Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2010

Lotus Baru

Aku ambil gambar-gambar Lotus baru ini dari laman forum di internet. Aku tidak bertanggungjawab mengenai hak cipta sebab aku tidak diberitahu mengenainya. :-) Tengok sendiri arah tuju Lotus. Lupakan seketika sengketa Lotus Group/Proton dengan Lotus Racing/Tony Fernandes. Lotus Elise Lotus Elise redesign. Nampak lebih kepada street car berbanding track day car sebelum ini. 400 paun Lebih berat berbanding model sebelum. Lotus Elan Lotus Elan adalah everyday sport car Lotus yang baru. Mengembalikan nama Elan yang pernah digunakan sebelum ini. Lebih berkuasa daripada Elise. Lotus Elite Lotus Elite adalah model GT (Gran Turismo) dengan 2+2 tempat duduk serta berenjin depan. Bumbungnya juga boleh dibuka, ala Ferrari California. Tidak hairan kerana designer Elite adalah orang yang sama design California. Lotus Esprit Super car lagenda Lotus Esprit kembali! Lebih berkuasa dan nampak lebih cool. Cuma design sedikit membosankan. Lotus Eterne Lotus Eterne adalah model Lotus empat pintu yang perta

Dust In The Wind

Dust In The Wind - Kansas I close my eyes only for a moment and the moment's gone all my dreams pass before my eyes a curiosity dust in the wind all we are is dust in the wind Same old song just a drop of water in the endless sea all we do crumbles to the ground though we refuse to see dust in the wind all we are is dust in the wind Now, don't hang on nothing last forever but the earth and sky it slips away And all your money won't another minute buy Dust in the wind all we are is dust in the wind dust in the wind everything is dust in the wind

Cuaca

Aku baru hendak menulis, "Cuaca di luar sangat cantik. Aku mahu berbasikal petang ini, InshaAllah". Tetapi bila aku lihat kembali di luar, aku dapati cuaca semakin mendung. Hujan semakin tiba. Aku mahu kembali berbasikal setelah berehat sekian lama, sejak dari sebelum berpuasa lalu. Harapnya cuaca kekal baik sehingga lewat petang, agar dapat aku berbasikal semula hari ini.

Sleeping Sun

Sleeping Sun - Nightwish featuring Tarja Turunen The sun is sleeping quietly Once upon a century Wistful oceans calm and red Ardent caresses laid to rest For my dreams I hold my life For wishes I behold my night The truth at the end of time Losing faith makes a crime I wish for this night-time to last for a lifetime The darkness around me Shores of a solar sea Oh how I wish to go down with the sun Sleeping Weeping With you Sorrow has a human heart From my god it will depart I'd sail before a thousand moons Never finding where to go Two hundred twenty-two days of light Will be desired by a night A moment for the poet's play Until there's nothing left to say I wish for this night-time... I wish for this night-time... ==== Aku ingat dulu aku pernah dengar mengenai kumpulan Nightwish tetapi tidak pernah dengar lagunya. Hari ini baru aku dapat dengar lagu-lagu Nightwish tetapi dengan penyanyi baru Anette Olzon. Lagu menarik tetapi suaranya agak lari daripada irama. Bila baca kom

Hijau Lumba British, Kebanggaan Malaysia

Sebagai peminat perlumbaan F1, aku sering mengikuti perkembangan pasukan Lotus Racing. Pasukan ini adalah pasukan milik Malaysia yang diketuai oleh Tony Fernandes, CEO AirAsia. Secara teknikal, ianya bukan pasukan asal Lotus iaitu Team Lotus. Nama Lotus digunakan dengan kebenaran Lotus Car. Sedang Team Lotus iaitu pasukan F1 asal Lotus tidak ada kena mengena dengan Lotus Cars. Tetapi mulai tahun 2011, Lotus Racing akan 'ditukar' kepada nama asal Team Lotus, nama pasukan lagenda F1 yang begitu masyhur di seluruh dunia. Logo pasukan juga akan menggunakan logo asal Team Lotus, maka secara rasmi, kembalilah Team Lotus ke dunia F1 setelah lebih 15 tahun tidak bertanding. Aku respek usaha Tony Fernandes dalam menjayakan pasukan Lotus Racing/Team Lotus ini. Dia bersungguh-sungguh menunjukkan jalan bagi membuktikan kepada orang ramai bahawa dia serius dalam mengembalikan prestij pasukan F1 yang sangat popular, mungkin berada cuma setangga di bawah Scuderia Ferrari dari segi populariti

Shweeb!

Manusia sekarang begitu sibuk mencari mod atau kaedah pengangkutan yang efisien dan boleh digunakan bagi mengganti penggunaan bahan bakar petroleum. Kita percaya suatu masa nanti, bahan bakar petroleum ini akan habis disedut oleh manusia dan kita terpaksa mencari alternatif sumber tenaga untuk menggerakkan jentera pengangkutan kita. Kita juga tahu (kalau mengikut teori si Morpheus dalam cerita Matrix) bahawa badan manusia mengandungi cukup bahan bakar (tenaga) melebihi bateri 120-volt atau 25,000 BTU. Kalau ianya digunakan sebagai bahan bakar untuk menggerakkan mesin pengangkutan, sudah tentu masalah bahan bakar boleh diatasi sedikit. Mesin sedia ada yang paling dekat dengan mesin pengangkutan adalah basikal. Hampir sesiapa saja boleh menggunakan basikal. Boleh mengayuhnya dari satu destinasi ke destinasi lain. Kini terdapat sebuah mod pengangkutan awam yang dicadangkan iaitu monorel berbasikal. Sebuah syarikat daripada New Zealand percaya, monorel berbasikal yang dicipta dan diberi na

Kontrak

Blog ini sudah mencecah sembilan tahun. Aku wujudkannya secara sepenuh masa pada pertengahan 2001. Dulu aku menggunakan laman web di mana aku terpaksa update HTML secara manual, setiap kali aku menulis satu post. Kemudian aku gunakan server blog yang ada di internet seperti uJournal dan Diaryland. Masa itu sudah ada Blogspot tetapi amat sukar untuk digunakan berbanding sekarang. Namun begitu menjelang 2004, aku sudah menggunakan BlogSpot sepenuh masa dengan address; ahmadsharidan.blogspot.com. Nama blog sejak dari dulu adalah frossonice. Pada tahun 2007, aku membuat keputusan untuk membeli alamat internet eksklusif bagi memudahkan pengunjung datang ke laman blog aku. frossonice.com wujud sejak dari itu hingga sekarang. Awal bulan oktober nanti, tempoh belian alamat blog ini akan tamat. Aku sudah diingatkan beberapa kali oleh penyedia perkhidmatan agar menyambung kontraknya. Kos sambungan kontrak tidak mahal, tidak lebih daripada RM50 dengan menggunakan penyedia perkhidmatan tempatan. A

Ambil Yang Baik

Ada perkara yang kita boleh kritik, jika ianya tidak bagus (dari sudut pandangan kita). Ada perkara yang kita boleh terima dengan baik dan menyokongnya. Aku begitu. Sini, ada beberapa perkara kerajaan sedang dan ingin lakukan yang aku fikir sangat bagus dan patut aku sokong. HSR dari Pulau Pinang ke Singapura High Speed Rail (HSR) atau Keretapi Berkelajuan Tinggi adalah mod pengangkutan yang sangat efisien terutama di negara seperti Malaysia. Aku rasa sudah sampai masanya kerajaan kurangkan pembinaan lebuhraya banyak lorong dan tumpukan kepada pembangunan keretapi laju/elektrik sebagai bentuk transportasi efisien. HSR dengan kelajuan lebih 250km/j boleh menjimatkan masa perjalanan dengan ketara berbanding lebuhraya. Malah secara rasional juga, ianya lebih selamat berbanding pengangkutan lain, kecuali kapal terbang. Ia juga boleh memaju pembangunan ekonomi negara dengan lebih cekap dan menyeluruh. Cuma, kalau boleh, HSR sepatutnya melingkari seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.

MazdaSpeed 3 Merah - Seksinya!

Semalam, dalam perjalanan balik ke rumah dari pejabat aku terserempak dengan MazdaSpeed 3 berwarna merah (seperti gambar di bawah). Bukan aku tidak pernah lihat gambar dan video sebelum ini. Ianya adalah salah satu kereta kegemaran aku. Namun begitu, melihatnya di depan mata lebih menarik. Tambah menarik bila ianya dipandu oleh seorang perempuan bertudung. Itu cerita lain. Aku sentiasa tertarik dengan desain kereta keluaran Mazda. Ianya menyelerakan dan seksi. "Design Language" yang berasal dari konsep Nagare hasil ciptaan Laurens van den Acker adalah adunan alunan garisan yang lembut di samping menimbulkan karakter kereta yang begitu seronok untuk dipandu. Paling jelas dengan konsep Nagare ini adalah gril depan yang sentiasa tersenyum lebar, menarik minat sesiapa saja yang memandangnya. Apa yang lebih menarik semalam adalah saiznya. Kebetulan MazdaSpeed 3 ini sedang bergerak di belakang Proton Perdana. Ianya begitu besar jika dibandingkan dengan Proton Perdana padahal model

Kamera Idaman

Dalam jangkamasa terdekat ini, tiga buah model kamera DSLR baru dikeluarkan oleh Canon dan Nikon. Canon dengan EOS 60D yang secara rasminya menggantikan EOS 50D, manakala Nikon dengan D3100 yang menggantikan D3000 dan D7000 yang diselitkan antara D90 dan D300S. Canon EOS 60D secara rasminya menggantikan EOS 50D sebagai kamera "pertengahan" profesional. Pada mulanya aku teruja melihat kamera ini tetapi apabila melihat skrin LCD yang boleh diputar (lihat gambar), aku rasa tawar hati. Bukan aku tidak suka dengan fungi ini. Skrin yang boleh diubah kedudukan ini boleh membantu memudahkan fotografi tetapi fungsi sebenarnya adalah lebih kepada membantu menyenangkan rakaman video. Pengguna DSLR sebenar lebih suka membidik melalui corong bidik ketika merakam gambar. Secara asasnya, EOS D60 lebih mengetengahkan keupayaan fungsi rakaman video daripada fungsi fotografi sebenar. Harga EOS D60 pasti lebih murah daripada EOS 7D. Ianya bakal menarik minat ramai pengguna kamera DSLR terutama

Cuti Panjang Dan Kesannya

Aku tidak sedar waktu rehat tengahari sudah tiba tadi. Aku sedang asyik menyiapkan kerja. Cuti lebih seminggu amat membantu mengembalikan idea dan kreativiti. Hasilnya, kerja pertama di awal pagi tadi siap dalam tempoh tidak sampai 10 minit. Ya, ianya cuma alterasi mudah terhadap desain sedia ada. Tetapi kalau sebelum bercuti tempohari, kerja sebegitu pastinya mengambil masa lebih setengah hari. Kemudian aku teruskan dengan kerja yang lagi satu; menyiapkan sebuah buletin. Sebelum bercuti tempohari, aku sia-siakan masa di pejabat tanpa ada idea yang keluar untuk aku desain. Tadi, dua desain utama sudah aku siapkan dan di benak otak ini masih ada banyak yang mahu keluar. Harap dalam masa seminggu ini aku boleh siapkan sepenuhnya buletin tanpa apa-apa pindaan lagi. Aku mahu jadikan ia sebagai penandaaras untuk penghasilan buletin di masa hadapan. Seminggu lebih aku bercuti untuk menyambut Aidil Fitri. Lebih tepat lagi, aku bercuti selama 11 hari dan 10 hari daripadanya aku habiskan masa d

Hurt

Hurt - Johnny Cash I hurt myself today to see if I still feel I focus on the pain the only thing that's real the needle tears a hole the old familiar sting try to kill it all away but I remember everything what have I become? my sweetest friend everyone I know goes away in the end and you could have it all my empire of dirt I will let you down I will make you hurt I wear this crown of thorns upon my liar's chair full of broken thoughts I cannot repair beneath the stains of time the feelings disappear you are someone else I am still right here what have I become? my sweetest friend everyone I know goes away in the end and you could have it all my empire of dirt I will let you down I will make you hurt if I could start again a million miles away I would keep myself I would find a way ==== Baru jumpa. Ahh... Sungguh teruja.

Kita Kongsi Sama-sama, Boleh?

Lewat malam (sudah 2.30 pagi) dan aku masih belum tidur. Esok kembali bekerja setelah lebih seminggu bercuti menyambut Aidil Fitri. Pada mulanya aku mahu berhenti menggunakan internet dan tidur. Kemudian aku teringatkan sesuatu. Lalu aku cari video ini; Tonton hingga habis, kemudian terus membaca kembali, okay. Seminit terakhir video ini menerangkan segala-galanya. James May (yang popular dengan siri TopGear) mengandaikan jika setiap orang daripada kita diberi peluang untuk menaiki pesawat Lockheed U2 Spy Plane dan terbang hingga ke paras 70,000 kaki di angkasa, ianya mampu mengubah persepsi manusia mengenai politik, agama dan sosial. Maksudnya jelas. Sedang kita di Malaysia ini setiap hari bergaduh dan bertelagah mengenai hak istimewa sesuatu kaum, isu-isu perkauman dan kedangkalan akal fikiran, manusia di barat sedang sibuk mengejar apa yang ditulis di dalam al-Quran. Kita membataskan diri kita dengan sentimen perkauman dan hak kita sebagai manusia di samping manusia lain. Kita lalai

Meriam Buluh Kuala Kangsar

Setiap tahun di Talang, Kuala Kangsar, aktiviti bermain meriam buluh (yang sebenarnya meriam besi) berlangsung pada malam terakhir Ramadhan sebagai tanda tamatnya bulan Ramadhan dan bermulanya Syawal. Bunyi gegak gempita meriam 'buluh' ini memecah kesunyian malam dari tengah malam hingga awal pagi, menjelang subuh. Saban tahun, ianya menjadi agenda wajib di sini. Ianya juga semakin popular terutama bila semakin banyak video permainan meriam buluh ini disiar di YouTube. Bagi aku, selagi ianya masih selamat dan dimain dengan berhati-hati dengan pemantauan orang yang mahir, permainan tradisi ini patut diteruskan. Ianya mengingatkan kita dengan budaya tempat asal usul kita.

Baju Melayu Raya 2010

Lama tak beli baju melayu raya. Tahun ini kena beli sebab si Zura ada. Dia yang pilih. Semestinya aku suka.

Pendapat: Adakah Namewee Seorang Rasis?

Sekarang kecoh pasal si cina, Namewee (sebutannya, Name+Wee), bukan? Maka yang melayu dalam diri kita amat marah kerana ianya menyinggung agama kita. Maka yang hantu berpolitik di kalangan kita amat marah kerana ianya menyinggung parti politik kegemaran kita. Maka yang bebal tidak tahu apa-apa amat marah tanpa sebab kerana terpengaruh dengan kata-kata orang lain mengenainya. Kadang-kadang aku tertanya-tanya, mana pergi otak, mana pergi akal fikiran dalam kebanyakan daripada kita? Atau kita lebih mudah dan suka disuap saja oleh orang lain dan bila ianya dirasa masin, maka sahlah ianya akibat garam? Bukan sebab-sebab lain? Kenapa tidak diselidik dulu puncanya? Maaf, aku bukan hendak mempertahan atau menyokong Namewee. Jauh sekali aku menyukai caranya. Tetapi cuba sekali sekala dengan teliti dengar apa yang hendak dia beritahu. Contohnya mengenai TNB (kes blackout di Muar) dan seorang cikgu sekolah yang disangka rasis. Faham baris-baris katanya dan kamu dapati ianya tidak rasis sama sekal

Bila Mahu Lena

Malam bila hampir tiba jam 12, aku akan mengantuk dan menguap tak sudah. Kemudian mungkin terlelap. Kadang-kadang bila bergayut dengan Zura, mata ini terasa amat berat hinggakan apa yang aku bicara dengannya terasa seperti dalam mimpi. Mamai sebenarnya. Lalu aku cuba lelapkan mata. Lelap. Sepuluh minit kemudian aku kembali terjaga dan selepas itu, langsung tidak boleh pejam mata untuk kembali lena. Sering terjadi begini dan ianya menyusahkan aku. Akibatnya, di siang hari kelak di pejabat, aku akan kembali mengantuk kerana tidak cukup tidur. Hingga kadang-kadang aku berdengkur di pejabat. Sudahlah dengkuran aku kuat, jadi agak malu sebenarnya untuk aku tidur di pejabat. Seboleh mungkin aku cuba bertahan dari terlena. Sering juga gagal. Kadang-kadang kena perli dengan orang di pejabat. Aku bodohkan diri saja. Kalau aku mahu betul-betul segar ketika di pejabat, aku perlu tidur seawal jam sembilan malam. Tetapi aku biasanya degil untuk lena waktu sebegitu. Banyak perkara yang aku mahu buat

Nasi Ayam Penyek

Pertama kali aku makan nasi ayam penyek adalah semasa di Kuching pada penghujung tahun 2008 dulu. Ianya pengalaman yang tidak menarik. Rasanya kurang enak dan aku tidak faham langsung dengan konsep nasi ayam penyek. Apa yang menarik? Jadi sejak dari itu aku tidak fikir untuk makan nasi ayam penyek. Sehinggalah kira-kira dua bulan lalu apabila bos belanja makan di restoran Wong Solo di Bangi. Rasanya begitu berlainan dengan apa yang pernah dirasakan sebelum ini. Lebih sedap dan lebih menarik. Minggu lepas aku berbuka puasa bersama Zura di Wong Solo Bangi. Namun begitu agak ralat kerana aku tidak tahu yang Zura kurang makan ayam kampung. Tetapi dia jenis memahami. Aku pesan nasi ayam penyek dan Zura memesan nasi ayam panggang (walaupun realitinya masih ayam yang sama). Mungkin aku akan datang makan lagi. InshaAllah

Progres Bangunan Sebelah

Sudah lama aku tidak ceritakan mengenai projek pembangunan di sebelah pejabat. Berbulan lamanya aku diam sambil cuma memerhatikan saja apa yang berlaku. Kalau tengok suasananya, kerja-kerja pembangunan semakin pesat dijalankan. Tanah sedang dikorek dan dialihkan dari lokasi ke tempat lain. Cerucuk utama sudah kelihatan. Aku jangkakan dalam masa sebulan dua lagi kerja-kerja pembinaan bangunan sebenar akan bermula. Selepas siap bangunan ini nanti, kuranglah lagi permandangan yang menarik dari tempat kerja aku ini.

Teppanyaki

Bulan Ramadhan tahun ini, dua kali aku berbuka puasa dengan teppanyaki. Lebih tepat, beef teppanyaki dan teh hijau panas. Sebenarnya, hanya itu saja yang aku akan pesan setiap kali aku makan di restoran teppanyaki. Aku kurang suka ayam kerana ianya digoreng bersama kulit dan lemak. Sotong tidak menarik perhatian manakala ikan rasanya kurang sedap. Kalau orang tanya kenapa aku suka makan teppanyaki, jawapan aku mudah. Teppanyaki adalah satu-satunya makanan yang aku boleh makan lebih banyak sayur daripada nasi dan daging. Maksud aku, lihat sendiri berapa banyak taugeh yang diletak atas pinggan. Banyak! Mana tahu kalau-kalau minggu depan aku akan berbuka dengan teppanyaki lagi. :-)

Tiga Bulan

2.30 pagi dan masih berjaga. Mata sudah terasa berat tetapi hati masih mendesak untuk terus membuka luas kelopak mata ini. Tidak ada apa yang merunsingkan fikiran. Hati begitu tenang, jiwa begitu damai. Kasih sentiasa di hati, hidup sentiasa bahagia. InshaAllah. Aku mengingatkan diri ini bahawa masa untuk bersendirian sudah tidak lama tinggal. Kelak tidak ada lagi sunyi hendak diadu di sini. Tidak ada lagi baris-baris kata menceritakan perilaku seorang diri seperti yang sering berlaku dulu. Aku perlu belajar hadapi sesak manusia di Jalan Masjid India sebanyak empat kali dalam sebulan. Aku perlu belajar apabila memesan makanan, pastikan ianya pedas dan cukup masinnya. Aku perlu belajar untuk beli apa yang perlu dan kalau ianya tidak perlu, jangan beli. Aku perlu belajar mengenali sanak saudara yang dekat dan jauh supaya silaturrahim sentiasa terikat mesra. Banyak yang aku perlu belajar. Banyak yang aku perlu buang perangai tidak baik dan gantikan dengan perangai baik. Tidak ada persoala