Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2012

Jalan Baru

Kadang-kadang kita tidak tahu mana yang betul, mana yang salah. Selalunya aku ambil jalan tengah; jangan ambil tahu. Kerja sambilan sebagai editor video perkahwinan rasanya sudah berkubur. Bukan masalah aku. Ianya lebih kepada masalah dalaman syarikat tersebut sendiri. Ada bayaran untuk aku yang masih belum mereka lunaskan. Ikut hati aku mahu abaikan saja RM400 - 500 itu. Anggap saja bukan rezeki aku. Tetapi ianya sebuah pengalaman yang menarik. Dalam masa setahun dua, aku dapat belajar banyak perkara mengenai produksi video dan software yang aku dapat pelajari sangat membantu untuk masa depan nanti. Masalah sesebuah syarikat seperti mereka itu adalah kerana tiada disiplin dalam kerja terutama waktu dan kewangan. Aku sanjung kualiti produksi mereka. Ianya berada di kelas atas dan layak dijadikan pedoman banyak syarikat lain yang baru hendak mengasah bakat dalam bidang produksi video. Satu lagi faktor adalah tiadanya kepelbagaian dalam skop kerja mereka. Aku fikir videografi perkahwinan

Qaseh Tiba, Ayahnda Pergi

Sudah lebih sebulan tidak menulis di sini. Di mana hendak aku mula kembali? Terlalu banyak peristiwa suka duka yang berlaku sepanjang tempoh itu. Ahad, 1 April 2012, jam 1.45 pagi tempohari, lahir ke dunia ini zuriat aku. Setelah 37 tahun, inilah anugerah dan amanah paling besar dalam hidup ini. Lahir di tengah malam, dalam sejuk cuaca, kami namakannya Qaseh Nurzahra. Seperti yang aku pernah tulis sebelum ini, kami tidak mahu anak kami dinamakan dengan nama yang terlalu arabik. Seboleh mungkin, biarlah namanya ada kemelayuannya walaupun separuh. Qaseh Nurzahra Qaseh adalah pilihan Zura. Dia sukakan nama Qaseh kerana ianya petunjuk sayang yang paling jelas. Aku mencari-cari sinambungan nama yang sesuai dengan Qaseh. Akhirnya aku memilih Nurzahra, bermaksud cahaya bersinar ( http://en.wikipedia.org/wiki/Zahra_(name) . Ada maksud lain Zahra tetapi aku berikan maksud yang paling mudah. Ketika lahir, berat Qaseh (singkatan nama yang kami guna sekarang) adalah 2.37kg. Syukur Qaseh dilahirkan