Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2012

Demi Qaseh

Qaseh seorang bayi yang aktif dan penuh tumpuan. Bila dibiarkan di hadapan televisyen, beliau akan memerhatikan segala pergerakan di kaca TV dengan penuh minat. Kadang-kadang reaksi tubuh badannya begitu aktif. Aku sedari, untuk mendidik dan membesarkan seorang seperti Qaseh, aku sendiri perlu sihat walfiat, bertenaga dan 'fit'. Aku tahu masa mendatang kelak beliau akan mahukan lebih daripada aku. Beliau akan berlari ke sana sini dan aku perlu mengejarnya dan menjaga langkahnya. Beliau akan mahu mengayuh basikal  dan aku perlu ada di sisinya. Beliau akan sentiasa mahu melompat ke sana sini dan bermain sepanjang masa, maka aku perlu bersedia secara fizikal dan mental untuk semua itu. Dalam keadaan aku sekarang, mustahil. Dalam keadaan sekarang, aku terlalu 30 kilo terlalu gemuk untuk itu semua. 30 kilogram! Aku tertanya-tanya dalam diri ini, bagaimana boleh aku buang 30 kilo itu dari badan ini? Kalau tidak 30 kilo, bagaimana hendak buang 20 atau sekarang 10 kilo buat permulaan i

Sebuah Lenovo

Setelah sekian lama, aku telah membeli sebuah laptop baru bagi menggantikan MacBook Pro aku yang dicuri. Aku memilih Lenovo model G470 dengan prosesor Intel i5, 8GB DDR3 RAM, 500GB kapasiti simpanan, skrin saiz 14 inci dan Windows 7 Home Premium. Harganya agak berbaloi dengan spesifikasi yang ditawarkan. Kenapa tidak MacBook? Pertama, harganya di luar perancangan bajet aku. Kedua, aku mahu main games. Satu masalah dengan produk komputer jenama Apple, sukar hendak ditemui software yang sesuai untuk digunakan. Ketiga, aku rasa ianya lebih sesuai untuk keluarga aku berbanding produk lain. Cukuplah laptop ini. ==== Sambungan. Antara software yang aku install adalah Adobe CS5 khususnya untuk suntingan video. Aku rasa menggunakan Apple Final Cut dan Motion bukan sesuatu yang sukar. Aku fikir Adobe Premier dan After Effect juga boleh dipelajari sedikit demi sedikit. Sebab itu jugalah aku perlukan 8GB memori. Lebih besar lebih bagus tetapi laptop ini hanya menghadkan sehingga 8GB sahaja. Aku s

Selangkah Demi Selangkah

Phew... Berapa lama? Lebih sebulan rasanya. Call it a break or writer's block. Apa pun boleh. Punca paling besar adalah ini, Ya. Semenjak Qaseh Nurzahra si comel ini ada, segala yang lain tidak diperlukan lagi. Itulah seperti yang dirasakan. Jujur aku katakan, membesar dan mendidik seorang anak bukan suatu perkara yang mudah. Emosi, mental dan fizikal perlu bersedia secukupnya. Bulan-bulan awal pembesaran bayi anak pertama penuh dengan proses pembelajaran dan pemahaman terutama memahami karakter bayi. Qaseh bukan seorang bayi yang mudah hendak dijaga. Ada waktunya dia begitu senang dihadapi. Waktu lain, ianya seperti sebuah mimpi buruk. Ada waktunya, Qaseh perlukan seluruh tumpuan dan perhatian daripada papa dan mamanya. Sedetik kami berpaling darinya, Qaseh akan menangis teresak-esak hingga berlinangan air mata. Maka bergilir-gilirlah kami berdua berada di sisi Qaseh. Ada waktunya, Qaseh akan membuka luas matanya dan melihat alam; melihat apa yang bergerak dan menari-nari dihadapa