pagi buta di KL Sentral masa pergi kerja. Apa sebab aku pilih K800i? Sebab kamera Cyber-Shot je. Takde reaso

Sekuntum Ros Kuning Memudarkan Perit Seminggu

Isnin lepas, satu mala petaka menimpa. Habis sekelip mata hard disk pc aku ni crash tak tentu pasal. Kalau tak salah aku, hard disk ni baru setahun lebih digunakan. Maknanya masih ada waranti sebab biasanya waranti untuk hard disk ialah 3 tahun keatas. Tengok kalau ada masa nanti, aku nak pergi claim waranti aku. Kalau boleh dapat. Tapi biasalah kalau kedai jual komponen pc ni. Banyak la alasan dia nanti. Balik-balik nanti salah kita juga. Cuma aku tak kisah semua tu. Paling aku tension ialah di sebabkan hard disk aku ni crash, habis semua kerja aku, data dan apa saja yang aku dah kumpul selama 4 tahun hilang. Nasib ada beberapa data yang lama aku dah simpan dalam cd atau dvd. Tapi yang baru-baru ni masih belum aku backup. Paling parah ialah annual report untuk opis aku. Masalahnya pc opis tak berkuasa secukupnya nak jalan Adobe InDesign dan beberapa perisian publishing lain. Jadi terpaksa guna PC aku sementara menunggu pembelian Apple iMac. Korang tahulah masalah kalau order barang un

No. 12, Jalan Sultan Idris, Gerik, Perak

   Inilah dia rumah aku yang pertama, seingat aku la. Rumah kerajaan yang ayah dapat setelah berkahwin dengan emak pada tahun 1974. Aku dilahirkan pada tahun 1975 di hospital. Tapi adik aku yang kedua lahir di dalam rumah ini pada tahun 1976. Kawasan rumah ini memang penuh ketenangan, sehingga sekarang. Kali terakhir aku pulang ke Gerik, aku merayau-rayau ke kawasan ini untuk memerhatikan perubahan sekelilignya. Tidak banyak yang ketara. Rumah asal masih ada. cuma ada tambahan beberapa buah bangunan lain. Tapi seingat aku, pokok yang sebelah kiri gambar memang tak ada sebelum ni. Masa aku kecil dulu ada sebuah pokok jambu batu betul-betul ditepi kiri rumah. Di situ aku mencari buah jambu bila tiba musimnya. Disebelah kanan pula ada sebuah pokok yang agak besar. Mungkin sebab itu aku tidak berapa ingat apa yang ada disebelah kanan rumah kerana mungkin aku takut dengan pokok tersebut. Rumah kerajaan era lama ni memang besar. Ada satu bilik tidur utama sebelah kanan rumah dihadapan kereta

Sekarang Ni...

  Sekarang, macamni la aku. Besar. Agaknya harini lagi besar. Itu gambar setahun dua lepas di Taman Botani, Putrajaya. Jalan-jalan dengan seseorang yang sekarang dah jadi bini orang. Lepas hujan jadi rambut basah semacam je. Kemudian kami naik bot di tasik Putrajaya. Okay la sebab rasanya masa tu takde lagi boat-ride keliling Putrajaya macam yang ada sekarang. Tunggu 3 bulan lagi... 

12 Tahun Lalu...

  12 tahun lalu aku begini. Kurus, mungkin dalam lingkungan 65 kilo saja. Gambar ni diambil di Bukit Cerakah semasa ada family day untuk kursus semasa aku di ITM, masa tu ITM la.. Sekarang dah UiTM. Tengok aku pakai baju purple. Nak difikirkan balik rasa kelakar sebab masa beli, mati-mati ingat baju tu kaler biru. Itu masalah dengan orang yang rabun warna macam aku ni. Apa nak buat, dah beli, pakai je la. Itu pun awek yang bagitau aku pakai baju purple. Takde apa yang nak dilindungi tentang kekurangan diri sendiri. Tapi masa tu memang aku kurus. Kurang makan agaknya. Tapi salah satu sebab utama, masa tu aku fit sebab selalu bersukan. Dah memang atlet suatu masa dulu. Wakil sekolah itu ini. Sekarang kalau tengok, macam raksasa gemuk. Tapi realitinya aku tercari-cari cara nak kuruskan badan balik. Banyak buruk gemuk badan ni berbanding kurus. Teruk juga bila orang perli semacam je. Tapi kalau ikutkan, aku ni jenis buat bodoh je. Nanti aku upload gambar terbaru. Huh. Tak malu ye... 

Best Ke?

Harini best sikit kerja. Takde la boring mengadap kerja sepanjang masa. Semalam aku dengan sesedap rasa buat connection ke internet dengan pc aku sendiri di opis ni. Tak payah nak susah-susah pergi surf di pc lain. Bukan susah nak buat connection kalau tahu mana nak godek, mana nak letak ip dan beberapa perkara yang berkaitan dengan network connection. Biarlah orang nak marah. Aku ada sebab. Senang nak buat kerja. Aku perlu banyak sumber multimedia dari internet untuk buat kerja-kerja grafik. Jadi aku rasa kalau aku on internet di PC ni pun takkan ada masalah nanti. Melainkan orang di luar sana sesenang hati nak menggodam. Harini dah siap laporan tahunan. Letih nak buat sorang-sorang sejak hampir dua bulan lepas. Bukan senang nak buat kalau bahan takde. Bila aku cakap takde, diorang suruh aku cari. Ada ke patut aku kena cari sendiri bahan. Where got jalan? Lainlah kalau nama kita letak jadi editor ke. Sanggup je aku buat semua kerja. Ini nama aku letak pada Reka Letak / Grafik saja. Ja

Melayu oh Melayu..

Baru balik dari PC Fair di KLCC. Ramai orang. Memang la ramai, cuti sekolah, orang balik kerja, orang jalan-jalan tak tentu arah. Ada pokok krismas besar tengah-tengah Suria KLCC. Wah, bersungguh-sungguh ye orang Malaysia sambut krismas. Agaknya berapa ramai orang kristian di Malaysia ni? Sejuta, dua juta? Mungkin lagi ramai dari orang Islam? Entah, tapi yang pasti setiap kali menjelang krismas, sambutannya mengalahkan orang kristian di negara barat menyambutnya. Tadi aku tengok dan dengar dua orang putih yang sinis menyindir lagu krismas mereka sendiri. Err.. Mungkin mereka bukan kristian. Sementara itu di dalam surat khabar terutamanya surat khabar berbahasa Melayu dan juga media elektronik yang lain, tak sudah-sudah dengan cerita Rufaqa iaitu kumpulan yang diketuai oleh Ustaz Ashaari yang dulunya glamer dengan Al-Arqam. Katanya sesat lagi? Sebenarnya aku pelik, kalau mereka tu jenis orang yang sesat, kenapa mereka mengejar ekonomi dan teknologi jauh lebih hebat dari orang Melayu Isl