Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2008

Membina Perpaduan Kaum Dengan Pembangunan Tamadun

Suatu masa dahulu, aku adalah antara golongan yang pasti akan kritik apa saja projek mega yang kerajaan buat. Bagi aku semuanya itu merugikan dan ada baiknya disalurkan kepada yang lebih memerlukan. Sehinggalah aku diajar berfikir secara kreatif dan keluar dari kotak. Buka tempurung yang menutupi aku dan lihat dengan lebih jelas keadaan yang sebenar. Sekarang aku faham kenapa dan aku tidak akan sewenang-wenangnya mengkritik apa saja projek mega yang dilaksanakan tanpa memikirkan positif dan negatifnya terlebih dahulu. Dahulu orang persoalkan kenapa perlu Jambatan Pulau Pinang sedangkan feri sudah ada dan ianya nampak membazir. Memang betul awalnya aku nampak tidak ada yang baik kerana sewaktu pertama kali melaluinya, kos tol adalah mahal dan amat kurang kenderaan melaluinya. Cuba kamu laluinya sekarang. Oh ya, orang Pulau Pinang pasti tidak sabar-sabar menantikan siapnya jambatan kedua. Sebenarnya aku fikir secara pembinaannya, nasib baik kerajaan tidak bertindak membina jambatan jenis

Asyikin

Happy 24th Birthday My Lovely Angel... 

Kita Bercakap Berlain Bahasa

Beberapa hari lepas, sedang aku beratur untuk membeli tiket wayang, aku perhatikan keadaan sekeliling. Pelbagai bangsa dan bertutur dalam pelbagai bahasa. Meriah sungguh Malaysia kerana kebebasan untuk mengamalkan budaya, bertutur dalam bahasa ibunda bangsa sendiri tidak pernah dikekang. Cuma yang ralatnya, aku lihat orang melayu bertutur dengan orang melayu lain bahasa melayu, orang cina bertutur dengan rakan mereka dalam bahasa cina dan orang india bertutur dengan rakan mereka bahasa tamil. Seterusnya bangsa-bangsa lain. Aku tidak nampak pergaulan antara bangsa-bangsa. Tidak ada suatu kelompok pelbagai bangsa yang berbual mesra sesama mereka dalam satu bahasa. Kalau ada beberapa orang mengatakan kepada aku satu bahasa tidak akan dapat mengeratkan bangsa-bangsa di Malaysia ini, aku rasa samada orang itu tidak pernah beratur beli tiket menonton wayang atau memang sepanjang masa dia berada depan TV dan depan meja kerjanya sambil menulis artikel tersebut berdasarkan fakta-fakta bisu. Kam

Buat Kerja!

Hoi orang-orang politik (biar aku biadap sikit)! Berhenti berpolitik. BUAT KERJA! Pandai letak kain besar di Istana Keadilan suruh orang buat kerja tapi kamu masih sibuk berpolitik sana sini. Pilihanraya 5 tahun sekali, bukan hari-hari. Cukuplah berpolitik. Orang-orang muda sudah mual. Sudah lebih 3 bulan pilihanraya umum berlalu tapi masih tak habis-habis dengan isu-isu politik. Sudah tidak ada kerja lain ke? Pergi selesaikan masalah rakyat pula. Selesaikan kemelut kenaikan harga minyak, harga barang dan kos hidup yang semakin tinggi. Kami tidak berminat untuk melihat kamu bercakaran untuk merebut jawatan itu ini, kerusi itu ini dan pangkat itu ini. Kami tahu biar parti mana sekalipun yang memerintah nanti, kelak ahli yang berpengaruh dalam parti itu akan mendapat keuntungan dari banyak segi. Kamu jangan fikir kami buta. Sudah, pergi buat kerja. Kami sudah bosan berpolitik. Sekarang masa untuk kerja!

Adakah Kamu Pekak, Buta dan Bisu?

Media arus perdana di Malaysia sekarang sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan maruah mereka sendiri. Kenapa? Media arus perdana di Malaysia bukannya tak tahu ada media alternatif lain di internet yang di layari ratusan ribu rakyat Malaysia di seluruh dunia setiap hari, jauh lebih banyak pembaca dari jumlah akhbar yang mereka jual. Mereka masih menyiarkan berita-berita mengampu, memutar belitkan fakta dan meremehkan informasi dari sumber lain. Aku fikir ada baik mereka pecat sahaja penasihat dan pakar rujuk mereka (sekiranya ada) kerana ianya tidak akan langsung membantu mereka meningkatkan jualan akhbar dan jumlah penonton mereka. Sampai bila mahu mereka terbelit dengan kekangan berita yang jelas tidak neutral dan amat mudah dipengaruhi oleh sesuatu pihak? Kalau itu mereka kata kebebasan media, maka betul juga kenyataan bila orang kata mereka sebenarnya adalah kayu semata-mata dan otak mereka dipenuhi dengan sekam. 2 juta pengunjung chedet.com dalam masa kurang 2 bulan j

Mendung Itu Sebenarnya Indah

Kamu pergi kedai kopi, restoran makanan segera, restoran mewah, gerai tepi jalan, food-court dan pantry di mana-mana pun di Malaysia ini. Duduk sebentar dan dengar apa yang diperbualkan oleh mereka yang berada di situ. Aku yakin banyak yang kamu dengar adalah mengenai keburukan dan kelemahan orang lain. Cerita-cerita meremehkan orang lain dan apa saja kekurangan perbuatan dan sikap orang lain. Cerita ini diperbualkan dikalangan mereka yang sedang duduk makan (mungkin ada yang berdiri) dengan penuh emosi dan mungkin, hilai tawa. Apa yang tidak menariknya cerita mengenai keburukan dan kelemahan orang lain? Ianya amat senang hendak diperkatakan dan amat menarik perhatian sesiapa saja yang mendengarnya. Mungkin boleh ditokok tambah oleh orang lain yang mendengarnya hingga menjadi akhirnya menjadi mitos yang boleh menyaingi Beowulf dan Hercules. Cuma Beowulf dan Hercules menceritakan kehebatan dan keagungan seseorang manusia dan dewa, tapi di Malaysia, mitos-mitos yang keluar dari mulut-mul

Trivia

Oh ya, semalam di National Geographic, katanya mee atau jenis-jenis mee tu berasal dari tanah Arab. So, orang cina Malaysia patut sedar mee bukanlah berasal usul dari China. Orang yang suka makan spageti tu pun patut juga sedar. Peliknya, aku tak pernah tengok pun orang Arab makan mee...

Senja

Hampir setiap petang sewaktu balik dari kerja aku melihat suasana ini. Beritahu aku apa yang tidak indah mengenainya? Semuanya indah belaka. Menenangkan hati dan perasaan setelah penat bekerja.

Galeri Gambar Amat Aktif

Banyak sungguh gambar aku upload ke dalam GALERI GAMBAR aku. Ada baiknya. Sudah lama aku mahu melakukannya tapi aku tidak jumpa ruang yang sesuai. Aku rimas dengan Facebook dan Friendster untuk melakukannya. Aku tidak minat Flickr dan Fotopages. Jadi aku guna Picasa kerana paling utama, ada tool mudah untuk aku upload direct gambar-gambar tanpa perlu aku ubah saiz setiap gambar. Kemudian Picasa juga adalah sebahagian daripada aplikasi Google, sama seperti Blogger yang aku guna untuk menulis blog dan GMail yang aku guna untuk email. Jadi aku tidak perlu bersusah payah untuk log in sana sini semata-mata untuk upload gambar, tulis email dan tulis blog. Satu email sudah cukup. Jadi kalau kamu bosan dengan membaca semua ini, pergi tengok gambar.

Manusia Membenci

Kenapa manusia suka bermusuhan, suka berhasad dengki, suka menyimpan dendam dan suka kepada memperlihatkan keburukan orang lain? Kenapa susah sangat manusia untuk memberikan kemaafan terhadap orang lain? Kenapa manusia perlu menyakiti hati dan diri manusia lain? Kenapa manusia sanggup biarkan manusia lain menderita hanya kerana untuk memuaskan hati mereka? ==== Aku lihat sekarang ramai yang saling membenci antara satu sama lain dan kebanyakkan darinya tidak langsung berpunca dari kesakitan dan kesusahan yang dialami. Sebaliknya benci hanya kerana emosi. Kalau boleh aku mahu membenci, aku mahu membenci Semua pembunuh manusia Semua pembawa senjata perang yang menghancurkan orang tidak bersalah Karpal Singh kerana sengaja membawa api perkauman dan berdendam dengan semua yang beliau fikir menyusahkan. Parti-parti politik di Malaysia kerana merosakkan integrasi kaum. Yusuf Haslam yang tidak sudah-sudah membuat filem/drama melayu yang meloyakan. Polis Simpanan Persekutuan (FRU) yang tidak be

Koleksi Gambar

Aku sudah ada online photo album sendiri. Klik link sebelah kanan (KOLEKSI GAMBAR) atau klik SINI . Ada beberapa yang merupakan karya fotografi secara serius aku dan selebihnya adalah koleksi foto santai tanpa aku peduli aspek-aspek teknikal semasa mengambil gambar. Sebenarnya, minat aku dalam fotografi adalah mengambil gambar-gambar lanskap alam, terutamanya awan dan senja. Aku kurang berminat untuk fotografi potret memandangkan aku tidak mahir untuk mendapatkan mood orang. Tidak pandai hendak mengarah orang bagaimana untuk beraksi kerana aku sukakan keadaan yang natural dan candid saja. Satu subjek yang paling menarik untuk aku dipotretkan adalah kanak-kanak dan lebih spesifik lagi budak kecik yang berumur kurang 3 tahun. Mereka playful dan penuh dengan aksi tanpa mereka sedari. Mereka tidak akan 'berlakon' dengan kita untuk menggayakan aksi sama seperti orang dewasa yang kemaruk depan kamera. Mereka tidak akan faham apa yang kita sedang lakukan dan akan keliru melihat wajah

Semalam Melihat Senyum

Shot by Asyikin. Canon EOS 400D, 1/25, f/3.5, ISO 1600, Pizza Hutt KLCC. Semalam aku bercuti. Ada urusan kewangan disamping bertemu dengan Asyikin. Sudah agak lama aku tidak melihat senyuman manis Asyikin. Banyak yang diceritakan.  Tidak banyak yang hendak aku ceritakan. Aku malas untuk berkata-kata. Aku cuma mahu melihat wajah dan senyuman Asyikin. Itu saja. Shot by frossonice. Canon EOS 400D, 1/13, f/4.0, ISO 1600, 30mm, average metering, flash off, Pizza Hutt KLCC. Takkan nak ganggu orang dengan flash kamera...

Kerana Dia Aku Di Sini

Catatan ke-500. Buat Kak Nor. Sesungguhnya dialah sahabat sejati. 10 tahun lalu dia pergi meninggalkan dunia ini. Sehingga kini tidak pernah sekali aku berkunjung ke pusaranya. Cerita ayahnya mengenai dalam liang lahatnya terjumpa batu yang berwarna-warni dan beliau mampu tersenyum dan berkata-kata sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya masih dalam ingatan. Beberapa tahun Kak Nor menderita penyakit yang tidak diketahui. Dua minggu sebelum beliau meninggal dunia, aku menziarahi beliau. Kurus kering tidak bermaya, hanya terdampar di pembaringan. Tiada suara untuk berkata-kata, tiada kudrat untuk bangun. Namun matanya tetap bersinar seindah sewaktu sihat beliau. Ketika itu Kak Nor seperti cuba memberitahu aku sesuatu. Aku tidak memahaminya sehinggalah dua minggu kemudian. Suatu ketika ketika kudratnya masih ada dan suaranya masih boleh berbisik, Kak Nor menulis dan menyatakan harapannya agar dapat kembali beliau berbual bicara denganku seperti saat-saat dulu. Ianya cuma tinggal ha

Dalam Hidup Ini

The Beatles - In My Life There are places I remember All my life though some have changed Some forever not for better Some have gone and some remain All these places had their moments With lovers and friends I still can recall Some are dead and some are living In my life I've loved them all But of all these friends and lovers There is no one compares with you And these memories lose their meaning When I think of love as something new Though I know I'll never lose affection For people and things that went before I know I'll often stop and think about them In my life I love you more Though I know I'll never lose affection For people and things that went before I know I'll often stop and think about them In my life I love you more In my life I love you more ==== Catatan ke-499. Aku sengaja letakkan lagu The Beatles - In My Life sebagai penyeri catatan ini. Baca dan faham kenapa aku amat suka dengan lagu ini. Lirik dan iramanya amat menarik. Tiada sebab untuk menulis ke

Aku Pemain Bolasepak, Dulu...

Aku, berdiri dua dari kanan. Bukti aku dulu sebenarnya kurus dan seorang pemain bolasepak yang pernah menjadi johan negeri. Walaupun aku bukan pemain utama MRSM Bawah 15 tahun (1990), tetapi aku tetap memainkan peranan sebagai sebahagian daripada pasukan. Awalnya masa tingkatan 2, pemilihan pemain untuk pasukan bawah 15 tahun telah pun diadakan dan telah dipilih. Aku tidak berminat sangat untuk bermain untuk maktab. Aku lebih menumpukan diri kepada ragbi. Pada kejohanan bolasepak antara rumah sukan, aku bermain juga untuk rumah sukan aku, Purnama (merah) di posisi sayap kanan. Mungkin aku bermain dengan baik menyebabkan ada yang ajak aku join team maktab. Aku join dan kena tukar ke posisi sayap kiri sebab sayap kanan dah ada pemain yang lebih handal. First tournament aku sertai adalah kejohanan bawah 14 tahun peringkat daerah, tahun 1989. Pasukan MRSM Balik Pulau telah menjadi johan. Satu yang paling aku tidak lupa adalah menggelecek penjaga gol sekolah St. George yang ketika itu adala

Cameron Highlands - Lagi...

Destinasi seterusnya, Cameron Highlands (lagi...). Dulu masa tak dapat nak pergi Cameron Highlands, beria-ia nak pergi dan jeles dengan orang yang sudah pernah pergi. Tapi bila sendiri dapat peluang pergi hampir setiap bulan, dalam hati seperti berkata, "Jadi, apa lagi yang ada..." Tidak banyak yang menarik di Cameron Highlands melainkan kamu peminat bunga dan sayur-sayuran. Pencinta alam sekitar juga boleh tumpang menikmati alam walau semakin hari cuacanya aku rasa semakin panas dan keadaan semakin tidak menarik. Tapi tiba waktu petang selepas hujan, cuaca sejuk dan awan mula berarak meliputi pemandangan sekeliling... ahhhh... syurga dunia. Cantik. Kali ini bos besar sudah beli kamera digital SLR sendiri, Nikon D40. Jadi tak perlu lagi berebut nak guna kamera aku. Apa yang menarik nanti, aku dah cabar dia nak ambil gambar paling cantik di Cameron nanti. Jadi, kita akan lihat siapa yang menang, walaupun obviously aku akan kalah sebab, mana boleh lawan bos... (bukan sebab dia

Alone

Do you understand something that I don't about me?...

Dari Larkin, Johor Ke Mazatlan, Mexico dan Kembali

Semasa di Terminal Bas Larkin tempohari, aku mencari-cari buku/majalah untuk dibaca. Aku merayau dari kedai ke kedai untuk mencarinya tetapi akhirnya aku kecewa. 90% daripada bahan pembacaan berbahasa Malaysia adalah berkaitan dengan agama, mistik hiburan dan novel-novel cinta. Sedang bacaan ilmiah langsung tidak aku temui. Selebihnya adalah buku-buku motivasi dan buku skim untuk menambah pendapatan/cepat kaya, majalah komputer serta majalah-majalah berkaitan sukan dan automotif. Tertanya-tanya dalam hati, inikah saja yang orang Melayu kita baca? Hendak juga aku mencari buku-buku ilmiah yang mungkin berkaitan contohnya, alam sekitar, sejarah Johor (sebab aku berada di Larkin ketika itu), seni dan budaya atau apa saja yang boleh dikatakan ilmu yang lebih meluas ruang lingkupnya. Bukan aku mengatakan buku-buku agama tersebut tidak baik, tapi kalau dari 100 buku, 90 daripada menceritakan hal yang sama, apa maksudnya? Adakah orang kita ini tidak faham sangat-sangat sehinggakan kita perlu b

Orang Melayu I

Aku menonton Musang Berjanggut di Astro semalam. Bukan menonton untuk berhibur tetapi untuk memahami sesuatu. Ada beberapa cerita lagi yang sesuai, filem melayu lama terutamanya. Aku faham sesuatu semalam. Orang Melayu ini amat lembut hati dan perbuatannya. Sedang dalam sengketa masih boleh bermadah dan berpantun manis. Sedang dalam marah bahasanya masih teratur lembut. Sebab itu kalau hendak melihat kemarahan orang Melayu, lihatlah semasa dia mengamuk. Itulah kekuatan akibat dek dirasuk perasaan marah yang amat-amat sangat. Maka apabila orang Melayu mula bertutur dengan bahasa-bahasa yang kasar, ianya nampak amat-amat kasar dan tidak berbatas. Mudah saja ayat-ayat itu memberi maksud yang berlainan dari maksud asal. Mungkin pada ketika itu, orang Melayu sedang marah namun tidak sampai tahap sehingga hendak mengamuk. Jadi fahamilah sesuatu. Orang Melayu asalnya adalah orang yang lembut hati dan bersopan santun. Mereka amat peramah dan terbuka untuk menerima sesiapa saja. Jangan pula kam

Chandan, Kuala Kangsar

Sewaktu aku balik kampung tempohari, aku sempat juga mengambil beberapa gambar sekitar istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Cuaca kurang elok menyebabkan gambar jadi agak suram. Jalan yang melingkari istana dilitupi dengan pohon-pohon besar dan redup. Daun-daun dibiarkan jatuh menambahkan rasa tenang. Senja di tebing sungai Perak. Pemandangan bandar Kuala Kangsar jauh di hadapan. Aku berdiri di atas jeti lama yang sekarang menjadi tumpuan kaki-kaki pancing setiap masa. Sudut ini adalah antara pandangan paling menarik sungai Perak di Kuala Kangsar. Jalan menuju ke Chandan di mana terletaknya masjid Ubudiah yang amat-amat terkenal, Muzium Di Raja Perak dan istana Iskandariah. Jauh di tepi kanan terletak jambatan Sultan Abdul Jalil, jambatan baru yang menghubungkan Bandar Kuala Kangsar dan Sayong. Pemandangan sungai Perak dan Jambatan Sultan Abdul Jalil di tebing Bukit Kerajaan. Ada beberapa gambar lagi. Nanti kalau ada kesempatan, akan aku upload ke sini.

Sesi Fotografi Lea & Sani

Pasangan Pengantin Lea-Sani Ini yang aku buat semasa di Johor Bahru. Kerja fotografi kahwin pertama yang aku lakukan. Ianya tidak hebat dan tidak sebaik mana, tetapi suatu pengalaman yang menyeronokkan. Kata orang, memang susah apabila mahu mengambil gambar perkahwinan. Tambah susah kalau busana pengantin berwarna putih seperti di atas. Bagi aku ianya cabaran. Aku baru bermula. Sepatutnya aku edit lagi gambar yang ada di atas ini. Tapi aku sudah terlalu letih dan malam sudah lewat. Jadi cukup sekadar aku cerahkan tone (kerana pengantin lelaki agak gelap) supaya nampak lebih sekata dan aku crop agar jadi lebih centre. InsyaAllah kalau ada kelapangan, aku akan buat lagi. Itu pun kalau ada yang sudi mengundang.