Langkau ke kandungan utama

Let It Be

Sudah lama tidak menulis. Sudah lama juga tidak mendengar lagu di sini. Jadi aku letakkan sebuah lagu dari kumpulan The Beatles bertajuk Let It Be untuk kamu dengar dan nikmatinya.



Ramai orang terutama orang Islam tidak mahu mendengar lagu ini kerana disangka mereka ianya berkaitan dengan Virgin Mary, salah satu cabang kepercayaan agama Kristian. Ini kerana terdapat dalam lirik lagu Let It Be perkataan Mother Mary dan intonasi seperti berdoa kepadanya. Perlu aku jelaskan dulu kronologi waktu lagu ini dicipta. Ianya pada tahun 1970 iaitu tahun terakhir kumpulan The Beatles bersama dan lagu Let It Be ini adalah salah sebuah lagu dalam album terakhir mereka, juga dengan tajuk yang sama, Let It Be.

Lagu Let It Be adalah ciptaan Paul McCartney, menceritakan ingatan beliau terhadap mendiang ibunya, Mary McCartney. Mary McCartney meninggal dunia akibat serangan kanser ketika Paul berumur 14 tahun. Munculnya Mary McCartney dalam ingatan Paul ketika dia sedang sibuk dengan rakaman album terakhir The Beatles memberikan ketenangan dan kedamaian terhadap Paul. Itu serba sedikit ulasan Paul McCartney terhadap asal usul lagu Let It Be. Kalau kamu mahu tahu lebih lanjut, sila selongkar internet, terutama di Wikipedia. Jangan risau, setakat yang aku tahu, Internet masih halal dan tidak didesak oleh JAKIM untuk mendapat persijilan Halal.

Let It Be - The Beatles

When I find myself in times of trouble

Mother Mary comes to me

Speaking words of wisdom, let it be

And in my hour of darkness

She is standing right in front of me
Speaking words of wisdom, let it be.

Let it be, let it be
Whisper words of wisdom, let it be

And when the broken hearted people
Living in the world agree,
There will be an answer, let it be

For though they may be parted there is

Still a chance that they will see

There will be an answer, let it be

Let it be, let it be, Yeah
There will be an answer, let it be

And when the night is cloudy
There is still a light that shines on me
Shine on until tomorrow, let it be

I wake up to the sound of music
Mother Mary comes to me
Speaking words of wisdom, let it be

Let it be, let it be
There will be an answer, let it be

Let it be, let it be
Whisper words of wisdom, let it be

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 2

Sambungan koleksi gambar MRSM Balik Pulau, circa 2003. Ini bas maktab suatu ketika dulu. Aku sudah tengok bas baru. Tapi bas lama ini sungguh manis kenangannya. Kami menyanyi gembira setelah muncul johan bolasepak under-15 dan under-18. Pergi berkelah di Batu Feringgi atau melawat Botanical Garden. Pergi trip ke MRSM Berseri dengan ditemani bumbung bas yang bocor. Ianya suatu kebanggaan dapat naik bas ini suatu ketika dahulu. Masa itu tidak semua sekolah ada bas sendiri. Jadi kira hebat la. Baru sekarang aku terperasan, bas tersebut ada iras-iras Penang Yellow Bus. Hmm... Padang. Kalau masa aku pergi tahun 2003 dahulu ada sign board tertulis, "Home of The Cougars", merujuk kepada pasukan ragbi maktab. Mungkin pada ketika itu ianya amat kuat. Memang ragbi masa zaman aku pun kuat juga, tapi tidak sehebat team bolasepak yang dibentuk sejak kami form 2. Sepanjang itu hingga ke form 5, kami tidak pernah tewas satu game pun (betul tak Carrie?). Jadi johan Under-15 dan Under-18 nege...

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l...

Apple Mac - Cerita Aku 1

Aku pakai komputer jenama Apple di rumah dan di pejabat. Laptop MacBook Pro aku beli menggantikan laptop Acer Aspire (sudah dijual) dengan tujuan sebenar untuk kerja sampingan sebagai video editor dengan sebuah studio perkahwinan ( DinaWedding ). Aku sudah menggunakan Apple iMac di pejabat sejak penghujung 2006 lagi. Secara umumnya, banyak kerja aku melibatkan senireka grafik menyebabkan komputer Apple menjadi pilihan paling sesuai. Aku pernah dan sering ditanya serta aku yakin di luar sana ramai juga yang ingin mengetahui kebaikan dan keburukan menggunakan komputer jenama Apple. Jadi aku fikir lebih baik aku kongsi pengalaman aku. Komputer jenama Apple secara umumnya adalah komputer peribadi/workstation/server yang dibina dan dijual sendiri oleh syarikat Apple Inc. dan menggunakan sistem operasi (Operating System) jenama Mac OS. Suatu ketika dulu ada syarikat pengeluar komputer yang mengeluarkan komputer dengan menggunakan sistem operasi Mac OS namun begitu semenjak Steve Jobs (CEO d...