Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2010

Menutup Mei

Post terakhir bulan ini. Post ke-40, seperti biasa. Pertamanya, ingin aku ucapkan tahniah dan selamat mendirikan rumah tangga kepada Azni Husairi, sahabat baik yang sentiasa tersenyum dalam apa jua keadaan. Semoga berkekalan selamanya. Aku juga memohon maaf kerana tidak dapat menghadiri majlis perkahwinannya tempohari atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Azni adalah seorang wartawan di sebuah syarikat penerbitan yang tersohor. Kenal dengannya secara kebetulan di ruang internet ini, akhirnya menjadi sahabat baik yang tidak akan aku lupa. Ya, aku tidak suka melupakan sesuatu. Kalau boleh, aku ingin sentiasa boleh mengingati semua perkara dalam semua keadaan. Semalam, terdetik dalam benak otak, kenapa saat aku masih bayi suatu ketika dulu tidak dapat aku ingat apa yang berlaku? Aku mahu ingat dan aku mahu kenang. Aku mahu jadi seperti Qayyim Adli, anak Asyikin yang ketawa apabila diusik oleh ayahnya. Aku mahu ingat saat-saat itu. Aku juga kalau boleh, tidak mahu membuang segala ke

Jangan Jadi Muslim Bebal

Aku tidak tahu apa lagi yang boleh membuat umat Islam bangun dari tidur. Paling mudah mungkin dengan membayangkan tulisan perkataan Allah di mana-mana tempat atau produk keluaran Barat. Oh, ianya perkara paling mudah untuk menimbulkan kemarahan umat Islam. Tidak susah, ambil gambar seperti logo Crocs di kasut, pusing-pusing sikit dan dengan imaginasi, lukis tulisan Allah di logo tersebut. Kalau ianya menjadi, maka secara jelas logo Crocs adalah sebuah lagi penghinaan terhadap umat Islam. Kita umat Islam sememang hebat mencari perkara begini. Aku bukan mahu berbunyi sinikal. Tetapi kita perlu melangkaui dan meninggalkan kebejatan mental yang sebenarnya lebih menunjukkan lemahnya mental umat Islam dalam menghadapi cabaran semasa. Siapa sangka, logo Coca Cola yang wujud sejak sekian lama rupanya adalah kalimah Arabik yang menghina Islam juga? Sekali lagi aku mahu bertanya, kita tidak ada kerja lain selain mencari anagram tersembunyi yang menghina Islam? Paling mengelirukan, umat Islam lai

Amalan 5S

Pejabat adik aku di Ipoh sedang sibuk dengan amalan 5S. Pejabat Romlah, seorang setiausaha di Kementerian Kewangan juga sibuk dengan 5S. Pejabat aku baru selesai audit persijilan 5S kali kedua. Nampaknya banyak agensi kerajaan sedang mengejar persijilan 5S. Seperti biasa juga, keluhan demi keluhan didengari dari mereka mengenai bagaimana begitu sukarnya untuk melaksanakan amalan 5S di pejabat. Aku dan ramai staf di pejabat ini juga begitu suatu masa dulu, di waktu awal pejabat ini berusaha untuk dipersijilkan. Realitinya, permulaan sememangnya amat sukar. Norma kerja kita yang sudah terpengaruh dengan keadaan yang biasa kita lalui, perlu kita ubah. Paling menyusahkan, bagaimana hendak menyisih barang yang tidak perlu, bagaimana juga kita hendak menentukan apa yang perlu ditanda, apa yang perlu diuruskan. Perkara yang seterusnya yang paling selalu menjadi masalah adalah komitmen. Tidak semua orang boleh memberi komitmen seperti yang kita mahu. Tidak semua orang boleh didesak untuk melak

Mahu Beli Kamera DSLR? Baca Sini Dulu

Kebelakangan ini aku ditanya oleh beberapa orang rakan mengenai kamera DSLR (digital single-lense reflex). Seperti kamu sendiri sedia maklum, kamera DSLR adalah gajet terkini yang 'perlu' dimiliki. Orang ramai sudah tidak memandang kepada kamera digital biasa, sebaliknya terus ingin membeli DSLR. Mungkin kerana kamera DSLR yang tergantung di leher adalah cool atau pemilik itu benar-benar minat dengan fotografi, tidak dinafikan kamera DSLR semakin menarik minat ramai orang. Dulu, memang agak sukar untuk temui orang di sana sini memegang atau menggantung di leher sebuah kamera SLR yang besar 'gedabak'. Orang lebih selesa dengan kamera digital biasa yang boleh disimpan di dalam poket atau sarung. Ringan dan mudah. Tetapi mungkin kerana terdapat batasan keupayaan kamera digital biasa, maka DSLR sekarang semakin banyak kelihatan di tangan orang ramai. Satu lagi punca paling jelas, sebuah kamera DSLR sekarang boleh dimiliki dengan harga kurang RM2000. Model asas seperti Canon

Hujung Minggu

3.15 pagi. Sepatutnya aku sudah tidur. Esok perlu ke pejabat. Tetapi sepanjang hujung minggu, tidur aku tidak pernah awal dari jam lima pagi. Malam tadi aku habiskan masa dengan menonton Avatar. DVD yang aku beli (kamu boleh teka sumbernya) cukup berkualiti dan memuaskan. Dua kali aku menonton Avatar di pawagam; satu versi biasa dan satu lagi versi 3D. Namun apabila menonton di skrin LCD dengan keupayaan untuk berhenti di pertengahan jalan, kita akan nampak 'detail' cerita tersebut dengan lebih jelas lagi. Contohnya, Na'vi original adalah kidal sementara Na'vi avatar menggunakan tangan kanan. Kisah mengenai empat dan lima jari, semua orang sudah tahu. Banyak lagi perkara yang kamu pandang sepintas lalu di pawagam, dalam DVD nampak lebih jelas. Mungkin selepas ini aku perlukan TV LCD bersaiz 32 inci. Hehehe. Aku juga menonton Wall.e, hanya kerana aku sudah lupa adegan di dalam kapal angkasa Axiom. Ianya masih menghiburkan. Aku siapkan satu page Facebook untuk pejabat (se

Petang Membawa Damai

Sepanjang minggu dari Isnin hingga Jumaat tempohari, cuaca sangat menyenangkan di Putrajaya. Empat hari setiap petang selepas waktu kerja, aku berbasikal. Sudah lama aku tidak berbasikal terus menerus begini. Akibatnya, badan jadi lenguh dek kerana tiada masa untuk kembali segar. Maklum saja, waktu malam aku masih ada aktiviti lain. Sempat juga aku merakam suasana damai di Putrajay di waktu petang sepanjang minggu ini. Harapnya beberapa minggu mendatang, cuacanya tetap begini. Tetapi di luar sana sekarang, hujan baru reda.

Prince of Persia : The Sand of Time

Khamis tempohari, aku pergi menonton Prince of Persia : The Sand of Time bersahabat sahabat. Boleh aku beritahu sesuatu? Aku rasa aku lebih suka menonton wayang seorang diri. Tetapi bila ada sahabat di sebelah, hati jadi lebih tenang dan damai. Oh, berbalik kepada Prince of Persia. Filem ini adalah adaptasi daripada permainan video (video game) dengan nama yang sama. Aku pernah main permainan ini sekitar tahun 90an dulu tetapi sudah lupa mana satu. Aku tidak berminat sangat dengan genre game ini. Bila dengar Prince of Persia akan difilemkan, aku sudah terbayang Lara Croft : Tomb Raider, sebuah lagi permainan video yang difilemkan, tetapi hasilnya tidak sebegitu baik. Aku fikir mungkin Prince of Persia akan mengalami nasib yang sama. Aku lupa sekarang teknologi perfileman sudah semakin hebat. Jelas filem Prince of Persia : The Sand of Time adalah antara filem adaptasi daripada permainan video yang terbaik aku pernah tonton. Jalan cerita yang lancar dan jelas dengan watak antagonis yang

Subsidi

Sekarang orang sedang mengeluh mengenai cadangan kerajaan untuk mengurangkan subsidi. Kata kerajaan, ini boleh menjimatkan lebih RM100 bilion duit kerajaan. RM100 bilion itu sangat banyak. Kalau dibahagikan kepada setiap orang rakyat Malaysia yang berjumlah lebih kurang 28.3 juta orang, kita akan dapat lebih kurang RM3500 seorang. Siapa rasa yang kamu mendapat lebih kurang RM3500 subsidi daripada kerajaan setiap tahun? Kalau dari petrol yang kamu guna, berapa sangat yang disubsidi? Selebihnya adalah perkara yang kamu tidak nampak. Aku secara dasarnya, menyokong usaha untuk mengurangkan subsidi. Walaupun ianya akan membebankan orang ramai terutamanya yang berpendapatan rendah, tetapi ianya lebih baik daripada membiarkan kos subsidi meningkat setiap tahun. Lagipun, subsidi ini bukan menguntungkan orang yang berpendapatan rendah. Lebih banyak subsidi dihabiskan untuk golongan menengah dan atasan. Tetapi kerajaan juga perlu pandai berjimat cermat. Ada perkara kecil yang kadang-kadang kita

Bila Cinta

Bila Cinta - Filianti Vlee (Lagenda Budak Setan OST) Now, weep! Aku jarang sangat letak lagu sebegini di blog ini. Sekali sekala, apa salahnya, bukan?

Berbasikal di Laluan Presint 16 - Parcel B - E, Putrajaya

Satu lagi laluan (trail) yang aku suka guna ketika berbasikal di sekitar Putrajaya adalah laluan di sepanjang tasik di Presint 16 dan Parcel B - E. Ada dua cara untuk aku ke situ. Pertama melalui Dataran Putra turun ke kawasan tepi tasik (berhampiran tempat letak kereta) dan terus ikut laluan sepanjang tasik (lihat gambar atas). Kedua, yang paling biasa aku buat, aku lalui laluan Core Island ikut arah jam (rujuk post sebelum ini - Berbasikal Di Laluan Core-Island, Putrajaya ) sehingga tiba di penghujung Taman Wawasan, betul-betul di tepi Jambatan Seri Bestari, aku belok ke kanan, naik bukit yang agak curam. Sini sama ada kamu kayuh, kalau larat, atau kamu tolak saja basikal hingga tiba ke jalan utama yang menuju ke Jambatan Seri Gemilang. Selepas jambatan Seri Bestari, belok ke kiri berhadapan Taman Warisan Pertanian, tiba di simpang, belok ke kanan menuju ke Presint 16. Teruskan kayuhan hingga tiba di bulatan kecil. Selepas bulatan ada simpang belok ke kiri menuju ke laluan berbasikal

Berbasikal di Laluan Core-Island, Putrajaya

Selama ini aku bercerita mengenai aku berbasikal mengelilingi core-island di Putrajaya sejauh lebih kurang 11.5 km satu pusingan. Ada orang bertanya, di mana letaknya core-island di Putrajaya. Kalau kamu ada Google Maps atau Google Earth , kamu boleh melihatnya sendiri. Kalau malas sangat, lihat saja keratan gambar di bawah yang aku rakam menggunakan Google Earth. Garisan berwarna biru yang ditanda di peta adalah laluan aku berbasikal. Aku panggil ia sebagai Laluan Core Island. Majoriti laluan terletak di tebing tasik. Kalau angin sedikit kuat, kamu akan menghadapi sikit kesukaran mengharunginya. Laluan ini secara umumnya mendatar, sesuai untuk novis yang baru belajar senaman menggunakan basikal serta mereka yang mahu santai. Ada dua tempat yang sedikit curam; berhampiran jambatan Seri Saujana dan di Presint 18. Tetapi jangan risau, ianya tidak sukar untuk dihadapi. Banyak permandangan cantik yang kamu boleh temui di sepanjang perjalanan. Antara yang paling menarik adalah di sepanjang

Dalam Mesyuarat Lagi

Seperti biasa, hari ini sekali lagi aku kena masuk mesyuarat kerana orang yang sepatutnya bertugasn tidak datang kerja pada hari ini. Tidak mengapa. Kalau sudah tugas, ikut saja. Tidak perlu mengeluh tanpa sebab. Lagipun aku sekadar merakam gambar dengan kamera. Cuma aku kurang berminat untuk ikut semasa lawatan. Memandangkan hari ini hari terakhir bekerja untuk minggu ini, nampak ramai yang kurang bersemangat untuk bekerja. Suasana dalam mesyuarat ini pun begitu. Muka masing-masing nampak bosan saja. Pelawat pun nampak bosan. Aku pun agak bosan tetapi lebih kepada mengantuk. Susah menulis blog dengan keyboard BlackBerry.

Cateye Velo 8 - Lesen Menunjuk Bukti!

Aku terima satu komen pembaca, secara sinikal mempersoalkan sama ada aku mampu mengayuh basikal dengan badan gemuk ini. Sekurang-kurangnya aku berusaha untuk melakukannya daripada mempersoalkan keupayaan diri sendiri. Kalau orang lain hendak persoalkannya, itu hak mereka. Lagi pun aku ada alat yang boleh membantu aku menilai hasil aku berbasikal selama ini. Semasa aku beli basikal, aku belikan juga Cateye Velo 8 yang merupakan sistem mengukur kelajuan dan fungsi-fungsi lain. Ini paling asas dengan menggunakan kabel dan sensor di jejari basikal. Semalam aku sempat merakam data hasil berbasikal aku. Aku berbasikal selama 59 minit 6 saat, hampir sejam. Semalam agak lewat keluar kerana kerja selesai lambat. Walaupun tidak sampai sejam, dek kerana jarang berbasikal, aku berasa kepenatan. Salahkan juga pulut yang aku makan sewaktu minum petang, sejam sebelum berbasikal. Kayuhan aku semalam merangkumi jarak 20.6 kilometer. Tidak jauh sangat. Aku ikut jalan pintas di pusingan kedua kerana suda

Berbasikal Setelah Penat Berjalan

Petang tadi setelah selesai kerja di pejabat, sempat aku berbasikal mengelilingi core island di Putrajaya. Asalnya bercadang untuk berkayuh dua pusingan. Tetapi memandangkan hari semakin senja dan kaki semakin penat (kerana banyak berjalan sewaktu bekerja siang tadi), aku mengambil jalan pintas pulang ke pejabat di pusingan kedua. Nasib juga aku tidak terlanggar seorang budak kecil yang tiba-tiba berlari ke tengah laluan berbasikal. Aku sudah nampak dari jauh gelagat budak tersebut. Jadi dari awal aku perlahankan basikal. Aku cuba bergerak jauh dari budak tersebut. Bila semakin hampir, budak itu tiba-tiba mengundur ke arah aku. Terpaksa aku membrek sekuat hati dan cuba mengelak dari melanggar budak itu. Walaupun perlahan, kalau sudah dilanggar basikal besar, aku rasa keadaan budak itu nanti akan teruk juga. Ada seorang anggota polis dan dua orang pengawal keselamatan di tempat kejadian. Mereka hanya memerhatikan situasi tersebut. Serentak itu juga, si ibu memarahi budak tersebut dan ak

Ruang

Rutin berbasikal aku sering terganggu sekarang. Siang tadi walaupun cuaca sangat baik, aku tidak berkesempatan untuk berbasikal. Semuanya gara-gara kerja yang banyak. Sejak sehari dua ini juga, aku rasakan kaki begitu lenguh. Tidak selesa dan sentiasa mahu aku meregangkannya. Esok petang kalau cuaca baik, aku mahu berbasikal. Baju dan seluar sudah dibawa di pejabat siang tadi. Aku perlu lebih aktif berbasikal.

Kertas Pasir

Dalam sesebuah organisasi, kerjasama dalam menjalankan tugas adalah sangat penting. Kerjasama ini yang menentukan sesuatu tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan sempurna atau tidak. Kerjasama di sini bukan semestinya bermaksud menjalankan tugas bersama-sama di kalangan sekelompok individu. Ada kerjasama itu sendiri yang bersifat individu tetapi ianya melengkapkan keseluruhan tanggungjawab. Jadi kadang-kadang kita lihat ada pekerja di pejabat bersendirian melakukan tugas, tetapi tidak semestinya dia bertindak sendirian atau tidak dibantu. Mungkin kerja yang dilakukan perlu pengkhususan atau kemahiran. Orang lain di dalam kumpulan sebaliknya bertindak melengkapkan keseluruhan kerja. Itu sepatutnya secara ideal sebuah kumpulan berfungsi. Itu yang kita mahu dan kita sentiasa cari bila bekerja. Kita tidak mahu diganggu dengan manusia yang hanya tahu bercakap atau pun manusia yang sering bertindak sendirian dan menyalahkan orang lain apabila kerja tidak disiapkan. Manusia yang berfikir baha

Warna Pelangi

Aku baca, pelangi itu indah. Ada tujuh warna; merah, oren, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu. Kalau disuruh kanak-kanak melukiskan warna-warna pelangi, kebanyakkannya akan jadi begini; Begitu lebih kurang bentuk dan lapisan warna pelangi di sepasang mata manusia yang tidak rabun warna. Bagi aku yang rabun warna ini, pelangi cuma nampak seperti satu lengkungan berwarna aku sendiri tidak pasti apa warna itu (hijau mungkin) yang biasanya wujud setelah hujan reda. Alam terasa begitu indah bila ada pelangi menghias bumi. Walaupun diri ini berbatas sifat, namun aku tetap menghargai hidup ini. Mata yang ada walaupun tidak sempurna, sudah cukup baik untuk melihat keindahan alam. Kamu juga harus begitu, sahabat. Hargai hidup dan hargai apa yang ada di sekeliling kita. Jangan kita sentiasa berputus asa dan kecewa.

Rindukan Senja

Sudah lama aku tidak menanti tibanya cahaya senja. Sudah lama juga aku tidak merakamkan suasana senja. Mungkin kerana hidup kini begitu mono, seperti suatu garis lurus yang perlu ditempuhi sepanjang waktu tanpa liku-liku yang menarik untuk diharungi. Namun bila sekali sekala bertemu cahaya senja yang indah, hati jadi rindu dan kelu. Hidup ini masih ada istimewanya, setiap ketika.

Nak Dara Rindu

Nak Dara Rindu - P.Ramlee Di Waktu Malam Bulan Mengambang Sunyi Damai Damai Sekeliling Ku Terdengar Nan Sayu Bintang Seribu Membujuk Rayu Kerna Merindu Lagu Yang Dulu Di Waktu Malam Bulan Purnama Angin Laut Meniup Niup Tenang Mengatakan Sayang Berlagu Merdu Bermadah Ayu Lemah Mendayu Nak Dara Rindu Tanjung Katung Airnya Biru Tempat Mandi Nak Dara Jelita Sama Sekampung Sedangkan Dirindu Ini Kan Lagi Hai Jauh Di Mata Tanjung Katung Airnya Biru Tempat Mandi Nak Dara Jelita Sama Sekampung Hai Sedang Dirindu Ini Kan Lagi Hai Jauh Di Mata

Nothing Else Matters

Nothing Else Matters - Metallica So close no matter how far Couldn't be much more form the heart Forever trusting who we are And nothing else matters Never opened myself this way Life is ours, we live it our way All these words I don't just say And nothing else matters Trust I seek and I find in you Every day for us something new Open mind for a different view And nothing else matters Never cared for what they do Never cared for what they know But I know So close no matter how far Couldn't be much more form the heart Forever trusting who we are And nothing else matters Never cared for what they do Never cared for what they know But I know Never opened myself this way Life is ours, we live it our way All these words I don't just say Trust I seek and I find in you Every day for us something new Open mind for a different view And nothing else matters Never cared for what they say Never cared for games they play Never cared for what they do Never cared for what they know So

Resistance

Resistance - Muse Is your secret safe tonight? And are we out of sight? Or will our world come tumbling down? Will they find our hiding place? Is this our last embrace? Or will the walls start caving in? (It could be wrong, could be wrong) But it should've been right (It could be wrong, could be wrong) Let our hearts ignite (It could be wrong, could be wrong) Are we digging a hole? (It could be wrong, could be wrong) This is outta control (It could be wrong, could be wrong) It could never last (It could be wrong, could be wrong) Must erase it fast (It could be wrong, could be wrong) But it could've been right (It could be wrong, could be...) Love is our resitance They keep us apart and they won't stop breaking us down And hold me, our lips must always be sealed If we live our life in fear I'll wait a thousand years Just to see you smile again Kill your prayers for love and peace You'll wake the thought police We can hide the truth inside (It could be wrong, could be

Senarai Wajib Tonton

Semalam sudah menonton Shrek Forever After @ Shrek 4. Filem apa lagi yang aku tunggu dalam masa terdekat? Minggu depan filem ini akan keluar di pawagam. Aku kurang minat bermain games Prince of Persia  kerana games sebegitu bukan genre games yang aku suka. Berdasarkan trailer yang ditayangkan di pawagam dan juga yang diperolehi di internet, aku rasa filem ini sebuah filem adaptasi permainan video yang baik, tidak seperti Tomb Raider. Tambah pula watak utama, Prince Dastan dilakonkan oleh Jake Gyllenhaal, aku jangka watak yang dimainkan akan bersahaja, sama seperti di dalam Brokeback Mountain. Lagenda Budak Setan adalah adaptasi novel bertajuk sama karya Ahadiat Akasyah. Aku amat jarang menonton filem melayu. Tetapi filem ini mungkin jadi filem melayu pertama sejak sekian lama yang aku mahu menonton tanpa desakan atau ajakan orang lain. Hanya kerana Jackie Chan dan Jaden Smith (yang begitu hebat dalam Pursuit of Happyness), aku mahu menonton The Karate Kid versi 2010. Sepatutnya ditukar

Beruas

Siapa pernah dengar nama tempat, Beruas yang terletak di Perak? Kamu tahu bagaimana Beruas mendapat namanya? Dari Pohon Beruas. Inilah pohon beruas yang ditanam di kawasan Muzium Beruas. Pokoknya masih kecil. Aku tidak tahu sebesar mana pokok ini boleh tumbuh. Tetapi kenapa nama pokok ini, beruas? Ini jawapannya, Kalau kamu lihat dahan pokok beruas, kamu dapati dahannya mempunyai ruas-ruas seperti yang kamu lihat pada pokok buluh. Kalau kamu tidak faham apa maksud ruas, rujuk kamus DBP . Mungkin ada jawapan lain daripada asal usul nama Beruas. Aku cuma mahu beritahu mengenai perkataan BERUAS itu sendiri berasal daripada mana. Sekarang kamu sudah tahu. :-) Nanti aku akan ceritakan pula mengenai kunjungan aku ke Muzium Beruas tempohari.

Shrek Forever After @ Shrek 4

Malam tadi aku menonton Shrek Forever After @ Shrek 4 di Alamanda. Hari pembukaan filem animasi ini tetapi pawagam tidak dipenuhi penonton. Mungkin tidak ramai yang suka filem Shrek. Kalau mengikut berita, filem ini merupakan filem Shrek yang terakhir. Itu kata-kata promosi, mungkin. Kalau sambutannya luar biasa, mungkin produser di Hollywood terdetik untuk menyambungnya lagi. Secara keseluruhan, Shrek 4 adalah sebuah filem animasi yang bagus. Tidak hebat, cukup sekadar bagus. Kalau kamu pernah menonton filem pertama hingga yang ke tiga, kamu boleh jangkakan lawaknya bagaimana. Juga kamu boleh sifat dan gaya setia watak seperti Shrek, Fiona, Donkey dan Puss In Boot (yang menjadi gemuk!). Memilih Rumpelstiltskin sebagai watak antagonis utama mungkin agak pelik kerana ianya bukan watak cerita dogeng yang begitu ekstrem. Tetapi melalui cerita ini dan seperti cerita Shrek yang lain, Rumpelstiltskin dikelilingi oleh penolong yang bebal dan berniat untuk menguasai takhta kerajaan Far Far Awa

Parit

Ketika aku bercuti di kampung tempohari, aku merayau-rayau di sekitar daerah Perak Tengah. Aku tiba di pekan kecil Parit untuk mengisi minyak dan berehat seketika. Kali terakhir aku ke sini adalah pada tahun lepas, ketika hari ke-3 raya Aidil Fitri. Aku tidak tahu sangat sejarah pekan Parit. Jadi tidak perlu aku memandai cerita. Suasana pekan kecil ini begitu tenang dan tidak banyak kenderaan, kecuali di persimpangan menuju ke Ipoh/Batu Gajah. Menariknya di pekan Parit ini, rumah kedai lama diwarnakan dengan warna yang sama. Jangan tanya aku warna apa, tengok sendiri. Aku rabun warna dan tidak pasti warna apa. Kuning? Di tebing sungai, kelihatan sebuah perahu kecil ditambat di tebing, berpayungkan pohon hujan-hujan. Air sungai Perak yang mengalir lesu agak keruh tetapi masih kelihatan 'majestic'. Aku teringat Ain yang berasal dari sini, ya? Foto di atas adalah hadiah untuk Ain dan suami. :-)

Montaj Perpisahan

Tempohari aku ada post mengenai video ini tetapi tanpa aku sedari, video yang aku upload ke YouTube  tidak boleh digunakan. Kali ini aku upload sekali lagi video montaj majlis perpisahan timbalan bos di pejabat tempohari. Montaj ini dihasilkan dalam masa 24 jam. Kurang sempurna tetapi sudah cukup okay.

Duit Menulis Blog

Setelah hampir 10 tahun aku menulis di blog, barulah aku dapat merasa sedikit hasilnya dalam bentuk wang ringgit. Cek sebelah dihadiahkan oleh Nuffnang kerana aku sudi menampal iklan di blog aku dan kamu yang membaca sudi juga untuk menekan link iklan tersebut. Memang aku tidak berniat untuk mencari keuntungan di blog frossonice.com ini. Kalau ada sedikit wang yang diperolehi, itu sudah mencukupi. RM124.36 yang diterima sudah menggembirakan aku. Ada penulis blog lain yang menerima ribuan ringgit setiap bulan dengan cuma menulis blog. Kalau aku komersialkan blog ini sepenuhnya, tidak mustahil aku juga boleh mencapai pendapatan sebanyak itu. Purata pengunjung ke frossonice.com sehari adalah lebih kurang 100 orang. Kalau aku rajin untuk komersialkan, mungkin ianya mencecah ribuan orang sehari. Tetapi aku akan tetap kekalkan frossonice.com sebegini rupa. Kalau aku mahu membuat untung, aku akan buka blog lain, inshaAllah. Terima kasih pengunjung yang sudi klik iklan yang menyemak di kanan d

Turkish Ice Cream @ Dondurma

  Tadi selepas solat Jumaat, aku merayau-rayau di tapak karnival Hari Belia Negara di Putrajaya. Aku mencari makanan untuk dimakan. Setelah membeli sebungkus Char Kuay Teow (harga naik kerana sewa tapak yang mahal - kata pengurus gerai), aku mencari makanan lain yang boleh aku cuba. Aku ternampak gerai makanan Turki yang menjual kebab dan aiskrim Turki, juga dikenali sebagai Dondurma. Aku pernah melihat dondurma sebelum ini tetapi tidak pernah mencubanya. Dondurma lebih likat dan lambat cair berbanding aiskrim biasa. Malah penjual tadi menunjukkan demo bagaimana aiskrim itu diterbalikkan tanpa isinya tumpah setitik pun.    Biasanya penjual akan menyimpan dondurma di dalam bekas khas. Tadi aku lihat ianya kotak kayu berlubang tiga dan lubang tersebut dikeliling besi dan diisi dondurma didalamnya. Sebatang besi pengacau sepanjang lebih 1 meter digunakan untuk menguli dondurma setiap masa agar tidak menjadi terlalu keras. Dua 'scoop' dondurma (aku pilih perisa coklat dan vanila) b

Robin Hood (2010)

Semalam, tanpa aku rancang, aku pergi menonton filem di Alamanda. Pada mulanya aku cuma ingin meninjau filem terbaru di pawagam melalui laman web mereka. Aku dapati filem Robin Hood lakonan Russell Crowe sudah mula ditayangkan. Melalui sistem belian tiket secara online, aku tengok ada satu tempat duduk kosong di belakang untuk tayangan jam 10.30 malam di GSC Alamanda. Tanpa berlengah aku membelinya. Sedar dengan kepelbagaian versi lagenda Robin Hood dan tanpa merujuk dulu informasi cerita di IMDB.com , aku terus bergerak ke Putrajaya. Mungkin kerana ianya sebuah filem karya Ridley Scott dan lakonan Russell Crowe yang pernah bekerjasama dalam filem Gladiator, aku andaikan suasana filem nanti tidak lari jauh. Andaian aku agak tepat. Aroma dan 'feel' filem Robin Hood hampir sama dengan Gladiator. Malah kalau sekali pandang, kamu akan tersalah sangka menyangka Maximus Decimus Meridius telah berhijrah ke England (seribu tahun kemudian) dan menjadi Robin Hood. Aku tidak mahu ulas fil

Bias Alam

Petang tadi setelah Putrajaya dibasahi hujan, alam begitu damai. Air di tasik menjadi lebih tenang dan memantulkan kembali wajah-wajah alam. Aku begitu teruja hingga separuh daripada masa petang tadi aku habiskan dengan merakamkan saat-saat indah sebegini. Aku sudah berkali-kali melalui kawasan yang sama  tetapi setiap kali di situ, suasana akan berbeza. Hidup juga begitu, bukan? Biar betapa kita berusaha untuk sesuatu itu menjadi rutin, namun setiap masa yang kita lalui adalah unik dan tersendiri. Hari ini tidak sama dengan semalam dan pastinya juga tidak akan sama dengan esok. Seperti aku baru sedari terdapat seketul batu seperti dalam gambar di atas di lokasi itu. Aku tidak menyedarinya sebelum ini. Kadang-kadang kita terlalu obses untuk melihat nun jauh di sana, kita sering abaikan apa yang ada di hadapan mata kita, dekat dengan kita. Sama seperti jambatan di atas. Tidak ada apa yang menarik di atas jambatan tersebut. Ianya jambatan yang menghubungkan Core Island, berhampiran denga