Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2005

Gempa..

Semalam terasa gegaran akibat gempa bumi di Sumatra. Aku tidur balik. Tiada apa yang hendak dirisaukan. Tsunami takkan menerjah hingga ke Kuala Lumpur. Tiga jam kemudian sedang aku nyenyak tidur, housemate kejutkan aku dan suruh turun kebawah. Arahan bomba katanya. Semua orang dah turun. Aku bangun malas, cuci muka, pakai seluar panjang (sejuk) dan capai apa saja benda penting yang patut, kunci, beg dan Mykad serta Handphone yang kreditnya berbaki 7 sen. Aku tenang melampau seperti tiada apa yang terjadi; kawan kalut gila setiap 10 saat menjenguk aku ajak aku turun segera. Sampai dibawah sudah ramai yang mundar mandir di kawasan letak kereta. Aku pergi ke kereta dan berdiri sambil memerhati dari jauh 'jeritan' peti televisyen dari gerai makan tepi sana. Ada berita mengenai semua kekalutan ini. Aku pergi tengok dan baru aku faham gempa bumi telah berlaku di Sumatra. Sejam kemudian baru naik semula ke rumah dan tidur, tapi sempat juga aku melihat beam dan tiang rumah kalau-kalau

Kenapa Orang Baca Semua Ni?

Nak menulis dah semakin malas... Kelmarin menjenguk ke PC Fair untuk kesekian kalinya. Dah muak dengan PC fair. Cari monitor LCD. Jumpa dan murah, RM580. Memang la tak berjenama. Kalau nak beli brand, baik beli Sony, Samsung atau NEC. Takat nak guna sehari-hari tanpa main games yang perlukan refresh rate yang tinggi. Tapi orang yang nak beli tu berbelah bagi hatinya. Jadi aku kata jangan beli kalau masih belum mahu guna. Jadi dia tak jadi beli. Aku tak berani jamin harga akan kekal pada yang aku jumpa. Mungkin naik. Ye lah, semua orang tahu PC Fair orang lelong komponen PC murah. Tak semua murah. Tadi beli DVD haram 13th Warrior. Lama dah sangat tak tengok cerita tu. Cerita pak Arab sesat di bumi Scandanivian memburu manusia-beruang. Ada satu adegan yang aku rasa cukup kelakar dan menunjukkan betapa naifnya orang barat tentang Islam. Norseman (gelaran orang-orang Scandinivian) suruh pak Arab minum air dalam tanduk lembu, agaknya lembu. Pak Arab ni tak nak sebab katanya sebagai orang Is

Kronisme

Takde apa yang seronok melihat orang memperbodohkan kita. Takde apa yang dapat kita lakukan orang itu lebih berkuasa daripada kita. Aku sudah bosan dengan suasana kerja. Bukan bosan dengan kerja kerna kerja memang menarik.Tetapi aku bosan dengan pegawai yang saban hari pilih bulu dan berkronisme sehebat mungkin. Tapi itulah hakikat kerja kerajaan. Siapa pandai membodek, senang naik. Kalau tak pandai bodek, engkau kerjalah di tempat yang sama sampai pencen. Sampai bila aku akan disana, entah. Beberapa orang pengarah sebuah syarikat pernah kata aku tak sesuai kerja disitu. Rugi keupayaan aku. Aku patut kerja dalam arena swasta. Itu kata mereka sambil dijamu makanan Mexico mewah (aku sedang diperhatikan oleh mereka). GM syarikat tersebut menjanjikan sesuatu pada aku tapi perlu bersabar. Jadi aku bersabar hingga tiba waktu itu. Sementara ini, aku cuma diam membisu. Kalau dulu aku cukup berminat untuk membaiki sistem operasi situ. Cukuplah apa yang aku dah buat tapi pegawai tak pernah nak

Pelan?

Letih kesana kemari hanya kerana nak print pelan rumah. Print di Jln TAR tak menjadi. Rugi RM80. Sekarang tengah tunggu blue print siap di Melawati. Letih drive dari Putrajaya ke Melawati. Lepas ni nak balik ke Kerinchi. Esok nak ke Jalan Duta hantar pelan. Apa punya hal la. Habis duit dekat RM300 semata-mata nak siapkan pelan. Itulah kalau aku tak diberitahu dengan detail apa yang perlu buat. Rugi banyak. Minggu depan ikutkan kena pergi kursus Bina Insan. Tapi tak boleh nak pergi sebab takde siapa nak jaga sistem di pejabat. Member sorang nak cuti pergi tengok orang kahwin. Ramai betul kawan dia kahwin, dia entah bila. Jadi aku terpaksa stay. Aku tak kisah stay sebab sepanjang minggu tu Zura ada di sini. Takkan aku nak lari pula. Err... Letih.

Barebone dan Backlog

Dah siap pasang mini PC (xpc) untuk Zura. Mulanya nak beli laptop tapi budget dia bawah RM2000. Tak berbaloi nak beli laptop recond atau second-hand. Rugi banyak dari untuk tambah-tambah orang yang tak mahir komputer menggunakannya. Jadi aku cadang guna XPC je. Kecil dan portable lebih kurang macam laptop juga. Kos tak mahal sangat. Lebih kurang RM1500 kalau pandai cari barang. Barebone (casing + motherboard) Biostar Ideq minipc cuma RM560, AMD Sempron 2200+ RM200, HDD Western Digital Caviar SE SATA 80GB RM230, CDRW RM100, 512MB DDR400 RM250, Floppy RM25, Modem RM25, Monitor RM230. Lebih kurang la. Saiz casing lebih kurang saiz kertas A4 dengan tinggi 8". Kecil je kalau tengok sendiri. Tapi kalau orang yang jenis nak performance tinggi + dengan barang-barang yang tak intergrated, tak payah la beli. Takde space nak letak add-on cards korang. XPC untuk mereka yang nak jimat ruang dan portable. Ada yang performance tapi kos tinggi. Lebih baik beli full-spec PC. Aku puas hati dan aku