Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2011

Ke Mana Menghilang?

Kembali menulis di sini setelah begitu lama ditinggalkan. Puncanya kerana Star Rating. Aku ditugas untuk menyiapkan buku laporan yang setebal 230++ muka surat dan juga menyediakan slaid persembahan yang menggunakan tiga buah skrin sekaligus. Slaid sebanyak 120++ muka perlu aku siapkan dalam tempoh beberapa hari. Banner ini aku yang design, sesuai dengan tema buku dan slaid. Syukur kerana semua itu telah aku selesaikan dengan baik. Bos berpuas hati. Itu yang penting. Beberapa hari juga aku tidur lewat dan balik kerja lewat malam, meninggalkan Zura berseorangan di rumah. Tetapi tanggungjawab kerja pun aku perlu laksanakan. Suasana dalam dewan ketika sesi taklimat oleh Bos Besar sedang berlangsung. Tiga skrin sekaligus! Seorang penyedia dan pengawal slaid; Aku. Selesai kerja minggu lepas, aku berehat akal fikiran. Otak ini sudah terbeban dengan kerja sejak beberapa ketika perlu di'longgar'kan seketika. Aku lebih senang terperap di rumah sekarang. Rumah semakin selesa dan senang me

Rahsia Diari Atok

Ketika beraya di rumah Pak Ndak di Kuala Kangsar, tiba-tiba terbit cerita mengenai arwah Tok Wan. Kalau aku, semua Tok aku dipanggil Tok saja, tidak ada tambahan Wan, Cik atau lain-lain gelaran. Tok Wan sebelah ayah meninggal dunia kira-kira 20 tahun lalu, ketika aku berusia enam tahun. Tetapi aku masih ingat wajahnya. Aku masih ingat ketika usia tuanya, beliau sering duduk di tepi tangga belakang rumah menghadap ke jalan besar dan melihat kereta lalu lalang. Maklum tahun penghujung 70an - awal 80an, kenderaan di jalan raya masih belum banyak. Jadi sekali sekala bila ada yang lalu, kami melihat penuh minat. Aku tidak pernah tanya kenapa Tok suka duduk di atas tong kayu sambil memegang tongkatnya. Aku juga sudah lupa apa saja perbualan dan ceritanya ketika itu. Jadi memori mengenainya hanya ada dalam beberapa keping gambar dan kenangan sewaktu aku kecil dahulu. Tempohari, Pak Ndak memberitahu bahawa beliau ada menyimpan sebuah diari milik Tok. Kami sekeluarga agak terkejut dan sangat te

Sketsa Aidil Fitri 2011

Tahun ini pertama kali beraya bersama isteri dan pertama kali juga beraya di Kedah, lebih spesifik, Kampung Sematang, Kuala Kedah. Mula-mula aku mohon maaf, tiada gambar kami berdua di hari raya. Ada tetapi tidak sempat aku ambil dari PC di kampung.  Aku beraya sehari di Kuala Kangsar. Cukuplah. Tahun-tahun sebelum ini pun sehari sudah mencukupi. Hari-hari berikut biasanya aku tidur saja dan tidak ke mana-mana. Sebelum itu, sempat juga berbuka puasa dua kali di Kuala Kangsar; dua hari terakhir Ramadhan. Aku tidak beli baju melayu baru. Aku tegaskan kepada Zura bahawa baju melayu yang sedia ada masih elok dan sangat jarang dipakai. Aku ada dua pasang baju melayu (putih - baju akad nikah dan oren - baju tahun 2008) serta dua helai baju melayu (hitam dan biru - baju tahun 2005) yang masih dalam keadaan baik. Murtabak Pak Mad; murtabak paling glamer waktu Ramadhan di Kuala Kangsar. Zura akur. Jadi Aidil Fitri tempohari, hanya Zura yang membeli baju baju; dua pasang baju kurung songket berw