Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2005

Ebay Malaysia

Okay, birthday aku dah lepas, 22/2/2005. Jadi tak payah nak ucap. Tunggu je tahun depan. Terima kasih yang hantar SMS. Maaf sibuk. Dan takde peluang nak guna internet. Aku tengah surf Ebay.com.my Cari laptop murah. Ada offer Dell baru starting price bawah RM500. Aku dah bid RM510. Bukan untuk aku tapi untuk member. Dia tak reti pasal PC. Kalau beli kat luar aku rasa harganya mau cecah RM7000. Cuba je. Kalau tak dapat, tak kisah.

Err... Bau Apa Ni?

Tadi masa dipejabat sedang aku dalam perjalanan ke tandas, tiba-tiba rongga hidung ni tercium suatu bau yang pernah aku rasa suatu masa dahulu. Lantas secara tiba-tiba terbayang dan terkenangkan kenangan lalu sewaktu bekerja di Arab-Malaysian Securities sekitar tahun 1993. Korang pernah alami keadaan macamtu? Bau ni rupanya memainkan peranan yang amat penting dalam daya ingatan atau memori kita ni. Tak sangka la pula ye. Patut la syarikat minyak wangi kaya. Patut la... patut la.. aku takde idea nak tulis apa sebab dalam CC ni takde bau yang menarik. Awek sebelah aku ni pun takde bau parfume. Pelik pulak. Hahaha. Sesedap rasa je kutuk orang sebelah. Zura dapat jadi cikgu akhirnya. Baguslah. Dah lama betul dia usaha nak dapatkan jawatan cikgu. Kalau ikutkan, hampir setiap masa dia ngomel nak jadi cikgu. Kali ni dah dapat. Tapi yang terkejutnya tempat latihan punyalah jauh. Miri. Jadi sekarang ni aku dah tak jumpa dia dekat dua minggu. Kesian tak kat aku? Takde member baik sekarang ni. Ka