Langkau ke kandungan utama

Kertas Pasir

Dalam sesebuah organisasi, kerjasama dalam menjalankan tugas adalah sangat penting. Kerjasama ini yang menentukan sesuatu tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan sempurna atau tidak. Kerjasama di sini bukan semestinya bermaksud menjalankan tugas bersama-sama di kalangan sekelompok individu. Ada kerjasama itu sendiri yang bersifat individu tetapi ianya melengkapkan keseluruhan tanggungjawab.

Jadi kadang-kadang kita lihat ada pekerja di pejabat bersendirian melakukan tugas, tetapi tidak semestinya dia bertindak sendirian atau tidak dibantu. Mungkin kerja yang dilakukan perlu pengkhususan atau kemahiran. Orang lain di dalam kumpulan sebaliknya bertindak melengkapkan keseluruhan kerja. Itu sepatutnya secara ideal sebuah kumpulan berfungsi.

Itu yang kita mahu dan kita sentiasa cari bila bekerja. Kita tidak mahu diganggu dengan manusia yang hanya tahu bercakap atau pun manusia yang sering bertindak sendirian dan menyalahkan orang lain apabila kerja tidak disiapkan. Manusia yang berfikir bahawa apa saja pandangan yang diberikan olehnya adalah yang terbaik sehingga mendesak orang lain menerimanya. Apabila orang lain enggan menerima, beliau bertindak memboikot atau lebih menyusahkan, beliau bertindak menimbulkan suasana ketidaktenteraman dalam kumpulan.

Akibat daripada itu, orang lain yang sebelum ini penuh motivasi untuk melakukan tugas, menjadi 'demotivated' kerananya. Ini terjadi apabila kita meletakkan kehendak diri lebih tinggi berbanding persetujuan kolektif sesama rakan sekerja.

Itu terjadi di pejabat sekarang. Tunggu dan lihat bagaimana akhirnya nanti.

Ulasan

  1. Anonymous4:01 PTG

    ade hati la nak jadi pegawai tu.. poyo je lebih...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 2

Sambungan koleksi gambar MRSM Balik Pulau, circa 2003. Ini bas maktab suatu ketika dulu. Aku sudah tengok bas baru. Tapi bas lama ini sungguh manis kenangannya. Kami menyanyi gembira setelah muncul johan bolasepak under-15 dan under-18. Pergi berkelah di Batu Feringgi atau melawat Botanical Garden. Pergi trip ke MRSM Berseri dengan ditemani bumbung bas yang bocor. Ianya suatu kebanggaan dapat naik bas ini suatu ketika dahulu. Masa itu tidak semua sekolah ada bas sendiri. Jadi kira hebat la. Baru sekarang aku terperasan, bas tersebut ada iras-iras Penang Yellow Bus. Hmm... Padang. Kalau masa aku pergi tahun 2003 dahulu ada sign board tertulis, "Home of The Cougars", merujuk kepada pasukan ragbi maktab. Mungkin pada ketika itu ianya amat kuat. Memang ragbi masa zaman aku pun kuat juga, tapi tidak sehebat team bolasepak yang dibentuk sejak kami form 2. Sepanjang itu hingga ke form 5, kami tidak pernah tewas satu game pun (betul tak Carrie?). Jadi johan Under-15 dan Under-18 nege...

Singgah Sebentar

Entah kenapa, sejak beberapa hari kebelakangan, blog ini dikunjungi oleh lebih ramai orang. Kamu semua datang dari mana? Baca dan tengok sajalah apa yang ada di dalam ini ya. Cuma maaf, blog ini tidak ada gossip, gambar lelaki melayu bangga minum beer, lurah dada perempuan atau apa-apa saja perkara berbentuk sebegitu. Oh ya, kalau kamu yang masih lagi mencari laman web menjual tiket bas secara online, cuba Maraliner Entah, ramai betul yang datang ke sini kerana mencari laman web menjual tiket bas secara online. Google sajalah nama syarikat bas ekspres yang kamu tahu. Mungkin ada, mungkin tidak.  Aku suspek ramai antara pengguna internet tidak tahu cara mengguna enjin pencari seperti Google dan Yahoo!. Hmm... Ada sesiapa mahu keluarkan ebook cara-cara menggunakan enjin pencari Google dan Yahoo! atau lain-lain? Boleh buat duit jual ebook kepada orang ramai. Sekarang orang beli apa saja ebook. Itulah yang pelik. Sampai tips mudah mendapat kerja kerajaan pun dibuat ebook dan dijual. Malah ...

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l...