Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2011

Kek, Jeans dan Tomyam di Hari Lahir

Kali terakhir aku makan kek hadiah hari lahir sendiri adalah pada tahun 1993. Hampir 18 tahun yang lalu. Kek pandan yang dibelanja oleh rakan pejabat. Tempohari, Zura hadiahkan aku kek sempena hari lahir aku yang ke-36, kek blueberry cheese. Aku sukakan kek keju. Apa saja. Blueberry terlampau manis bagi aku tetapi masih aku makan dengan ceria. Sempat aku rakam gambar sewaktu dijamu kek di tepi pintu rumah Zura. Tidak boleh masuk lebih ke dalam. :-) Tepi pintu pun sudah cukup. Rakan-rakan serumahnya turut meraikan aku. Apa lagi yang aku dapat? Zura berikan aku sehelai seluar jeans. Itu aku sendiri yang minta (selepas Zura tanya apa hadiah yang aku mahu). Dia pada asalnya mahu berikan aku sebuah beg yang aku cukup minati. Tetapi aku menolaknya kerana beg tersebut aku akan jarang guna. Membazir. Sekurang-kurangnya, jeans itu boleh aku guna ketika keluar bersiar-siar dengan Zura. Nampak faedahnya depan mata. Akhirnya kami pergi makan malam di restoran kegemaran kami, Strawberry Fields di P

36 And What A Life!

Life is indeed beautiful.

Penghujung 35 Tahun

Ya, hari ini hari terakhir aku berusia 35 tahun. Esok, inshaAllah aku mula langkah hari pertama di usia 36 tahun. Usia yang sudah terlebih matang, harapnya. Usia yang bakal merubah hidup ini. Lebih kurang tiga bulan dari sekarang, hidup ini bukan 'single' lagi. Hidup ini sudah akan berteman sepanjang masa, setiap ketika. Kelmarin sewaktu berbual-bual dengan Zura, aku katakan kepadanya betapa beruntung dia. Bukan memuji diri sendiri. Aku sedari, selama hidup ini berlangsung, aku seorang yang selalu bersendirian. Ke mana saja di hujung minggu atau bila waktu sekali pun, aku lebih banyak bersendirian berbanding bersama orang lain. Aku juga kurang kawan baik lelaki, ianya suatu 'plus point', mungkin. Tidak akan ada alasan untuk keluar rumah di waktu malam semata-mata menonton perlawanan Liga Perdana Inggeris di kedai mamak. Tidak ada juga keluar rumah di hujung minggu meninggalkan Zura berseorangan di rumah kerana mahu bersama kawan memanjat gunung atau memancing ikan. Kala

Ringkas

Aku baru perasan. Aku hanya ada dua posting untuk bulan Februari ini. Setakat ini aku cuma mencatat 14 posting. Tahun lepas dalam waktu yang sama, aku sudah menulis hampir 80 posting. Gila. Sepertinya keadaan aku sudah tidak ada apa-apa lagi yang hendak diceritakan. Aku lebih suka membaca dan membaca. Aku lebih suka memerhatikan dan mendengar. Itu saja. Menulis menjadi sesuatu yang asing kini. Aku juga sekarang ada menulis di sebuah forum terbuka Indonesia. Bukan kerana aku tidak patriotik. Aku sering membaca artikel di forum tersebut dan aku dapati banyak informasi yang kurang tepat ditulis sendiri oleh orang Indonesia mengenai Malaysia. Aku cuba memperbetulkan keadaan tersebut. Sambil aku menulis posting ini, aku menonton filem Yes Man lakonan Jim Carrey. Sebuah filem yang membuka mata, sudah tentu. Memperlihatkan jiwa raga manusia kalau sentiasa berfikiran positif, inshaAllah banyak perkara yang baik juga akan datang kepada kita. Suatu ketika dulu aku selalunya menjadi seorang '

Putrajaya Perlu Lebih Rancak Dibangunkan

Sekali sekala sewaktu sibuk bekerja, aku berhenti seketika untuk melihat ke luar tingkap bagi meredakan pedih mata yang saban waktu menatap skrin iMac. Nasib juga skrin LCD, kalau skrin katod, rasanya sudah pitam. Menjenguk ke luar tingkap pejabat, tidak dapat tidak pasti aku akan lihat pembangunan projek di lot sebelah yang semakin rancak. Tingkat basement paling bawah sudah hampir siap dan tingkat basement seterusnya sedang dibina. Ianya salah sebuah projek bangunan milik swasta yang dibangunkan di Putrajaya. Siap kelak, ianya akan kelihatan seperti gambar di sebelah. Menurut informasi mengenai bangunan ini, ianya adalah bangunan pelbagaiguna; kedai dan pejabat. Juga terletak di sebelah tapak projek ini sebuah bangunan milik swasta yang siap hampir setahun yang lalu tetapi masih kosong hingga ke saat ini. Bangunan Boulevard Square ini dianggap sebagai bangunan milik swasta 100% pertama di Putrajaya. Namun apa yang berlaku pada saat ini adalah bangunan itu seperti dijadikan sarang bur

Let It Be

Sudah lama tidak menulis. Sudah lama juga tidak mendengar lagu di sini. Jadi aku letakkan sebuah lagu dari kumpulan The Beatles bertajuk Let It Be untuk kamu dengar dan nikmatinya. Ramai orang terutama orang Islam tidak mahu mendengar lagu ini kerana disangka mereka ianya berkaitan dengan Virgin Mary, salah satu cabang kepercayaan agama Kristian. Ini kerana terdapat dalam lirik lagu Let It Be perkataan Mother Mary dan intonasi seperti berdoa kepadanya. Perlu aku jelaskan dulu kronologi waktu lagu ini dicipta. Ianya pada tahun 1970 iaitu tahun terakhir kumpulan The Beatles bersama dan lagu Let It Be ini adalah salah sebuah lagu dalam album terakhir mereka, juga dengan tajuk yang sama, Let It Be. Lagu Let It Be adalah ciptaan Paul McCartney, menceritakan ingatan beliau terhadap mendiang ibunya, Mary McCartney. Mary McCartney meninggal dunia akibat serangan kanser ketika Paul berumur 14 tahun. Munculnya Mary McCartney dalam ingatan Paul ketika dia sedang sibuk dengan rakaman album terakhi